Anda di halaman 1dari 14

SYAIR KELEBIHAN ILMU

DISEDIAKAN OLEH:
Dinar
Aisyah Nurul Hamizah
MAKSUD
1. Rangkap 1 - Ilmu sangat bermanfaat kerana dapat menjadi panduan
hidup memperoleh ilmu ,sepanjang hayat ilmu itu dapat dimanfaat.
2. Rangkap2 - Ketinggian nilai ilmu tidak dapat ditukarkan walaupun
dengan sebuah dunia, faedah ilmu tidak terhad dan boleh
dimanfaatkan di mana-mana saja.
3. Rangkap 3 - llmu menjadi penghias dari bagi seseorang ,menjadi
sahabat ,dan menjadi teman yang memberikan panduan semasa
mengembara. Dalam masyarakat,ilmulah yang membezakan
seseorang daripada yang lain .
4. Rangkap 4 - Ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih, membantu
seseorang memahami sesuatu perkara dengan jelas,dan digunakan
selepas seseorang itu mati atau menjadi bekalan di alam kubur.
Hidup menjadi lebih bahagia dengan adanya ilmu.
5. Rangkap 5 - Orang yang berilmu akan mendapat ganjaran
pahala.Ilmu yang merangkumi seluruh kehidupan dapat membantu
seseorang mencapai cita-citanya.
6. Rangkap 6 - Ilmu ialah alat yang amat besar faedahnya. Orang yang
bijaksana amat ingin memiliki ilmu. Sesungguhnya bidang ilmu
sangat luas dan tiada batasnya
PERSOALAN
1. Pentingnya ilmu dalam kehidupan .
2. Besarnya manfaat ilmu kepada
seseorang .
3. Luasnya bidang ilmu tiada batasnya .
4. Pentingnya ilmu demi kesejahteraan
hidup di dunia dan di akhirat
BENTUK
1. Enam rangkap.
2. Empat baris serangkap
3. Semua rangkap adalah maksud
4. Empat hingga enam patah kata sebaris
5. Sembilan hingga dua belas suku kata
sebaris
GAYA BAHASA
• 1. Pemilihan kata (diksi)yang indah .Contohnya,
cerah cahaya ,beramal subur.
2. Repitasi . Contohnya, hias senjata si polan si
polan.
3. Perlambagan. Contohnya , kandil (bekalan)
4. Pengulangan kata sendi. Contohnya, di laut,
di darat, di rimba, di pekan
5. Anafora . Contohnya , Ia penerang jalan ke
syurga ;Ia pemuas tekak yang dahaga
6. Bahasa kiasan. Contohnya , Ialah sungai
ialah telaga, laut yang luas ialah juga.
7. Asonansi. Contohnya , Ia pemuas tekak yang
dahaga (pengulangan vokal ?a?)
8. Aliterasi. Contohnya , sebuah dunia belinya
bukan (pengulangan konsonan vokal ?b?)
NILAI
1. Kerajinan. Contohnya, rajin menuntut
ilmu supaya dapat menjadi panduan
dalam kehidupan
2. Kegigihan. Contohnya berusaha dan
gigih menuntut ilmu.
PERSOALAN
• 1. Kita hendaklah menuntut ilmu kerana
ilmu amat berguna sama ada semasa kita
hidup atau pun selepas kita mati
2. Kita hendaklah menghargai ilmu kerana
ilmu amat tinggi martabatnya
3. Kita hendaklah menggunakan ilmu
untuk mencapai cita-cita.
SEKIAN….

Anda mungkin juga menyukai