Anda di halaman 1dari 7

Syair Kelebihan Ilmu

Za’ba

PUISI
TRADISIONAL
MAKSUD
 Rangkap 1
Ilmu sangat bermanfaat kerana dapat menjadi panduan hidup
memperoleh ilmu ,sepanjang hayat ilmu itu dapat dimanfaat.
 Rangkap2
Ketinggian nilai ilmu tidak dapat ditukarkan walaupun dengan
sebuah dunia, faedah ilmu tidak terhad dan boleh
dimanfaatkan di mana-mana saja.
 Rangkap 3
Ilmu menjadi penghias dari bagi seseorang ,menjadi
sahabat ,dan menjadi teman yang memberikan panduan
semasa mengembara. Dalam masyarakat,ilmulah yang
membezakan seseorang daripada yang lain .
 Rangkap 4
Ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih, membantu
seseorang memahami sesuatu perkara dengan jelas,dan
digunakan selepas seseorang itu mati atau menjadi bekalan di
alam kubur. Hidup menjadi lebih bahagia dengan adanya ilmu.
 Rangkap 5
Orang yang berilmu akan mendapat ganjaran pahala.Ilmu
yang merangkumi seluruh kehidupan dapat membantu
seseorang mencapai cita-citanya.
 Rangkap 6
Ilmu ialah alat yang amat besar faedahnya. Orang yang
bijaksana amat ingin memiliki ilmu. Sesungguhnya bidang
ilmu sangat luas dan tiada batasnya
ISI DAN
PERSOALAN
 Pentingnya ilmu dalam
kehidupan .
 Besarnya manfaat ilmu
kepada seseorang .
 Luasnya bidang ilmu tiada
batasnya .
 Pentingnya ilmu demi
kesejahteraan hidup di dunia
dan di akhirat
BENTUK DAN
CIRI-CIRI SYAIR
 Enam rangkap.
 Empat baris serangkap.
 Semua rangkap adalah
maksud.
 Empat hingga enam patah
kata sebaris.
 Sembilan hingga dua belas
suku kata sebaris
GAYA BAHASA DAN
KEINDAHAN BUNYI
 Pemilihan kata (diksi)yang indah
.Contohnya, cerah cahaya ,beramal subur
 Repitasi . Contohnya, hias senjata si polan
si polan.
 Perlambagan. Contohnya , kandil
(bekalan)
 Pengulangan kata sendi. Contohnya, di
laut, di darat, di rimba, di pekan
 Anafora . Contohnya , Ia penerang jalan
ke syurga ;Ia pemuas tekak yang dahaga
 Bahasa kiasan. Contohnya , Ialah sungai
ialah telaga, laut yang luas ialah juga.
 Asonansi. Contohnya , Ia pemuas tekak
yang dahaga (pengulangan vokal ?a?)
 Aliterasi. Contohnya , sebuah dunia
belinya bukan (pengulangan konsonan
vokal ?b?)
NILAI
 Kerajinan. Contohnya, rajin
menuntut ilmu supaya dapat
menjadi panduan dalam
kehidupan
 Kegigihan. Contohnya
berusaha dan gigih menuntut
ilmu.
PENGAJARAN
 Kita hendaklah menuntut
ilmu kerana ilmu amat
berguna sama ada semasa
kita hidup atau pun selepas
kita mati
 Kita hendaklah menghargai
ilmu kerana ilmu amat tinggi
martabatnya
 Kita hendaklah
menggunakan ilmu untuk
mencapai cita-cita.

Anda mungkin juga menyukai