Anda di halaman 1dari 20

Erti sebuah pengorbanan

Nama: al insyirah hannani bt abd malek Kelas: 2 ikram / 2012 Guru penasihat: cik sabariah bt

pendahuluan

# Novel ini mengisahkan tentang kegigihan seorang gadis menghadapi perpisahan ibu bapanya dan juga persaingan yang terpaksa ditempuhi di sekolah.Menurut kajian saya,novel ini mengandungi nilai pengajaran yang baik untuk diteladani oleh pelajar-pelajar sekolah untuk berjaya dengan cemerlang.

ISI KANDUNGAN
TAJUK TEMA PERSOALAN PLOT LATAR WATAK DAN PERWATAKAN =watak utama =watak sampingan GAYA BAHASA NILAI PENGAJARAN penutup MUKA SURAT

Sinopsis #Iman Zulaikha ialah seorang pelajar tingkatan satu.Ayah dan ibunya telah bercerai ketika Iman berusia 12 tahun.Mahkamah telah memutuskan ibu Iman mendapat hak penjagaan terhadap Iman.Oleh sebab ibunya akan melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Kedoktoran di New Zealand,Iman tinggan bersama-sam datuk dana neneknya di kampong.Ayah Iman pula ialah ahli perniagaan yang berjaya.Iman sangat berhasrat untuk menyatukan kembali ibu dan ayahnya yang teleh berpisah itu. Iman mempunyai sahabat baik yang bernamaPei Wen.Pei Wen tinggal tidak jauh dari rumah datuk dan neneknya.Mereka pergi dan balik sekolah bersama-sama.Hubungan Pei Wend an ibu tirinya tidak begitu baik jadi dia selalu meminta nasihat daripada datuk dan nenek Iman.Bagi mereka Pei Wen bagaikan ahli keluarga sendiri.Nasihat mereka telah memperbaik hubungan Pei Wend an ibu tirinya. Iman juga mempunyai seorang rakan yang tidak menyenangi dirinya,iaitu Linda.Linda selalu menonjolkan dirinya agar kelihatan lebih hebat dari Iman.Linda jugalah yang mencabar Iman bertanading pidato walaupun cikgu Julia telah memilih Iman sebagai wakil sekolah.Setelah tewas dalam pertandingan pidato,Linda memaksa Iman menarik diri daripada pertandinag pidato peringkat daerah sebagai syarat untuk Iman berkawan dengannya semula tetapi Iman menolak syarat itu kerana nama baik sekolah perlu dijaga.Linda juga pernah menolak Iman di tanggan sekolah sehingga terjatuh.Ketika Cikgu Julia mempekanalkan Adif Danial yang baru bertukar ke sekolah itu,Linda juga menunjukkan sifat mengada-ngada.

Iman sering mengutus e-mel kepada ibunya yang berada di New Zealand.Pada suatu ketika,ibunya tidak membalas e-melnya selama sepuluh hari.Iman berasa sedih kerana beranggapan ibunya telah mempunyai kekasih lain dan telah melupakannya.Sangkaan Iman diperkuat dengan berita yang dibawa oleh Pak Su Razlan yang pernah melihat ibunya berjalan dengan seorang lelaki inggeris.Setelah ibunya menelefon,barulah Iman mengetahui bahawa inbunya terlibat dalam kemalangan di jalan raya.Iman meminta maaf daripada ibunya kerana tersalah sangaka. Iman bertekad untuk memupuk kembali ikatan keluargamereka yang telah berpecah.Setiap kali berpeluang bercakap dengan ayahnya,perkara itulah yang menjadi keutamaannya.Kehadiran ayahnya ketika pertandingan pidato yang dijuarainya amat menggembirakan Iman.Walaubagaimanapun,keputusan ayahnya untuk mengahwini Mak Cik Sofiah,iaitu emak Adif Danial amat mengecewakannya tetapi Iman amat mennghormati keputusan ayahnya.Dalam masa yang sama,Adif Danial juga tidak bersetuju dengan hasrat ibunya untuk mengahwini Yusri,iaitu ayah Iman. Ketika majlis kenduri di rumah datuk dan nenek Iman,Mk Cik Sofiah memberitahu Iman bahawa dia telah membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan ayah Iman kerana Adif tidak bersetuju.Iman sangat gembira akan berita itu.Ayah Iman yang turut berada dalam majlis tersebut bercadang untuk membawa Iman,datuk dan nenek makan angin di New Zealand sambil menziarahi ibu Iman.Ayah Iman mahu menyambung kembali ikatan keluarga mereka yang telah berpecah selama ini.Iman sangat gembira dan amat bersyukur.

Tema
=Novel ini bertemakan pengorbanan.

Yusri iaitu ayah Iman Zulaikha sanggup berkorban dengan tidak mengahwini Mak Cik Sofiah kerana tidak dipersetujui oleh Iman.Mak Cik Sofiah juga berkorban dengan membatalkan rancangan perkahwinannya kerana keputusan itu dapat menngembirakan Adif Danial.Iman Zulaikha juga berkorban dan sanggup bersusah payah untuk memastikan keluarganyan bertaut semula.

PERSOALAN--
A:PERSAHABATAN TANPA MENGIRA KAUM

Iman dan Pei Wen berkawan baik walaupun berbeza agama dan bangsa. B:KONFLIK REMAJA DAN IBU TIRI Pei Wen sering dimarahi oleh ibu tirinya walaupun tanpa sebab yang munasabah. C:KEPATUHAN PADA PERINTAH AGAMA Datuk nenek sentiasa menunaikan solat dan memastikan Iman turut bersolat. D:KESUNGGUHAN SESEORANG UNTUK BERJAYA DALAM PELAJARAN Iman sentiasa menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran. E:TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG YANG LEBIH TUA Sebagao orang tua,datuk memberi nasihat kepada Pei Wen tentang hubungannya dengan ibu tirinuya. F:HUBUNGAN BAIK ANTARA IBU DAN ANAK Iman akan membalas e-mel yang dihantar oleh ibunya yang berada di New Zealand. G:KEPENTINGAN INSTITUSI KELUARGA YANG HARMONI Iman bertekad untuk menyatukan semula ibu dan ayahnya yang telah bercerai.

PLOT

PERMULAAN Iman pulang dari sekolah bersam-sama sahabat karibnya,Pei Wen.Ketika di rumah,dia teringat peristiwa Linda memalukannya dengan menyatakan

ketidaksudiannya berada dalam kumpulan yang sama dengan Iman.Iman juga sentiasa teringat akan ayah dan ibunya yang telah berpisah.Ibu Iman melanjutkan pelajaran di New Zealand,manakala ayahnya menguruskan perniagaan.Iman mempunyai hubungan yang baik dengan ayah dan ibunya.Kini Iman tinggal bersama-sama datuk dak neneknya.

PERKEMBANGAN Cikgu Julia telah memilih Iman sebagai wakil sekolah dalam pertandingan pidato,tetapi tidak dipersetujui oleh Linda.Linda terus bermusuhan dengan Iman tanpa sebab.Pertandingan pidato antara Linda dan Iman diadakan.Iman bukan sahaja dapat mengalahkan Linda, malah menjadi johan pada peringkat daerah.Sebelum pertandingan,Linda telah mencuri diari Iman,iaitu tempat Iman meletakkan teks pidatonya.Ayahnya hadir ketika pertandingan dam ibunya menghantar e-mel sebagai tanda sokongan kepada Iman.

PERUMITAN Linda mengugut Iman supaya menarik diri daripada pertandinngan pidato sebagai syarat untuk berbaik-baik semula dengannya.Ayahnya pula menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Mkacik Sofia,iaitu ibu kawan baiknya Adif Danial.Iman berasa lemah semangat kerana hasratnya untuk menyatukan kembali ayah dan ibunya mungkin terkubur.

PUNCAK Ketika ayah Iman dating ke sekolah,Adif Danial tidak mahu bersalaman dengannya.Ibu Iman pula telah sepuluh hari tidak membalas e-mel Iman.Fikiran Iman semakin bercelaru apatah lagi setelah melihat Adif Danial tidak hadir ke sekolah.Iman menyangka bahawa ibunya tidak memerlukannya lagi.

PELERAIAN Ibu Iman menelefon datuk dan memberitahu bahawa dia dimasukkan hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.Oleh sebab itulah,dia tidak berpeluang untuk membalas e-mel Iman.Adif Danial dating ke rumah Iman untuk memohon maaf atas sikap buruknya terhadap ayah Iman.Linda juga telah mengaku bahawa dia yang mencuri diari Iman di hadapan guru disiplin.Ketika kenduri kesyukuran di rumah datuk Iman,Makcik Sofia menyatakan bahawa dia telah membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan ayah Iman.Ayah Iman pula akan membawa Iman,datuk dan nenek ke New Zealand untuk menziarahi ibu dan menyambung kembali ikatan kekeluargaan mereka.Hasrat Iman untuk menyatukan mereka tercapai.

LATAR LATAR TEMPAT


>Rumah datuk dan neneknya=Iman tinggal di rumah datuk dan neneknya. >Pasar raya=Iman menemani Pei Wen membeli barangan di pasar raya sebelum pulang ke rumah

>Bilik tidur Iman=Iman menulangkaji pelajaran dan membalas e-mel ibunya di biliknya. >Kelas Tingkatan Satu Dinamik=Cikgu Julia memperkenalkan seorang murid baharu bernama Adif Danial di kelas ini. >Perpustakaan=Iman akan ke perpustakaan bersama-sama Pei Wen sejak mendapat tajuk pidato. >Tandas sekolah=Iman menangis di dalam tandas setelah diperkatakan sesuatu oleh Linda >Bawah pokok=Iman dan Pei Wen berbual-bual di bawah pokok yang bertentangan dengan kelas mereka. >Halaman rumah nenek=Zulkarnain dan Adif berbual-bual dengan nenek Iman di halaman rumah. >Pantai Port Dickson=Iman,ayah,datuk dan nenek bersiar-siar di pantai Port Dickson. >Dewan sekolah=Pertandingan pidato diadakan di dewan sekolah. >Kedai buku=Petang itu,Iman dan Pei Wen pergi ke sebuah kedai buku yang terletak tidak jauh dari sekolah.

LATAR MASA

Pukul

7.35 pagi,iaitu pada permulaan waktu persekolahan.

Pada hari Sabtu. Pada waktu malam. Pada waktu petang. Pagi hari Isnin. Pada 20 Mei 2006.

LATAR MASYARAKAT

*Masyarakat yang sangat mementingkan pelajaran Iman sentiasa menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran.Ibu pula melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah kedoktoran di New Zealand.

*Masyarakat majmuk yang hidup harmoni


Walaupun Pei Wen berlainan agama dan bangsa,datuk dan nenek melayaninya bagaikan cucu sendiri.

*Masyarakat yang tidak menghormati orang lain Linda tidak pernah menghormati Iman walaupun Iman berhasrat untuk berdamai.

*Masyarakat yang menghormati orang tua Zulkarnain dan Adif Danialsentiasa bersalaman dan menghormati nenek setiap kali bertemu.

*Masyarakat yang bertolak ansur Pei Wen telah mengakui kesilapannyadan ibu tirinya pula telah berterus terang.

*Masyarakat yang suka akan kebersihan dan keindahan Nenek pula sedanng asyik mencabut rumput di sekeliling reban tersebut.

*Masyarakat yang pemaaf Iman memaafkan Linda walaupun Linda telah mengakui bahawa dia telah mencuri diari Iman.

*Masyarakat yang sentiasa memberi nasihat Cikgu Julia selalu memberi nasihat kepada Iman.

*Masyarakat yang bersimpati akan nasib orang lain Nenek selalu kasihan melihat cucunya kerana ibunya berada di luar negara,manakala ayahnya pula sibuk dalam perniagaan

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama Iman Zulaikha PERWATAKAN


Berusia 13 tahun

HURAIAN/CONTOH
anak gadis yang berusia tiga belas tahun peperiksaan PMR akan menjelang dua tahun ketika berada di tingkatan 1 kamu bertiga berjaya menduduki tempat pertama,kedua dan ketiga

Pelajar pintar Menghormati orang tua Bersahabat baik dengan Pei Wen Pandai berpidato

Tangan nenek dikucup


Pei Wen selalu bercerita masalahnya dia memenangi tempat pertama dalam pertandingan pidato

Tidak disukai oleh rakan sekelasnya Gigih

sudah tiga kali dia menyertai pertandingan pidato engkau bukan sahaja hipokrit tak payah berbuat baik Dia gigih menghafal dan berlatih..

WATAK SAMPINGAN

PEI WEN
Sahabat baik Iman Tinggal berjiran dengan Iman Mempunyai ibu tiri Iman pulang dari sekolah bersamasama sahabat baiknya,Pei Wen Rumah Pei Wen berada tidak jauh dari rumah Iman Kau kena marah dengan ibu tiri kau mengadu kepadanya tentang sikap ibu tirinya setiap kali balik dari gerai Aku tak mahu rosakkan hubungan mereka Pei Wen nak minta pandangan datuk dan nenek Come on.Ini bukan Iman yang aku kenal dulu Takkan kau nak tarik diri

Ayahnya seorang peniaga Menghadapi konflik dengan ibu tirinya Meminta nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman Suka memberi semangat dan dorongan kepada Iman

LINDA

Rakan sekelas Iman dan Pei Wen Suka menonjolkan diri Berani memberikan pandangan Tidak baik dengan Iman Bersangka buruk dan dengki terhadap Iman Seorang yang cemburu Sukar menerima kekalahan

duduk di belakang Iman dan Pei Wen murid yang gemar menonjolkan diriya Pada pendapat saya,ramai lagi murid Linda ketawa mengejek Semua orang kau cuba pengaruhi Wah,bukan main rapat kau dengan budak baharu tu!... Okeytahniah.Puas hati?...

Datuk Iman

Seorang yang pemurah Mementingkan amalan agama

Sentiasa ke surau bagi menunaikan solat Ikhlas memberi nasihat kepada Pei Wen Pandai bergurau untuk menggembirakan nenek

mengadakan kenduri kesyukuran Jika datuk dan nenenk tahu dia melengah-lengahkan solat Zuhur,sudah pasti dia dimarahi Datuk sering bersembahyang berjemaah di surau Tuk yakin,suatu hari nanti pasti dia sedar tentang kemuliaan hati kamu Datuk sering bergurau menggembirakan nenek

Nenek iman

Seorang yang pandai memujuk

Seorang yang kuat beribadat

Ayah Iman sibuk agaknyaKejap lagi datuk balik dari sungai,kita makan bersama sama. nenek baru solatNenek mengangguk

YUSRI
Seorang ahli perniagaan Ayah Iman Menghormati orang tua Suka membuat kejutan terhadap Iman Seorang yang penyayang dia benar-benar sibuk menguruskan perniagaannya Yusri memahami apa yang bermain dalam fikiran anak gadisnya Ayah kamu,menantu yang baik.dia menghormati orang tua Ayahnya muncul juga akhirnya.. Cantik anak ayah hari ini,puji yusri sambil menatap wajah anak kesayangannya. Ayah tahu,Iman sukar menerima hakikat ini

Bersikap terus terang

Ruhaida

Mirip wajah Iman

....saling tidak tumpah seperti wajah ibunya yang berada jauh di seberang

Ibu Iman Sedang melanjutkan pelajaran di New Zealand

laut Ibu!!!jerit Iman dengan nyaring seperti terperanjat. Ibu mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara Semenjak ibu berangkat ke New Zealand Ibu menasihati Iman agar bersabar Baik ibu mahupun Iman,tidak pernah terlupoa menulis e-mel antara satu sama lain

Sentiasa menasihati Iman supaya bersabar Berhubung dengan anaknya melalui e-mel

CIKGU JULIA

Guru kelas Tingkatan Satu Dinamik

Cikgu Julia,guru kelas Tingkatan Satu Dinamik

Guru bahasa Melayu Selalu membimbing Iman dalam bidang pidato Selalu memberikan pandangan yang bernas berkaitan masalah Iman

Cikgu Julia ialah guru Bahasa Malaysia Disekolah itu Iman meminta pendapat untuk memilih tajuk pidato daripada Cikgu Julia #Cikgu Julia menasihatkan Iman supaya menghormati keputusan ayahnya untuk berkahwin lagi #Cikgu Julia juga menasihati Iman supaya jangan bersangka buruk terhadap ibunya.

Adif danial
Pelajar baharu di Tingkatan Satu Dinamik Anak Makcik Sofia Anak yatim kematian ayah

Cikgu Julia memperkenalkan murid baharu,Adif Danial kepada pelajar. Adif Danial ialah anak tunggal Sofia,ujar Yusri dengan nada perlahan. Adif Danial pantas berlaluPenjelasan?Penjelasan apalagi?Ayah eng dan ibu aku akan berkahwin,bentak Adif lalu terus berlalu