Anda di halaman 1dari 11

DRAMA : TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

Oleh: Suriani Mohd Yusof




NOTA RUJUKAN 1

Sinopsis

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat
didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah
iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya
cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan.
Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya ingin pulang
ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani
meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabariah yang panas baran baru
balik dari London menyalahkan bapanya yang terus turun ke laut untuk
menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepad ibu bapanya
supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran
mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang
baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabariah supaya menukar pakaian
sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan
Sabariah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka
ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan
kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabariah memarahi Jimah yang
masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid
dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan
mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man
Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput
Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani
maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah dan
Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu
dengan peristiwa itu. Atas pengajaran yang menimpa Mak Jah, maka Pak
Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun
hanya cebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam
masa dia dan isterinya sunyi. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan
oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah
menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak
ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah
dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu
dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah,
maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap
walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya
terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

Aspek komsas dalam dalam drama Tiang Cengal Dinding Sayung

ASPEK
KOMSAS
PERNYATAAN
ISI
CONTOH/HURAIAN
PERISTIWA

Pemikiran
Kesetiaan dan
kasih sayang isteri
dan anak-anak
terhadap keluarga
(suami/bapa)
Jimah tetap menunggu suaminya di
pantai setelah kejadian tsunami sejak
empat hari yang lalu walaupun anak-
anaknya memujuk supaya pulang ke
rumah








Persoalan















Persoalan kasih
sayang isteri
kepada suami yang
tidak berbelah
bahagi
Jimah tetap yakin bahawa suaminya
masih hidup dan akan tetap menunggu
kepulangannya di pantai
Persoalan sikap
hormat-
menghormati
antara ahli
keluarga
Sani menghormati semua abang dan
kakaknya walaupun dia anak angkat
Jimah
Persoalan simpati
atas nasib malang
yang menimpa
seseorang
Pak Man dan Mak Jah bersimpati
dengan nasib yang menimpa Jumaat
yang hilang di laut selepas kejadian
tsunami
Persoalan jujur dan
amanah dalam
menyampaikan
maklumat
Man Bengap jujur memberitahu
maklumat kepada anak-anak Jumaat
berkenaan kehilangannya
Persoalan sikap
sabar dan tabah
dalam
mengharungi
dugaan dan
cabaran hidup
Jimah sabar dan tabah menghadapi
saat kehilangan suaminya akibat
tsunami
Persoalan
tanggungjawab
anak-anak
terhadap ibu bapa
Sani dan isterinya melawat Jimah
sekeluarga setiap minggu walaupun
dia hanya anak angkat kepada Jimah
Persoalan
kepincangan
masyarakat yang
Wahid dan Senin mengambil
kesempatan dengan memasuki rumah
Jimah apabila anak-anak mereka sibuk
mengambil
kesempatan atas
kesusahan orang
lain
menguruskan hal Jimah dan
menghadapi saat-saat kehilangan
ayah mereka



Terdapat nyawa penduduk melayang
dan mayat hanyut di laut termasuklah
Pak Ali, kawan kepada Pak Jumaat
Hubungan Mak Jah dan Pak Man
dengan keluarga Pak Jumaat amat
rapat sehingga Pak Man dan Mak Jah
mengenali hati budi anak-anak Pak
Jumaat







NIlai
Kasih sayang Jimah menangisi kehilangan suaminya
berterusan dan tetap menunggu
kepulangan suaminya di pantai
Kesetiaan Jimah tetap setia menunggu
kepulangan suaminya dan yakin
suaminya masih hidup
Hormat-
menghormati
Sani tetap menghormati Sabariah
walaupun sering dihina dan dipandang
serong oleh kakanya itu
Nasihat-menasihati Pak Man menasihati Sabariah supaya
tidak menghina Sani yang merupakan
anak angkat ibunya
Tanggungjawab Sani dan Wan Malini terus menjaga ibu
dan bapanya walaupun dia hanya anak
angkat
Simpati Pak Man bersimpati dengan nasib yang
menimpa rakannya, Pak Jumaat yang
hilang akibat tsunami
Kesabaran


Berdikari








Pengajaran


Kita hendaklah
bersama-sama
mengharungi
kesusahan hidup
agar masalah
dapat diselesaikan
Sani meminta abang dan kakaknya
menerima kesedihan yang dihadapi
oleh ibunya dan bukannya
mementingkan diri sendiri
Kita hendaklah
mengenang jasa
ibu bapa yang
Sani mengenang jasa yang dicurahkan
oleh keluarga angkatnya sehingga dia
menjadi doktor dengan sentiasa
telah banyak
berkorban untuk
kita
melawat mereka di kampung
Kita hendaklah
menyesal atas
kesalahan yang
telah kita lakukan
supaya kehidupan
menjadi tenang
Sabariah insaf dan memohon maaf
kepada ibunya atas kesilapan
melukakan hati ibunya
Kita hendaklah
menjalankan
tanggungjawab
dengan sebaik
mungkin seperti
memberikan
pendidikan kepada
anak-anak
Pak Jumaat dan Mak Jimah
memberikan pendidikan kepada anak-
anaknya sehingga ke peringkat
universiti dan berjaya menjawat
jawatan yang tinggi
Jangan kita
mementingkan diri
dan kerjaya
sehingga
melukakan hati ibu
bapa kita



Jangan kita
memandang hina
kepada orang-
orang yang kurang
normal kerana
mereka
mempunyai hati
yang bersih


Prosa Tradisional Tingkatan 4 (Hikayat Khoja Maimun)
Sinopsis
Bab 1 :
Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi
Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung Bayan jantan dengan harga
seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam
masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-
wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina.
Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya
menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu dia terpandang anak
raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja
itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa
perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu,
lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada Bayan pula.
Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya.

Bab 2: Cetera Pertama
Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar
berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah membocorkan dia telah bermukah dengan
seorang fakir kepada suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air
beras menyebabkan isteri saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati
Isteri saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan kucing. Namun,
helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Dia telah
pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali.
Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan
Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan
bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar
agar dapat kembali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan
isterinya yang membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali.
Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah siang. Pada hari
yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah bercerita
tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.

Bab 3: Cetera Kedua
Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini.
Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang menganugerahinya emas, perak dan tempat
penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah
Alam sehingga menyebabkan rajanya murka.
Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan
Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat raja Tabristan
bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan
rela melakukan perkara tersebut, namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin
menguji Taif.
Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahi sebuah
negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak
berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan bercerita lagi.

Bab 4 : Cetera Ketiga
Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk
isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu memahami isterinya
dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya. Hal ini demikian kerana, dia
pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami
sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya
akan bersenda gurau dengan lelaki lain.
Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun
kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika
suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan luntur
Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di
negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar.
Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan
menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang hamba dihantar
untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri
yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah
dan segera bertaubat.
Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan
bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi Zainab insaf dan sedar
bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya.


Tema
Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri.

Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan
perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang.


Persoalan
1. Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan.
Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpura-pura tidur.
2. Persoalan kecurangan seorang isteri
Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja.
3. Persoalan kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.
Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki.
4. Persoalan kejujuran dalam sebuah perhubungan
Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya.

Plot
Secara keseluruhannya plot prosa tradisional digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
i. Permulaan
Khoja Maimun digambarkan sebagai seorang saudagar yang kaya dan memiliki isteri yang cantik
bernama Bibi Zainab. Mereka membeli burung bayan jantan dan tiung betina. Khoja Maimun
mengusahakankan perniagaannya di tempat lain tanpa membawa isterinya.
ii. Perkembangan
Bibi Zainab rindu akan suaminya yang pergi belajar. Bibi Zainab jatuh hati kepada anak raja. Dalam
Cetera Pertama, Bayan bercerita kisah seekor burung Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar.
Manakala dalam cetera kedua, Bayan bercerita kisah Taif dengan Raja Tabristan. Seterusnya dalam
Cetera Ketiga, Bayan bercerita kisah suami yang amat cemburu kepada isterinya.
iii. Konflik
Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja semasa ketiadaan suaminya.
iv. Klimaks
Bibi Zainab berpakaian cantik untuk bertemu kekasihnya. Bayan menasihati Bibi Zainab supaya tidak
berpakaian yang keterlaluan kerana boleh mendatangkan fitnah.
v. Peleraian
Bibi Zainab melupakan hasrat untuk bertemu kekasihnya kerana lebih berminat dengan cerita Hikayat
Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf kerana berniat curang terhadap suaminya.

Watak dan perwatakan
Watak Utama
Burung Bayan
Bersaiz kecil
Taat pada tuannya Burung Bayan cuba mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku curang kepada
tuannya Khoja Maimun.
Pandai membuat ramalan Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk membeli sanbal
benar-benar terjadi.
Bijak bercerita Cerita yang disampaikan Bayan menarik hati Bibi Zainab sehingga dapat
mengelakkannya daripada berlaku curang.

Watak Sampingan
Bibi Zainab
Cantik
Penyayang terhadap suami Dia ingin bersama-sama suaminya pergi berlayar.
Curang Dia jatuh hati kepada putera raja dan ingin berjumpa pada waktu malam
Kejam - Dia membunuh Tiung yang cuba menasihatinya.

Khoja Maimun
Bertanggungjawab Dia pergi belayar demi mencari rezeki.
Penyayang Dia terlalu kasih akan isterinya Bibi Zainab.
Bijak Khoja Maimun bijak menjalankan perniagaan.

Taif
Setia Taif tetap berbakti kepada raja walaupun dimurkai oleh raja.
Rela berkorban - Dia sanggup kematian anaknya demi Raja Tabristan.
Taat perintah Taif menurut perintah Raja Tabristan yang mahu dia menyiasat tentang bunyi suara
yang didengar.


Latar Masa
Waktu malam
Bibi Zainab berhias dengan cantik untuk menemui kekasih hatinya.
Waktu pagi
Bayan selesai bercerita pada waktu pagi .

Latar Tempat
i. Negeri Ajam
Khoja Maimun menetap di situ
ii. Pekan
Khoja Maimun dan Bibi Zainab membeli burung bayan dan tiung di pekan.
iii. Jendela
tempat Bibi Zainab melihat anak raja
iv. Kubur Tuan Syeikh
Isteri saudagar berdoa di kubur dan bertemu semula dengan Bayan.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan ajaran agama -Isteri saudagar menasihati raja agar bertaubat
2. Masyarakat yang menurut hawa nafsu - Bibi Zainab tidak dapat menahan perasaan berahinya
terhadap anak raja
3. Masyarakat yang pemurah - Raja Tabristan menganugerahi Taif pelbagai hadiah.
4. Masyarakat yang jujur memikul amanah yang diberikan - Taif begitu setia dan jujur kepada Raja
Tabristan.

Teknik Plot
Pemerian
Pengarang menceritakan suasana ketika Khoja maimun hendak pergi belayar
Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk diciumnya akan
isterinya yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik dengan tiada yang tidak
baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air matanya serta menaruh akan dua
ekor burung itu. Maka Khoja maimun pun pergilah belayar.

Dialog
Dialog antara Khoja Maimun dengan penjual burung bayan di pekan
Hendakkah tuan hamba membeli Bayan?
Maka sahut Khoja Maimun, Berapa harganya? Maka kata orang itu, Seribu dinar Bayan hamba ini
harganya.

Monolog dalaman
Taif pun fikir di dalam hatinya, Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa sekali-kali raja
tiada percaya seperti kataku. Jikalau demikian baik aku katakan yang lainlah.

Gaya Bahasa
a) Simile
.dan ia seumpama air yang masinkuning seperti muka orang durjana
b) Penggunaan bahasa Arab
Allah azzawajalla
c) Perlambangan
.emas itu berkuasa.
d) Inversi
seribu dinar bayan hamba ini harganya

Nilai
1. Nilai kasih sayang terhadap pasangan
Contoh: Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati.
2. Nilai ketaatan terhadap ketua
Contoh: Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya.
3. Nilai prihatin terhadap keluarga
Contoh: Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat
keluarga
4. Nilai keinsafan atas kesalahan yang dilakukan -
Contoh: Bibi Zainab insaf atas kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan suaminya.

Persoalan
1. Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada kemungkaran
2. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih sejahtera.
3. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagian yang
berkekalan.
4. Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak mendatangkan
kemudaratan.


Latihan
1. Senaraikan tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun.
2. Tuliskan tiga nilai yang di peroleh dalam Hikayat Khoja Maimun berserta contoh.


Jawapan
1. Tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun ialah
Bayan merupakan binatang yang bijaksana. Selain itu, taat kepada tuannya dan boleh membuat ramalan
tentang sesuatu yang bakal berlaku pada masa depan.

2. Tiga nilai yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai kasih sayang terhadap pasangan contohnya Khoja
Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati. Kedua nilai ketaatan terhadap ketua contoh Taif
begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. Ketiga nilai prihatin terhadap
keluarga contoh Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat
keluarga





Syair HARGA REMAJA
Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu
roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai
pakaian yang selengkapnya.
Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di
hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki
tersebut terpikat akan kecantikannya.
Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup
membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.
Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan,
hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun,
mereka tetap berhias.
Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul
siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup
memakai rambut palsu.
Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga
putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan
kekurangan diri mereka.
Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang
sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka
juga suka berpeleseran dengan lelaki.
Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk
berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat
kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah.
Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan
terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada
berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.
Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat
perangai buruknya selama ini.
Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan
berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat
kerana hasutan syaitan.
TEMA
Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.
PERSOALAN
1 sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.
2 ketaaatan kepada Allah.
3 kesan buruk perjudian.
4 pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
BENTUK
1 Terdiri daripada sebelas rangkap.
2 Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3 Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata.
mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan)
kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan)
4 Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata.
Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata)
Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata)
5 Rima akhir syair ini ialah aaaa
6 Syair ini adalah puisi terikat.
GAYA BAHASA
1 Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan
perangainya cela pengulangan vokal e
2 Aliterasi - Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki
3 Kata ganda - dibelek-belek, berjela-jela
4 Simile - Seperti taji berandam di keningnya ,
Seperti buaya besar mulutnya
5 Bahasa klasik - molek, cemara, intan serudi dan sempolah
6 Peribahasa - makan angkat
NILAI
1 Kesopanan
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun
seperti jangan ketawa mengilai-ngilai.
2 Kesederhanaan
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.
3 Ketaatan kepada agama.
Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan
agama.
4 Kesyukuran.
Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.
PENGAJARAN
1 Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati
oleh orang lain.
2 Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun
tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.
3 Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak
berlakunya pembaziran.
4 Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan
lelaki agar terpelihara daripada maksiat.
LATIHAN
Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah
Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah.
JAWAPAN
1 Antara sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah ialah mencukur
bulu roma di muka dan kening. Selain itu, terdapat juga wanita yang
ketawa mengilai-ngilai dan berhias dengan tujuan memikat lelaki.
2 Persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah ialah persoala sikap
wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak dan persoalan
ketaaatan kepada Allah.

Anda mungkin juga menyukai