Anda di halaman 1dari 16

Biarkan Samudera

Raihanah Salleh
Sinopsis
Kisah bermula dengan Mir teringat akan kehidupan dan ayahnya. Mir mengimbau
semula kawasan rumahnya yang akan dibangunkan dengan bangunan mewah atau
rumah peranginan. Ayahnya pula dipindahkan ke rumah panjang. Oleh itu, Mir tidak
tahu di mana dia akan tinggal nanti. Mir juga teringat akan kata‑kata ayahnya yang
mahu supaya dia membina mahligai yang menjadi haknya sendiri. Mir teringat akan
kata-kata ayahnya yang mahu supaya Mir menjaga laut daripada sebarang pencemaran.
Semua keadaan itu menyebabkan Mir mengalami konflik jiwa dan menjadi pendiam.
Sementara itu, Hakimah, iaitu sahabat Mir memahami keadaan Mir yang mengalami
konflik jiwa itu. Hakimah berusaha membantu Mir. Lantaran itu, Hakimah membawa
Mir pulang ke rumahnya. Ibu Hakimah juga tahu akan keadaan Mir. Ibu Hakimah
sendiri meminta Hakimah agar membawa Mir pulang ke rumah mereka. Ibu Hakimah
mahu Hakimah mengajar Mir mengenal Tuhan yang satu dan dia telah menghadiahi
Mir telekung berenda.
Akhirnya, Mir beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir telah
menggunakan telekung pemberian ibu Hakimah untuk bersolat. Keadaan ini
menggembirakan Hakimah kerana Mir atau Amirah semakin pulih dan kelihatan
tenang sewaktu duduk di atas sejadah.
Tema
Cerpen ini memaparkan tema penderitaan batin anak
nelayan sebagai akibat gangguan perasaan. Mir anak
nelayan yang mengalami konflik jiwa kerana
rumahnya yang terletak di tepi pantai akan
dirobohkan untuk didirikan kawasan peranginan. Mir
juga amat kasihan terhadap bapanya kerana bapanya
sudah hilang tempat tinggal dan hilang mata
pencarian sebagai nelayan. Mir juga amat haus akan
kasih sayang ibu lantaran ibunya telah meninggal
dunia ketika melahirkannya.
Persoalan
Keadaan hidup nelayan yang serba kekurangan.
 Pembangunan kawasan pantai akan menyebabkan
laut terdedah pada pencemaran.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa di sisi
sama ada dalam keadaan senang mahupun susah.
Usaha mendekatkan diri kepada Tuhan adalah jalan
yang terbaik untuk memperoleh ketenangan jiwa.
Pembangunan boleh dilaksanakan di tepi pantai,
asalkan tidak mencemari laut yang banyak
mempunyai kepentingan kepada kehidupan manusia.
Watak dan Perwatakan
Mir/Amirah
Mir gadis berjiwa kental pada asalnya tetapi telah bertukar menjadi gadis
yang berjiwa lemah. Sejak rumahnya yang terletak di tepi pantai
dirobohkan, Mir menjadi pemurung.
Mir penuntut di pusat pengajian tinggi. Di kampus, dia tinggal sebilik
dengan Hakimah.
Mir anak yang baik kerana sentiasa mengenangkan nasib dan kata ayahnya.
Mir mengalami konflik jiwa atau skizofrenia. Konflik itu dialaminya
setelah rumahnya dirobohkan. Kawasan tapak rumahnya yang terletak di
tepi pantai itu akan dibangunkan sebagai kawasan peranginan. Tambahan
pula, dia tidak mendapat kasih sayang ibu kerana ibunya meninggal dunia
ketika dia dilahirkan.
Mir tidak pernah merasai kasih sayang ibu kerana ibunya meninggal
dunia sebaik sahaja dia dilahirkan.
Hakimah
Hakimah gadis terpelajar. Dia belajar di pusat pengajian
tinggi dengan Mir.
Hakimah sahabat baik Mir.
Hakimah baik hati kerana sentiasa membantu Mir. Dia
membawa Hakimah ke rumahnya untuk bertemu
dengan ibunya yang mahu membantu memulihkan
semangat Mir.
Hakimah sangat sayang akan ibunya. Dia beruntung
kerana mempunyai ibu yang sentiasa prihatin, lemah
lembut, dan berhati mulia.
Ayah
Ayah merupakan bapa Mir.
Ayah sudah tua. Badan ayah kurus.
Ayah nelayan. Sudah bertahun-tahun lamanya, ayah sentiasa
bergelumang dengan laut dan ombak.
Ayah miskin, mencari rezeki di laut. Setelah rumahnya dirobohkan,
ayah terpaksa tinggal di rumah papan panjang berderet yang dikongsi
dengan jiran-jiran yang juga nelayan.
Ayah sangat sayang akan laut. Ayah mengumpamakan laut sebagai
dirinya dan dirinya adalah laut.
Ayah reda dengan nasib dirinya. Ayah menerima suratan takdir
bahawa dia akhirnya akan menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah
gantian itu.
Ibu
Ibu ialah emak kepada Hakimah.
Beliau baik hati. Beliau menasihati Hakimah agar membantu
Mir supaya tidak terus hanyut dalam konflik jiwanya itu.
Beliau turut menghadiahi Mir telekung putih berenda yang
cantik.
Ibu taat pada agama. Beliau meminta supaya Hakimah
mengajar Mir membaca al-Quran dan mengenal Tuhan yang
satu.
Ibu lemah lembut dan prihatin. Melalui anaknya Hakimah,
beliau berusaha membantu Mir agar tidak terus murung dan
mengalami konflik jiwa.
Latar
Latar Tempat
Latar tempat dalam cerpen ini ialah laut yang
merupakan tempat ayah Mir mencari rezeki, di
rumah panjang, di rumah Hakimah, di tepi pantai,
dan di kampus tempat Mir dan Hakimah belajar.

Latar Masa
Latar masa dalam cerpen ini adalah pada masa hujan
rintik-rintik, pada hari Sabtu, pada waktu pagi, dan
semasa sesi bimbingan kaunseling.
Latar Masyarakat
Masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat
penyayang, yang diwakili oleh Hakimah dan ibunya yang
mempunyai sifat kasih sayang sesama manusia. Mereka telah
membantu Mir atau Amirah yang mengalami konflik jiwa dengan
ikhlas.
Masyarakat nelayan. Contohnya, ayah Mir nelayan. Rumah ayah Mir
dan rumah-rumah jirannya yang juga merupakan nelayan terletak di
tepi pantai. Rumah-rumah mereka ini akan dirobohkan untuk
didirikan rumah peranginan.
Masyarakat yang teguh pada ajaran agama. Ibu Hakimah menasihati
Hakimah agar mengajar Mir membaca al-Quran. Ibu Hakimah
juga telah memberi Mir atau Amirah telekung berenda yang cantik.
Gaya Bahasa
1. Simile. Contohnya:
a) "Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau, Mir." (hal. 174)
b) "... Kau tidak pernah mendengar suara rintih ombak seperti ayahku
yang saban waktu mendengar raungannya. " (hal. 176)
c) "samudera itu terseksa seperti aku, Hakimah... " (hal. 177)
d) Wajah itu umpama salju, merenjis hati yang walang. (hal. 180)

2. Penggunaan ayat tanya. Contohnya:


a) ... Di mana dia akan tinggal? Di samudera itu? Di samudera yang garang
dan telah dicemari itu? (hal. 174)
b) "Mir... kau kenapa?" (hal. 176)
c) "... Aku bantu kau ya?" (hal. 176)
d) "Mir, cuti semester ini kau ikut aku pulang ya?" (hal. 177)
3. Personifikasi. Contohnya:
a) Membiarkan cahaya matahari pagi terbias dan membiarkan juga bayu dingin
menjamah kulitnya. (hal. 175)
b) Kau tidak mendengar suara ombak. (hal. 176)
c) ... samudera yang sedang bergelora, menjerit dan meronta-ronta meminta
dikasihani? (hal. 176)
d) Menepis ingatan yang mengusik kedamaiannya. (hal. 180)

4. Metafora. Contohnya:
a) Air tenang dan membuahkan ketenangan. (hal. 173)
b) ...mengizinkan mata fikirnya menerawang jauh. (hal. 173)

5. Hiperbola. Contohnya:
a) Sungguhlah, dia kesal dengan ombak dan gelora dalam diri'.
b) (hal. 173)
c) Sekarang pun, samudera itulah juga yang wujud dalam diri ayah. (hal. 177)
d) "Aku bercakap dengan ombak, dengan samudera." (hal. 181)
e) Pembangunan mewah itu telah mencipta pisau tajam yang membenam di dalam
dada ayah. Tajamnya melebihi dayung ayah yang saban waktu membelah samudera.
(hal. 177)
Nilai
1. Nilai belas kasihan. Sifat belas kasihan sesama manusia penting dalam mewujudkan
keharmonian hidup. Misalnya, Hakimah terlalu kasihan kepada sahabatnya, iaitu Mir
yang menghadapi konflik jiwa dan tidak pernah merasai kasih sayang ibu.
2. Nilai taat pada agama. Ketaatan pada agama membantu seseorang dalam
menghadapi pelbagai konflik hidup. Misalnya, Mir bersembahyang dan berasa
jiwanya lebih tenang.
3. Nilai kasih sayang. seseorang anak hendaklah menyayangi ayah yang
membesarkannya. Misalnya, Mir amat sayang akan ayahnya dan sentiasa
mengenangkan nasib ayahnya.
4. Nilai sabar. Sikap sabar penting dalam menghadapi konflik dan dugaan. Misalnya,
Hakimah begitu sabar berdepan dengan cabaran untuk memulihkan sahabatnya, Mir.
5. Nilai berfikiran rasional. Setiap perkara yang menimpa diri kita perlu kita hadapi
dengan fikiran yang rasional. Misalnya, ayah Mir berfikiran rasional dengan
menerima hakikat bahawa rumahnya dirobohkan kerana tanah tapak rumahnya itu
bukan hak dan miliknya.
Pengajaran
1. Setiap orang hendaklah bersedia membantu sahabat yang
menghadapi sebarang kesusahan dengan ikhlas. Contohnya,
Hakimah berusaha membantu sahabatnya, Mir agar tidak terus
hanyut dalam konflik jiwanya.
2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan
mengingati Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang.
Contohnya, Ibu Hakimah mencadangkan Hakimah agar mengajar
Mir membaca al-­Quran dan mengenal Tuhan yang satu.
3. Pembangunan boleh dilaksanakan asalkan pembangunan itu tidak
mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan
kehidupan manusia. Contohnya, ayah Mir tidak membantah
rumahnya dirobohkan untuk didirikan kawasan peranginan di tepi
pantai, asalkan tidak mencemari laut dan pantai.
4. Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam menghadapi sesuatu
perkara supaya kita tidak bertindak di luar batasan. Contohnya, Mir
akhirnya dapat berfikir dengan rasional dan tidak terus hanyut dalam
tekanan perasaannya akibat daripada kehilangan tempat tinggal dan
kehausan kasih sayang seorang ibu.
5. Hubungan antara anak dengan ibu dan bapa hendaklah sentiasa
erat supaya keutuhan institusi keluarga itu kukuh dan mewujudkan
kebahagiaan. Contohnya, hubungan Hakimah dengan ibunya amat
rapat, begitu juga hubungan Mir dengan ayahnya.
6. Setiap masalah yang dihadapi mesti dibincangkan dengan pihak
yang berwibawa supaya masalah dapat diselesaikan dengan baik dan
berkesan. Contohnya, Hakimah membincangkan masalah yang
dihadapi oleh Mir dengan kaunselor di tempatnya belajar.
Terima Kasih (^__^)
Daripada:
Anis
Hazmi
Ezzatu
Mirza
Syahira

Anda mungkin juga menyukai