Anda di halaman 1dari 23

KETERAMPILAN MEMBACA

BML 1143 KULIAH 1

Definisi membaca: Apa, bagaimana, mengapa Perspektif sejarah, psikologi dan literasi dalam pembacaan

HASIL PEMBELAJARAN
Meningkatkan keupayaan mendapatkan ilmu melalui keterampilan membaca Bahan Rujukan: Mahzan Arshad (2003) Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Utusan Publications & Distributors. Bab 1

PENGENALAN
Sila jawab soalan yang berikut:
1. Apakah yang membezakan antara manusia primitif dengan manusia moden? Apakah yang dimiliki oleh manusia sehingga boleh membaca? Apakah maksud membaca? Mengapakah manusia moden perlu menguasai kemahiran membaca

2.

3. 4.

SILA BACA PETIKAN YANG BERIKUT


Ambilis columba, Unde, unde ades volando; Quid est rei, quod altum, Coelum cito secando.

Tam copia benigna, Spires liguentem benigna; Came copia benigna Ungueta grata stiles

Apa yang membezakan antara kedua-dua petikan tersebut?

SILA BACA PETIKAN YANG BERIKUT


Berbuah lebat pohon mempelam, Rasanya manis dimakan sedap; Bersebarlah adat seluruh alam, Adat pesaka berpedoman kitab.

Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut pecah batang; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut salah datang.

Apa yang membezakan antara kedua-dua petikan tersebut?

DEFINISI MEMBACA
Proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambanglambang bercetak dan bertulis (Harris & Sipay, 1980) Perlakuan membaca ialah mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca (Smith & Johnson, 1980) Membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan (Goodman, 1973) Membaca ialah proses mencari makna. Anda belum membaca selagi anda tidak memahami (Safiah Othman, 1991)

Membina jambatan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang tercetak di permukaan bertulis , (Mahzan Arshad, 2003)

Proses membaca
Pembaca ialah seorang penyelesai masalah aktif yang cuba mengenalpasti bentuk huruf, ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca (pada peringkat visual atau peringkat dekoding). Di samping itu mereka cuba mengaitkan antara huruf dan bunyi (fonologi), dan mencari serta mengkaji struktur teks berdasarkan pengalaman bahasa mereka (sintaks). Akhir sekali mereka akan cuba mencari makna di sebalik permukaan bercetak berlandaskan pengalaman latar atau skema yang mereka punyai (semantik).

Membaca menggunakan tiga sistem kiu


Kiu grafik huruf-huruf yang tertulis Kiu sintaktik struktur bahasa Kiu semantik makna
Seseorang dikatakan telah dapat membaca sekira dapat menggunakan ketiga-tiga kiu tersebut

Bagaimana manusia dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis?


Penguasaan kemahiran membaca dan menulis dapat dicapai menerusi aktiviti bersosialisi Kanak-kanak dapat menguasai pelbagai kemahiran dalam hidup mereka menerusi proses meniru apa yang orang dewasa lakukan. Belajar menerusi meniru ini adalah keupayaan semula jadi kanak-kanak. Mereka belajar berjalan, berlari, makan menggunakan tangan, menyalin pakaian dan sebagainya menerusi peniruan terhadap orang dewasa.

Dapatkah kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dan menulis secara semula jadi?
Semua kemahiran yang dikuasai oleh kanak-kanak manusia bukan kemahiran yang lahir bersama-sama kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan dengan bahasa manusia tidak akan dapat bercakap seperti manusia. Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan dengan cara manusia berjalan, tidak akan dapat berjalan seperti manusia. Dapatkah mereka menguasai kemahiran membaca tanpa didedahkan dengan aktiviti membaca?

KEMAHIRAN LITERASI
Pada suatu masa dahulu kemahiran literasi juga dikenali sebagai kemahiran untuk mengenal atau celik huruf. Kemahiran begini bermaksud kemampuan minima untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Pada waktu itu seseorang yang dapat membaca dan menulis yang minima seperti dapat membaca arahan yang mudah di jalan raya atau di tempat awam atau bahan bacaan bersiri tertentu dianggap sebagai seorang yang telah celik huruf. Secara umumnya dapat diandaikan seseorang yang dapat mengenal pasti huruf atau abjad dalam sesuatu sistem penulisan seperti tulisan rumi atau tulisan jawi dianggap sudah mencapai tahap celik huruf.

Definisi literasi
Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Bangsa bangsa Bersatu (UNESCO) mendefinasikan seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis suatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya. Definisi ini juga menghadkan keupayaan membaca dan menulis kepada keupayaan untuk mengeja dan menulis sesuatu perkataan atau frasa secara makenis. Contohnya seseorang dianggap telah menguasai kemahiran literasi sekiranya dia dapat membaca dan menulis namanya sendiri.

Dapatkah definisi ini diterima pada masa ini?

Tahap kemahiran literasi

Namun apa yang berlaku dalam perkembangan masa ini ialah keupayaan seseorang membaca dan memahami sesuatu bahan yang dibaca menjadi kayu ukur sama ada dia telah menguasai sesuatu bidang kehidupan. Sebagai contoh bahan bacaan yang ditulis tentang bidang perubatan hanya akan dapat dibaca dan difahami oleh seseorang yang dilatih dalam bidang tersebut. Walau pun pembaca yang lain dapat membaca perkataan demi perkataan, atau ayat demi ayat, namun pemahaman tidak akan berlaku kerana pembaca lain ini tidak dapat menterjemahkan bahan yang dibaca kepada fungsi yang khusus dalam bidang perubatan tersebut.

Literasi berfungsi
Kemampuan seseorang menggunakan set minda untuk memanfaatkan kemampuan membaca dan menulis dalam kehidupan hariannya dengan lebih bermakna. Tahap literasi berfungsi adalah berbeza menurut keperluan dan keupayaan pembaca. Peredaran masa telah mengubah tahap literasi berfungsi bagi memenuhi keperluan hidup manusia masa ini Semakin maju sesebuah masyarakat, semakin tinggi tahap literasi yang perlu dikuasai oleh ahli masyarakat tersebut. Terdapat lima kemahiran literasi yang perlu dikuasai iaitu

KEMAHIRAN LITERASI
MENDENGAR

BERFIKIR

BERTUTUR

LITERASI
MENULIS

MEMBACA

KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran ini ialah satu kemahiran asas yang amat

penting bagi seseorang kanak-kanak Dapat dikuasi secara naluri semula jadi Bayi dapat mengesan bunyi orang yang berada di sekitarnya Dapat membezakan antara bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa Bagi menguasai kemahiran membaca dan menulis, kanak-kanak perlu mempunyai keupayaan untuk mendengar bunyi yang betul, terutama bagi mendekriminasi antara bunyi-bunyi huruf dan perkataan yang digunakan dalam bahan bercetak.

KEMAHIRAN BERTUTUR
Kanak-kanak normal akan mempunyai keupayaan

untuk bertutur dalam bahasa ibunda seawal usia satu tahun. Kemahiran ini juga dikuasai secara naluri semula jadi. Namun ada kanak-kanak yang tidak dapat bertutur kerana tidak didedahkan dengan bunyi bahasa pertuturan Keupayaan ini perlu dipupuk supaya memudahkannya dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis pada usia yang lebih dewasa kelak. Pada masa yang sama penggunaan buku amatlah penting bagi memperkukuhkan kemahiran bertutur kanak-kanak pada peringkat awal usianya.

KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran ini perlu dikuasai oleh kanak-kanak pada zaman moden ini pada tahap asas pada awal usianya Usia keupayaan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca menjadi semakin awal kerana pendedahan membaca yang mereka perolehi daripada ibu bapa atau penjaga Sekurang-kurangnya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca bagi bahasa ibundanya dan satu lagi bahasa kedua pada tahap usia mereka memasuki usia persekolahan Ketidakupayaan membaca akan mengakibatkan kanak-kanak ketinggalan dalam banyak kemahiran yang lain berbanding rakannya yang telah dapat menguasai kemahiran ini pada awal usia mereka.

KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis merupakan asas dalam menyampaikan suara dan pemikiran kanak-kanak dalam bentuk permukaan bercetak Kanak-kanak dapat menyampaikan suara hati atau pemikiran mereka secara contengan pada permukaan yang rata seawal mereka berkeupayaan memegang alat tulis Keupayaan ini datang secara sendiri akibat daripada pemerhatian mereka terhadap perlakuan orang yang lebih dewasa Kemahiran ini juga perlu dipupuk pada awal usia kanakkanak agar mereka dapat menguasainya secara semula jadi

KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir pada zaman moden ini adalah berbeza daripada berfikir pada zaman primitif Pada zaman ini kanak-kanak perlu dipupuk dengan pemikiran yang kritis dan kreatif agar mereka dapat menangani banyak isu dan permasalahan yang akan mereka hadapi dalam kehidupan ini, terutama apabila mereka memasuki alam persekolahan Kanak-kanak pada awal usia perlu menguasai asas pemikiran kritis dan kreatif bagi menguasai kemahiran yang akan terdapat dalam kandungan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah kelak.

PENGUASAAN KEMAHIRAN LITERASI


Kesemua kemahiran literasi tersebut ialah kemahiran yang penting bagi seseorang kanak-kanak dalam menjalani alam persekolahan atau pendidikan formal apabila mereka berusia enam tahun pada peringkat prasekolah dan tujuh tahun pada peringkat sekolah rendah. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat diterapkan dan dibentuk ke dalam diri kanak-kanak secara terancang dan bersepadu bagi setiap tahap usia awal kanak-kanak tersebut.

AKTIVITI TUTORIAL: Kumpulan 1


Sila baca Bab 1, halaman 10 14 berkaitan sejarah pengajaran pemahaman bacaan dalam buku Pendidikan Literasi Bahasa Melayu; Satu Pendekatan Bersepadu (Mahzan Arshad, 2003). Bincangkan tentang sejarah perkembangan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah, khususnya aspek pemahaman bacaan. Bentangkan hasil perbincangan anda dalam kelas tutorial dalam bentuk persembahan power point.

JUMPA LAGI DI KELAS TUTORIAL

Anda mungkin juga menyukai