Anda di halaman 1dari 7

Biarkan Samudera Raihanah Salleh

Tema
Cerpen ini memaparkan tema penderitaan batin anak nelayan sebagai akibat gangguan perasaan. Mir anak nelayan yang mengalami konflik jiwa kerana rumahnya yang terletak di tepi pantai akan dirobohkan untuk didirikan kawasan peranginan. Mir juga amat kasihan terhadap bapanya kerana bapanya sudah hilang tempat tinggal dan hilang mata pencarian sebagai nelayan. Mir juga amat haus akan kasih sayang ibu lantaran ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkannya.

Persoalan
1. Keadaan hidup nelayan yang serba kekurangan. 2. Pembangunan kawasan pantai akan menyebabkan laut terdedah pada pencemaran. 3. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa di sisi sama ada dalam keadaan senang mahupun susah. 4. Usaha mendekatkan diri kepada Tuhan adalah jalan yang terbaik untuk memperoleh ketenangan jiwa. 5. Pembangunan boleh dilaksanakan di tepi pantai, asalkan tidak mencemari laut yang banyak mempunyai kepentingan kepada kehidupan manusia.

Gaya Bahasa
1. Simile. Contohnya: (a) "Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau, Mir." (hal. 174) (b) "... Kau tidak pernah mendengar suara rintih ombak seperti ayahku yang saban waktu mendengar raungannya. " (hal. 176) (c) "samudera itu terseksa seperti aku, Hakimah... " (hal. 177)

(d) Wajah itu umpama salju, merenjis hati yang walang. (hal. 180)

2. Penggunaan ayat tanya. Contohnya: (a) ... Di mana dia akan tinggal? Di samudera itu? Di samudera yang garang dan telah dicemari itu? (hal. 174) (b) "Mir... kau kenapa?" (hal. 176) (c) "... Aku bantu kau ya?" (hal. 176) (d) "Mir, cuti semester ini kau ikut aku pulang ya?" (hal. 177) 3. Personifikasi. Contohnya: (a) Membiarkan cahaya matahari pagi terbias dan membiarkan juga bayu dingin menjamah kulitnya. (hal. 175) (b) Kau tidak mendengar suara ombak. (hal. 176) (c) ... samudera yang sedang bergelora, menjerit dan meronta-ronta meminta dikasihani? (hal. 176) (d) Menepis ingatan yang mengusik kedamaiannya. (hal. 180) 4. Metafora. Contohnya: (a) Air tenang dan membuahkan ketenangan. (hal. 173) (b) ...mengizinkan mata fikirnya menerawang jauh. (hal. 173) 5. Hiperbola. Contohnya: (a) Sungguhlah, dia kesal dengan ombak dan gelora dalam diri'. (hal. 173) (b) Sekarang pun, samudera itulah juga yang wujud dalam diri ayah. (hal. 177) (c) "Aku bercakap dengan ombak, dengan samudera." (hal. 181) (d) Pembangunan mewah itu telah mencipta pisau tajam yang membenam di dalam dada ayah. Tajamnya melebihi dayung ayah yang saban waktu membelah samudera. (hal. 177)

Latar
Latar Tempat
Latar tempat dalam cerpen ini ialah laut yang merupakan tempat ayah Mir mencari rezeki, di rumah panjang, di rumah Hakimah, di tepi pantai, dan di kampus tempat Mir dan Hakimah belajar.

Latar Masa
Latar masa dalam cerpen ini adalah pada masa hujan rintik-rintik, pada hari Sabtu, pada waktu pagi, dan semasa sesi bimbingan kaunseling.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat penyayang, yang diwakili oleh Hakimah dan ibunya yang mempunyai sifat kasih sayang sesama manusia. Mereka telah membantu Mir atau Amirah yang mengalami konflik jiwa dengan ikhlas. 2. Masyarakat nelayan. Contohnya, ayah Mir nelayan. Rumah ayah Mir dan rumah-rumah jirannya yang juga merupakan nelayan terletak di tepi pantai. Rumah-rumah mereka ini akan dirobohkan untuk didirikan rumah peranginan. 3. Masyarakat yang teguh pada ajaran agama. Ibu Hakimah menasihati Hakimah agar mengajar Mir membaca al-Quran. Ibu Hakimah juga telah memberi Mir atau Amirah telekung berenda yang cantik.

Plot
Binaan Plot
1. Peristiwa-peristiwa dalam cerpen ini dijalin secara tidak kronologi. 2. Cerita dimulakan dengan pengenalan watak Mir atau Amirah yang mengalami konflik jiwa. Konflik telah menyebabkan Mir yang dulunya periang berubah menjadi pendiam dan pemurung. 3. Pada peringkat perkembangan cerita, Mir digambarkan mengalami konflik jiwa yang hebat atau dikenal juga sebagai penyakit skizofrenia. Sahabat baik Mir, iaitu Hakimah cuba

membantunya sedaya yang mungkin. Ibu Hakimah mencadangkan Hakimah membantu Mir dengan mengajarnya membaca al-Quran dan mengenal Tuhan yang satu. 4. Klimaks cerita ini ialah apabila Mir dapat disembuhkan. Jiwanya kembali tenang. Mir juga sudah mampu tersenyum. 5. Peleraiannya, Mir atau Amirah mengucapkan terima kasih kepada Hakimah yang telah banyak berusaha membantunya.

Teknik Plot
1. Teknik pemerian (a) Pengarang memerihalkan keadaan Mir ketika dia teringat akan ayahnya. Contohnya: Mir menyeringai. Kemudian Mir memejamkan mata. Di dalamnya hanyut bayangan ayah. Ayah menggawang-gawangkan pukatnya. Ayah mengacung-acungkan pendayungnya. (hal. 177) (b) Pengarang memerihalkan peristiwa ketika ibunya memberikan bungkusan yang berbalut kain putih. Contohnya: Hakimah angguk. Tangannya menyentuh bungkusan itu. Digenggamnya kemas-kemas. Terbayang wajah Mir yang suram, sendu dan mengharukan. Untuk sejenak, direnungnya wajah ibu yang sentiasa prihatin, lembut dan mendinginkan. (hal. 180) 2. Teknik dialog Dialog antara Mir dengan Hakimah. Contohnya: "Mir, kita ke kota Sabtu ini ya?" Hakimah beria-ia tanpa menghiraukan Mir yang berkelakuan aneh sejak akhir-akhir ini. "Aku mahu melihat laut. " Mir menahan nafas. "Melihat laut?" Mata Hakimah besar. Menatap Mir lama-lama. "Kau tidak mendengar suara ombak. Kau tidak mendengar jeritan hatinya. Dia menjerit-jerit minta dikasihani. Kau tak dengan?" "Mir. "Kau tidak pernah merasai laut seperti ayahku yang saban hari bergelut dengannya. Kau tidak pernah mendengar suara rintih ombak seperti ayahku yang saban waktu mendengar raungannya.

"Mir, sudahlah. Kau sakit, Mir. Kau harus mendapatkan rawatan. Aku bantu kau ya?" (hal. 176) 3. Teknik imbas kembali (a) Mir mengimbas kembali kata-kata yang diucapkan oleh ayahnya. Ketika itu, hujan turun rintik-rintik dan Mir berada di biliknya di kampus. Contohnya: "Rumah kita sudah tidak ada, Mir. Kau pulang nanti, kau hanya akan melihat tiang-tiangnya yang berceracak. Menunggu masa dicabut dan dibuang. Tiang-tiang itu, tempat kau bermain sembunyi-sembunyi dengan Su, dengan Ti, dengan Min suatu masa dahulu tidak akan ada lagi. " (hal. 175) (b) Hakimah mengimbas kembali kata-kata yang diucapkan oleh ibunya sewaktu dia mengusap-usap bahu Mir kerana simpati akan keadaan Mir. Contohnya: "Ya, nur. Kauajar dia sentiasa membaca al-Quran. Kauajar dia mengenal Tuhan yang satu. Di situ ada ketenangan. Di situ ada kebahagiaan." (hal. 179) 4. Teknik monolog (a) Mir mengucapkan semula kata-kata ini yang merupakan kata-kata ayahnya apabila dia seolah-olah terdengar kata-kata tersebut. Contohnya: "Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera." Mulutnya terkumat-kamit. (hal. 173 174) (b) Mir merintih sewaktu dia teringat akan ayahnya yang pilu ketika melihat rumah mereka dirobohkan. Contohnya: "Apa lagi yang harus aku lakukan?" rintihnya, kepiluan. (hal. 180) 5. Teknik saspens (a) Pengarang menggunakan teknik saspens dengan membiarkan pembaca tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada rumah Mir. Contohnya: Bagaimana dia mahu melupakan? Diri berasa terhimpit dan terdesak. Hati terasa pedih dan perih. Hujung semester ini dia akan pulang. Di mana dia akan tinggal? Di samudera itu? Di samudera yang garang dan telah dicemari itu? Di mana? "Rumah kita sudah tidak ada, Mir. Kau pulang nanti, kau hanya akan melihat tiang-tiangnya angnya yang berceracak. Menunggu masa dicabut dan dibuang. Tiang-tiang itu, tempat kau

bermain sembunyi-sembunyi dengan Su, dengan Ti, dengan Min suatu masa dahulu tidak akan ada lagi. " (hal. 174 175 ) (b) Pengarang menggunakan teknik saspens dengan membiarkan pembaca tertanya-tanya sebab Mir berkelakuan aneh sejak akhirakhir ini. Contohnya: Hakimah yang sedang membelek-belek majalah, memandang Mir di sisinya. Mir memang aneh sejak akhir-akhir ini. Apa sudah jadi adi dengan gadis berjiwa kental ini? Hakimah terus sahaja diburu kehairanan. Apa sudah jadi dengan Mir? Mir tidak memberi jawapan. Setelah puss merenung kipas yang sedang berputar ligat itu, dia bangun kembali. Dia menguak daun jendela semula. Dia cuba melihat angin. Melihat angin? (hal. 176)

Nilai
1. Nilai belas kasihan. Sifat belas kasihan sesama manusia penting dalam mewujudkan keharmonian hidup. Misalnya, Hakimah terlalu kasihan kepada sahabatnya, iaitu Mir yang menghadapi konflik jiwa dan tidak pernah merasai kasih sayang ibu. 2. Nilai taat pada agama. Ketaatan pada agama membantu seseorang dalam menghadapi pelbagai konflik hidup. Misalnya, Mir bersembahyang dan berasa jiwanya lebih tenang. 3. Nilai kasih sayang. seseorang anak hendaklah menyayangi ayah yang membesarkannya. Misalnya, Mir amat sayang akan ayahnya dan sentiasa mengenangkan nasib ayahnya. 4. Nilai sabar. Sikap sabar penting dalam menghadapi konflik dan dugaan. Misalnya, Hakimah begitu sabar berdepan dengan cabaran untuk memulihkan sahabatnya, Mir. 5. Nilai berfikiran rasional. Setiap perkara yang menimpa diri kita perlu kita hadapi dengan fikiran yang rasional. Misalnya, ayah Mir berfikiran rasional dengan menerima hakikat bahawa rumahnya dirobohkan kerana tanah tapak rumahnya itu bukan hak dan miliknya.

Pengajaran
1. Setiap orang hendaklah bersedia membantu sahabat yang menghadapi sebarang kesusahan dengan ikhlas. Contohnya, Hakimah berusaha membantu sahabatnya, Mir agar tidak terus hanyut dalam konflik jiwanya.
2.

Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang. Contohnya, Ibu Hakimah mencadangkan Hakimah agar mengajar Mir membaca al-Quran dan mengenal Tuhan yang satu. Pembangunan boleh dilaksanakan asalkan pembangunan itu tidak mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kehidupan manusia. Contohnya, ayah Mir tidak membantah rumahnya dirobohkan untuk didirikan kawasan peranginan di tepi pantai, asalkan tidak mencemari laut dan pantai.

3.

Anda mungkin juga menyukai