Anda di halaman 1dari 6

Literasi Bahasa Melayu WAJ 3104

Literasi Bahasa Literasi bahasa atau dalam bahasa Melayu pernah juga disebut sebagai kenal atau celik hurufsuatu masa dahulu bermaksud kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Konsep literasi bahasa akan menjadi lebih meluas daripada istilah kenal huruf yang kita ketahui selama ini apabila perbincangan Menyentuh tentang aspek pemahaman bacaan dan penulisan yang berkesan serta menggunakan daya pemikiran sepenuhnya dalam pembacaan.

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bnagsa Bersatu (UNESCO) mendefinisikan seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis suatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak mempunyai keupayaan literasi yang dapat membantu mereka menggunakan kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa tersebut dalam kehidupan harian mereka dengan cara yang lebih daripada memahami penulisan tersebut semata-mata. Satu tahap kemahiran literasi yang tertentu diperlukan untuk menjadikan kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa tersebut diperlukan bagi membolehkan literasi dalam bahasa tersebut berfungsi. Tahap keupayaan membaca dan menulis bagi mengukur tahap literasi sebenarnya semakin meningkat selaras dengan peredaran masa serta meningkatnya kemajuan masyarakat menggunakan bahan bercetak dan sumber maklumat pelbagai media.

Kegiatan literasi (termasuk kegiatan mendengar, bertutur, memaca, menulis dan berfikir) dalam sesuatu bahasa ialah satu proses membina makna (Brozo, 1999). Makna dibina menerusi interaksi antara seseorang individu dengan teks serta konteks persekitaran yang dialaminya. Literasi memberi peluang kepada seseorang individu untuk menikmati dan menghargai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain, dengan teks dan dengan suasana persekitrannya.

Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara ringkasnya, ia melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, samada peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas atau peringkat yang lebih tinggi.

Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.

Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahanbahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.

Walaupun ramai antara kanak-kanak yang masuk ke darjah satu hari ini telah dapat membaca atau sekurang-kurangnya telah dapat mengenal huruf dan ramai juga yang telah dapat membaca dengan lancar, namun sejumlah besar kanak-kanak yang masih tidak dapat membaca apabila mereka telah sampai ke darjah enam dan sesetengahnya telah masuk ke tingkatan satu. Disinilah timbulnya persoalan sama ada kanak-kanak tersebut memang tidak mempunyai kemampuan untuk belajar membaca ataupun bilakah masa yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak itu mula diajar membaca. Kedua-dua soalan ini mungkin boleh dijawab dalam dua bab yang berbeza, namun bagi ibu bapa, kedua-duanya sama penting kerana bagi golongan pertama, mereka sentiasa berharapan agar anak mereka dapat menguasai kemahiran membaca seberapa awal yang mungkin dan satu golongan lagi mahukan anak mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat umur yang paling rendah, supaya anak tersebut dapat menguasai kemahiran dan ilmuyang lain di sekolah dengan seberapa awal yang boleh. Peringkat Menyediakan Murid

Pada peringkat ini, guru hendaklah memberi perhatian kepada dua perkara penting: 1. Perasaan murid-murid 2. Bahasa murid-murid

Tujuan peringkat kesediaan: 1. supaya dapat menimbulkan kemahuan dan keinginan kanak-kanak untuk meluaskan lagi pengalamannya yang telah sedia ada. 2. melatih kanak-kanak supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya. 3. untuk memberi peluang kanak-kanak merapatkan dirinya dengan guru bagi menimbulkan keyakinan. 4. untuk membina tabiat gemar membaca dan manghargai apa yang dibaca.

Langkah untuk mencapai tujuan kesediaan membaca. 1. Banyakan bermain-main dengan kanak-kanak, misalnya berbual-bual, bersoal jawab secara tidak formal. 2. Adakan pelajaran ringan seperti menyanyi, berlakon, bercerita. 3. Bina asas bahasa kanak-kanak melalui pertuturan. Beri galakan dan bimbingan. 4. Tambahkan perbendaharaan kata kanak-kanak dari semasa ke semasa.

Peringkat Mendirikan Asas Bacaan

Antara perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian:

1. Segala bahan yang hendak diajarkan hendaklah dipilih, dikawal dan disusun dengan baik. Ajarkan perkataan, rangkai kata dan ayat mudah. 2. ABBM hendaklah lengkap untuk menimbulkan minat kanak-kanak. 3. Isi pelajaran hendaklah berkait rapat dengan pengalaman dan sesuai dengan perkembangan jiwa kanak-kanak. 4. Gunakanlah gambar atau warna yang menarik hati untuk memberi dorongan. 5. Guru hendaklah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak membunuh 3

semangat kanak-kanak untuk terus belajar membaca. 6. Guru hendaklah memikirkan kaedah dan teknik mengaar yang sesuai dan berkesan.

Aktiviti Kesediaan Membaca Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

Untuk mencapai tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) boleh dijadikan panduan.

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN a. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz. Bahan Pelbagai gambar kereta, baju, buku. Aktiviti Murid Murid mengelaskan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.

b. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas.

Bahan Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian dan alat tulis-menulis.

Aktiviti Guru / Murid 1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. 3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain. 4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Aktiviti Pengamatan Pendengaran Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya.

Bahan Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu

Aktiviti Guru / Murid 1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian guru sendiri.

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.

Bahan Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas

Aktiviti Guru / Murid 1. Buat satua atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. 3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Anda mungkin juga menyukai