Anda di halaman 1dari 9

Antologi harga remaja: pantun empat kerat (budi)

Maksud:
PANTUN MAKSUD
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,


Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,


Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,


Mari ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Tema:
• Peranan budi dalam kehidupan manusia.
Persoalan:
• Budi baik akan dikenang orang walaupun telah meninggal dunia.
• Walaupun sedikit budi yang ditabur tetap akan dikenang orang.
• Budi yang ditabur juga akan menerapkan rasa kasih sayang yang
berpanjangan sesama insan.
Nilai:
• Baik hati
• Hemah tinggi
• Mengenang jasa
Pengajaran:
• Kita hendaklah berbuat baik sesama insan selagi masih hidup.
• Kita mestilah mengenang budi orang kepada kita.
• Kita haruslah menabur budi agar melahirkan masyarakat yang
berkasih sayang dan bersatu hati.

Maksud:

Rangkap 1: Faktor kelupaan kepada seseorang menyebabkan apa-apa sahaja


kebaikannya tidak akan dikenang.
Rangkap 2: Telah menjadi adapt dan kelaziman, manusia yang meninggal
dunia, akan disebut dan dikenang (meninggalkan nama).
Rangkap 3: Budi walaupun sekelumit, sentiasa akan diingati sampai bila-
bilapun atau menjadi ingatan sepanjang masa.
Rangkap 4: Kasih, saying dan jasa yang dicurahkan diterima dan akan
sentiasa dihargai. Semua itu tidak akan langsai walau seribu tahun
lamanya.

Bentuk:
1 Jumlah rangkap: 4 rangkap
2 Jumlah baris: 4 baris dalam satu rangkap
3 Jumlah patah perkataan: Antara 3 hingga 5 patah perkataan (R3, B1?
R1, B4)
4 Jumlah suku kata: Antara 9 hingga 11 suku kata
5 Rima akhir: abab
6 Bentuk keseluruhan terikat

Gaya bahasa:

Imej/Citra alam: Contoh-flora ,fauna, cekerawala, bulan, anak kambing,


air pasang, punggur berdaun.
Kata ganda berimbuhan contoh terenang-renang
Sinkope tak (tidak), kan (akan)
Perulangan perkataan – Terang bulan terang di paya, perkataan anak sebanyak
4 kali dan perkataan mati.

Latihan:

1. Apakah jenis puisi ini?


2. Apakah tajuk puisi ini?
3. Apakah maksud rangkap pertama pantun ini?
4. Apakah maksud rangkap kedua pantun ini?
5. Apakah maksud rangkap ketiga pantun ini?
6. Apakah maksud rangkap keempat pantun ini?
7. Apakah tema pantun ini?
8. Nyatakan persoalan dalam pantun ini.
9. Nyatakan nilai dalam pantun ini.
10. Nyatakan pengajaran daripada pantun ini.
11. Nyatakan bentuk pantun ini.
12. Huraikan gaya bahasa dalam pantun ini.
Antologi harga remaja: pantun 4 kerat (jenaka & sindiran)

PANTUN MAKSUD
Apa guna berkain batik, Memilih isteri biarlah yang tahu menguruskan rumah tangga
bukan sahaja berdasarkan kecantikan.
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal. Gaya bahasa – Anafora berselang, singkope

Dari Kelang lalu ke Jawa, Pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahli akan
dicemuh dan ditertawakan orang.
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa, Gaya bahasa personafikasi
Mendengar tupai membaca kitab.
Ambil segulung rotan saga, Satu keanehan berlaku apabila kambing tidak takut akan
harimau. (peristiwa pelik)
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua, Gaya bahasa - personafikasi
Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang, Sesuatu keanehan yang berlaku melahirkan kebimbangan orang
ramai
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.
Lebat sungguh padi di paya, Perasaan hairan wujud kerana berlaku perkara yang luar biasa
yang mustahil sebenarnya.
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan. Gaya bahasa - paradoks
Latihan:
1. Apakah jenis puisi ini?
2. Apakah tajuk puisi ini?
3. Apakah maksud rangkap pertama pantun ini?
4. Apakah maksud rangkap kedua pantun ini?
5. Apakah maksud rangkap ketiga pantun ini?
6. Apakah maksud rangkap keempat pantun ini?
7. Apakah maksud rangkap kelima pantun ini?
8. Apakah tema pantun ini?
9. Nyatakan persoalan dalam pantun ini.
10. Nyatakan nilai dalam pantun ini.
11. Nyatakan pengajaran daripada pantun ini.
12. Nyatakan bentuk pantun ini.
13. Huraikan gaya bahasa dalam pantun ini.
MAKSUD:
RANGKAP MAKSUD
1 Memilih isteri bukan hanya berdasarkan kecantikan wajah sahaja tetapi juga
perlu pandai menguruskan rumah tangga.
2 Sesuatu pekerjaan yang dilaksanakan oleh orang yang bukan ahlinya akan
ditertawakan atau dicemuh orang.
3 Keanehan berlaku apabila seekor kambing langsung tidak takut akan harimau.

4 Wujud kebimbangan apabila berlaku sesuatu kejadian yang aneh seperti


ternampak ikan memanjat kayu.
5 Sesuatu yang luar biasa tidak mustahil berlaku dalam kehidupan kita seperti
orang yang tidak berkebolehan telah berjaya melakukan sesuatu yang luar
biasa.

Tema:
• Jenaka dan sindiran tentang hal-hal yang berkaitan tingkah laku dalam kehidupan manusia.

Persoalan:

• Tidak berbaloi bagi seseorang jika mempunyai isteri cantik tetapi tidak tahu memasak.

• Kita akan berasa pelik dan melucukan apabila sesuatu perkara itu dilakukan oleh orang yang

bukan ahlinya.

• Pelbagai kepelikan dan masalah dalam kehidupan yang memerlukan ilmu untuk

menyelesaikannya.

• Pelbagai keanehan dan luar biasa tidak mustahil berlaku dengan tanpa diduga dalam kehidupan

manusia.

Nilai:
• Kerajinan > seseorang isteri kena rajin belajar ilmu rumah tangga.

• Bijaksana > Manusia yang berilmu dapat mengkaji keanehan dan mengatasi masalah yang

timbul.

• Berdikari > Mempelajari ilmu untuk membaiki kelemahan diri.

Pengajaran:
• Seseorang isteri mestilah mempelajari ilmu berumah tangga untuk kesempurnaan diri bukan

hanya bergantung kepada kecantikan diri semata-mata.

• Kita hendaklah menuntut ilmu sebagai langkah untuk bertindak lebih bijaksana dalam

mentafsirkan keanehan yang berlaku agar dapat dijadikan panduan.


• Kebijaksanaan hanya dapat diperoleh dengan menuntut ilmu.

antologi harga remaja: gurindam 12 fasal keenam…?


TEMA:-

• Nasihat untuk memilih sahabat, guru, isteri yang sebaiknya.


Rangkap Maksud
Cahari olehmu akan sahabat, Saranan agar mencari rakan yang baik dan boleh
Yang boleh dijadikan ubat. memberikan manfaat kepada kita.
Cahari olehmu akan guru, Saranan agar mencari guru yang mahir tentang
Yang boleh tahukan setiap seteru. muslihat musuh.
Cahari olehmu akan isteri, Saranan agar memilih isteri yang taat setia akan
Yang boleh menyerahkan diri. suami.
Cahari olehmu akan kawan, Saranan agar memilih kawan yang tahu erti setia
Pilih segala orang setiawan. kawan.

Antologi Harga Remaja. Gurindam 12 Fasal yang Keenam: Latihan


Keenam: Latihan

Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cahari olehmu akan sahabat,


Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,


Yang boleh tahukan setiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri,


Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,


Pilih segala setiawan.

(Petikan daripada Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Latihan:

1) Berikan dua kebaikan yang dapat diperoleh orang yang pandai memilih sahabat dan guru.

2) Seseorang lelaki itu perlu bijak dalam memilih calon isteri. Nyatakan tiga ciri seseorang
calon isteri yang baik. Soalan bonus bagi pelajar perempuan: Nyatakan sepuluh ciri
seseorang calon suami yang baik! :)

3) Sila kemukakan empat gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam tersebut.
Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cahari olehmu akan sahabat,


Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,


Yang boleh tahukan setiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri,


Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,


Pilih segala setiawan.

(Petikan daripada Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Latihan:

1) Berikan dua kebaikan yang dapat diperoleh orang yang pandai memilih sahabat dan guru.

2) Seseorang lelaki itu perlu bijak dalam memilih calon isteri. Nyatakan tiga ciri seseorang
calon isteri yang baik. Soalan bonus bagi pelajar perempuan: Nyatakan sepuluh ciri
seseorang calon suami yang baik! :)

3) Sila kemukakan empat gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam tersebut.
7 Votes
LATIHAN SAJAK MAHSURI, ANTOLOGI HARGA REMAJA

Sajak Mahsuri

Arahan: Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Selendangmu mengibar di pantai

menyambut tetamu pulau

setiamu menjadi lagu

nyanyian ombak pagi

rambutmu menjadi jalur hitam

terapung di laut malam

air matamu dingin embun

jatuh di tujuh telaga

dendam tujuh keturunan

melengkung tujuh tanjung

putihlah pulau ini


disimbah darah suci

Mahsuri

sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi

kerana tanpamu

Langkawi tidak sebegini.

Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup

dia hanya bermula dengan

khayalan seorang seniman

pun kata orang Mahsuri pernah hidup

tetapi bahasa seorang pencerita

membuat dia lebih hidup dari kehidupannya

sastera yang mewarnai tanah air

kerana tanpa Mahsuri

Langkawi tidak sebegini bererti.

Mahsuri membesarkan Langkawi

sastera membesarkan tanah air.

Sebuah sajak yang sangat indah ciptaan Zurinah Hassan

(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Soalan latihan:

1) Berikan maksud rangkai kata disimbah darah suci dalam sajak ini.

2) Sekiranya anda menjadi pemimpin di Pulau Langkawi, apakah usaha yang akan
anda lakukan untuk memajukan lagi sektor pelancongan pulau tersebut?
Sila berikan empat usaha yang bakal anda lakukan.
3) Berdasarkan sajak “Mahsuri”, nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat
dalam sajak tersebut.

4) Jika anda pernah bercuti di Pulau Langkawi, apakah tempat paling indah
yang pernah anda lawati disana?

Anda boleh melayari pautan dibawah ini untuk mendapatkan maklumat yang
lebih lanjut tentang percutian di pulau Mahsuri ini.

Info Pulau Langkawi

Info Mahsuri binti Pandak Maya

Anda mungkin juga menyukai