Anda di halaman 1dari 14

SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 2 (2011) Tajuk: Erti Sebuah Pengorbanan Penulis: Zaihanim bt.

Zainal Abidin Penerbit: KZ Berjaya Enterprise Bab 1: Kisah Seorang Kawan Iman Zulaikha, gadis berusia 13 tahun, bersahabat baik dengan Pei Wen. Mereka tinggal berdekatan dan belajar bersama-sama. Ibu bapa Iman telah bercerai ketika Iman berusia 12 tahun. Iman tinggal bersama dengan datuk dan neneknya, setelah ibunya melanjutkan pelajaran ijazah kedoktoran di New Zealand selama dua tahun. Linda dan Iman bermusuh ketat di sekolah. Linda tidak mahu menganggotai kumpulan kerja kursus Sejarah Iman. Akhirnya, Iman bertindak menyertai kumpulan Zulkarnain dan Mohana. Iman turut bersimpati akan nasib Pei Wen. Saban hari, Pei Wen perlu berhadapan dengan ibu tirinya yang garang. Ketika merenung gambar keluarga, Iman terkenang akan perpisahan ibu dan bapanya. Walaupun mereka sudah berpisah, ibu dan bapanya masih bersahabat dan berharap agar Iman belajar berdikari dan menerima kenyataan. Selepas waktu zuhur, Pei Wen mengunjungi rumah Iman. Pei Wen meluahkan perasaannya tentang ibu tirinya (mak cik, gelar Pei Wen) dan kehadiran lelaki asing kepada Iman. Sikap ibu tirinya (mak cik) berubah sejak dia keguguran apatah lagi bapa Pei Wen senantiasa sibuk di gerai ikan. Ibu tirinya pula sibuk menyiapkan tempahan kain baju pelanggan. Datuk dan nenek Iman telah menasihati Pei Wen. Sebelum tidur, Iman akan membaca dan membalas e-mel ibunya di New Zealand. Melalui e-mel, ibu memberitahu Iman tentang kesibukan kuliah dan tugasannya. Turut disebut, Albert pemuda Inggeris yang berkaca mata, kenalan baharu ibu. Menurut Iman, ayahnya baru balik dari Manila. Iman bertekad untuk menyatukan ibu dan ayahnya semula. Dia mempunyai rancangan pada 15 haribulan kerana hari tersebut ialah hari jadi ibunya. Kosa Kata / Makna: 1. Terik - amat sangat (panas matahari) 2. Berjemaah beramai-ramai, bersama-sama 3. Menjenguk melihat (menengok) dengan menghulurkan kepala 4. Membelek-belek memerhati dengan teliti, mengincar, memeriksa 5. Janggal tidak sedap dilihat atau didengar, canggung 6. Muktamad kepercayaan, tidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tegas 7. Kecoh tipu, heboh, bising, riuh 8. Berkenan bersetuju di hati, berasa gembira 9. Tersengih tersenyum dengan mulut terbuka sedikit 10. Keakraban perhubungan atau pertalian yang sangat erat 11. Luntur turun atau berubah warnanya, berubah, bertukar 12. Visi tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam 13. Zuhur waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb. sama panjang dengan kayu dsb. yang menjadi pengukurnya.
1

14. Melengah-lengahkan mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan 15. Berkobar-kobar bernyala-nyala dengan hebatnya atau bergolak, bergelora dengan amat
Bab 2: Pemilihan Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial kepada murid-murid Tingkatan Satu Dinamik. Adif Danial bertukar dari SMK Damansara. Linda pula mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Adif. Cikgu Julia turut mengumumkan pertandingan pidato peringkat daerah. Seorang pemidato dari Tingkatan Satu Dinamik akan dipilih. Ai Ling mencadangkan nama Iman Zulaikha. Cadangan Ai Ling disokong oleh Pei Wen. Malangnya, Linda tidak bersetuju. Sebenarnya, Linda ingin bertanding dengan Iman. Cikgu Julia akan berbincang dengan Cikgu Osman, guru Perbama tentang tarikh pertandingan bersertakan tajuknya. Berkat dorongan dan sokongan rakan-rakan, akhirnya Iman bersetuju untuk berentap dengan Linda. Selepas menjamu selera di kantin, Iman dan Pei Wen berbual-bual tentang ibu tiri Pei Wen. Menurut Pei Wen, ibu tirinya meminta maaf dan berpesan agar hal yang berlaku tidak sampai ke pengetahuan bapanya. Zulkarnain dan Adif Danial menghampiri mereka. Zulkarnain meluahkan perasaan bengangnya terhadap sikap Linda. Iman terpaksa menenangkan Zulkarnain. Cikgu Julia telah menyerahkan tiga buah tajuk pidato untuk dipilih oleh Iman. Sejak hari itu, Iman membuat rujukan di perpustakaan bersama-sama Pei Wen, Adif Danial dan Zulkarnain. Iman turut mendapat bimbingan Cikgu Julia, guru bahasa Malaysia di sekolah itu. Pertandingan pidato antara Iman dan Julia akan bermula 9 pagi, hari Sabtu minggu berikutnya. Hubungan Iman dengan Linda semakin renggang. Jika bertembung, Linda pasti akan mengelak atau memalingkan wajah. Pagi itu, sebaik sahaja tiba di sekolah, Iman bersemuka dengan Linda. Maka berlakulah pertikaman lidah. Linda menuduh Iman bertindak mempengaruhi kawankawannya, termasuklah Adif Danial. Mujur muncul Zulkarnain, Adif Danial dan Pei Wen. Iman segera meninggalkan kelas. Pei Wen mengekorinya ke tandas. Iman menangis di dalam tandas. Dia ingin menarik diri daripada pertandingan. Pei Wen tidak berpuas hati sambil bertindak memberikan dorongan kepada Iman. Menurut Pei Wen, maruah sekolah di bahu Iman. Akhirnya, semangat baharu menular ke dalam diri Iman. Kosa Kata / Makna: 1. Mara bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju 2. Melemparkan membalingkan, melantingkan, melontarkan 3. Menonjolkan menjorokkan, menyorongkan (ke muka), menampakkan, muncul 2

4. Berentap beradu pengaruh, kebolehan, kekuatan dengan hebatnya untuk mencapai kemenangan 5. Mengejek mempersendakan orang, mencemuh, menghina 6. Menjeling memandang dengan ekor mata, mengerling 7. Menyiku menyinggung dengan siku 8. Sepakat setuju, sependirian, seia sekata 9. Bersaing atas-mengatasi, dahulu-mendahului 10. Menoleh berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) untuk melihat 11. Getus getis, gentis 12. Strategi ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan 13. Gelagat tingkah laku, gerak-geri 14. Bertembung berjumpa (dengan tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak 15. Bersemuka berhadapan muka (dengan) 16. Hipokrit (orang yang) berpura-pura berperangai baik 17. Mengekori mengikuti atau menyertai dari belakang 18. Mengesat menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering 19. Menggenggam memegang dalam genggam, menguasai 20. Menular membiak atau menjangkit, merebak ke merata-rata tempat 21. Maruah kehormatan, harga diri

Bab 3: Ibu dan Ayah Sabtu. Iman tidak ke sekolah. Iman memperoleh kata-kata semangat daripada ibu melalui e-mel. Pertama, ibu mahu Iman menjadi johan dan mewakili sekolah ke pertandingan daerah. Kedua, ibu menasihati Iman agar bersabar terhadap kerenah Linda. Menurut ibu, dugaan akan mencabar kehidupan. Yang penting niat ikhlas. 9 pagi. Iman menerima panggilan telefon daripada ayahnya. Ayah bertanyakan khabar. Jika mengizinkan, ayah akan berjumpa dengan Iman. Sejak meletakkan jawatan pensyarah, Yusri (ayah Iman) sibuk akan dunia perniagaan perhotelan. Namun, Yusri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Iman Zulaikha. Iman sempat mengingatkan hari jadi ibu pada 15 haribulan. Iman mendesak agar ayahnya mengirimkan kad ucapan sempena ulang tahun kelahiran ibu yang ke-38 tahun. Iman mohon izin untuk mengirimkan kad bagi pihak ayahnya. Ayah turut menyampaikan salam kepada datuk dan nenek Iman. Iman dikejutkan oleh kehadiran Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial. Mereka bersalaman dengan nenek Iman. Pei Wei sempat menghulurkan bungkusan berisi beberapa ekor ikan sungai kepada nenek. Iman muncul dan memohon kebenaran nenek untuk berlatih pidato di sekolah pada pukul 10.15 pagi. Sekolah sibuk dengan 3

akitiviti kokurikulum. Adif Danial bertanyakan skrip pidato. Iman menjelaskan bahawa skrip pidato sudah ditunjukkan dan mendapat persetujuan Cikgu Julia. Mereka ke kelas Tingkatan Satu Dinamik. Rupa-rupanya, kumpulan Linda sedang berlatih di dalamnya. Linda menyindir Iman lagi. Linda kurang senang melihat Iman bergaul rapat dengan Adif Danial. Maka, berlakulah usik-mengusik dan sindir-menyindir. Linda amat yakin bahawa Iman akan kalah dalam pertandingan pidato itu nanti. Kata-kata Linda diterima baik oleh Iman. Pertemuan Linda dengan Iman menghairankan temanteman Iman. Setiba di rumah, Iman terkejut. Hadir sebuah Proton Perdana di hadapan rumah. Iman keriangan menyambut kedatangan ayahnya. Mereka berbual panjang termasuklah hal pertandingan pidato. Malangnya, ayahnya perlu berangkat ke Langkawi pada petang Jumaat sedangkan pertandingan Iman pada 9 pagi, hari Sabtu. Petang itu, Iman, ayah, datuk dan nenek bersiar-siar di pantai Port Dickson. Selepas berdarmawisata, mereka makan ikan bakar di sebuah restoran. Sempat juga Iman bercerita tentang pelajaran dan aktivitinya di sekolah. Datuk dan nenek Iman dikejutkan oleh pertanyaan dan hasrat Yusri untuk membawa Iman tinggal bersama dengannya di bandar. Menurut Iman, dia perlu mendapat keizinan ibu dan mahu ibunya tinggal bersama-sama. Kemudian, Yusri berbincang dengan nenek dan datuk Iman. Sejak pulang dari Port Dickson, Iman sedar akan perubahan diri nenek. Ruparupanya nenek berasa cemburu akan Yusri, ayah Iman. Nenek bimbang kalau-kalau Yusri membawa Iman tinggal di bandar bersama dengannya. Perbualan Iman dengan datuk disedari oleh nenek. Menurut nenek, jika Iman tinggal bersama dengan ayahnya, maka akan sunyilah mereka berdua di kampung. Menurut Iman, dia hanya akan tinggal bersama dengan ayah sekiranya ibunya turut bersama semula. Kosa Kata / Makna 1. Menimpa menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu, mengenai 2. Corong saluran yang berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya untuk menuang air 3. Berkesempatan ada kesempatan (peluang) untuk 4. Mengiakan mengatakan ia, mengakui, menyetujui, membenarkan 5. Berselerak bersebar, bersepah, berserak 6. Jenguk lihat, jengah 7. Terkedu lentik ke belakang tubuhnya, terkedik 8. Tercegat tertegak, berdiri tegak, tercancang 9. Mencuka menjadi masam seperti cuka (berkenaan wajah, muka) kerana marah, 4

geram 10. Mengerutkan mengedutkan, menggelemburkan 11. Bosan sudah tidak suka lagi, jemu, boyak 12. Diselubungi ditutup litup dengan selubung, dibungkusi, diselimuti 13. Tersinggung terkena, terjamah, tersentuh 14. Mentua ibu bapa, ibu atau bapa kepada isteri atau suami 15. Termenung dalam keadaan bermenung (berfikir panjang) 16. Lucu membuat orang ketawa, menggelikan hati, jenaka 17. Tersentuh tertarik dengan kuat, terpiuh, tersedar 18. Menantu isteri atau suami kepada anak sendiri 19. Mengutarakan melahirkan apa yang tersemat di hati, mengatakan, mengemukakan, menyatakan

Bab 4: Pertandingan Sejak awal pagi lagi, Iman dan Pei Wen tiba di sekolah. Banyak murid hadir untuk memberikan sokongan. Linda sedang berbincang dengan rakan-rakan. Penasihat Linda, Cikgu Azwaliza turut kelihatan. Iman duduk di sebelah Pei Wen dan Zulkarnain. Adif Danial tidak kelihatan. Kononnya, Adif Danial suka akan Iman. Keresahan Iman dapat ditangani dengan kehadiran Adif Danial. Selepas ucapan Guru Penasihat Bahasa Malaysia, tampil Cikgu Julia membaca syarat pertandingan. Peserta pertama, Norazlinda Borhan. Kemudian, tiba giliran Linda. Linda dapat menyampaikan pidatonya dengan lancar, bernas dan bersemangat. Bagi Iman, Linda berbakat. Sepuluh minit kemudian, giliran Iman pula. Iman terpandang akan ayahnya. Ayahnya muncul untuk memberikan dorongan semangat. Akhirnya, Iman muncul juara pidato dan mewakili sekolah di peringkat daerah. Kejayaan Iman disambut oleh rakan-rakan dan ayahnya. Iman memperkenalkan ayahnya kepada rakan-rakan. Anehnya, salam tangan tidak disambut oleh Arial Danial. Arial Danial kelihatan serius dan mendiamkan diri. Dia memalingkan wajahnya dan meminta diri dengan tiba-tiba. Iman kehairanan. Cikgu Julia mengucapkan tahniah kepada Iman sambil mengingatkan bahawa pertandingan pada bulan yang berikutnya lebih bermakna. Iman perlu berusaha dengan sungguh-sungguh. Linda kelihatan sedih dan cuba mengelakkan diri daripada Iman. Iman mendekati Linda dan cuba memujuk Linda. Iman ingin tahu akan sebab Linda begitu marah akan dirinya. Menurut Linda, mereka boleh bersahabat dengan syarat Iman menarik diri sebagai wakil sekolah dalam pertandingan pidato daerah. Tempoh tiga hari diberikan kepada Iman. Sebaik pulang dari rumah, Iman mengurungkan diri di dalam bilik. Iman kekeliruan tentang Adif, permintaan Linda dan tajuk perbualan dengan ayahnya pada malam hari. Iman menghadap komputernya. E-mel ibu 5

dibaca olehnya. Dibalasnya e-mel ibu sambil bertanyakan sama ada ibu merindui ayah. Ceria kembali Iman. Malam. Restoran di tepi sebuah tasik. Iman makan malam bersama ayahnya. Cuba dikisahkan oleh Iman kenangan sambutan Hari Raya Adilfitri dua tahun yang lalu. Mereka sekeluarga sedondon memakai pakaian berwarna ungu. Indah ketika itu. Ayah memberitahu Iman bahawa kenangan itu sudah berlalu. Yang penting, mereka perlu membina hidup baharu. Iman bertanyakan hasrat ayah untuk membina keluarga yang runtuh semula. Iman meluahkan kasih sayang kepada ibu dan ayahnya. Yusri tahu benar akan hasrat dan niat hati anak gadisnya setiap kali mereka berjumpa. Iman mendengar penjelasan daripada ayahnya tentang takdir perpisahan dan mengumumkan pengganti ibunya. Hati Iman bergetar. Dirinya terkejut dan terpaku seketika. Wanita yang kematian suami itu bernama Sofia, kenalan lama ayah Iman. Iman mengalihkan pandangannya ke tengah tasik seolaholah dia kini keseorangan. Kata ayah, Arial Danial ialah anak tunggal Sofia. Alangkah kecil dunia ini. Iman dilanda kekecewaan. Hasrat untuk menyatukan ibu dan ayahnya tidak kesampaian. Dia bakal menerima seorang ibu tiri seperti Pei Wen. Selepas menghantar Iman ke rumah mentuanya, Yusri bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Nenek dan datuk menunggu cucu kesayangan mereka di muka pintu. Iman memandang tepat ke wajah nenek. Air mata menanti masa untuk gugur. Iman memeluk neneknya erat-erat. Kosa Kata / Makna: 1. Hujah pendapat berserta alasan yang diberikan sebagai menyokong atau menentang sesuatu pendirian 2. Kagum berasa amat sangat tertarik (melihat dsb sesuatu yang luar biasa), hairan, takjub 3. Erat kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll.) 4. Tewas menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan dll) 5. Sinis cenderung untuk mempersoalkan kebaikan (kejujuran dll) orang 6. Tempoh waktu, masa 7. Menguntum sebagai kuntum, mulai berkembang (menjelma), menjadi kuntum 8. Rancak bagus, baik, cantik, elok, molek 9. Mengurung menahan atau memasukkan ke dalam penjara dll, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja 10. Keliru salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan) 11. Sedondon sama warna atau corak 12. Telatah gerak-geri, tingkah laku, kelakuan 13. Hasrat keinginan yang kuat untuk memiliki (melakukan) sesuatu 14. Bersandar meletakkan belakang (bahu, dada, dll) pada sesuatu supaya teguh atau selesa 6

15. dll) 16. 17. 18. 19. 20.

Mencecah kena (sedikit) pada, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap Menyeka menyapu supaya bersih atau kering Kesampaian ketibaan, tibanya, sampainya Redup berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung, tidak panas terik Bertapak mempunyai tapak, ada tapaknya, berjejak, berpijak, melangkah Bendung haling

Bab 5: Kawanku, Adif Isnin. 7.30 pagi. Adif masih belum tiba di sekolah lagi. Murid-murid lain sudah mengisi tempat duduk masing-masing. Zulkarnain menegur Iman. Cikgu David, guru Matematik di sisinya. Iman ditegur oleh Cikgu David kerana mengelamun di dalam kelas. Iman didenda berdiri di luar kelas. Zulkarnain kegelisahan. Kolam mata Iman digenangi air. Tiada sesiapa yang mengerti perasaan yang bersarang di jiwanya. Rehat. Iman tidak pergi ke kantin. Iman ditegur oleh Zulkarnain. Alasan malas diberikan oleh Iman lebih-lebih lagi ketidakhadiran Adif dan Pei Wen. Zulkarnain ingin mendengar masalah yang dihadapi oleh Iman. Iman pun menceritakan hal perkahwinan ayahnya dengan Sofia, ibu kepada Adif Danial. Mereka bercadang ke rumah Adif pada petang itu. Tengah hari. Datuk dan nenek Iman sedang membaca surat Razlan, anak bongsu datuk. Pak Su Razlan baru sahaja menamatkan pengajian universitinya di New Zealand. Datuk dan nenek gembira, Pak Su Razlan akan pulang tidak lama lagi. Muncul Iman memberikan salam. Nenek berasa kesal kerana merahsiakan hal ayah Iman. Nenek memberitahu Iman bahawa ayahnya menelefon dan memohon maaf daripada Iman. Iman serba salah. Nenek memahami kedudukan Iman. Datuk menasihati Iman agar menerima keputusan ayahnya. Sempat Iman meminta izin nenek untuk ke rumah Adif. Adif Danial anak Sofia. Iman dan Zulkarnain tercegat di hadapan sebuah banglo. Selepas salam dibalas, muncul seorang lelaki sebaya usia datuk Iman. Zulkarnain bersalaman dengan lelaki itu sambil mendapat kepastian sama ada rumah itu rumah Adif Danial. Ruparupanya lelaki tua itu datuk Adif Danial. Mereka dijemput masuk. Muncul Adif Danial dari tingkat atas. Zulkarnain bertanyakan khabar Adif. Giliran Iman pula berbual dengan Adif. Iman ingin tahu sama ada Adif masih memarahinya. Adif menyuruh mereka balik. Dia masih belum bersedia untuk membicarakan hal antara Iman dengan dirinya. Adif tidak memberikan peluang kepada Iman untuk memberikan penjelasan. Yang jelas, Adif masih tidak boleh menerima bahawa ayah Iman akan berkahwin dengan ibunya. Adif terus beredar ke tingkat atas tanpa mempedulikan Iman dan Zulkarnain. Sikap Adif ditegur oleh datuknya. Menurut 7

datuk Adif, sikap cucunya berubah sejak dua tiga hari. Dulu Adif tinggal bersama dengan ibunya, Sofia (menantu datuk Adif) di Kuala Lumpur. Tidak semena-mena, dia ingin balik dan bersekolah di kampung. Menantunya memberitahukan hal perselisihan Adif dengan Sofia. Adif marah benar apabila Sofia ingin berkahwin lagi. Sejak ditengking oleh Adif Danial, Iman tidak berani berbual dengan Adif lagi. Tiada sapaan dan senyuman lagi. Iman menceritakan peristiwa itu kepada Pei Wen sekembalinya dia daripada cuti dua hari. Petang itu, Iman dan Pei Wen pergi ke sebuah kedai buku berdekatan dengan sekolah. Selepas Iman membeli tiga buah buku Matematik dan Bahasa Inggeris, Pei Wen mengajak Iman makan ais kacang di sebuah restoran yang berdekatan. Setelah memesan dua mangkuk ais kacang, Pei Wen memberitahu Iman bahawa ibu tirinya (mak cik) sudah banyak berubah dan bersalah selepas bertengkar dengan ayahnya. Lelaki misteri yang sering datang berjumpa dengan ibu tirinya ialah bekas suaminya. Bekas suaminya kerap datang untuk meminta wang daripada ibu tirinya. Akhirnya, lelaki itu telah diberkas oleh polis kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Pei Wen memuji semangat Iman ketika mengharungi masalah. Tiba-tiba mereka ternampak akan Linda dan Adif di kedai buku yang berhampiran dengan restoran tersebut. Barangkali, timbul pula perasaan cemburu di hati Iman. Iman berjanji akan ke rumah Pei Wen petang nanti. Kosa Kata / Makna: 1. Menelaah mengkaji semula (mengulang) pelajaran, meneliti, meramalkan (nasib dll) 2. Menoleh berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) untuk melihat 3. Berkecamuk menjadi hebat (peperangan, perjuangan dll), menghebat, menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, perasaan dll), kacau-bilau 4. Melamun memikirkan sesuatu, berangan-angan, berkhayal 5. Menggelabah berada dalam keadaan tidak tentu arah, berasa resah gelisah 6. Bentak herdik, tengking 7. Mengerling memandang ke kanan atau ke kiri (dgn tidak menggerakkan kepala), menjeling 8. Bersimpang-siur bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir mudik 9. Membeliak terbuka besar-besar (mata), terbelalak 10. Kena-mengena ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dll) 11. Jodoh pasangan hidup (laki-laki atau perempuan) 12. Ziarah lawatan, kunjungan 13. Terpinga-pinga tercengang-cengang kehairanan 14. Tengking bunyi yang nyaring dan keras (bunyi ringkik kuda), suara yang tinggi dan keras (suara orang marah) 15. Bertengkar berbantah, berbalah, bercekcok, bertaki, bertikai 16. Ternganga terbuka lebar-lebar (mulut dll), terbuka luas 8

17. Menyelinap bergerak dgn pantas (utk menyembunyikan diri), menyorok, menyusup 18. Menuding menunjuk ke sesuatu arah (dgn jari telunjuk, tongkat dll) menuduh

Bab 6: Kenapakah, Ibu? Iman berasa bimbang kerana sudah beberapa hari e-mel ibu tidak kesampaian. Emel Iman pula tidak berbalas. Biarlah ayahnya sendiri memberitahukan hal Mak Cik Sofia kepada ibu. Pertandingan pidato daerah akan bermula selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun. Iman pandai membahagikan masa, yakni antara pelajaran dan pertandingan. Iman tidak mempedulikan permintaan Linda. Ketika bertembung dengan Linda, Iman menjelaskan pendiriannya bahawa dia tetap akan bertanding. Keputusan itu menaikkan kemarahan Linda. Linda menolak Iman. Kaki Iman terpelecok, tersungkur di anak tangga yang terakhir dan terguling-guling sebelum jatuh terduduk. Linda segera beredar dari situ. Perbuatan itu terlihat oleh Mohana dan Adif Danial. Mujur Mohana memapah Iman ke biik guru. Nenek Iman terkejut benar tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Iman telah berpakat dengan Pei Wen untuk merahsiakan hal tersebut. Pei Wen cukup marah akan perbuatan Linda dan berasa bimbang akan tindakan Linda seterusnya. Iman bermohon agar hal itu juga tidak diberitahukan kepada Zulkarnain dan Adif Danial. Petang itu, rumah datuk dan nenek dikunjungi Pak Su Razlan, lulusan jurusan Pentadbiran Perniagaan dari universiti di New Zealand. Ibu Iman juga belajar di universiti yang sama. Menurut Pak Su Razlan, dia sempat berjumpa dengan ibu Iman sebanyak tiga kali dan bersembang beberapa minit sahaja dek kesibukan. Iman meluahkan keresahan kerana e-melnya tidak berbalas. Pak Su Razlan tersenyum sinis lalu memberitahu Iman bahawa ibunya berhubungan mesra dengan seorang lelaki Inggeris. Iman terdiam. Wajahnya berubah. Perubahan ini menimbulkan ketidaksenangan Pak Su Razlan. Pak Su Razlan ditegur oleh nenek sebelum dicelah oleh datuk. Iman bertekad untuk mengetepikan semua masalah yang berlaku. Yang penting, dia perlu menghadapi peperiksaan seminggu lagi dan pertandingan pidato minggu yang berikutnya. Keesokan hari, tengah hari, selepas mata pelajaran Matematik, Iman ingin berjumpa dengan Cikgu Julia biarpun diajak oleh Pei Wen untuk pulang bersama. Selepas berkemas, Iman terserempak dengan Adif Danial dan Linda. Senyuman Iman tidak berbalas juga. Kemudian, Iman ke bilik guru. Akhirnya, Iman dapat berjumpa dengan Cikgu Julia. Iman meminta pandangan Cikgu Julia tentang ibunya. Iman menceritakan hal ibu dan bapanya satu persatu. Yang jelas, hasrat Iman untuk menyatukan ayah dan ibunya semula musnah kini. Menurut Cikgu Julia, senario kehidupan ayah dan ibunya sudah ditentukan oleh takdir waima ayahnya akan berkahwin dengan ibu Adif Danial, Mak Cik Sofia dan 9

kesahihan hubungan ibunya dengan lelaki Inggeris yang barangkali merupakan teman sekolej. Yang penting, menurut Cikgu Julia, Iman perlu bersabar, berterus terang dan berkorban. Fikiran Iman tenang dan positif kembali selepas berbual-bual dengan Cikgu Julia. Album gambar dibelek satu persatu. Gambar keluarga Iman tetap akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Tiba-tiba, Iman dikejutkan oleh panggilan nenek. Kata nenek kawan lelaki Iman sedang mencarinya. Zulkarnain dan Adif Danial! Adif Danial ingin memohon maaf daripada Iman. Sebenarnya, Adif Danial merindui saat-saat bersama dengan Pei Wen, Zulkarnain dan Iman. Iman dan Adif Danial sama-sama mengaku kesalahan tentang kisah ibu dan ayah masingmasing. Malah, Adif Danial cukup kagum akan ketabahan Iman menghadapi masalah tersebut lebih-lebih lagi Pei Wen dan Zulkarnain telah menceritakan segala-galanya, termasuk tindakan kasar Linda terhadap Iman. Ibu Adif Danial memahami kehendaknya anak lelakinya. Ibunya sanggup membatalkan perkahwinan sekiranya hasrat tersebut diingini Adif. Yang jelas, ibu Adif tidak akan berkahwin dengan ayah Iman. Hati Iman bertambah lega sekarang. Fikirannya bertambah lapang. Pagi itu datuk dan nenek Iman menjamu Adif Danial dan Zulkarnain makan buah rambutan dan cempedak. Kosa Kata / Makna: 1. Ketinggalan yang tinggal baki, kelebihan, sisa, tertinggal (dgn tidak sengaja), terbelakang 2. Amanah sesuatu yang dipercayakan kepada orang, kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang 3. Menuruni turun melalui (tangga, lereng bukit dll), turun untuk mengambil sesuatu 4. Bertembung berjumpa (dgn tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak 5. Meluap-luap bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat dsb), berkobar-kobar, berapi-api 6. Terguling-guling berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik 7. Papah berpegang atau berpaut pd bahu orang dll. 8. Bebel mengomel, berleter 9. Mencebikkan menyorongkan bibir bawah ke depan (kerana marah, benci dsb), menghina 10. Tercengang berasa kehairan-hairanan, terkejut bercampur pelik sehingga mata terbuka luas dan mulut ternganga 11. Merajuk menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul) 12. Mengerling memandang ke kanan atau ke kiri (dgn tidak menggerakkan kepala) 13. Mengkhianati berbaut khianat kepada, mencelakakan, memperdaya, membelot terhadap 14. Beriringan berjalan dll bersama-sama, berturut-turut 15. Tampak tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan 16. Berkecamuk menjadi hebat, menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, 10

perasaan dll) 17. Solehah taat dan patuh kpd perintah Allah (perempuan) 18. Hakikat sesuatu yang tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan 19. Arwah roh atau jiwa orang yang telah meninggal dunia, semangat, Allahyarham, Almarhum 20. Menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan

Bab 7: Usaha dan Cabaran Peperiksaan menjelang tiba. Iman mengadakan perbincangan berkumpulan bersama-sama Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial. Iman mahir dalam pelajaran Matematik. Mereka bantu-membantu. Iman mahu mengungguli pencapaian akademik Tingkatan Satu Dinamik. 20 Mei 2006. Peperiksaan Pertengahan Tahun telah pun berlalu. Kini, Iman memberikan tumpuan pada pertandingan pidato daerah. Teks disediakan oleh Iman dan disemak oleh Cikgu Julia. Kemudian, Iman akan berlatih bersama-sama Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial selepas sekolah. Di rumah, Iman berlatih di hadapan datuk dan nenek. Sudah genap sepuluh hari Iman tidak berutus e-mel dengan ibunya. Barangkali, ibunya telah menemui pengganti ayah. Sempat Iman berbual-bual dengan nenek. Dapatlah nenek mendengar dan berkongsi luahan rasa Iman. Nenek tahu benar akan perangai ibu Iman. Kata nenek, mencari pengganti suami bukan mudah dan menasihati Iman agar tidak berprasangka terhadap ibu Iman sendiri. Iman tertunduk. Air mata mengalir dari kolam matanya. Iman berasa terlalu berdosa. Nenek menepuk-nepuk bahu cucunya. Tiba-tiba datuk, nenek dan Iman dikejutkan dengan panggilan Ruhaida, ibu Iman dari New Zealand. Rupa-rupanya, ibu Iman terlantar di hospital selama sepuluh hari kerana kemalangan jalan raya. Iman menangis teresak-esak kerana bersalah menuduh ibunya. Iman meluahkan perasaannya melalui e-mel. Esok, pertandingan pidato akan dijalankan. Iman telah membuat persediaan yang rapi. Para peserta juga diminta menyediakan satu teks salinan asal berkaitan tajuk yang dipersembahkan. Teks itu disisipkan di dalam diari yang berwarna ungu. Ungu, warna kegemaran keluarga Iman. Petang itu, Iman dan Pei Wen ingin bertemu dan berbincang dengan Cikgu Julia. Iman juga mahu menyerahkan teks itu untuk disimpan oleh Cikgu Julia agar lebih selamat. Malangnya, diari ungu tidak kelihatan. Diari itu ditinggalkan oleh Iman di dalam beg sebelum memasuki perpustakaan. Iman ke kelas untuk mencari diarinya. Pei Wen pula ke perpustakaan untuk tujuan yang sama. Malangnya, diari itu tiada di dalam kelas. Panik. Hampa. Iman bagaikan mahu menangis. Gagal juga Pei Wen mencari diari tersebut di perpustakaan. 11

Iman dan Pei Wen terpaksa berjumpa dengan Cikgu Julia semula. Sebuah teks baharu perlu disediakan oleh Iman. Sesungguhnya, Iman tidak mengaku kalah. Iman meneruskan latihan. Zulkarnain dan Adif Danial turut memberikan kata-kata semangat. Dalam e-mel, ibu Iman turut mendoakan kejayaan Iman. Teks pidato dihafal. Solat hajat ditunaikan. Malam itu, Iman tidur awal. Esok, datuk dan nenek akan pergi bersama-sama. 8.15 pagi. Ramai murid hadir di majlis itu. Enam buah sekolah menyertai pertandingan tersebut. Setiap sekolah menghantar enam orang wakil. Iman peserta kedua terakhir. Pei Wen menjadi peneman dan pendorong utama Iman. Zulkarnain, Adif Danial dan Ai Ling turut hadir memberikan perangsang. Ayah Iman turut hadir. Maka bertambah semangatlah Iman. Yang penting, Iman memberikan tumpuan kepada persembahannya nanti. Kosa Kata / Makna: 1. Perkongsian syarikat perniagaan yg dijalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga 2. Menghirup menyedut dan menelan benda cair, meneguk, menghisap, menyedut 3. Menatang membawa sesuatu di atas tapak tangan, menating, menayang 4. Memudaratkan mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan 5. Terlopong ternganga (mulut) 6. Berprasangka sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki) yang sebenarnya 7. Terhinggut-hinggut bergoyang-goyang, berayun-ayun, bergoncang-goncang 8. Terlantar terletak di, terabai, terbiar 9. Teresak-esak tersedu-sedu (menangis) 10. Berenggang berantara, berjauh, berpisah 11. Disisipkan diselitkan 12. Asyik menaruh berahi atau perasaan cinta yang amat sangat (terhadap seseorang) 13. Gementar gentar, menggigil (kerana ketakutan, deman dll) 14. Mantap tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia, tidak berubah-ubah, tetap, stabil

Bab 8: Pengorbanan Kejayaan Iman muncul johan pidato daerah menjadi buah mulut murid-murid dan guru-guru. Yang lebih berbangga, Cikgu Julia. Iman menerima ucapan tahniah daripada datuk, nenek dan rakan-rakan. Hubungan Iman dan ayahnya kembali bertaut. 12

Jumaat. Hari terakhir sebelum sekolah mula bercuti selama dua minggu. Kelas Tingkatan Satu Dinamik riuh-rendah. Cikgu Julia akan mengumumkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Zulkarnain sempat berlawak jenaka melibatkan Pei Wen. Pei Wen mencebikkan bibir. Rupa-rupanya, Zulkarnain menaruh hati pada Pei Wen. Keputusan telah diumumkan. Adif Danial, Iman Zulaikha dan Haris Fadzillah menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga di dalam kelas. Kedengaran tepukan dan ucapan tahniah. Zulkarnain dan Pei Wen mendapat tempat keenam dan kelapan. Pada keseluruhannya, Cikgu Julia amat berpuas hati dengan prestasi murid-muridnya. Cikgu Julia tidak lupa mengingatkan murid-muridnya agar mengulang kaji pelajaran pada musim cuti. Adif Danial pula akan bertukar ke Kuala Lumpur. Keadaan ini dijadikan modal untuk Zulkarnain untuk mengusik Adif Danial dan Iman. Iman tertunduk malu. Dalam kesibukan murid-murid menyemak keputusan, muncul Cikgu Shaharudin, guru disiplin sekolah itu. Linda dan Iman Zulaikha dipanggil ke depan kelas. Diari ungu dikeluarkan daripada sampul surat. Iman tersentak. Linda tidak berani bertentang mata dengan Cikgu Shaharudin. Salah seorang murid dari kelas Tingkatan Satu Anggerik telah membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil diari Iman seperti yang telah dirancang oleh Linda. Terkejut Iman. Dia beristighfar sambil merenung wajah Linda. Bahu Linda terhinggut-hinggut. Dia menangis sambil menutup wajahnya dengan tapak tangan. Akhirnya, Linda mengaku. Iman sedia memaafkan Linda seandaInya dia sedia berubah. Linda mendakap Iman dengan erat. Cikgu Shaharudin terpana melihat sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Iman, anak murid kesayangan Cikgu Julia. Datuk dan nenek Iman mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Iman dalam pertandingan pidato peringkat daerah dan Peperiksaan Pertengahan Tahun barubaru ini. Anak-anak dan cucu-cucu dijemput hadir. Sebenarnya, datuk dan nenek dikurniai lima orang anak. Ibu Iman Zulaikha, anak yang kedua. Pei Wen dan keluarganya, Adif Danial dan ibunya, Zulkarnain, Cikgu Julia serta beberapa rakan sekelasnya turut hadir. Pada hari itu, Iman memakai baju kurung berwarna ungu. Baju itu pernah dipakai semasa menyambut Hari Raya Adilfitri bersama-sama dengan ayah dan ibunya dua tahun yang lalu. Para tetamu lelaki mengambil tempat di ruang tamu rumah datuk. Tetamu wanita pula berada di ruang dapur. Datuk mengetuai bacaan tahlil dan zikir dalam majlis tersebut. Selesai berdoa, hidangan pun diangkat ke ruang tamu. Sempat juga Iman berbual-bual dengan Mak Cik Sofia, ibu Adif Danial. Malam itu, Iman duduk di anjung rumah sambil menghirup udara malam. Rumah datuk dan nenek kembali sunyi. Tiba-tiba muncul ayah Iman mengemukakan cadangan kepada Iman. Ayah Iman ingin bercuti bersama dengan Iman ke New Zealand. Yang penting, Iman amat memerlukan ayah dan ibu di sisi Iman. Walaupun 13

malam gelap pekat, Iman dapat melihat ada sinar yang terang menantinya di hujung sana. Ayah Iman Zulaikha, Yusri ingin membina ikatan kekeluargaan yang runtuh selama ini semula. Iman mengangguk dan mendakap ayahnya erat-erat. Doa Iman, biarlah kasih sayang ibu dan ayah kukuh selama-lamanya. Air mata kesyukuran membasahi pipi Iman Zulaikha. Bersyukur Iman kepada Tuhan kerana memakbulkan doanya selama ini. Kosa Kata / Makna: 1. Membicarakan mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan, mengadili 2. Bertaut menjadi rapat, berkatup rapat-rapat, bercantum, berpaut, bertemu, berhubungan (dgn), bertalian (dgn) 3. Semester satu daripada dua sesi pengajian dlm. Sesuatu tahun akademik di pusat pengajian (universiti, kolej, sekolah dsb) 4. Menaruh meletakkan, menempatkan, membubuh, menambah 5. Prestasi hasil yang telah diperoleh, pencapaian 6. Didatangi dikunjungi, dilawati, diziarahi 7. Beralih bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, pergi (ke tempat lain) 8. Kaget terkejut, terperanjat 9. Menjenguk melihat, mengunjungi, menengok 10. Mengerling memandang ke kanan atau ke kiri (dgn. Tidak menggerakkan kepala) 11. Tersipu-sipu malu sekali, (dgn) pantas, lekas, segera 12. Berkorban (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yang disembah), menanggung penderitaan untuk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll. 13. Mengukir membuat lukisan dll dgn cara memahat (menggores, menoreh dll), membentuk (senyuman), memperlihatkan, menampakkan (senyum) 14. Memakbulkan menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan, menyampaikan (maksud), memperkenankan 15. Menatap memerhatikan dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh 16. Kepekatan perihal atau keadaan pekat

14