Anda di halaman 1dari 2

Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998 

                                      26 Julai 2010


SYAIR KELEBIHAN ILMU
 

SYAIR KELEBIHAN ILMU

MAKSUD

1. Rangkap 1 - Ilmu sangat bermanfaat kerana dapat menjadi panduan hidup


memperoleh ilmu ,sepanjang hayat ilmu itu dapat dimanfaat.

2. Rangkap2 - Ketinggian nilai ilmu tidak dapat ditukarkan walaupun dengan sebuah
dunia, faedah ilmu tidak terhad dan boleh dimanfaatkan di mana-mana saja.

3. Rangkap 3 - llmu menjadi penghias dari bagi seseorang ,menjadi sahabat ,dan
menjadi teman yang memberikan panduan semasa mengembara. Dalam
masyarakat,ilmulah yang membezakan seseorang daripada yang lain .

4. Rangkap 4 - Ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih, membantu seseorang


memahami sesuatu perkara dengan jelas,dan digunakan selepas seseorang itu mati atau
menjadi bekalan di alam kubur. Hidup menjadi lebih bahagia dengan adanya ilmu.

5. Rangkap 5 - Orang yang berilmu akan mendapat ganjaran pahala.Ilmu yang


merangkumi seluruh kehidupan dapat membantu seseorang mencapai cita-citanya.

6. Rangkap 6 - Ilmu ialah alat yang amat besar faedahnya. Orang yang bijaksana amat
ingin memiliki ilmu. Sesungguhnya bidang ilmu sangat luas dan tiada batasnya.

ISI DAN PERSOALAN

1. Pentingnya ilmu dalam kehidupan .


2. Besarnya manfaat ilmu kepada seseorang .
3. Luasnya bidang ilmu tiada batasnya .
4. Pentingnya ilmu demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR

1. Enam rangkap.
2. Empat baris serangkap
3. Semua rangkap adalah maksud
4. Empat hingga enam patah kata sebaris
5. Sembilan hingga dua belas suku kata sebaris

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi)yang indah .Contohnya, cerah cahaya ,beramal subur.


2. Repitasi . Contohnya, hias senjata si polan si polan.
3. Perlambagan. Contohnya , kandil (bekalan)
4. Pengulangan kata sendi. Contohnya, di laut, di darat, di rimba, di pekan
5. Anafora . Contohnya , Ia penerang jalan ke syurga ;Ia pemuas tekak yang dahaga
6. Bahasa kiasan. Contohnya , Ialah sungai ialah telaga, laut yang luas ialah juga.
7. Asonansi. Contohnya , Ia pemuas tekak yang dahaga (pengulangan vokal ?a?)
8. Aliterasi. Contohnya , sebuah dunia belinya bukan (pengulangan konsonan vokal ?b?)

NILAI

1. Kerajinan. Contohnya, rajin menuntut ilmu supaya dapat menjadi panduan dalam
kehidupan
2. Kegigihan. Contohnya berusaha dan gigih menuntut ilmu.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menuntut ilmu kerana ilmu amat berguna sama ada semasa kita hidup
atau pun selepas kita mati
2. Kita hendaklah menghargai ilmu kerana ilmu amat tinggi martabatnya
3. Kita hendaklah menggunakan ilmu untuk mencapai cita-cita.

Anda mungkin juga menyukai