Anda di halaman 1dari 15

Biarkan

Samudera
Disediakan oleh:: Nazirul Farizha
BIARKAN SAMUDERA
Kisah bermula dengan Mir teringat akan kehidupan dan ayahnya. Mir
mengimbau semula kawasan rumahnya yang akan dibangunkan dengan
bangunan mewah atau rumah peranginan. Ayahnya pula dipindahkan ke
rumah panjang. Oleh itu, Mir tidak tahu di mana dia akan tinggal nanti. Mir
juga teringat akan kata‑kata ayahnya yang mahu supaya dia membina mahligai
yang menjadi haknya sendiri. Mir teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu
supaya Mir menjaga laut daripada sebarang pencemaran. Semua keadaan itu
menyebabkan Mir mengalami konflik jiwa dan menjadi pendiam.

Sementara itu, Hakimah, iaitu sahabat Mir memahami keadaan Mir yang
mengalami konflik jiwa itu. Hakimah berusaha membantu Mir. Lantaran
itu, Hakimah membawa Mir pulang ke rumahnya. Ibu Hakimah juga tahu
akan keadaan Mir. Ibu Hakimah sendiri meminta Hakimah agar
membawa Mir pulang ke rumah mereka. Ibu Hakimah mahu Hakimah
mengajar Mir mengenal Tuhan yang satu dan dia telah menghadiahi Mir
telekung berenda.

Akhirnya, Mir beransur pulih daripada konflik jiwa


yang dihadapinya itu. Mir telah menggunakan
telekung pemberian ibu Hakimah untuk bersolat.
Keadaan ini menggembirakan Hakimah kerana Mir
atau Amirah semakin pulih dan kelihatan tenang
sewaktu duduk di atas sejadah.
TEMA
 Cerpen ini memaparkan tema penderitaan
batin anak nelayan sebagai akibat gangguan
perasaan. Mir anak nelayan yang mengalami
konflik jiwa kerana rumahnya yang terletak
di tepi pantai akan dirobohkan untuk
didirikan kawasan peranginan. Mir juga amat
kasihan terhadap bapanya kerana bapanya
sudah hilang tempat tinggal dan hilang mata
pencarian sebagai nelayan. Mir juga amat
haus akan kasih sayang ibu lantaran ibunya
telah meninggal dunia ketika melahirkannya.
PERSOALAN
 Keadaan hidup nelayan yang serba kekurangan.
 Pembangunan kawasan pantai akan menyebabkan
laut terdedah pada pencemaran.
 Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa di sisi
sama ada dalam keadaan senang mahupun susah.
 Usaha mendekatkan diri kepada Tuhan adalah jalan
yang terbaik untuk memperoleh ketenangan jiwa.
 Pembangunan boleh dilaksanakan di tepi pantai,
asalkan tidak mencemari laut yang banyak
mempunyai kepentingan kepada kehidupan manusia.
WATAL DAN PERWATAKAN
Mir/Amirah
 Mir gadis berjiwa kental pada asalnya tetapi telah bertukar
menjadi gadis yang berjiwa lemah. Sejak rumahnya yang terletak
di tepi pantai dirobohkan, Mir menjadi pemurung.
 Mir penuntut di pusat pengajian tinggi. Di kampus, dia tinggal
sebilik dengan Hakimah.
 Mir anak yang baik kerana sentiasa mengenangkan nasib dan kata
ayahnya.
 Mir mengalami konflik jiwa atau skizofrenia. Konflik itu
dialaminya setelah rumahnya dirobohkan. Kawasan tapak
rumahnya yang terletak di tepi pantai itu akan dibangunkan
sebagai kawasan peranginan. Tambahan pula, dia tidak
mendapat kasih sayang ibu kerana ibunya meninggal dunia ketika
dia dilahirkan.
 Mir tidak pernah merasai kasih sayang ibu kerana ibunya
meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan.
Hakimah
 Hakimah gadis terpelajar. Dia belajar di pusat pengajian tinggi dengan Mir.
 Hakimah sahabat baik Mir.
 Hakimah baik hati kerana sentiasa membantu Mir. Dia membawa Hakimah
ke rumahnya untuk bertemu dengan ibunya yang mahu membantu
memulihkan semangat Mir.
 Hakimah sangat sayang akan ibunya. Dia beruntung kerana mempunyai ibu
yang sentiasa prihatin, lemah lembut, dan berhati mulia.
Ayah
 Ayah merupakan bapa Mir.

 Ayah sudah tua. Badan ayah kurus.


 Ayah nelayan. Sudah bertahun-tahun lamanya, ayah sentiasa bergelumang
dengan laut dan ombak.
 Ayah miskin, mencari rezeki di laut. Setelah rumahnya dirobohkan, ayah
terpaksa tinggal di rumah papan panjang berderet yang dikongsi dengan
jiran-jiran yang juga nelayan.
 Ayah sangat sayang akan laut. Ayah mengumpamakan laut sebagai dirinya
dan dirinya adalah laut.
 Ayah reda dengan nasib dirinya. Ayah menerima suratan takdir bahawa dia
akhirnya akan menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah gantian itu.
Ibu
 Ibu ialah emak kepada Hakimah.
 Beliau baik hati. Beliau menasihati Hakimah agar
membantu Mir supaya tidak terus hanyut dalam
konflik jiwanya itu. Beliau turut menghadiahi Mir
telekung putih berenda yang cantik.
 Ibu taat pada agama. Beliau meminta supaya
Hakimah mengajar Mir membaca al-Quran dan
mengenal Tuhan yang satu.
 Ibu lemah lembut dan prihatin. Melalui anaknya
Hakimah, beliau berusaha membantu Mir agar
tidak terus murung dan mengalami konflik jiwa.
LATAR
Latar Tempat
 Latar tempat dalam cerpen ini ialah laut yang merupakan tempat ayah Mir
mencari rezeki, di rumah panjang, di rumah Hakimah, di tepi pantai, dan di
kampus tempat Mir dan Hakimah belajar.
Latar Masa
 Latar masa dalam cerpen ini adalah pada masa hujan rintik-rintik, pada hari
Sabtu, pada waktu pagi, dan semasa sesi bimbingan kaunseling.
  

Latar Masyarakat
 Masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat penyayang,
yang diwakili oleh Hakimah dan ibunya yang mempunyai sifat kasih sayang
sesama manusia. Mereka telah membantu Mir atau Amirah yang mengalami
konflik jiwa dengan ikhlas.
 Masyarakat nelayan. Contohnya, ayah Mir nelayan. Rumah ayah Mir dan
rumah-rumah jirannya yang juga merupakan nelayan terletak di tepi pantai.
Rumah-rumah mereka ini akan dirobohkan untuk didirikan rumah peranginan.
 Masyarakat yang teguh pada ajaran agama. Ibu Hakimah menasihati Hakimah
agar mengajar Mir membaca al-Quran. Ibu Hakimah juga telah memberi Mir
atau Amirah telekung berenda yang cantik.
PLOT
Binaan Plot
 Peristiwa-peristiwa dalam cerpen ini dijalin secara tidak kronologi.
 Cerita dimulakan dengan pengenalan watak Mir atau Amirah yang mengalami
konflik jiwa. Konflik telah menyebabkan Mir yang dulunya periang berubah
menjadi pendiam dan pemurung.
 Pada peringkat perkembangan cerita, Mir digambarkan mengalami konflik
jiwa yang hebat atau dikenal juga sebagai penyakit skizofrenia. Sahabat baik
Mir, iaitu Hakimah cuba membantunya sedaya yang mungkin. Ibu Hakimah
mencadangkan Hakimah membantu Mir dengan mengajarnya membaca al-
Quran dan mengenal Tuhan yang satu.
 Klimaks cerita ini ialah apabila Mir dapat disembuhkan. Jiwanya kembali
tenang. Mir juga sudah mampu tersenyum.
 Peleraiannya, Mir atau Amirah mengucapkan terima kasih kepada Hakimah
yang telah banyak berusaha membantunya.
TEKNIK PLOT
1. Teknik pemerian
 (a) Pengarang memerihalkan keadaan Mir ketika dia teringat akan ayahnya. Contohnya:
 Mir menyeringai. Kemudian Mir memejamkan mata. Di dalamnya hanyut bayangan ayah.
Ayah menggawang-gawangkan pukatnya. Ayah mengacung-acungkan pendayungnya. (hal.
177)
 (b) Pengarang memerihalkan peristiwa ketika ibunya memberikan bungkusan yang
berbalut kain putih. Contohnya:
 Hakimah angguk. Tangannya menyentuh bungkusan itu. Digenggamnya kemas-kemas.
Terbayang wajah Mir yang suram, sendu dan mengharukan. Untuk sejenak, direnungnya
wajah ibu yang sentiasa prihatin, lembut dan mendinginkan. (hal. 180)
2. Teknik dialog
 Dialog antara Mir dengan Hakimah. Contohnya:
 "Mir, kita ke kota Sabtu ini ya?" Hakimah beria-ia tanpa menghiraukan Mir yang
berkelakuan aneh sejak akhir-akhir ini.
 "Aku mahu melihat laut. " Mir menahan nafas.
 "Melihat laut?" Mata Hakimah besar. Menatap Mir lama-lama.
 "Kau tidak mendengar suara ombak. Kau tidak mendengar jeritan hatinya. Dia menjerit-
jerit minta dikasihani. Kau tak dengan?"
 "Mir.
 "Kau tidak pernah merasai laut seperti ayahku yang saban hari bergelut dengannya. Kau
tidak pernah mendengar suara rintih ombak seperti ayahku yang saban waktu mendengar
raungannya.
 "Mir, sudahlah. Kau sakit, Mir. Kau harus mendapatkan rawatan. Aku bantu kau ya?" (hal.
176)
3. Teknik imbas kembali
 (a) Mir mengimbas kembali kata-kata yang diucapkan oleh ayahnya.
 Ketika itu, hujan turun rintik-rintik dan Mir berada di biliknya di kampus. Contohnya:
 "Rumah kita sudah tidak ada, Mir. Kau pulang nanti, kau hanya akan melihat tiang-tiangnya yang berceracak.
Menunggu masa dicabut dan dibuang. Tiang-tiang itu, tempat kau bermain sembunyi-sembunyi dengan Su, dengan Ti,
dengan Min suatu masa dahulu tidak akan ada lagi. " (hal. 175)
 Hakimah mengimbas kembali kata-kata yang diucapkan oleh ibunya sewaktu dia mengusap-usap bahu Mir kerana
simpati akan keadaan Mir. Contohnya:
 "Ya, nur. Kauajar dia sentiasa membaca al-Quran. Kauajar dia mengenal Tuhan yang satu. Di situ ada ketenangan. Di
situ ada kebahagiaan." (hal. 179)
4. Teknik monolog
 Mir mengucapkan semula kata-kata ini yang merupakan kata-­kata ayahnya apabila dia seolah-olah terdengar kata-kata
tersebut. Contohnya:
 "Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi
dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera."
Mulutnya terkumat-kamit. (hal. 173 – 174)
 Mir merintih sewaktu dia teringat akan ayahnya yang pilu ketika melihat rumah mereka dirobohkan. Contohnya:
 "Apa lagi yang harus aku lakukan?" rintihnya, kepiluan. (hal. 180)
5. Teknik saspens
 Pengarang menggunakan teknik saspens dengan membiarkan pembaca tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada
rumah Mir. Contohnya:
 Bagaimana dia mahu melupakan? Diri berasa terhimpit dan terdesak. Hati terasa pedih dan perih. Hujung semester
ini dia akan pulang. Di mana dia akan tinggal? Di samudera itu? Di samudera yang garang dan telah dicemari itu? Di
mana?
 "Rumah kita sudah tidak ada, Mir. Kau pulang nanti, kau hanya akan melihat tiang-tiangnya angnya yang berceracak.
Menunggu masa dicabut dan dibuang. Tiang-tiang itu, tempat kau bermain sembunyi-sembunyi dengan Su, dengan Ti,
dengan Min suatu masa dahulu tidak akan ada lagi. " (hal. 174 –175 )
 Pengarang menggunakan teknik saspens dengan membiarkan pembaca tertanya-tanya sebab Mir berkelakuan aneh
sejak akhir­akhir ini. Contohnya:
 Hakimah yang sedang membelek-belek majalah, memandang Mir di sisinya. Mir memang aneh sejak akhir-akhir ini.
Apa sudah jadi adi dengan gadis berjiwa kental ini? Hakimah terus sahaja diburu kehairanan. Apa sudah jadi dengan
Mir?
 Mir tidak memberi jawapan. Setelah puss merenung kipas yang sedang berputar ligat itu, dia bangun kembali. Dia
menguak daun jendela semula. Dia cuba melihat angin. Melihat angin? (hal. 176)
GAYA BAHASA
1. Simile.
Contohnya:
 "Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau, Mir."
(hal. 174)
 "... Kau tidak pernah mendengar suara rintih ombak seperti
ayahku yang saban waktu mendengar raungannya. " (hal.
176)
 "samudera itu terseksa seperti aku, Hakimah... " (hal. 177)
 Wajah itu umpama salju, merenjis hati yang walang. (hal. 180)

2. Penggunaan ayat tanya.


Contohnya:
 ... Di mana dia akan tinggal? Di samudera itu? Di samudera
yang garang dan telah dicemari itu? (hal. 174)
 "Mir... kau kenapa?" (hal. 176)
 "... Aku bantu kau ya?" (hal. 176)
 "Mir, cuti semester ini kau ikut aku pulang ya?" (hal. 177)
3. Personifikasi.
 Contohnya:
 Membiarkan cahaya matahari pagi terbias dan membiarkan juga bayu
dingin menjamah kulitnya. (hal. 175)
 Kau tidak mendengar suara ombak. (hal. 176)
 ... samudera yang sedang bergelora, menjerit dan meronta-ronta
meminta dikasihani? (hal. 176)
 Menepis ingatan yang mengusik kedamaiannya. (hal. 180)

4. Metafora.
Contohnya:
 Air tenang dan membuahkan ketenangan. (hal. 173)
 ...mengizinkan mata fikirnya menerawang jauh. (hal. 173)

5. Hiperbola.
 Contohnya:
 Sungguhlah, dia kesal dengan ombak dan gelora dalam diri'.
 (hal. 173)
 Sekarang pun, samudera itulah juga yang wujud dalam diri ayah. (hal. 177)
 "Aku bercakap dengan ombak, dengan samudera." (hal. 181)
 Pembangunan mewah itu telah mencipta pisau tajam yang membenam di
dalam dada ayah. Tajamnya melebihi dayung ayah yang saban waktu
membelah samudera. (hal. 177)
NILAI
 Nilai belas kasihan. Sifat belas kasihan sesama manusia penting
dalam mewujudkan keharmonian hidup. Misalnya, Hakimah
terlalu kasihan kepada sahabatnya, iaitu Mir yang menghadapi
konflik jiwa dan tidak pernah merasai kasih sayang ibu.
 Nilai taat pada agama. Ketaatan pada agama membantu
seseorang dalam menghadapi pelbagai konflik hidup. Misalnya,
Mir bersembahyang dan berasa jiwanya lebih tenang.
 Nilai kasih sayang. seseorang anak hendaklah menyayangi ayah
yang membesarkannya. Misalnya, Mir amat sayang akan ayahnya
dan sentiasa mengenangkan nasib ayahnya.
 Nilai sabar. Sikap sabar penting dalam menghadapi konflik dan
dugaan. Misalnya, Hakimah begitu sabar berdepan dengan
cabaran untuk memulihkan sahabatnya, Mir.
 Nilai berfikiran rasional. Setiap perkara yang menimpa diri kita
perlu kita hadapi dengan fikiran yang rasional. Misalnya, ayah
Mir berfikiran rasional dengan menerima hakikat bahawa
rumahnya dirobohkan kerana tanah tapak rumahnya itu bukan
hak dan miliknya.
PENGAJARAN
 1. Setiap orang hendaklah bersedia membantu sahabat yang menghadapi sebarang
kesusahan dengan ikhlas. Contohnya, Hakimah berusaha membantu sahabatnya,
Mir agar tidak terus hanyut dalam konflik jiwanya.
 Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan akan
menjadikan jiwa kita lebih tenang. Contohnya, Ibu Hakimah mencadangkan
Hakimah agar mengajar Mir membaca al-­Quran dan mengenal Tuhan yang satu.
 Pembangunan boleh dilaksanakan asalkan pembangunan itu tidak mendatangkan
kesan negatif terhadap alam sekitar dan kehidupan manusia. Contohnya, ayah
Mir tidak membantah rumahnya dirobohkan untuk didirikan kawasan peranginan di
tepi pantai, asalkan tidak mencemari laut dan pantai.
 Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam menghadapi sesuatu perkara supaya
kita tidak bertindak di luar batasan. Contohnya, Mir akhirnya dapat berfikir dengan
rasional dan tidak terus hanyut dalam tekanan perasaannya akibat daripada
kehilangan tempat tinggal dan kehausan kasih sayang seorang ibu.
 Hubungan antara anak dengan ibu dan bapa hendaklah sentiasa erat supaya
keutuhan institusi keluarga itu kukuh dan mewujudkan kebahagiaan. Contohnya,
hubungan Hakimah dengan ibunya amat rapat, begitu juga hubungan Mir dengan
ayahnya.
 Setiap masalah yang dihadapi mesti dibincangkan dengan pihak yang berwibawa
supaya masalah dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan. Contohnya,
Hakimah membincangkan masalah yang dihadapi oleh Mir dengan kaunselor di
tempatnya belajar.
  

Anda mungkin juga menyukai