Anda di halaman 1dari 5

PUISI MODEN (SAJAK) Gaya Bahasa

1. Inversi – dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu?


2. Simile – bagai kehijauan daun.
HARGA REMAJA – Rahman Shaari 3. Sinkope - ....kaupenuhi, dan....remajamu.
4. Metafora – harga remaja, piala remaja.
Maksud 5. Anafora – bagai kehijauan daun, bagai kesegaran pohon.
Dalam rangkap pertama sajak ini, penyajak menilai harga seseorang remaja yang bebas daripada 6. Asonansi – berapakah sebenarnya harga remaja (perulangan vokal ‘a’)
perasaan kecewa dan kukuh serta teguh peribadinya dalam menempuh kehidupan. 7. Aliterasi – adakah cuka kesangsian (perulangan konsonan ‘k’)

Dalam rangkap kedua pula, penyajak bertanya tentang cara remaja mengisi usia remaja, iaitu adakah Nilai
mereka akan hidup dalam keadaan ragu-ragu akibat cinta yang rendah nilainya dan adakah remaja 1. Berhati-hati – remaja wajar berhati-hati ketika menikmati usia remaja.
mengamalkan ajaran daripada ilmu yang sukar untuk diperoleh. 2. Keberanian – nilai seorang remaja dipengaruhi oleh keberaniannya.
3. Berilmu – remaja yang berilmu akan dihargai.
Seterusnya, dalam rangkap ketiga penyajak menjelaskan bahawa remaja amat bernilai dan tiada taranya.
4. Berpendirian teguh – remaja dituntut mempunyai pendirian yang teguh dalam menjalani
Nilai seorang remaja terletak pada pendirian, keberanian, dan ilmu yang ada pada diri mereka.
kehidupan.
5. Rasional – remaja yang rasional dapat menentukan hala tuju kehidupannya.
Dalam rangkap terakhir, penyajak menasihati remaja supaya mengisi usia remaja mereka dengan
menentukan hala tuju dan matlamat hidup.
Pengajaran
Tema 1. Remaja perlulah menempuh alam remaja dengan berhati-hati.
Mengisi kehidupan zaman remaja dengan amalan yang positif. Harga atau nilai seorang remaja terletak 2. Remaja mestilah berani menjalani kehidupan bermasyarakat.
pada pengisian hidupnya. Untuk menjadikan dirinya seorang yang bernilai, seseorang remaja itu perlulah 3. Remaja hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang berilmu.
berusaha untuk mengisi kehidupannya dengan perkara yang positif. 4. Remaja mestilah mempunyai matlamat dan hala tuju dalam kehidupan.
5. Remaja perlulah menggunakan ilmu untuk mengelakkan diri daripada kesesatan.
Persoalan
1. Dugaan hidup seorang remaja – remaja perlu melalui kesukaran dan cabaran yang pelbagai dalam DI PERPUSTAKAAN – Shafie Abu Bakar
meneruskan kehidupan.
2. Remaja amat tinggi nilainya – remaja yang mempunyai ciri positif seperti mempunyai pendirian, Maksud
berani, dan berilmu amat tinggi nilainya. Dalam rangkap yang pertama penyajak menjelaskan bahawa tatkala memasuki perpustakaan dia terasa
3. Kepentingan mempunyai hala tuju – remaja yang menetapkan hala tujunya akan berjaya dalam akan sesuatu yang bertentangan, iaitu daripada keadaan yang panas kepada keadaan yang sejuk.
menempuh alam remaja. Keadaan di perpustakaan sangat senyap dan menjadi tempat orang yang berilmu terus mencari ilmu di
4. Pengisian alam remaja – remaja menentukan sendiri pengisian alam remajanya. situ. Di mana-mana sahaja kelihatan pengguna perpustakaan tunduk meneliti sumber ilmu.
Dalam rangkap yang kedua pula, penyajak membawa pembaca mengamati ruang koleksi buku. Dia
Nada berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil di situ kerana terlalu banyak buku di situ yang sesetengahnya
Sajak ini bernada sinis. telah begitu lama disimpan dan dirujuk. Sesungguhnya terdapat terlalu banyak sumber ilmu di situ dan
tidak mungkin penyajak mampu membaca kesemuanya. Menurut penyajak lagi, segala yang dicatatnya
Bentuk terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang ada di situ. Perpustakaan merupakan pusaka
1. Terdiri daripada 4 rangkap dan bilangan baris dalam rangkap 1 hingga rangkap 3 adalah sama, iaitu 6 tinggalan generasi terdahulu yang tersimpan khazanah peradaban manusia sejak sekian lama.
baris, manakala rangkap 4 ialah 2 baris. Dalam rangkap terakhir, penyajak berasakan bahawa berada di perpustakaan menjadikan dirinya
2. Jumlah perkataan dalam setiap baris juga adalah tidak sama, iaitu antara 1 hingga 4 patah kata. seorang yang dahaga akan ilmu yang berada di gedung ilmu yang begitu luas. Menurut penyajak,
3. Rima akhirnya adalah bebas. walaupun banyak ilmu telah diperolehnya di perpustakaan, tetapi keinginannya untuk terus meneroka
ilmu di situ tidak akan berkesudahan.

6
Tema Pengajaran
Perpustakaan sebagai gedung ilmu – perpustakaan menjadi tempat penyajak dan manusia yang lain 1. Kita mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan apabila mengunjungi perpustakaan.
meneroka dan memperoleh pelbagai ilmu. 2. Kita mestilah tekun dalam usaha mencari ilmu.
3. Kita perlulah sedar bahawa ilmu tiada ada hadnya.
Persoalan 4. Kita mestilah memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di perpustakaan.
1. Keperluan ilmu dalam kehidupan – untuk menempuh kehidupan, memiliki ilmu menjadi suatu 5. Kita seharusnya menghargai warisan generasi lama yang diturunkan dalam bentuk penulisan.
kewajiban. Atas kesedaran ini, ramai yang berkunjung ke perpustakaan.
2. Ilmu tiada sempadannya – ilmu tidak pernah ada garis penamatnya. Semakin banyak kita mengkaji
sesuatu semakin banyak perkara yang sebenarnya kita belum tahu.
3. Perpustakaan sebagai sumber rujukan peradaban manusia – perpustakaan menyimpan pelbagai
buku yang merakamkan perkembangan peradaban manusia tanpa batas waktunya. MENGINTAI RUANG INSAF – Shukri Abdullah
4. Keadaan di perpustakaan yang kondusif untuk mencari ilmu – perpustakaan merupakan tempat yang Maksud
sunyi dan penuh dengan ilmu. Ramai orang mencari ilmu di sini. Dalam rangkap pertama, penyajak menjelaskan apabila manusia hidup bertunjangkan kejahilan, maka
semakin sukar baginya untuk memperoleh cahaya Ilahi.
Nada Rangkap kedua pula menjelaskan bahawa dalam menjalani kehidupan, manusia sering terperangkap dan
Sajak ini bernada nostalgik. terjebak melakukan kejahatan kerana dirinya jauh daripada Tuhan. Sifat mulia semakin dijauhi dan terus
menghilang.
Bentuk
1. Terdiri daripada 3 rangkap dan bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap 1 ialah 10 Dalam rangkap ketiga penyajak menyatakan bahawa manusia hanya memperkatakan sesuatu, tetapi
baris, rangkap 2 ialah 15 baris, dan rangkap 3 ialah 6 baris. tidak kembali kepada hakikat yang sepatutnya menjadi pegangan. Ditimbulkan persoalan tentang
2. Jumlah perkataan dalam setiap baris juga adalah tidak sama, iaitu antara 2 hingga 5 patah kata. kemungkinan ruang keinsafan dianugerahkan kepada manusia yang kerap melakukan kejahatan.
3. Rima akhirnya adalah bebas.
Dalam rangkap yang terakhir, penyajak merayu kepada Ilahi agar pintu taubat sentiasa terbuka kepada
Gaya Bahasa manusia sebelum mereka menerima balasan di neraka.
1. Inversi – Terlalu kerdil aku di sini.
2. Sinkope – Melangkah ke ruangmu, dan Tak berpantai. Tema
3. Personifikasi – Di dada samudera. Kesedaran/keinsafan manusia untuk kembali ke jalan kebenaran. Semakin kita mengabaikan hukum
4. Perlambangan – Bahtera ilmu di sini. Tuhan semakin jauh kita daripada-Nya. Jadi manusia perlu kembali kepada-Nya sebelum terlambat.
5. Hiperbola – Dahaga tak pernah langsai.
6. Anafora – Di puncak sepi, Di sana sini. Persoalan
7. Asonansi – Dahaga tak pernah langsai (pengulangan vokal ‘a’) 1. Kejahilan akan menjauhkan manusia daripada Tuhan – semakin kita mengabaikan perintah Tuhan,
8. Aliterasi – Di dada samudera (pengulangan konsonan ‘d’) semakin jauhlah Tuhan daripada kita.
2. Kehidupan yang dipengaruhi oleh unsur kejahatan – dalam kehidupan ini manusia terdedah kepada
Nilai pelbagai unsur yang mendorong kita untuk melakukan kejahatan dan manusia sering tewas.
1. Mematuhi peraturan – di perpustakaan situasinya sepi kerana masing-masing mematuhi peraturan 3. Mengharapkan ruang keinsafan – di sebalik segala kesalahan yanh dilakukan, penyajak berharap
supaya tidak bising. agar ruang keinsafan tetap terbuka.
2. Ketekunan – pengguna perpustakaan tekun mendapatkan maklumat daripada sumber yang dibaca.
3. Keinsafan – penyajak insaf bahawa masih banyak ilmu yang belum diteroka. Nada
4. Kerajinan – orang yang rajin, komited mencari ilmu dan maklumat di perpustakaan. Sajak ini bernada melankolik.
5. Menghargai warisan ilmu – perpustakaan menyimpan pelbagai maklumat yang diturunkan daripada
satu generasi ke generasi yang lain dan warisan ini perlu dihargai.

Bentuk

7
1. Terdiri daripada 4 rangkap dan bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap 1 ialah 4 Maksud
baris, rangkap kedua ialah 6 baris, rangkap ketiga ialah 5 baris, dan rangkap keempat ialah 3 baris. Dalam perenggan pertama penyajak membicarakan nama Mahsuri amat sinonim dengan Pulau Langkawi
2. Jumlah perkataan dalam setiap baris juga adalah tidak sama, iaitu antara 1 hingga 6 patah kata. yang sentiasa menerima tetamu. Sejarah hidupnya sentiasa diperkatakan. Penderitaan yang dialaminya
3. Rima akhirnya adalah bebas. terakam pada kesan tinggalan (telaga tujuh). Selama tujuh keturunan Langkawi menerima padah akibat
sumpahan Mahsuri. Tiada pembangunan di situ akibat bumi Langkawi disimbah darah orang yang tidak
Gaya Bahasa bersalah. Sumpahan Mahsuri sebenarnya telah menjadikan Langkawi begitu terkenal seperti sekarang.
1. Inversi – Kerap kakiku tersadung...
2. Sinkope – Tubuhku tercalar duri pidana. Dalam rangkap yang kedua, penyajak beranggapan ada orang yang mengatakan bahawa Mahsuri
3. Perlambangan – sebelum api dari bara itu menyala. (api dari bara itu melambangkan neraka) sebenarnya tidak pernah hidup. Kewujudan Mahsuri hanyalah berdasarkan khayalan seorang penulis.
4. Metafora – padang hidup. Ada orang yang mengatakan bahawa Mahsuri sememangnya wujud. Walau bagaimanapun, bahasa yang
5. Anafora – Semakin berat kejahilan, semakin jauh perjalanan. digunakan oleh seorang penulis menjadikan kisah Mahsuri lebih hebat daripada kehidupannya yang
6. Asonansi – “Apakah dalam saraf khilaf...” (pengulangan vokal ‘a’) sebenar. Sastera mempunyai peranan penting di negara kita. Tanpa kisah Mahsuri, Langkawi tidak akan
7. Aliterasi – Sekadar songsong aksara kata. (pengulangan konsonan ‘s’) membangun seperti hari ini. Mahsuri menjadikan Langkawi begitu terkemuka dan sastera pula telah
menjadikan negara kita dikenali.
Nilai
1. Bertanggungjawab – manusia bertanggungjawab untuk kembali semula kepada Tuhan setelah Tema
melakukan pelbagai kesalahan atau dosa. Kehebatan pembangunan Langkawi kerana kemasyhuran Mahsuri. Kisah hidup Mahsuri menjadikan
2. Keikhlasan – keikhlasan seorang hamba untuk kembali ke pangkal jalan. Langkawi begitu terkenal kerana pelbagai peristiwa menarik yang berlaku terhadapnya ingin diketahui
3. Keinsafan – insaf bahawa dirinya semakin jauh daripada Tuhan. umum.
4. Kebebasan – manusia bebas untuk membuat keputusan sendiri untuk menentukan hala tuju
hidupnya. Persoalan
5. Kebersihan fizikal dan mental – dalam kehidupan kita kebersihan mental amat perlu supaya kita 1. Perubahan yang berlaku di Langkawi – keadaan Langkawi amat berbeza selepas tamatnya sumpahan
terhindar daripada melakukan kejahatan. Mahsuri.
2. Kemasyhuran kisah Mahsuri – kisah Mahsuri diketahui umum menyebabkan ramai yang tertarik
Pengajaran untuk ke Langkawi untuk melihat tinggalan Mahsuri.
1. Kita mestilah mematuhi hukum Tuhan. 3. Peranan sastera dalam memasyhurkan Mahsuri dan Langkawi – penulis bertanggungjawab
2. Kita mestilah berusaha untuk kembali ke pangkal jalan setelah melakukan pelbagai kesalahan/dosa. menjadikan kisah Mahsuri begitu hebat daripada kehidupan Mahsuri yang sebenarnya.
3. Manusia seharusnya memanfaatkan kebebasan yang diberikan kepadanya dengan melakukan 4. Pandangan tentang kewujudan Mahsuri – kewujudan Mahsuri menimbulkan polemik, iaitu sama ada
perkara yang baik. dia wujud atau sebaliknya.
4. Kita perlulah berhati-hati semasa melakukan sesuatu supaya kita tidak akan menyesal kemudian
hari. Nada
Sajak ini bernada nostalgik.

Bentuk
1. Terdiri daripada 2 rangkap dan bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap 1 ialah 16
baris, manakala rangkap 2 ialah 11 baris.
2. Jumlah perkataan dalam setiap baris juga adalah tidak sama, iaitu antara 1 hingga 6 patah kata.
3. Rima akhirnya adalah bebas.

Gaya Bahasa
MAHSURI – Zurinah Hassan 1. Inversi – Melengkung tujuh tanjung.

8
2. Sinkope – Selendangmu mengibar di pantai. Perubahan budaya akibat peredaran zaman. Muda-mudi berubah sikap terhadap adat dan norma
3. Personifikasi – Nyanyian ombak pagi. masyarakat. Muda-mudi dahulu berpegang teguh pada adat dan tatasusila. Ciri positif ini tidak lagi
4. Perlambangan – Air matamu dingin embun. dimiliki oleh muda-mudi zaman ini yang semakin tersasar daripada nilai yang sepatutnya diamalkan oleh
5. Hiperbola – dendam tujuh keturunan, melengkung tujuh tanjung. mereka. Pegangan agama juga semakin longgar.
6. Metafora – Air matamu dingin embun.
7. Asonansi – sastera yang mewarnai tanah air (pengulangan vokal ‘a’) Persoalan
8. Aliterasi – rambutmu menjadi jalur hitam (pengulangan konsonan ‘m’) 1. Peradaban manusia yang semakin terhakis – cara hidup manusia semakin berubah seiring dengan
perubahan masa.
Nilai 2. Perbezaan tingkah laku antara muda-mudi dahulu dan sekarang – muda-mudi dahulu menjaga
1. Kreatif – kekreatifan penulis menjadikan perjalanan kehidupan Mahsuri kelihatan begitu hebat. adab dan tingkah laku berbanding dengan muda-mudi sekarang yang tersasar daripada warisan
2. Menghargai sastera – sastera dihargai kerana mampu menjadikan negara kita dikenali dan hebat. silam.
3. Kesyukuran – nilai ini timbul kerana Langkawi telah bebas daripada sumpahan Mahsuri dan kini 3. Kekecewaan generasi tua – generasi tua kecewa dengan perlakuan generasi sekarang yang kian
berkembang maju. hilang nilai hormat-menghormati dan tidak menjaga batas-batas pergaulan.
4. Rasional – berfikiran rasional akan menjauhkan kita daripada memiliki sifat dendam dan hasad 4. Generasi muda yang kian hanyut – muda-mudi kini semakin mengabaikan agama, adat dan mereka
dengki. kerap kali mengagung-agungkan budaya Barat.

Pengajaran Nada
1. Kita mestilah menggunakan kekreatifan yang kita miliki untuk memartabatkan negara yang tercinta. Sajak ini bernada melankolik.
2. Kita tidak seharusnya memiliki sifat dendam.
3. Kita mestilah mengingati tokoh yang menjadikan negara kita terkenal. Bentuk
4. Kita mestilah bersyukur atas kemajuan yang kita kecapi hari ini. 1. Terdiri daripada 1 rangkap dan jumlah baris ialah 23.
2. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah perkataan.
3. Rima akhirnya bebas.

Gaya Bahasa
ADAT SEZAMAN – Wan Nazihah Wan Abdullah 1. Inversi – terlalu indah apabila dipandang.
2. Peribahasa – sama cantik sama padan.
Maksud
3. Repetasi – sama cantik sama padan.
Penyajak mengutarakan pandangan bahawa tamadun sesuatu zaman kian berlalu dan amat
4. Perlambangan – Adat kuning jadi ikutan (adat kuning bermaksud budaya Barat)
mempengaruhi kehidupan semasa. Warisan lama ini begitu elok jika diperhatikan dan amat bermakna
5. Anafora – terlalu indah apabila dipandang, terlalu mulia apabila diselidik.
jika dikaji.
6. Asonansi – memandang teruna dara (pengulangan vokal a)
Budi luhur seorang gadis akan menyebabkan dirinya menjadi idaman teruna, manakala sifat alim
7. Aliterasi – si tua tersenyum mesra (pengulangan konsonan s)
pemuda menjadikan dirinya mempunyai tarikan yang tersendiri. Orang tua berasa gembira apabila
menyaksikan teruna dan dara yang begitu sepadan bersanding di pelamin.
Nilai
Bagi penyajak, era itu telah semakin ditinggalkan. Kesantunan si gadis dan sifat warak seorang teruna
1. Hormat-menghormati – apabila kita melakukan sesuatu, kita seharusnya menghormati orang lain di
telah tiada lagi.
sekeliling kita.
Orang tua berasa kecewa apabila menyaksikan pemuda dan pemudi berdua-duaan tanpa ada rasa malu,
2. Semangat bermasyarakat – oleh sebab kita hidup bermasyarakat, semangat bermasyarakat harus
tanpa rasa hormat, dan melampaui had yang sepatutnya.
diamalkan.
Norma masyarakat yang diamalkan selama ini semakin tidak dipedulikan. Hukum agama dipandang
3. Berhemah tinggi – generasi dahulu lebih berhemah tinggi berbanding generasi hari ini.
mudah oleh muda-mudi. Mereka lebih terpengaruh oleh budaya Barat.
4. Rasional – orang yang rasional tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh orang lain.
5. Bekerjasama – setiap anggota masyarakat mestilah bekerjasama untuk mempertahankan norma-
Tema
norma masyarakat.
Pengajaran

9
1. Kita mestilah menghormati orang lain apabila melakukan sesuatu. 3. Kelebihan yang dimiliki wanita – wanita mempunyai kehebatan masing-masing. Idea dan tenaga
2. Masyarakat mestilah mempertahankan adat yang diamalkan selama ini. wanita penting untuk merencanakan masa depan.
3. Muda-mudi mestilah menjadikan agama sebagai pegangan hidup. 4. Ciri-ciri wanita unggul – wanita unggul mesti berilmu, berani menempuh hidup, mempunyai
4. Kita mestilah berusaha untuk menjadi seorang yang baik. keyakinan diri, dan sedia diuji, dan menjaga perlakuan.
5. Kita mestilah menjauhi budaya Barat yang bertentangan dengan budaya kita. 5. Seruan kepada wanita – wanita diminta bersama-sama mengerah kekuatan dan kelebihan yang ada
untuk mencapai hasrat dan cita-cita wanita.
Nada
Tiba Waktunya - Ghazali Lateh Sajak ini bernada protes.

Maksud Bentuk
Dalam rangkap yang pertama, penyajak membicarakan soal perubahan masa yang kian pantas dan 1. Terdiri daripada 6 rangkap dan jumlah baris dalam setiap rangkap tidak sama.
mengubah peradaban manusia dengan begitu cepat. Penyajak meminta kita mengenal pasti mereka 2. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 6 patah perkataan.
yang pantas mengambil kesempatan daripada pelbagai peluang yang ada. 3. Rima akhirnya adalah bebas.
Gaya Bahasa
Dalam rangkap yang kedua, penyajak bertanyakan sama ada kita perlu mengalah atau turut 1. Inversi – Usah kautanya persoalan dilema.
memanfaatkan peluang yang ada untuk memperolehi keuntungan. Kita tidak perlu membangkitkan soal 2. Sinkope – Usah kautanya persoalan dilema.
ketidaktentuan kerana persoalan tersebut tidak sesuai untuk diperkatakan. 3. Personifikasi – Angin musim semakin deras dan ganas.
4. Perlambangan – Angin musim semakin deras dan ganas (angin musim melambangkan perubahan
Dalam rangkap yang ketiga, dijelaskan bahawa wanita pada zaman siber perlu menghalakan minda masa)
mereka dalam arus perdana. Suara dan tenaga wanita menjadi pemangkin dalam usaha menangani 5. Hiperbola – Kita bertakhta di persada dunia.
cabaran era globalisasi. 6. Asonansi – Lepaskan segala belenggu kedaifan. (pengulangan vokal e)
7. Aliterasi – Tinggi pekerti anggun gerak-geri. (pengulangan konsonan g)
Dalam rangkap keempat, wanita diminta untuk melepaskan diri daripada lingkungan kesusahan dan Nilai
membebaskan diri daripada sebarang kekeliruan. Wanita mesti mempunyai budi pekerti yang baik dan 1. Keberanian – wanita perlu berani menghadapi era globalisasi.
berkelakuan terpuji serta unggul dalam semua perkara. 2. Bekerjasama – wanita seharusnya bekerjasama untuk menjulang martabat wanita.
3. Berhemah tinggi – walaupun wanita diminta berani mendepani cabaran zaman, tetapi mereka harus
Rangkap kelima pula penyajak menyeru wanita supaya menjana seluruh kekuatan untuk mengangkat menjaga budi pekerti dan tingkah laku.
martabat wanita seluruhnya. Menerusi kekuatan pemikiran dan lahiriah, di samping bekalan iman dan 4. Rasional – Dalam apa-apa jua tindakan manusia, khususnya wanita harus rasional supaya kita tidak
semangat yang kental, wanita perlu mengerah keupayaan secara menyeluruh. tersilap perhitungan.
5. Berdikari – untuk mengejar kemajuan dan meningkatkan martabat wanita, mereka mesti
Dalam rangkap yang terakhir, penyajak menjelaskan bahawa kini sudah tiba masanya wanita berada mempunyai sifat berdikari mengerah seluruh kekuatan diri.
pada kedudukan tertinggi di persada dunia. Pengajaran
1. Wanita mestilah berani menempuhi cabaran era globalisasi.
Tema 2. Kita perlu sedar bahawa masa sentiasa meninggalkan kita.
Persiapan yang perlu dilakukan oleh wanita dalam menghadapi era globalisasi tanpa meninggalkan ciri- 3. Kita hendaklah memanfaatkan segala peluang yang tersedia di hadapan kita.
ciri kewanitaan yang unggul. 4. Wanita mestilah menjaga tingkah laku dan budi pekerti.
5. Wanita mestilah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan martabat mereka.
Persoalan
1. Masa tidak menunggu kita – masa tidak pernah menunggu tindakan manusia. Masa sentiasa
berubah dan tidak boleh dikembalikan.
2. Keperluan manusia bertindak secara proaktif – dalam kehidupan ini, manusia mesti bertindak pantas
merebut peluang yang ada supaya kita tidak ketinggalan.

10

Anda mungkin juga menyukai