Anda di halaman 1dari 20

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

NOTA RUJUKAN

1.

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG


Karya Suriani Mohd Yusof

Sinopsis:
Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang
semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan
Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan
takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala
Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri
memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya
(Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang
kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka
yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi
dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran
antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur
Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil
pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat.
Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri
barangan mangsa tsunami.
Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja
diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak
ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah, Shahrul memohon maaf
kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang
menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap
walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan
isterinya sunyi.

PEMIKIRAN
Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa) serta
kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.

PERSOALAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama
1. Jimah
Isteri Jumaat, berusia 55 tahun
Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi
pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.
Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada
Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.

43

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Watak Sampingan
2. Sani
Anak angkat Jimah seorang doktor dan telah beristeri
Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Sangat mengambil berat akan emaknya
terutama ketika bapanya hilang di laut.
3. Sabri
Anak sulung Jimah
Mengetuai ahli keluarga
Penyabar. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa
mereka tidak dijumpai.
4. Sabariah
Graduan ekonomi bekerja di London
Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak
berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan.
Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai
dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa Sani
bukanlah ahli keluarga mereka.
5. Shahrul

Anak ketiga dalam keluarga


Seorang akauntan di Kuala Lumpur
Mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat
bapanya belum dijumpai.
Berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke
rumah emaknya.

6. Salmah
Seorang pereka fesyen
Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai
skirt.
Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan
pekerjaan.
7. Wan Malin
Isteri Sani
Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malin berjanji dengan Jimah akan
bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.
8. Man Bengap
Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong
sehingga menyebabkan Pak man ketawa.
Cucu angkat Pak Man
9. Pak Man
Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah. Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah
memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang akan
kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai.
Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak
Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.
10. Mak Jah
Isteri Pak Man
Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sam keluarga
menenangkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut.

44

Jimah

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

11. Wahid dan Senin


Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereka berpura-pura ditugaskan membanci
kerugian yang di hadapi mangsa Tsunami.
Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat
semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.
LATAR
Latar masa
Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
Senja di rumah Jimah
Latar tempat

Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah.
Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib
emaknya

Latar masyarakat

Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak. Contohnya sikap Jimah dan Jumaat
yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia
emas.
Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan. Misalnya Pak Man yang datang
menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
Masyarakat yang berpendidikan. Misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan
kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul
sebagai akauntan.
Masyarakat yang mementingkan kerjaya. Misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala
Lumpur setelah tamat cutinya.
Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani dan Wan Malini yang
menghormati Jimah dan Jumaat.

NILAI
-

Nilai kasih sayang kepada suami. Contohnya, Jimah menangisi kehilangan suaminya
berterusan.
Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti
suaminya yang hilang.
Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati
Sabariah walaupun kerap dimarahinya.
Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani
anak angkat emaknya.
Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus
menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.

PENGAJARAN
-

Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada


anak-anaknya. Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anakanaknya sehingga ke universiti.
Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya
menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja.
Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf atas
kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.
Kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki, misalnya Man Bengap bersyukur
dengan kehidupannya yang serba kekurangan.

45

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

2.

Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.


Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit yang
dikirim oleh anak-anaknya.

DRAMA 1400
Karya Nordin Hassan (Sasterawan Negara)

SINOPSIS:
Drama 1400 mengisahkan Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap
masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya
dan mengubah pendirian orang kampung. Dalam usahanya mencapai cita-cita tersebut, Dollah telah
bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun
Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki
palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.
Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah
telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah
berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah
itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci
orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta
mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat
pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air
sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.
Setelah mengetahui bahawa isterinya telah hamil, Dollah sangat gembira dan meminta Intan
Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung
tersebut. Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah
telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya
hilang dan balik kepada keadaan asal. Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang
memperjuangkan Islam.
Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan
keselamatannya.
PEMIKIRAN
Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah.
Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat . justeru
dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap
Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan
akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca dari najis kuda yang
dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa
daratan.
PERSOALAN
a. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
b. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
c. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa
penyakit
d. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah
e. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu

46

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama
Dollah
-

Capik, miskin dan dihina masyarakat

Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil
berat tentang solat setelah dia menjadi kaya.

Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orangorang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah..

Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua
pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.

Watak Sampingan
Intan Siti Rahimah
-

Isteri Dollah

Perempuan yang cantik

Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima
jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka.
Abu Lahab

Broker tanah

Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab
hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang
kampung.
Pak Sudin

Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga
dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah.

LATAR
Latar masa
Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
Minggu depan Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau
Petang di surau, Dollah berbual dengan Pak Long
Latar tempat
Kampung Kuala dan Kampung Kenanga tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda
Sungai Nenekairnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda
Surau tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji
Di rumah pawang Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya

47

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung
demi mengumpul harta kekayaan.
2. Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan
kekayaan yang dimiliki .
3. Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah
supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
4. Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah
membantu bergaul dengan orang susah.
5. Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja
Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.
NILAI
1. Nilai kesabaran
Contoh: Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.
2. Nilai tolong-menolong
Contoh:Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.
3. Nilai menghargai barangan tempatan
Contoh:Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah
sebaliknya memilih batu mamar dari Itali.
4. Nilai kasih sayang antara suami isteri
Contoh: Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.
5. Nilai ketaatan terhadap suami.
Contoh:Intan Siti Rahimah taat kepada arahannya suaminya, Dollah semasa mengandung.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Contohnya, Abu Lahab mengumpul harta
dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.
2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Misalnya, Dollah dihina oleh
masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia
capik dan miskin.
3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.Contohnya, Dollah mencemarkan sungai dengan
najis-najis kuda yang dipeliharanya.
4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Contohnya, Maulana mengingatkan Dollah
supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.
5. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Misalnya,
Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka berjanji
akan memulangkan harta orang kampung semula.

48

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

3.

DRAMA DATO ONN


Karya Othman Hj Zainudin

SINOPSIS
Drama ini memaparkan sejarah hidup Dato Onn yang berjuang menentang penjajahan dan
menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato Onn berkahwin
dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato Onn mengahwini
Halimah, balu adiknya. Dato Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras
dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas.
Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura. Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit
Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang
Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersamasama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan
Union.
Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun
menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara
kekerasan. Akibatnya, banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak.
Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama
pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu
mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut
kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir
untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka
keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga
namanya tersohor. Tanah Melayu diisytiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato Onn
menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.

PEMIKIRAN
Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang
sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato Onn menentang penjajah
yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat,
tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai
kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat
mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting Dato Onn tetap
bersama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun
menjadi pengasas UMNO, Dato Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.
PERSOALAN
1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat melalui
watak Dato Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak
buahnya dalam keadaan genting sekalipun.
2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting
untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam drama ini,
rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato Onn menentang penjajah
demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union dibatalkan.
3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato Onn sanggup dipecat daripada menjadi
pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang menindas rakyat Johor.
Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani
kehidupan getir sebagai seorang nelayan.
4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis
sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan
kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan harta benda.

49

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan


keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato Onn sanggup mengahwini
Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak sanggup melihat Halimah
dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat.
6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini.
Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayangwayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton pementasan bangsawan. Secara
tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu hilang pekerjaan.
7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya
berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini. Mana-mana
rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah keluarga DatoOnn di
Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya banyak berhutang dengan kerajaan
Johor sedangkan harta benda itu semuanya anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato Onn.
8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato Onn berjaya membentuk fikiran
bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui akhbar Warta
Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan menuntut
kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama
Dato Onn b Jaafar
-

seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung


Menteri Besar
Pengasas kemerdekaan
Seorang yang bertanggungjawab. DatoOnn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah
keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka
kerabat dan darah daging beliau.
Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawaipegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil.

Watak Sampingan
Halimah
-

isteri Dato Onn


seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato Onn mancari nafkah dengan
menjual kuih selepas Dato Onn diberhentikan kerja.

Cik Kah
-

Seri panggung
Penari yang dapat menarik perhatian Dato Onn

DJ Campbell
-

Pegawai Inggeris
Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato Onn menentang pentadbiran British
selepas menerima teguran dari Dato Onn.

Dr Burhanuddin
-

Pemimpin KMM

50

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Pengasas Parti PAS


Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato Onn. Lebih rela dijajah Inggeris
di bawah Malayan Union apabila Dato Onn.tidak bersetuju bergabung dengan MPAJA
menentang Inggeris.

LATAR
Latar Masa
- 1927, Dato Onn menjadi nelayan
- 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
- 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.
- 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua
- 1951 Dato Onn berucap
- 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Latar Tempat
-

Singapura Dato Onn menjadi nelayan.


Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union
Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua
Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap
Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air

Latar Masyarakat
-

Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air. Contohnya
Dato Onn berjiwa rakyat dan sayang akan tanah airnya.
Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh
ketinggalan.
Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah,
contohnya DJ. Campbell dan Maxwell
Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM

NILAI
-

Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu keluarga, akhirnya
perkahwinan Dato Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama.

Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan


negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab memimpin
rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.

Nilai bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato Onn
menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga berlakunya pergaduhan
dan pertumpahan darah.

Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa
berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orangorang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn

Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua
kepada Dato Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air.

51

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting.
Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato Onn telah mengaturkan pertemuan
dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan.

PENGAJARAN
-

Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya.


Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan.
Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan
unsur negatif.
Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan
kekerasan yang banyak merugikan.
Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding
perbincangan yang disertai emosi.

PRAKTIS TOPIKAL

1.

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG


Karya Suriani Mohd Yusof

Praktis 1
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
PAK MAN : Ini semua kuasa Allah. Ombak besar itu tidak sampai ke rumah kita. Mujur ada
pulau depan pantai kita. Kalau tidak, rumah kamu, rumah aku habis ranap.
Kebetulan pula aku demam hari itu, tidak turun ke laut. Kalau tidak, aku sendiri
tidak dapat ramal nasib aku ini, Sani.
(Menyalakan rokok daun) Kamu cuti lama?
SANI

: Tengok pada keadaan, Pak Man. Sekiranya sudah jumpa, selesai kebumikan
mayatnya dan buat kenduri arwah, mungkin selepas tujuh hari, saya baliklah.
Tetapi sekiranya tidak jumpa lagi, saya akan temankan emak lama sikit.

PAK MAN : Bagus, kalau boleh biarlah kamu lama sikit tinggal dengan emak kamu itu. Aku
sendiri turut risau tengok emak kamu. Hari-hari, sampai tengah malam baru
balik dari pantai. AKu cemas tengok dia begitu. Aku takut kesihatannya
terganggu.
SANI

(i)

: Emak masih tidak percaya lagi, Pak Man. Saya sudah tidak tahu hendak lakukan
apa lagi untuk pujuk emak.
Apakah kejadian yang berlaku di kampung Pak Man?
[ 2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah ibu Sani tidak tidak dapat menerima kehilangan
suaminya?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai kemanusiaan lain
daripada keseluruhan drama.
[ 4 markah]

52

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Praktis 2
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SABARIAH : Bapa itu saja hendak malukan anak-anak. Nanti orang kata, kita tak
tahu balas budi orang tua. Walhal kita kirim tiap-tiap bulan. Macamlah hidupnya
susah
sangat. Itu, itu anak pungut tu. Entah-entah dia yang suka bapa pergi ke laut Entah apa
yang digula-gulakan bapa itu. Haah, sudahlah! Angah penat ni. Abang tunggulah emak.
(Pergi dari situ. WAN memerhatikan SABARIAH pergi)
SABRI

: Tadi nak sangat tengok emak. Huh!

JIMAH : (Sayu hatinya apabila SABARIAH menengking SABRI) Aku tidak suruh
sesiapa balik, Sani. Aku tidak mahu menyusahkan kau orang. Aku tunggu laki aku. Kalau
kau nak balik, pergilah. Aku tunggu laki aku. Dia laki aku. Kau orang semua boleh balik.
(Membuka ikatan bungkusan kain batik yang dijinjing dari tadi Dia mengeluarkan lima buah
buku bank dan menyerahkan kepada SANI) Sani, ini buku bank kau orang. Beri balik pada
dia orang. Pulangkan buku ini pada dia. Kamu ingat bapa pakai duit yang kamu beri, ya?
Tidak. Bapa simpan semua duit yang kamu kirim dulu. Bapa simpan semua dalam
bank.Emak dan bapa tidak usik satu sen pun. Nah, kauberi balik pada kakak, pada abang
kau. Ambil balik semua yang kau orang beri pada kami. Ambil, ambillah balik. Satu sen pun
kami tidak jamah duit itu. (Menangis tersedu-sedan)
SANI

: (Buka buku simpanan bank dan terperanjat melihat isi kandungannya)


Mak! Apa sudah jadi emak? Kenapa duit ini tidak pernah emak keluarkan? Kenapa emak,
kenapa emak dan bapa tidak gunakan duit yang kami beri ini? Sani beri untuk emak dan
bapa buat belanja. Kenapa emak tidak gunakan?

JIMAH : Bapa tidak mahu susahkan anak-anaknya. Kudrat dia masih ada. Bapa
lebih senang cari duit sendiri. Dia tahu satu hari kau orang akan ungkit soal duit ini. Kan
betul?
(i)

Mengapakah bapa tidak menggunakan wang yang dikirim oleh anak-anaknya?


[ 2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
menyemai tabiat berjimat cermat dalam kalangan anak-anak?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu pengajaran dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran lain dalam
keseluruhan drama.
[4 markah]

Praktis 3
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
PAK MAN
SANI

:
:

PAK WAN

SANI

PAK MAN

Oh, ya! Kakak kamu tak balik lagi, Sani?


(Tenang) Kak Ngah, susah rasanya. Maklumlah tinggal jauh. London!
Bukan macam dari siniu ke Alor Setar, Pak Man. Kak Teh tidak balik mungkin sebab
susah hendak tinggalkan kedainya. Maklumkah orang berniaga.
Sani, waktu-waktu seperti ini, kita tidak boleh berikan alasan. Apa cara sekalipun kita
kena balik. Yang malang itu, bapa kamu. Yang sedang menderita itu, emak kamu.
Inilah masanya kamu hendak balas budi orang tua kamu.
Betul cakap Pak Man. Saya pun ingat macam tu, tetapi apabila fikir fasal pekerjaan
abang dan kakak, saya rasa mereka terikat. Jadi serba salah dibuatnya.
Sani,pernah atau tidak kamu terfikir bagaimana seksanya seorang emak
membesarkan anak-anaknya? Sakit peningnya? Tak tidur malamnya? Pakaiannya?

53

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

SANI

Makan dan minumnya? Belanja sekolahnya? Pada fikiran kamu, ada atau tidak emak
kamu itu lari daripada tanggungjawabnya? Aku rasa tidak. Tidak ada, Sani. (Berhenti
seketika untuk menyalakan rokoknya yang sudah padam) Emak, ketika dia sakit,
demam, atau dalam keadaan apa sekalipun, akan terus bertugas, bertugas tanpa henti
kerana kasihnya tidak pernah putus. Tidak terbuka mulut emak kita untuk minta cuti,
hendak minta dikecualikan daripada menjaga anak-anaknya. Inilah sifat mulia seorang
ibu. Ingat Sani, daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga. Kalau emak sanggup
berkorban, kenapa anak-anak tidak?
(Tersentuh hati) Saya faham, Pak Man.

(i)

Nyatakan perkara yang merisaukan fikiran seorang ibu ketika membesarkan anakanaknya.
[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah yang seharusnya kita lakukan untuk membalas jasa ibu
kita?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu perwatakan Sani dalam petikan dan satu perwatakan dalam keseluruhan
drama.
[4 markah]

Praktis 4
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
PAK MAN: Ini semua kuasa Allah. Ombak besar itu tidak sampai ke rumah kita.
Mujur ada pulau depan pantai kita. Kalau tidak, rumah kamu, rumah aku habis ranap.
Kebetulan pula aku demam hari itu, tidak turun ke laut. Kalau tidak, aku sendiri tidak dapat
ramal nasib aku ini, Sani (Menyalakan rokok daun) Kamu cuti lama?
SANI: Tengok pada keadaan, Pak Man. Sekiranya sudah jumpa, selesai kebumikan
mayatnya dan buat kenduri arwah, mungkin selepas tujuh hari, saya baliklah. Tetapi
sekiranya tidak jumpa lagi, saya akan temankan emak lama sikit.
PAK MAN : Bagus, kalau boleh biarlah kamu lama sikit tinggal dengan emak kamu
itu. Aku sendiri turut risau tengok emak kamu. Hari-hari, sampai tengah malam baru balik dari
pantai. Aku cemas tengok dia begitu. Aku takut kesihatannya terganggu.
SANI : Emak masih tidak percaya lagi, Pak Man. Saya sudah tidak tahu hendak
lakukan apa lagi untuk pujuk emak.
PAK MAN : Betul, Sani. Memang susah nak cakap dengan emak kam. Aku suruh
Mak Jah cuba pujuk, tetapi tidak berganjak sedikit pun dia. Yang aku sedih itu, apabila orang
ke laut balik, dia terus menerpa dan bertanya. Sampai kadang-kadang mereka tidak mahu
mendarat dekat pantai kita kerana hendak jaga hati emak kamu. Semua orang sudah tidak
larat hendak tengok air matanya. Aku tadi pun dia tanya. Apabila saja aku kata tak ada, air
matanya itu macam anak air mengalir. Aku turut sama menangis.
(i) Nyatakan tindakan-tindakan emak Sani yang merisaukan hati Pak Man.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah bantuan-bantuan yang boleh diberikan kepada
alam?

mangsa bencana
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain yang terdapat
dalam keseluruhan drama.
[4 markah]

54

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Praktis 5
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SABARIAH : Emak... . Sabariah minta maaf. (Sayu) Sabariah sudah lukakan hati
emak. (Menangis) Sabariah sanggup potong jari ini untuk menebus salah Sabariah, mak.
JIMAH menguis kakinya supaya pelukan SABARIAH terlepas.
JIMAH : Pergi balik ke kota London engkau.
SHAHRUL : Shahrul minta ampun, mak.
JIMAH melepaskan pandangannya ke arah lain. SANI cuma mampu memandang telatah
abang dan kakaknya.
SALMAH : Emak, Sal minta ampun, minta maaf banyak-banyak. Sal bersalah
emak.Sal pentingkan perniagaan daripada tanggungjawab pada emak, pada bapa.
Semua mata tertumpu kepada JIMAH. JIMAH menahan sebak. Terketar-ketar bibirnya
menahan kedukaannya. Setelah dia dapat mengawal diri, baru JIMAH bercakap.
JIMAH : Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa
musibah,
mengembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur.
Bantu ringankan beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali sangkaan aku. Kamu
cuma fikirkan kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit kamu habis
berbelanja? Ratus ribu? Huh, tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit ringgit yang
kamu beri tiap-tiap bulan itu sudah cukup untuk membalas budi orang tua. Kami tidak perlu
duit ringgit kamu. (Berhenti seketika, menahan sebak di dada) Kamu tidak malu pada Sani
itu? Dia tu anak pungut. Anak pungut. Bukan anak aku, tetapi dia lebih dekat dengan aku.
Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tetapi dia hambakan dirinya untuk aku. Dia dan Sani
tahu membalas kasih sayang dan budi yang selama ini aku dan bapa kamu beri.
(i)

Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Sabarah sehingga sanggup jarinya dipotong?
[ 2 markah]

(ii)

Ibu bapa sebenarnya tidak mengharapkan wang ringgit anak-anak mereka. Pada
pendapat anda, apakah yang diharapkan oleh setiap ibu bapa daripada anak-anak
mereka?
[ 3 markah]

(iii)

Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama dan satu latar
masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.
[ 4 markah]

2.

DRAMA 1400
Karya Nordin Hassan (Sasterawan Negara)

Praktis 1
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SOUD
DOLAH
SOUD
DOLAH

:
:
:
:

Engkau tolong orang, Allah tentu tolong kau.


Bila?
Dolah, mana imanmu?
Kau tahu, kerana kaki ini, mesyuarat tak pilih aku jadi wakil? Ada yang
berkata, Dolah memang banyak berjasa pada kampung ni, tapi takkanlah
nak pilih dia jadi wakil? Wakil capik, malulah kita. Ya, mereka malu. Tetapi,
meminta tolong daripada aku tak malu.

55

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

SOUD
DOLAH

SOUD
DOLAH
SOUD
DOLAH

(i)

: Kita menolong harus kerana Allah, Dolah.


: Cuba tengok keadaan aku. Meminang, siapa pun tak mahu. Dahlah capik,
miskin pula. Aku hina, Soud. Tolong sana, tolong sini, bila sampai masa
aku,siapa pun tak peduli.
: Engkau sembahyang, bukan?
: Apa ada kena-mengena dengan sembahyang?
: Engkau sembahyang tak?
: Aku akan berusaha sendiri, Soud. Kau tengoklah. Dolah capik ya! Kau
tengok Soud, kau tengok.
Nyatakan perkara yang menjadi Dolah berkecil hati?
[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, wajarkah Dolah menyalahkan takdir Tuhan kepadanya? Nyatakan
dua sebab.
[4 markah]

(iii)

Huraikan satu latar masyarakat daripada petikan drama dan satu latar masyarakat
daripada keseluruhan drama.
[3 markah]

Praktis 2
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Dolah : Sebab itu aku kata tak jadi kalau nak berpakat. Tak guna. Aku nak buat cara
aku. Aku pun nak kaya jugak, tak banyak sikit pun jadilah. Sarip boleh, kenapa
aku tak boleh? Apa sangat kelebihan yang ada pada Sarip?
Soud : Sarip tu semua orang tau. Dolah, rezeki yang dicari mestilah rezeki yang halal.
Dolah : Tetapi, mereka tidak kira halal haram.
Soud : Mereka, merekalah. Ingat apa tuk guru kata?
Dolah : Aku miskin begini bukan permintaan aku. Aku betul miskin. Kaki aku begini,
salah akukah? Tuhan buat setengah, keadaan buat setengah. Anak tuk penghulu
terlepas, aku jadi begini.
Soud : Manusia jenis kau ni mulia, Dolah.
Dolah : Mulia dapat apa?
Soud : Engkau tolong orang, Allah tentu tolong kau.
Dolah : Bila?
Soud : Dolah, mana imanmu?
Dolah : Kau tahu, kerana kaki aku ini mesyuarat tak pilih aku jadi wakil? Ada yang
berkata Dolah memang banyak berjasa pada kampung ni, tapi takkanlah nak
pilih dia jadi wakil? Wakil capik, malulah kita. Ya mereka malu. Tetapi
meminta tolong daripada aku tak malu.
Soud : Kita menolong harus kerana Allah, Dolah.
Dolah : Cuba tengok keadaan aku. Memang, siapa pun tak mahu. Dolah capik, miskin
pula. Aku hina, Soud. Tolong sana, tolong sini, bila sampai masa aku, siapa
pun tak peduli.
(i) Nyatakan perkara yang dikesalkan oleh Dolah.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang harus kita lakukan untuk mengelakkan
diri daripada berasa marah.
[3 markah]
iii) Huraikan satu perwatakan Dolah terdapat dalam petikan drama dan satu perwatakan
lain daripada keseluruhan drama tersebut.
[ 4 markah]

56

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Praktis 3
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
INTAN SITI RAHIMAH :

PAK TUAN DOLLAH :


INTAN SITI RAHIMAH :
PAK TUAN DOLAH :
INTAN SITI RAHIMAH :

PAK TUAN DOLAH :


INTAN SITI RAHIMAH:
PAK TUAN DOLAH:

Siang tadi Intan ke surau. Orang kampung masih mengatakan


kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Anakanak mereka sakit-sakit belaka, dan macam-macam lagi.
Itulah dah dikatakan. Intan jangan ke surau mereka. Mengapa pergi
mencemar kaki ke sana?
Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intak tak pergi?
Lain kali kata sibuk, tak usah pergi.
Tetapi mereka ini isteri dan ibu kepada orang-orang yang bekerja
dengan kita. Mereka besar hati datang menjemput. Itu pun takut-takut
pula.
Ya, mereka harus takut pada kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan
harus sedar dengan siapa hendak bercampur gaul?
Intan sedih melihat hidup setengah-setengah daripada mereka.
Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka.
Itu salah siapa?

(i)

Nyatakan dua sebab Pak Tuan Dollah tidak membenarkan Intan Siti Rahimah pergi ke
surau.
[ 2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah kesan negatif sekiranya orang kaya tidak bergaul dengan
orang miskin?
[ 3 markah]

(iii)

Huraikan satu nilai kemanusiaan dan satu nilai kemanusiaan dalam keseluruhan drama.
[4 markah]

Praktis 4
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
PEGAWAI : Abu Lahab dan isterinya dituduh memujuk orang-orang kampung
terutamanya sekali mereka yang hanya mementingkan diri sendiri, mengorek dan menjual
tanah kepada Orang Dikaya Tuan Dolah untuk membina ladang kudanya. Abu Lahab dan
isteri mendapat upah yang lumayan. Isterinya bersuhabat dengannya. Isterinya memujuk dan
mengajar isteri-isteri orang kampung menggunakan muslihat keisterian untuk memujuk dan
memaksa suami-suami mereka mengorek dan menjual tanah kepada Orang Dikaya Tuan
Dolah. Ada orang kampung hendak tanam Abu Lahab dan isteri hidup-hidup hingga pangkal
leher di dalam sebuah busut.
HAKIM: Kita orang Islam!
ABU LAHAB: Tuan yang bijaksana. Pohon apa kiranya saya dibenarkan berkata
sepatah dua? Masa dalam tahanan, saya dan isteri telah pun sedar bagaimana saya menipu
orang-orang kampung. Kami berdua kesal sebesarbesar sesal, dan kami bertaubat seikhlas-ikhlas taubat. Untuk membuktikan kata-kata kami,
maka segala kekayaan kami, tanah, rumah, lukisan, dan arca yang mahal dari negeri-negeri
asing akan dijual, dan wangnya akan diguna untuk membeli balik tanah-tanah yang kami
jualkan dulu. Kami akan hidup seperti orang kampung lain, dengan kadar yang sederhana.
HAKIM: Apa pekerjaaan kamu, wahai Abu Lahab dan isteri?
ABU LAHAB: Kami tak pernah buat apa-apa pun selain menjadi broker tanah, dan
kami cukup kaya. Tetapi, sekarang kami telah sedar, dan kami berasa sungguh malu serta
sesal. Walaupun kami berharta dengan wang ringgit, rupa-rupanya kami begitu miskin. Malu
kepada manusia, malah kepada Allah. Sesal sungguh.

57

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

(i)

Mengapakah Abu Lahab mengatakan Malu kepada manusia, malah kepada Allah. Sesal
sungguh.
[ 2 markah]

(ii)

Pada pandangan anda, wajarkah kita memberi peluang kedua kepada seseorang yang
telah mengakui kesalannya? Berikan tiga alasan anda.
[ 3 markah]

(iii)

Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan drama.
[4 markah]

Praktis 5
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan=soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
PAK TUAN DOLAH : Dengar dan dengar betul-betul, Intan mesti jaga diri baik
sebab
anak
ini
penyambung baka. Apa-apa Intan mahu minta saja. Kita tambahkan orang gaji, supaya Intan lebih
selesa. Kita tambahkan anjing lagi, supaya Intan dijaga dengan lebih ketat. Jangan pergi ke surau
lagi.
INTAN SITI RAHIMAH: Jangan ke surau?
PAK TUAN DOLAH: Jangan terima sesiapa pun yang datang dari kampung. Jangan
tengok muka-muka orang kampung. Pantang.
INTAN SITI RAHIMAH : Pantang?
PAK TUAN DOLAH : Dan, yang mustahak sekali, jangan makan ikan, ketam, udang
dari sungai di kampung ini.
INTAN SITI RAHIMAH: Mengapa sampai begitu sekali?
PAK TUAN DOLAH : Jangan soal, dengar saja. Mesti makan benda-benda yang
baik. Kita boleh order dari luar negara.
INTAN SITI RAHIMAH: Itu tak payah.
PAK TUAN DOLAH: Persiapan untuk anak pun kita beli dari luar negara. Esok kita terbang.
INTAN SITI RAHIMAH: Tak payah itu semua. Bukankah esok ada jamuan?
PAK TUAN DOLAH: Oh, ya. Tak mengapa, lepas jamuan kita terbang. (PAK TUAN Dolah keluar)
(i)

Nyatakan tindakan Pak Tuan Dolah memperlihatkan kasih sayangnya terhadap isterinya
yang sedang mengandung.
[ 2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
menggalakkan rakyat membeli produk tempatan?
[ 3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama dan satu persoalan daripada
keseluruhan drama.
[ 4 markah]

58

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

DRAMA DATO ONN


Karya Othman Hj Zainudin

3.

Praktis 1
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
HALIMAH

:Abang, saya fikir eloklah saya pergi dari sini. Suami saya Muhammad pun
sudah tiada lagi. Anak-anak ini biar saya bawa bersama-sama. Ke manamana sahaja nasib menentukan hidup kami sekeluarga.

ONN

:Tidak, Halimah. Kawan tidak akan melepaskan awak pergi dengan budakbudak ini. Mereka ialah anak-anak saudara kawan. Anak-anak adik kawan
sendiri.

HALIMAH

:Sudah tiada siapa lagi tempat kami bergantung harapan. Sepi rasa dunia
ini, kami tinggal keseorangan. Biar kami pulang ke kampung. Di sana kami
ingin membina hidup ini semula.

ONN

:Tidak mungkin, oh, Halimah! Awak pergi, bermakna kami mengabaikan


nasib awak setelah awak kehilangan sebahagian daripada kami. Halimah,
dan anak-anak awak ialah kerabat dan darah daging kami.

HALIMAH tertunduk menangis. Dia lantas memeluk ONN. DATO JAAFAR masuk.
DATO JAAFAR

: Bagaimana kalau ayah cadangkan awak ambil sahaja Halimah ini sebagai
isteri awak Onn? Awak pun selama ini hidup tak menentu. Sekejap menikah
dengan Seri Panggung, biarpun tidak bersetuju, awak nak kahwin juga
dengan dia. Tapi sekarang ini tidak berapa lama awak ceraikan dia. Hidup
ini kenalah rancang dengan baik, Onn. Keluargalah yang akan membentuk
peribadi seseorang. Awak kenalah berkeluarga. Kena ada orang yang
benar-benar jujur di sisi awak...

(i)

Nyatakan dua tindakan yang ingin diambil oleh Halimah setelah ketiadaan suaminya?
[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah keluarga memainkan peranan sebagai pembentuk


peribadi anak-anak ?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan
drama tersebut.
[4 markah]

Praktis 2
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
ONN naik ke pangkalan dengan membawa pukat dan ikan di dalam bakul. Orang ramai di pangkalan
itu. Isterinya, HALIMAH menjual kuih di warung. ONN masuk ke warung dan duduk. HALIMAH
mendekati ONN.
HALIMAH

: Banyak dapat ikan hari ini, bang?

59

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

ONN

: Inilah sahaja yang ada. Nelayan yang tak bertauliah seperti aku ini, apa
yang boleh dibuat? Tak tahu memasang jaring, apalagi nak memasang
pukat.

HALIMAH

:(Menghidangkan air dan kuih) Belajarlah kita menjadi orang kebanyakan.


Rasanya hidup begini, kita lebih aman... . Minumlah dulu dan kuih itu
dijamah. Lebih kita jual pagi tadi. Pendapatannya agak lumayan.

ONN memandang isterinya. Dia kelihatan sedih. ONN menyanyi


ONN
: Janganlah kaucuba sembunyikan
Apa yang tersirat di hatimu
Hidup ini sungguh menyeksakan
Derita terbayang di wajahmu.
HALIMAH menyanyi.
HALIMAH

: Tapi aku bangga keranamu


Sikapmu membuat aku gembira
Patah sayap bertongkat paruh
Gunung tinggi didaki juga.

ONN

:Dan, tahukah kau, Halimah? Hatiku ini selalu gelisah. Melihat bangsaku
yang mundur dan tertekan... . Di bawah penjajahan yang menjadikan mereka
suram. Kaulihatlah sendiri nelayan-nelayan nan miskin, hidup tak tentu
haluan. Menangkap ikan sekadar cukup makan. Bagaikan ayam kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang.

(i)

Mengapakah hati ONN sentiasa gelisah?

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita membantu nelayan yang hidup dalam kemiskinan?
Nyatakan dua cara berkenaan.
[4 markah]

(iii)

Huraikan satu nilai murni dalam petikan dan satu nilai murni dalam keseluruhan drama ini.
[3 markah]

Praktis 3
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendirI.
ONN

Benar sungguh seperti yang kaukata. Di sini bukan lagi tempat kita. Bersiaplah
dan beritahu seisi keluarga....Mungkin kita akan berangkat ke Singapura.

HALIMAH

Mengapa begitu sekali tindakan diambil? Bersalah benarkah abang dengan


Inggeris itu, sehingga demikian abang diusir?

ONN

Sultan mendakwa arwah ayah berhutang dengan kerajaan negeri. Sampai


sekarang hutangnya tidak langsai lagi. Tanah di Bukit Senyum diambil sebagai
ganti. Dilelong dengan orang lain, siapa tak panas hati... . Lalu abang buat
petisyen. Abang mahukan bukti sebelum dilakukan sesuatu action ... . Tapi,
sebenarnya Inggeris yang mengapikan... Perasaan Sultan menjadi tak keruan...
Lalu kepada kita diambil tindakan.

HALIMAH

Sabar sajalah, bang, Tuhan lebih tahu siapa yang benar, siapa yang salah...
Kita tengok saja sampai sudah. Siapa kelak yang menerima padah.

60

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

(i)

Apakah faktor-faktor yang mendorong Onn berhasrat pergi ke Singapura.


[ 2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab Onn wajar berpindah dari tempat tersebut?
[ 3 markah]

(iii)

Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan drama.
[4 markah]

Praktis 4
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SOUD

: Engkau tolong orang, Allah tentu tolong kau.

DOLAH

: Bila?

SOUD

: Dolah, mana imanmu?

DOLAH

: Kau tahu, kerana kaki ini, mesyuarat tak pilih aku jadi wakil? Ada yang
berkata, Dolah memang banyak berjasa pada kampong ni, tapi takkanlah
nak pilih dia jadi wakil? Wakil capik, malulah kita. Ya, mereka malu. Tetapi,
meminta tolong daripada aku tak malu.

SOUD

: Kita menolong harus kerana Allah, Dolah.

DOLAH

: Cuba tengok keadaan aku. Meminang, siapa pun tak mahu. Dahlah capik,
miskin pula. Aku hina, Soud. Tolong sana, tolong sini, bila sampai masa
aku,siapa pun tak peduli.

SOUD

: Engkau sembahyang, bukan?

DOLAH

: Apa ada kena-mengena dengan sembahyang?

SOUD

: Engkau sembahyang tak?

DOLAH

: Aku akan berusaha sendiri, Soud. Kau tengoklah. Dolah capik ya! Kau
tengok Soud, kau tengok.

(i)

Nyatakan perkara yang menjadi Dolah berkecil hati?


[ 2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, wajarkah Dolah menyalahkan akan takdir Tuhan kepadanya?
Berikan dua sebabnya.
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu latar masyarakat daripada petikan drama dan satu latar masyarakat
daripada keseluruhan drama.
[4 markah]

61

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Praktis 5
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
INTAN SITI RAHIMAH: Siang tadi Intan ke surau. Orang kampung masih mengatakan kekotoron
daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Anak-anak mereka sakit-sakit belaka dan macammacam lagi.
PAK TUAN DOLAH: Itulah dah dikatakan. Intan jangan ke surau mereka. Mengapa pergi mencemar
kaki ke sana?
INTAN SITI RAHIMAH: Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intan tak pergi?
PAK TUAN DOLAH: Lain kali kata sibuk, tak usah pergi.
INTAN SITI RAHIMAH: Tetapi mereka ini isteri dan ibu kepada orang-orang yang bekerja dengan
kita. Mereka besar hati datang menjemput. Itu pun takut-takut pula.
PAK TUAN DOLAH: Ya, mereka harus takut pada kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan harus sedar
dengan siapa hendak bercampur gaul?
INTAN SIOTI RAHIMAH: Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada mereka.
Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka.
PAK TUAN DOLAH: Itu salah siapa?

(i)

Kemukakan dua sebab Pak Tuan Dolah melarang Intan Siti Rahimah ke surau.
[2 markah]

(i)

Pada pendapat anda, apakah implikasi apabila orang kaya tidak bergaul dengan orang yang
miskin.
[ 3 markah]

(ii)

Huraikan satu perwatakan Dolah yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu
perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut.
[4 markah]

62

Anda mungkin juga menyukai