Anda di halaman 1dari 4

DRAMA : TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

Oleh: Suriani Mohd Yusof


Sinopsis

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah.
Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar
sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya ingin pulang ke Kuala Lumpur kepada
emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabariah yang panas baran baru balik
dari London menyalahkan bapanya yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepad ibu
bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah
merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabariah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa
emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabariah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur
Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabariah memarahi
Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk
menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan
Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka
mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu
dengan peristiwa itu. Atas pengajaran yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man
Bengap walaupun hanya cebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi. Akhirnya
Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di
balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah dan
Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa
Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi
dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.







Aspek komsas dalam dalam drama Tiang Cengal Dinding Sayung

ASPEK
KOMSAS
PERNYATAAN
ISI
CONTOH/HURAIAN
PERISTIWA

Pemikiran
Kesetiaan dan kasih sayang isteri
dan anak-anak terhadap keluarga
(suami/bapa)
Jimah tetap menunggu suaminya di pantai setelah kejadian tsunami
sejak empat hari yang lalu walaupun anak-anaknya memujuk supaya
pulang ke rumah








Persoalan















Persoalan kasih sayang isteri
kepada suami yang tidak berbelah
bahagi
Jimah tetap yakin bahawa suaminya masih hidup dan akan tetap
menunggu kepulangannya di pantai
Persoalan sikap hormat-
menghormati antara ahli keluarga
Sani menghormati semua abang dan kakaknya walaupun dia anak
angkat Jimah
Persoalan simpati atas nasib
malang yang menimpa seseorang
Pak Man dan Mak Jah bersimpati dengan nasib yang menimpa Jumaat
yang hilang di laut selepas kejadian tsunami
Persoalan jujur dan amanah dalam
menyampaikan maklumat
Man Bengap jujur memberitahu maklumat kepada anak-anak Jumaat
berkenaan kehilangannya
Persoalan sikap sabar dan tabah
dalam mengharungi dugaan dan
cabaran hidup
Jimah sabar dan tabah menghadapi saat kehilangan suaminya akibat
tsunami
Persoalan tanggungjawab anak-
anak terhadap ibu bapa
Sani dan isterinya melawat Jimah sekeluarga setiap minggu
walaupun dia hanya anak angkat kepada Jimah
Persoalan kepincangan
masyarakat yang mengambil
kesempatan atas kesusahan orang
lain
Wahid dan Senin mengambil kesempatan dengan memasuki rumah
Jimah apabila anak-anak mereka sibuk menguruskan hal Jimah dan
menghadapi saat-saat kehilangan ayah mereka



Terdapat nyawa penduduk melayang dan mayat hanyut di laut
termasuklah Pak Ali, kawan kepada Pak Jumaat
Hubungan Mak Jah dan Pak Man dengan keluarga Pak Jumaat amat
rapat sehingga Pak Man dan Mak Jah mengenali hati budi anak-anak
Pak Jumaat







NIlai
Kasih sayang Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan dan tetap
menunggu kepulangan suaminya di pantai
Kesetiaan Jimah tetap setia menunggu kepulangan suaminya dan yakin
suaminya masih hidup
Hormat-menghormati Sani tetap menghormati Sabariah walaupun sering dihina dan
dipandang serong oleh kakanya itu
Nasihat-menasihati Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani yang
merupakan anak angkat ibunya
Tanggungjawab Sani dan Wan Malini terus menjaga ibu dan bapanya walaupun dia
hanya anak angkat
Simpati Pak Man bersimpati dengan nasib yang menimpa rakannya, Pak
Jumaat yang hilang akibat tsunami
Kesabaran


Berdikari








Pengajaran


Kita hendaklah bersama-sama
mengharungi kesusahan hidup
agar masalah dapat diselesaikan
Sani meminta abang dan kakaknya menerima kesedihan yang
dihadapi oleh ibunya dan bukannya mementingkan diri sendiri
Kita hendaklah mengenang jasa
ibu bapa yang telah banyak
berkorban untuk kita
Sani mengenang jasa yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya
sehingga dia menjadi doktor dengan sentiasa melawat mereka di
kampung
Kita hendaklah menyesal atas
kesalahan yang telah kita lakukan
supaya kehidupan menjadi tenang
Sabariah insaf dan memohon maaf kepada ibunya atas kesilapan
melukakan hati ibunya
Kita hendaklah menjalankan
tanggungjawab dengan sebaik
mungkin seperti memberikan
pendidikan kepada anak-anak
Pak Jumaat dan Mak Jimah memberikan pendidikan kepada anak-
anaknya sehingga ke peringkat universiti dan berjaya menjawat
jawatan yang tinggi
Jangan kita mementingkan diri
dan kerjaya sehingga melukakan
hati ibu bapa kita



Jangan kita memandang hina
kepada orang-orang yang kurang
normal kerana mereka
mempunyai hati yang bersih


(Sumber : Bahagian Perkembangan Kurikulum

Drama 1400 (Nordin Hassan) Tingkatan Lima
Sinopsis
Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya.
Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.
Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun
dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama
Doli.
Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah telah membina empayar yang luas
dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya.
Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang
kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda
yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang
menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.
Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja
dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut.
Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang
minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal.
Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti
Rahimah mendoakan keselamatannya.

Tema
Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dollah seorang pemuda yang
asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat . justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah
hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak
mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak
membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan.


Persoalan
1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit
4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah
5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu

Plot
Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan
Memperkenalakan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Dollah sering
ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan
jangan mencari rezeki haram.

(ii) Perkembangan
Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. Dollah berubah
menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah.

(iii) Konflik
Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya.
Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar
sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung.
Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu
dibuang.

(iv) Klimaks
Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan
syiriknya.

(v) Peleraian
Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau
bagaimanapun Dollah hilang di laut.

Teknik plot

1. Kejutan
Dollah bertemu dengan mayat ibunya
Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh

2. Suspens
Dollah disondol binatang ganjil

3. Pemerian
Manusiakah? Jinkah? Jembangkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini,
tabik-tabik cakap ...

4. Imbas Kembali
Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu
dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.

5. Monolog
Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah, ampunlah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.


Watak dan Perwatakan
Watak Utama
1. Dollah
Capik, miskin dan dihina masyarakat
Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia
menjadi kaya.
Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak
jirannya yang susah..
Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai
harta yang banyak.

Watak Sampingan
1. Intan Siti Rahimah
Isteri Dollah
Perempuan yang cantik
Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-
ibu pekerja mereka.

2. Abu Lahab
Broker tanah
Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman
ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang kampung.

3. Pak Sudin
Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah.

Latar
1. Latar masa
Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
Minggu depan Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau
Petang di surau, Dollah berbual dengan Pak Long

2. Latar tempat
Kampung Kuala dan Kampung Kenanga tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda
Sungai Nenekairnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda
Surau tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji
Di rumah pawang Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya

3. Latar masyarakat
Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan.
Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki .
Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai
petunjuk.
Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang
susah.
Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar
anak-anak mereka.

Gaya Bahasa
1. Simpulan Bahasa
Besar hati, naik kepala, duri dalam daging

2. Repetisi
Mereka, merekalah
Cakap, cakap, cakap, cakap ...

3. Personifikasi
Kambing-kambing tersenyum

4. Kata Pinjaman
Bahasa Inggeris
Order, secret,you, I
Bahasa Arab
Fajar, sidik, hijrah

Nilai
1. Nilai kesabaran
Contoh:
Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.
2. Nilai tolong-menolong
Contoh:
Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.


3. Nilai menghargai barangan tempatan
Contoh:
Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali.
4. Nilai kasih sayang antara suami isteri
Contoh:
Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.
5. Nilai ketaatan
Contoh:
Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung.


Pengajaran
1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya
mereka telah dimasukkan dalam tahanan.
2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang
yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.
3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya.
4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut
nafsu.
5. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan
mereka menipu orang kampung. Mereka berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.

Anda mungkin juga menyukai