Anda di halaman 1dari 20

1

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Memperkasa dan Memartabat Bahasa Melayu oleh Muhammad Rasydan Syafiq Hamid

1.0

Pendahuluan Bahasa merupakan satu wardah petuturan yang digunakan sebagai medium komunikasi antara satu sama lain. Bahasa melayu merupakan salah satu alat pertuturan yang digunakan oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira warna kulit. Bahasa ini telah mula dipertuturkan oleh masyarakat di kepulauan nusantara terutamanya di Tanah Melayu. Bahasa Melayu pernah dikenali sebagai lingua franca atau dalam erti kata lain sebagai bahasa yang digunakan oleh pedagang pada masa dahulu untuk menjalankan aktiviti perdagangan mereka di Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan Bahasa Melayu menjadi bahasa yang tersohor pada waktu ketika dahulu. Namun begitu, penggunaan Bahasa Melayu menjadi merosot disebabkan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang. Hal ini adalah kerana, penggunaan bahasa asing seperti Bahasa Inggeris menjadi pilihan ramai dalam pertuturan kerana bahasa ini mudah difahami dan digunakan oleh semua semua pihak. Justeru, pada tanggal 22 Jun 1956, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan Bahasa Kebangsaan pada ketika itu. Pada tahun 1959, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dinaiktaraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberi kuasa autonomi bagi menggubal dasarnya yang khusus, menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera serta menjalankan kegiatan penerbitan buku secara kompetitif menurut prinsip dan profesion penerbitan. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi lebih penting sehingga penubuhan ini diiktiraf oleh kerajaan sebagai Badan Berkanun oleh Akta Parlimen 1959 dalam memantapkan lagi bahasa sastera. Oleh itu, jelaslah Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan penting dalam memperkasakan Bahasa Melayu di negara Malaysia.

2.0

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memperkasa dan memartabat Bahasa Melayu

2.1

Pemodenan Korpus Bahasa Melayu Dalam memartabat dan memperkasakan Bahasa Melayu di Malaysia, Pemodenan Korpus Bahasa Melayu telah diwujudkan dan bergerak melalui beberapa progarm. Antara program yang diadakan ialah pembinaan dan pemantapan korpus Bahasa Melayu, sebutan baku Bahasa Melayu, sebutan baku Bahasa Melayu, enyusunan dan penulisan sejarah Bahasa Melayu, kodifikasi bahasa melalui perkamusan dan perkomputeran Bahasa Melayu.

2.1.1

Pembinaan dan pemantapan korpus Bahasa Melayu Pembinaan dan pemantapan korpus Bahasa Melayu yang diasaskan pada penyelidikan ilmiah terhadap bahasa dan penggunaannya dikalangan masyarakat bertujuan untuk membakukan dan

memantapkan aspek-aspek bahasa, seperti sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, sejarah Bahasa Melayu, laporan kaji selidik penggunaan Bahasa Melayu dan perancangan pembinaan dan pengembangan bahasa secara menyeluruh.

Pada bulan Mac 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan risalah yang pertama, iaitu Kaedah Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Seterusnya, usaha telah dijalankan untuk menggandakan satu sistem ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Pada 27 Jun 1967, keduadua negara telah mencapai keputusan muktamad di Dewan Bahasa dan Pustaka, dan sistem ejaan bersama Malaysia-Indonesia pun

dilakasanakan. Sistem Ejaan Baharu tersebut telah diisytiharkan secara rasmi serentak di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972. Pada tahun 1975, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan sebuah buku pedoman ejaan, iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu bagi mengatasi kekeliruan yang timbul dalam sistem ejaan bahasa Melayu.

Pada tahun 1981, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengeluarkan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Buku yang paling akhir tentang ejaan Rumi bahasa Melayu ialah Pedoman Ejaan Bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1996.

Usaha yang dilakukan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (1973) dan Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad atau Zaba pada tahun 1939, merupakan langkah awal ke arah pembinaan dan pemantapan sistem ejaan Jawi di negara ini. Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta, seperti penerbit majalah Dian. Dalam dekad 1980-an, usaha untuk membina dan memantapkan sistem ejaan Jawi semakin giat dijalankan. Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia telah

memperakukan supaya sistem ejaan Jawi yang sedia ada hendaklah dikaji semula dan diperkemaskan. Pada tahun 1996, buku Pedoman Ejaan Bahasa Melayu diusahakan penerbitannya. Buku ini memuatkan maklumat terkini tentang ejaan Jawi yang disusun berdasarkan dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dan maklumat yang diselaraskan selepas terbitnya Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989), buku Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan (1993) dan Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu telah diterbitkan dan dilancarkan pada tahun 2001.

2.1.2

Sebutan Baku Bahasa Melayu Dalam memperkasakan lagi bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah membuat satu perancangan dengan melaksanakan pembakuan sebutan bahasa Melayu. Ia dijadikan salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka dan telah termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959; (iv) Untuk membakukan ejaan dan sebutan , dan membentuk istilahistilah yang sesuai dalam kebangsaan.

Pelaksanaan sebutan baku di Malaysia bermula apabila Kementerian Pendidikan memulakan penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan pada penggal kedua tahun 1998, berdasarkan Pekaliling Ikhtisas Bil. 11/1998: Pelaksanaan Penggunaan Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah bertarikh 2 April 1998. Dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berjaya menerbitkan beberapa buah buku pedoman sebutan berdasarkan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (1998), Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (1991) dan Pedoman Sebutan Baku Bahasa Malaysia (1994).

2.1.3

Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu Gagasan untuk menyusun sejarah bahasa Melayu timbul dengan adanya keinsafan dan kesedaran terhadap ketiadaan satu dokumen yang lengkap, menyeluruh dan yang berwibawa secara ilmiah tentang bahasa Melayu. Justeru, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha menyusun sejarah bahasa Melayu sebagai satu projek jangka panjang dan bersifat antarabangsa. Projek ini dimulakan pada awal tahun 1984. Sehingga penghujung tahun 1995, sebanyak 11 penerbitan di bawah siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu telah diterbitkan. Pada tahun 2000, Jabatan Bahasa meneroka satu tapak lagi dalam penyusunan sejarah bahasa Melayu, iaitu Projek Sejarah Lisan Perkembangan Bahasa Melayu disamping melanjutkan kajian bertulis.

2.1.4

Kodifikasi Bahasa Melalui Perkamusan Kodifikasi atau pengekodan bahasa Melayu dipercayai telah wujud sejak awal abad ke-20 lagi dengan terbitnya kamus yang diberi judul Kitab Benih Bahasa susunan Fadhil Jaafar pada tahun 1917. Buku ini merupakan kamus Melayu yang pertama dihasilkan pada abad ke-20. Setelah sekian lama, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Kamus Dewan yang merupakan kamus ekabahasa yang pertama bagi Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1970, dan ia diulang cetak pada tahun 1984 dengan perubahan ejaan mengikut sistem ejaan baru; edisi kedua, iaitu Kamus Dewan Edisi Baru diterbitkan pada tahun 1989 dan edisi ketiga diterbitkan pada tahun 1994. Kamus Melayu Edisi Pelajar,

iaitu Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar, terbit pada tahun 1975. Lanjutan daripada kamus ini, Kamus Pelajar Bahasa Malaysia telah diterbitkan pada tahun 1983. Kamus Pelajar disusun berasaskan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar dan sebahagian besar dari

kandungannya diserap daripada kamus tersebut dengan sedikit pengubahsuaian. Selain kamus ekabahasa, kamus pelbagai bahasa juga penting dalam kodifikasi bahasa Melayu. Kamus pelbagai bahasa bertujuan untuk memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Atas kesedaran ini, pada pertengahan tahun 1971, Kamus Dwibahasa, iaitu Bahasa Inggeris-Malaysia telah mula diusahakan dan terbit pada tahun 1991. Selain kamus dwibahasa Inggeris-Melayu, terdapat beberapa kamus dwibahasa lain yang sedang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Kamus Bahasa Tamil-Bahasa Melayu Dewan, Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan dan Kamus Bahasa Korea-bahasa Melayu Dewan serta kamus bahasa-bahasa utama dunia-Bahasa Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka juga turut memberi tumpuan pada penerbitan kamus khusus dan teknikal. Untuk membantu usaha menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai bentuk kamus khusus diusahakan. Kamus bahasa sukuan yang pertama diterbitkan adalah Kamus Bahasa Iban- Bahasa Malaysia pada tahun 1989. Terdapat pelbagai glosari dialek turut diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Satu lagi kamus yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah kamus Kebalikan Dewan pada tahun 1995. Kamus Kebalikan Dewan berbeza daripada kamus biasa kerana proses penggunaan kamus ini terbalik daripada kamus biasa. Kamus jenis ini membolehkan pengguna mencari sesuatu perkataan apabila makna perkataan itu diketahui secara kasar, seperti yang digunakan dalam teka silang kata.

2.1.5

Pengkomputeran Bahasa Melayu Dalam memperkasakan lagi Bahasa Melayu di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pengkomputeran bahasa Melayu. Dalam perspektif yang luas, pengkomputeran bahasa melibatkan dua perkara utama iaitu penyediaan prasarana dan pemprosesan bahasa. Dari sudut linguistik, yang dimaksudkan dengan aspek pemprosesan bahasa ialah pengkomputeran bahasa per se. Walau bagaimanapun, aspek-aspek pembinaan dan pembangunan sistem yang sekadar mengautomatikkan kerja rutin yang dahulunya ditangani secara insani juga dikatakan pengkomputeran, tetapi secara tegar, bukan

pengkomputeran bahasa.

2.2 Kempen Kesedaran Bahasa

2.2.1

Mingguan Bahasa Kebangsaan Gerakan ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat yang dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 30 Januari 1960 dan berakhir pada 6 Februari 1960. Geraqkan ini ditubuhkan oleh Dewan Bahasa kepada kerajaan melalui Kementerian Pelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka diberi kuasa untuk merancang dan mengatur persiapan dan mengumpul segala tenaga untuk melaksanakan itu. Tun Syed Nasir Ismail dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pusat Minggu Bahasa Kebangsaan. Gerakan ini diadakan juga di setiap negeri Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1961, gerakan ini diperbesar menjadi gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan.

2.2.2

Bulan Bahasa Kebangsaan Pada tahun 1961, sekali lagi Dewan Bahasa dan Pustaka menerima tugas daripada Kementerian Pelajaran untuk menangani gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan yang dilancarkan pada 28 Januari 1961. Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan selama enam tahun, iaitu dari tahun 1961 hingga tahun 1966. Bulan Bahasa Kebangsaan mempunyai dasarnya

yang tersendiri, dikukuhkan dengan cara kerja dan acara yang bersepadu pada peringkat negeri dan daerah. Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan secara berperingkat- peringkat.

2.2.3

Gerakan Cintailah Bahasa Kita Program Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 oleh Perdana Menteri Malaysia, bertujuan untuk membina kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa di Malaysia. Sempena pelancaran gerakan ini, beberapa kegiatan telah dilaksanakan. Antaranya termasuklah penyiaran lagu tema Gerakan Cintailah Bahasa Kita, penerbitan dan pengedaran risalah bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, promosi kempen melalui media cetak dan elektronik dan pembinaan papan iklan besar di tempat-tempat strategik di Wilayah Persekutuan.

2.2.4 Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai institusi bahasa yang berwibawa di Malaysia memang sentiasa proaktif mengembangkan dan mencitrakan bahasa Melayu di peringkat ASEAN, dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) sejak 21 tahun kebelakangan ini menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khususnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara Malaysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam.

Langkah awal yang dimulakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk merangka hala tuju pengantarabangsa bahasa Melayu adalah dengan mengadakan Kongres Bahasa Melayu Sedunia dari 21 hingga 25 Ogos 1995, yang antara lain, mengusulkan penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), penubuhan pusat pemelajaran bahasa Melayu di luar negara supaya bahasa Melayu dijadikan salah satu bahasa rasmi dalam setiap pertemuan negara-negara Asia Tenggara dan antarabangsa, meneruskan dan meningkatkan pusat bahasa dan

pengajian Melayu di luar negara, disamping membuka peranan yang lebih cergas dalam soal memperkenalkan serta menggalakkan pengajaran bahasa Melayu diluar negara. Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengadakan kerjasama kebahasaan dengan pelbagai institusi di peringkat antarabangsa dengan mengadakan dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama beberapa institusi seperti Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU) Beijing, Pusat Penyelidikan Sejarah,Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA), Istanbul, Prince of Songkla Univesity (PSU) Pattani, Thailand dan lain-lain lagi.

Dengan mengadakan dan menandatangani memorandum persefahaman serta kerjasama kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan, bersama pelbagai institusi luar negara, maka Malaysia kini telah melangkah ke satu lagi era pemantapan diaspora dan pengantarabangsaan bahasa Melayu ke serata dunia. Menerusi kebahasaan dan juga sastera serta penerbitan dapat dipertingkat khususnya pada abad ke-21.

2.3 Menjalankan Kegiatan Penerbitan

2.3.1 Penerbitan Ensiklopedia Dewan Bahasa dan Pustaka memberi keutamaan kepada penerbitan ensiklopedia dalam bahasa Melayu yang akan menjadi sumber rujukan utama. Penekanan diberi kepada ensiklopedia tentang kesusasteraan, bahasa dan kebudayaan. Penerbitan ensiklopedia dalam talian akan diusahakan sementara penerbitan dalam bentuk konvensional masih diteruskan.

2.3.2 Penerbitan Majalah Bagi merealisasikan tuntutan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, bahan korpus bahasa dan sastera dalam bentuk penerbitan berkala yang merangkumi pelbagai bidang ilmu juga diterbitkan dan mencakupi sasaran pembaca dari pelbagai peringkat umur dan kelas. Penerbitan bekala yang dimaksudkan ialah majalah dan jurnal.

Penerbitan majalah dan jurnal juga diselenggarakan oleh pihak swasta atas nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Penerbitan cara ini dinamai francais. Majalah yang terlibat ialah Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Ekonomi dan Dewan kosmik, manakala penerbitan jurnal pula ialah Kanun, iaitu sebuah jurnal undang-undang.

2.3.3 Penerbitan Buku Sekolah Dewan Bahasa dan Pustaka akan terus menerbitkan buku pendidikan bagi memenuhi sebahagian sebahagian besar keperluan pendidikan negara. Buku yang termasuk dalam kategori ini ialah buku pengetahuan am, buku teks, buku kerja, buku panduan guru, dan buku bacaan tambahan yang menyokong pemelajaran sesuatu bidang ilmu

berdasarkan kurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penerbitan buku sekolah terbahagi kepada dua, iaitu penenrbitan buku teks dan buku sokongan. Penerbitan buku teks sekolah untuk Kementeria Pendidikan Malaysia dilaksanakan atas prinsip kerjasama antara agensi dibawah kementerian berkenaan. Dewan Bahasa dan Pustaka memusatkan penerbitan buku teks dalam satu bahagian iaitu di Bahagian Buku Teks bagi memudahkan pengurusan, penyelarasan dan pemantauan projek serta memaksimakan penggunaan tenaga kerja dan peralatan. Kerjasama ini bermula dengan Kementerian Pendidikan menyediakan manuskrip bersih untuk Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku sokongan pula dirancang penerbitannya bagi menyokong penggunaan buku teks. Selain membina dan mengembangkan bahasa dan sastera, buku sokongan juga disediakan untuk menambah pengetahuan pelajar.

2.3.4 Penerbitan Buku Umum Buku umum terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka meliputi buku kreatif dan informatif serta ilmiah yang tidak terikat dengan kurikulum untuk bacaan masyarakat umum dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.

10

Skop penerbitan kreatif merangkumi karya sastera klasik dan moden, antologi cerpen, puisi, drama, cereka sains, cerita agama dan komik manakala buku informatif pula, merangkumi buku pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu, esei dan kritikan, biografi, buku panduan buku istilah, glosari, direktori, dan lain-lain. Jenis penerbitan buku kreatif dan informatif pula terdiri daripada karya asli, karya terjemahan, adaptasi, dan edisi ringkas. Sejajar dengan matlamat penubuhan dan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka, penerbitan buku umum boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu judul yang diterbitkan untuk memenuhi tanggungjawab sosial Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbitannya memerlukan subsidi. Kategori ini meliputi meliputi buku sastera klasik, antologi puisi dan cerpen, esei dan kritikan, biografi, buku dalam bidang ilmu yang tertentu dan buku yang digolongkan dalam karya agung. Kategori seterusnya pula ialah judul yang mempunyai potensi dari sudut pasaran meliputi pelbagai jenis bidang sama ada yang berbentuk kreatif mahupun informatif. Tumpuan dan pengembangan bahasa,sastera, budaya Melayu dan yang merangsang mindapembaca, buku ilmiah seperti teori falsafah serta buku yang bercorak pengetahuan, terutamanya karya asli atau yang dihasilkan oleh tokoh setempat,

2.3.5 Penerbitan Elektronik Bagi menghadapi perkembangan yang pesat dan canggih dalam dunia penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mula melibatkan diri dalam penerbitan elektronik bagi memperkasakan lagi Bahasa Melayu. Jenis penerbitan elektronik yang diusahakan ialah bahan rujukan seperti kamus, ensiklopedia, istila, biografi, dan bahan pembelajaran untuk kanak-kanak dan remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Unit Multimedia sedang dan akan melaksanakan penerbitan elektronik mengikut kaedah seperti menjadi pembekal kandungan bahan penerbitan, penerbitan bersama dengan syarikat multimedia swasta dan menerbitkan sendiri bahan melalui unit multimedia.

11

3.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka banyak memainkan peranan dalam memperkasakan Bahasa Melayu di Malaysia. Hal ini jelas dapat dilihat dalam penubuhan gerakan-gerakan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan dengan mengusahakan aktiviti-aktiviti penerbitan risalah dan majalah yang banyak memberi manfaat dan faedah kepada masyarakat di Malaysia bagi menyemarakkan lagi penggunaan Bahasa Melayu di negara kita. Pengembangan dalam penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja patut dilaksanakan dalam negara kita sahaja, malah ia mestilah dikembangkan lagi ke luar negara. Dengan mengembangkan lagi penggunaan bahasa Melayu ke luar negara, berkemungkinan besar ia akan kembali popular penggunaanya seperti yang telah berlaku ketika pada zaman dahulu. Dalam konteks untuk memperkasakan bahasa Melayu, pelbagai pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama. Usaha-usaha yang sebegini haruslah digerakkan dengan lebih agresif dari semua pihak dan bukan hanya bergantung kepada Dewan Bahasa dan Pustaka semata-mata bagi memantap dan memperkukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu di Malaysia.

12

13

14

15

16

17

18

19

20

Anda mungkin juga menyukai