Anda di halaman 1dari 25

SinopSiS

Cerpen ini mengisahkan seorang pelajar


institusi pengajian tinggi yang bernama Amirah
atau dipanggil Mir menghadapi konflik jiwa yang
agak teruk. Dia kematian ibu sejak kecil dan
hanya mengharapkan kasih sayang ayahnya yang
telah tua. Kaunselor pernah mengatakan bahawa
Mir menghadapi penyakit jiwa yang dinamakan
skizofrenia mudah. Mir tinggal sebilik dengan
Hakimah ketika di kampus.
Konflik jiwa Mir bermula apabila rumah
mereka di tepi laut terpaksa dirobohkan untuk
dijadikan kawasan peranginan. Mir berasa amat
kecewa kerana mereka tidak berhak menuntut
pampasan kerana tanah itu bukan milik mereka.
Mir sedih kerana mengingatkan ayahnya yang
tiada tempat tinggal. Dia sering mengulang-ulang
kata-kata ayahnnya menyebabkan Hakimah
berasa bimbang
Hakimah menceritakan kisah Mir kepada
ibunya. Ibunya mencadangkan Mir mengisi
jiwanya dengan membaca al-Quran. Ibu Hakimah
menghadiahkan sejadah kepada Mir. Mir mula
menggunakan hadiah pemberian ibu Hakimah.
Beberapa lama selepas itu, konflik jiwa Mir
semakin reda. Ayah mengharapkan Mir belajar
hingga berjaya dan membina kehidupan sendiri.
Ayah juga mengharapkan Mir menjaga laut
daripada sebarang kekotoran.
Hakimah melihat perubahan Mir dan sangat
gembira dengan perubahan positif itu. Bagi
Hakimah, perubahan sikap Mir menunjukkan
sahabatnya itu semakin pulih. Hakimah juga
gembira apabila melihat Mir menggunakan
telekung pemberian ibunya untuk menunaikan
solat.
Tema
Penderitaan batin anak nelayan sebagai
akibat kemiskinan dan hidup
tertindas.

Mir anak nelayan yang mengalami konflik jiwa


kerana rumahnya akan dirobohkan untuk
didirikan kawasan peranginan. Mir juga kasihan
terhadap bapanya kerana bapanya sudah
kehilangan tempat tinggal dan hilang mata
pencarian sebagai seorang nelayan. Mir juga
dahagakan kasih sayang ibu lantaran ibunya telah
meninggal dunia ketika melahirkannya.
perSoa
lan
1. Kasih sayang ayah terhadap anak.
2. Tanggungjawab seorang rakan.
3. Kepentingan kaunseling dalam kehidupan
remaja.
4. Kepentingan kata-kata perangsang
daripada seorang bapa kepada anaknya.
5. Kemiskinan hidup keluarga nelayan dan
kesan daripada arus pembangunan.
WaTak
dan
perWaT
aka
n
mir @ amirah
1. Lemah semangat dan pasif.
2. Kuat berimaginasi mengenang nasibnya yang
malang.
3. Mengalami tekanan perasaan kerana kehilangan
kasih sayang ibu sejak kecil, sementara bapanya
sibuk mencari rezeki di laut.
4. Buntu memikirkan masa depannya yang tidak
menentu.
5. Mudah menjadi pemurung kerana jiwanya yang
terlalu goyah
hakimah
1. Gadis terpelajar. Dia belajar di pusat
pengajian tinggi dengan Mir.
2. Sahabat baik Mir.
3. Baik hati kerana selalu membantu Mir.
4. Sangat sayang akan ibunya.
ayah
1. Meruapakan bapa Mir.
2. Sudah tua, badan kurus.
3. Seorang nelayan.
4. Miskin, mencari rezeki di laut.
5. Sangat sayang akan laut.
6. Redha dengan nasib diri.
ibu
1. Emak kepada Hakimah.
2. Baik hati. Selalu menasihati Hakimah
supaya membantu Mir serta menghadiahi
Mir telekung putih.
3. Taat pada agama.
4. Lemah lembut dan prihatin.
laTa
r
Latar Masa
 Di sebuah kampung nelayan, di rumah
nelayan yang menghadap laut
 Di rumah Hakimah
 Di kampus universiti
Latar Masa
 Masa kini.

Latar Masyarakat

 Masyarakat nelayan
 Masyarakat mahasiswi universiti
Gaya
bahaSa
1. Inversi
- Bagaimana mahu dia melupakan?

2. Simile
-wajah itu umpama salju…

3. Peribahasa
-tidak berhati perut
1. Personifikasi.
- Mereka sengaja mahu melihat samudera
menderita…

6. Monolog
- Amirah mengelamun sendiri dan
terucap.samudera itu ialah khazanah kehidupan
nelayan, manakala kesejahteraan dan
keharmonian nelayan mengeksploitasi dan
memanfaatkan khazanah itu akan menjamin
kelangsunhgan dinamika keseimbangan
ekosistem samudera.
nilai
1. Kasih sayang.
- Hakimah sangat sayang akan Mir.
3. Tidak berputus asa
- Hakimah tidak berputus asa untuk
menyembuhkan penyakit kemurungan yang
dialami oleh Amirah.
5. Ikhlas .
- Hakimah ikhlas membantu Amirah.
7. Bersimpati.
- Hakimah bersimpati tehadap nasib yang
menimpa Amirah
penGaj
ara
n
1. Kita hendaklah sentiasa mengingati Tuhan kerana
dengan mengingati Tuhan jiwa akan menjadi
tenang.
2. Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam
menghadapi sesuatu perkara.
3. Hubungan antara anak dengan ibu bapa
hendaklah sentiasa erat untuk menjamin
keutuhan keluarga.
4. Kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada
rakan yang menghadapi kesulitan.
5. Sesuatu projek pembangunan perlulah
mengambil kira kesan kepada masyarakat

Anda mungkin juga menyukai