Anda di halaman 1dari 4

Novel Erti Sebuah Pengorbanan

Latar Masa
Pada waktu pagi.
Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.

Pada waktu petang.


Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.
Contoh : Iman bercerita kepada datuk dan nenek bahawa dia bersimpati dengan Pei WEn yang
menghadapi masalah dengan ibu tirinya.

Pada waktu malam.


Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.

Latar Tempat
Sekolah
- Bilik darjah tingkatan 1 Dinamik: Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial
- Ruang tandas: Pei Wen ternampak Iman menangis selepas dituduh mempengaruhi
rakan sekelas oleh Linda. Pei Wen berusaha menenangkan rakan karibnya itu.
- Dewan sekolah: berlangsung pertandingan pisato antara Iman dan Linda bagi memilih
wakil sekolah
- Tangga sekolah : Linda telah menolak Iman sehingga jatuh tangga

Rumah datuk dan nenek Iman


Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
Port Dickson
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.
Kampung
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.

Latar Masyarakat
Masyarakat pelajar
Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.
Masyarakat kampung
Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.
Masyarakat yang patuh kepada agama
Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.
Soalan:
Berdasarkan novel Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal Abidin, nyatakan tiga
latar tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul _________1_____________, karya __________2_______.
Berdasarkan novel tersebut, terdapat beberapa latar tempat. Latar tempat pertama ialah
___________3_________________ . Buktinya , Iman yang baru pulang dari sekolah ,
menceritakan hal Pei Wen iaitu kawan karibnya kepada nenek di rumah neneknya. Selain itu ,
latar tempat yang seterusnya ialah ________4______________ . Hal ini terbukti apabila Linda
bertemu dengan Iman di tangga sekolah dan meminta Iman menarik diri daripada menyertai
pertandingan _____________ . Akhir sekali, latar tempat yang lain ialah
_________5________________ . ______6_____ telah membawa Iman bersama datuk dan
neneknya bersiar-siar di Port Dickson.

Soalan:
Berdasarkan novel Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal Abidin, nyatakan tiga
latar masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul __________1_______________, hasil karya
_____________2___________. Dalam novel ini terdapat beberapa latar masa.
Latar masa yang pertama adalah pada _________3_____________. Pada suatu pagi, guru kelas
Satu Dinamik , ____4_______ membawa dan memperkenalkan seorang pelajar baru, iaitu
_______5_____ yang baru berpindah dari Kuala Lumpur. Di samping itu, latar masa yang
seterusnya adalah pada _________6__________. Iman Zulaikha yang baru pulang dari sekolah
pada suatu petang telah bercerita kepada neneknya bahawa dia bersimpati dengan Pei Wen yang
menghadapi masalah dengan _____7_______. Selain itu, latar masa yang lain pula adalah
__________8___________ Iman Zulaikha sering menghantar e-mel kepada ibunya di New
Zealand pada waktu malam.
Soalan:
Berdasarkan novel Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal Abidin, nyatakan tema bagi novel
ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan tema tersebut

Novel yang saya kaji berjudul Erti Sebuah Pengorbanan, hasil karya Zaihanim Zainal Abidin. Tema
bagi novel ini ialah kasih sayang.
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku yang dapat memperlihatkan tema ini. Sebagai contoh, kasih
sayang Iman terhadap kedua ibu bapanya. Iman melakukan pelbagai usaha dan masih berharap untuk
menyatukan kembali ibu dan bapanya yang telah terpisah.
Selain itu, walaupun terpisah dengan ibu bapanya, Iman sering menghubungi ibunya yang berada di New
Zealand. Iman dan ibu kerap berbalas e-mel bertanyakan khabar dan perkembangan masing-masing.
Selain itu, Iman juga amat sayang akan datuk dan neneknya. Setelah ibu dan bapanya bercerai, Iman
ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Hubungan mereka sangat erat dan Iman
amat menyayangi datuk dan neneknya.

Latar
http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2010/12/kajian-novel-komsas-t2-erti-sebuah_31.html

Anda mungkin juga menyukai