Anda di halaman 1dari 15

TUKANG GUNTING

DISEDIAKAN OLEH:
Afiq Amin Anwar
Amir Hamzah Hasan
MAKSUD
• Seorang lelaki mencari rezeki sebagai tukang
gunting di bawah sebatang pokok semarak api
• Peralatan kerjanya hanyalah sebilah gunting ,
sikat rongak ,cermin sompek dan sebuah
bangku berkaki tiga .
• Tukang gunting itu sentiasa bekerja dengan
bersemangat.Semasa menunggu kedatangan
pelanggan ,dia kerap terkenang akan zaman
remajanya yang telah berlalu di samping
memikirkan rancangan masa depannya .
• Dia akan terus mencari rezeki di situ untuk
menanggung seorang isteri dan empat orang
anaknya .
TEMA
Kegigihan golongan
bawahan mencari
rezeki yang halal
demi kelangsungan
hidup.
PERSOALAN
1. Suami dan ayah yang
bertanggungjawab terhadap
keluarganya.
2. Kesabaran dalam menjalani
kehidupan yang penuh pancaroba .
3. Keyakinan untuk menghadapi
masa hadapan dengan pekerjaan
sebagai tukang gunting .
BENTUK
1. Lima rangkap.

2. Lima dan enam baris serangkap .

3. Tiga hingga lima patah kata sebaris.

4. Tiga hingga sepuluh suku kata


sebaris
GAYA BAHASA
1. Asonansi. Contohnya: di lumpur sungai manusia
( pengulangan vokal ?u?)

2. Aliterasi. Contohnya: ia ukir nafkah keluarganya


( pengulangan konsonan ?k?)
3. Anafora (pergulangan di awal baris ) Contohnya
:di tebing lalu lalang ; di lumpur sungai manusia
4. Metafora. Contohnya : sungai manusia , perahu
hidup .
5. Simile. Contohnya : seperti semarak api, begitulah
semarak hatinya .
6. Personifikasi. Contohnya : menyikat remajanya ,
merapikan tuanya.
NILAI
1. Kasih sayang .
Contohnya, tukang gunting sangat sayang
akan keluarganya hingga sanggup dia
berusaha gigih mencari rezeki untuk
menanggung kehidupan mereka.
2. Kerajinan .
Contohnya ,tukang gunting bekerja setiap
hari walupun pendapatan tidak lumayan
3. Ketabahan .
Contohnya , tukang gunting tabah
menhadapi pelbagai kesusahan hidup
kerana pendapatan tidak tetap
4. Berdikari.
Contohnya , berusaha sendiri mencari
nafkah dengan menjadi tukang gunting
PENGAJARAN
1. Kita mestilah berusaha mencari rezeki
dengan melakukan apa - apa sahaja
pekerjaan yang halal walaupun pekerjaan
itu mungkin di pandang rendah oleh orang
lain.
2. Kita mestilah melakukan pekerjaan dengan
ikhlas dan rajin kerana rezeki daripada
kerja yang ikhlas akan diberkati oleh
Allah .s.w.t.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab sebagai
ketua keluarga dengan berusaha untuk
mencari rezeki bagi menampung
perbelanjaan isteri dan anak -anak.

Anda mungkin juga menyukai