Anda di halaman 1dari 15

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Berapa jauh wujud dengan sifat,


Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap,


Orang selimut selalu lelap.

Hitam-hitam pucuk kawa,


Sungguh hitam dipandang lawa.

Emas , perak tembaga suasa,


Malas bergerak tidak merasa.

Buah sintang buah senikul,


Satu memegang satu memikul.

MAKSUD RANGKAP PANTUN


Rangkap 1
Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang
itu sendiri.

Rangkap 2
Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.

Rangkap3
Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai
keistimewaan atau kelebihan tersendiri.

Rangkap 4
Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan gagal.

Rangkap 5
Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerjaya.

Tema
Nasihat yang dapat membina diri seseorang ke arah kebaikan.

Persoalan

1. Sifat manusia itu akan terserlah pada setiap tingkah lakunya.


2. Orang yang kuat tidur tidak aktif dan tidak produktif.
3. Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya dan menyumbang sesuatu
yang berfaedah.
Bentuk

1. Pantun dua kerat - bentuk terikat.


2. Mempunyai lima rangkap.
3. Setiap rangkap mempunyai dua baris.
4. Baris pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud.
5. Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata.
6. Terdiri daripada tiga hingga lima patah perkataan dalam sebaris.
7. Rima akhirnya  aa.

Unsur Bunyi

Asonansi
Pengulangan vokal u

 Buah sintang buah senikul

Pengulangan vokal a

 Berapa jauh wujud dengan sifat


 Sarang semut dalam gelap
 Emas, perak, tembaga suasa

Aliterasi
Pengulangan konsonan m

 Satu memegang satu memikul

Pengulangan konsonan t

 Sejauh lutut dengan pelipat

Gaya Bahasa

Imej Alam:
buah sintang, buah senikul, emas, perak, tembaga, suasa

Repitisi:

Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.

Responsi
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.
  
 Nilai

1. Berhati- hati
2. Kerajinan
3. Keredaan
4. Kesungguhan
5. Kecekalan

Pengajaran

1. Kita harus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan tindakan kita.


2. Kita harus mengelakkan diri daripada banyak tidur.
3. Kita janganlah kecewa akan kekurangan diri.
4. Kita hendaklah rajin berusaha demi mencapai kejayaan.
5. kita hendaklah memiliki daya usaha yang tinggi.
Syair Pohon Buluh

Mohd. Yusof Md. Nor & Dr. Abd. Rahman Kaeh


Antologi Kuingin Berterima Kasih (Tingkatan 1)

Menara tinggi banyak bertingkat


Di sana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata-mata menjaga segenap pangkat

Yang ada sedia panji-panji bendera


Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

Selalu dipandang dilihat adanya


Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya

Ikatnya licin di luar di dalam


Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak nampak alam

Rangkap 1
Pohon buluh digambarkan sebagai sebuah menara tinggi yang bertingkat-
tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tangga. Setiap pangkat (merujuk
kepada ruas buluh) dikawal oleh mata-mata (merujuk kepada miang
buluh). Secara realiti, rumpunan buluh menggambarkan masyarakat.
Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara bermuafakat, saling
menghormati antara satu sama lain.

Rangkap 2 
Daun-daun buluh yang kebanyakannya sama saiz diibaratkan sebagai
kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncak pokok. Menggambarkan
kehidupan masyarakat berbilang kaum dalam satu tampuk pimpinan yang
hidup aman, sentosa dan sejahtera.
Rangkap 3
Resmi pokok buluh, hidup berbatang-batang dalam satu rumpun tanpa
mengira kekuatan atau saiz. (Menggambarkan kesatuan yang kuat/utuh).
Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat,
kedudukan atau status. Barulah boleh hidup dengan harmoni.

Rangkap 4
Menjelaskan lebih lanjut keadaan di bahagian dalam dan di luar buluh
yang licin. Bahagian dalam batangnya gelap (umpama malam), boleh
menakung air tanpa tumpah. Ini menggambarkan keadaan masyarakat
yang bersatu padu dan hidup secara muafakat. Hubungan yang kukuh
sesama anggota masyarakat menjadikan masyarakat tersebut satu unit
yang kuat.

Tema
Kemegahan pohon buluh yang hidup dan bertumbuh dengan subur
menggambarkan kepentingan hidup bersatu padu dalam masyarakat.

Persoalan

1. Ciri fizikal pohon buluh, pokok yang tinggi dengan ruas-ruasnya


yang banyak. Kepentingan hidup bermasyarakat di bawah satu tampuk
pimpinan yang adil dan saksama.

2. Kekuatan rumpun buluh lambang kesatuan antara pepohonnya.


Sikap cinta akan negara dan bersemangat patriotik dalam kalangan
masyarakat penting untuk membina masyarakat yang bersatu padu.

3. Keindahan lambaian dedaun buluh umpama bendera-bendera


yang berkibar megah. Kepentingan sikap saling menghormati dalam
masyarakat yang berbilang kaum akan melahirkan masyarakat yang
hidup harmoni.

4. Keadaan di dalam dan luar batang buluh yang licin dan mampu
menampung air. Perpaduan amat penting dalam sebuah negara yang
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.
Bentuk
1. Mempunyai empat rangkap.

2. Setiap rangkap mempunyai empat  baris.

3. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku


kata.

4.  Mempunyai empat hingga enam perkataan dalam sebaris.

5.  Rima akhirnya  aaaa.

Gaya Bahasa

 Asonansi

Pengulangan vokal a
Contoh: 
Mata-mata menjaga segenap pangkat
Yang ada sedia panji-panji bendera

Pengulangan vokal i
Contoh: 
Ikatnya licin di luar di dalam

 Aliterasi

Pengulangan konsonan  g
Contoh: 
Menara tinggi banyak bertingkat

Pengulangan konsonan  t
Contoh: 
Tiada bertangga naik melekat
Tinggi rendah dijerat pangkatnya

 Kata ganda - panji-panji, mata-mata

 Imej alam - kolam,  alam


 Inversi - banyak ada ia bersaudara

 Simile - gelapnya di dalam seperti malam, air tak


tiris seperti kolam

 Sinkope - tak

 Repetisi 

Yang ada sedia panji-panji bendera


Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

Nilai
1. Perpaduan – Masyarakat yang berbilang kaum hanya boleh
hidup aman dan harmoni seandainya mengamalkan nilai perpaduan.
Apabila rakyat hidup bersatu padu, negara yang aman sejahtera akan
terbina dengan kukuhnya.

2. Saling memerlukan - Pohon-pohon buluh yang hidup dalam


satu rumpun saling bergantungan antara satu sama lain, membentuk
rumpunan yang kuat. Dalam hidup bermasyarakat, kita perlu saling
menolong antara satu sama lain.

3. Bermuafakat - Masyarakat wajar hidup bermuafakat dan


bersatu padu tanpa mengira kaum, agama, pangkat dan kedudukan.

4. Semangat patriotik/Cinta akan negara - Masyarakat yang


bersemangat patriotik akan sentiasa hidup harmoni dan bersatu padu.
Pengajaran
1. Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan (termasuk
komuniti/masyarakat) tanpa mengira pangkat, agama, darjat dan
keturunan.

2. Kita haruslah bekerjasama dalam kumpulan kerana kita hidup


saling memerlukan dalam membentuk satu unit kumpulan yang kuat. 

3. Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara agar


dapat hidup dengan aman dan harmoni.

4. Kita hendaklah mengamalkan nilai perpaduan dan hidup


bermuafakat.
MAKSUD SAJAK
Rangkap Maksud

Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan
1 menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa  mampu meredakan api
kemarahan.

Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang subur
2
telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.

Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana memberikan
3
kegembiraan kepada nelayan.

Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak berkorban
4 jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu
mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang anak tempatan.

Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati duka lara dan
penderitaan mangsa perang. Penyajak juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada
5
masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan
penderitaan.

6 Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat berfikir
secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.

TEMA
Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.

PERSOALAN
      i.        Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.
     ii.        Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.
    iii.        Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.
   iv.        Menghargai jasa perwira-perwira negara.
    v.        Dunia akan menjadi aman damai dan  indah jika semua orang menghargainya.

BENTUK
Bebas
Terdapat enam rangkap
Baris-baris ayat dan rima akhir
·         Rangkap 1 terdapat 4 baris.  Rima akhir abcd
·         Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir abca
·         Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir abccc
·         Rangkap 4 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbb
·         Rangkap 5 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbd
·         Rangkap 6 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc

GAYA BAHASA
Simile
Contoh:  kepada hujan bagai tetamu

Personifikasi
Contoh:  ikan-ikan yang riang

Metafora
Contoh:  darah kesetiaan

Kata Ganda
Contoh: di taman-taman keresahan hidup

Asonansi - pengulangan vokal a


             Contoh :  kepadamu pejuang negara

Aliterasi - pengulangan konsonan k


             Contoh :  sesekali kuingin kalungkan kagum

NILAI
Mengenang jasa
Contoh:  mengenang jasa pejuang negara.

Keinsafan
Contoh:  perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.
Kesetiaan
Contoh: pejuang setia kepada negara.

Kesyukuran
Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.

PENGAJARAN

1.  Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk negara.

2.  Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

3.  Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara tercinta.

4.  Kita hendaklah bersimpati dengan golongan susah.

5.  Perjuangan dan pengorbanan para pejuang tanah air hendaklah dihargai.

6.  Kita harus merenung kehidupan ini.


Aku
(Rosli  K. Matari)
Rangkap Maksud

1 Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.

2 Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa dirinya itu Nabi Adam.

Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu manusia 
3 pertama yang dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat melihat keindahan
alam ciptaan Tuhan.

4 Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum kewujudannya.

5 Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-
6
tumbuhan di situ.

Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja
7
dicipta.

MAKSUD SAJAK

TEMA
Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar.  Pembaca dipupuk untuk menghayati dan
menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan Tuhan.

PERSOALAN

1. Pemeliharaan alam sekitar.  Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat


dinikmati oleh generasi akan datang.
2. Kepercayaan kepada Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam.
3. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia
untuk manusia menggunakannya sebaik mungkin.

BENTUK
i.          Bebas
ii.          Terdapat tujuh rangkap
iii.         Baris-baris ayat dan rima akhir

 Rangkap 1 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc


 Rangkap 2 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc
 Rangkap 3 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc
 Rangkap 4 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb
 Rangkap 5 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc
 Rangkap 6 terdapat 3 baris.  Rima akhir aab
 Rangkap 7 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb

GAYA BAHASA
 Sinkope
Contoh:  kecuali diriku
 Kata ganda
Contoh:  bertiup di mana-mana
 Imej alam
Contoh:  laut, langit, pohon, angin, ombak.
 Asonansi-perulangan vokal a
Contoh: kerana aku baru ada
 Aliterasi-perulangan konsonan l
Contoh:  laut, langit dan pohon

NILAI

Percaya kepada Tuhan.

Contoh:  aku percaya Kau Pencipta.

Kesyukuran

Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di dunia.

Keinsafan:

Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan kekuasaanTuhan

PENGAJARAN

1.  Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

2.  Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar terpelihara keasliannya.


3.  Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak melakukan perkara yang membawa kemurkaan

Tuhan.

Kunci Bahasa
(Abdul Hadi Yusof)
MAKSUD SAJAK
Rangkap Maksud

Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang
1
berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik walaupun
2
berlaku perubahan masa.

Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul sebarang
3
kekeliruan.

4 Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi

Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan susunan kata 
6
serta bahasa yang puitis.

TEMA
Bahasa dan peranannya dalam masyarakat.  Bahasa penuh dengan keindahan dan digunakan
untuk berkomunikasi

PERSOALAN

1. Bahasa yang bermaruah.  Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi


mengelakkan orang lain terguris hatinya.

2. Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat


dan tidak akan hilang ditelan zaman.

3. Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk
menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.
4. Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan
secara berhemah.

BENTUK

1. Terikat
2. Terdapat enam rangkap
3. Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.

GAYA BAHASA

1. Pengulangan kata
Contoh:  bahasa dan tidak

1. Bahasa Arab
Contoh:  ukhwah dan ummah

1. Metafora
Contoh:  jambatan ukhwah
1. Asonansi - pengulangan vokal i
                Contoh :  tidak berbilur bahasa di lidah

1. Aliterasi - pengulangan konsonan b


                Contoh :  bahasa berbuah

NILAI

1. Bersopan santun
Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.

1. Pemurah
Contoh: tidak lokek pada ummah

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris


hati orang lain.
Contoh:  Bahasa bermaruah
               tidak berbilur bahasa di lidah

1. Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.


Contoh:  Bahasa bersejarah
               tidak luput bahasa bertingkah

Anda mungkin juga menyukai