Anda di halaman 1dari 4

DRAMA GELANGGANG TUK WALI

SET 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas? ( Melihat longgokan akar kayu di hujung
beranda )

TUK WALI: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi
lagi!

RIPIN: Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada siapa pulak yang menanam
semula.

TUK WALI: Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-
Allah ada lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila
aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan.
Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan … dah hilang rasa
hormat mereka pada alam!

RIPIN: Petua yang mana, wak ?

TUK WALI : Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang.
Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum
pasti , jangan cemas. Kalau belum mengenal, kenal dulu.

RIPIN : Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!

TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal ) Yang
langgar pantang, anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung.
( Marah ) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu!
Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi, rancang
tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya
tengkuk biawak!

(Dipetik daripada drama ”Gelanggang Tuk Wali” Antologi Harga Remaja,


Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah pantang larang yang diberitahu oleh Tuk Wali kepada Ripin ketika
masuk ke hutan? ( 2markah )
ii. Pada pendapat anda , mengapakah Tuk Wali amat berpegang kuat
pada pantang larang ketika mencari pokok-pokok ubat di hutan?

Set 2
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

TUK WALI : (Bangun dan mengingati sesuatu) Di rumah Haji Kodri tadi aku tau
aku memang sengaja dimalukan. Aku tau mereka Cuma jadikan Si Piee tu
kambing hitam! sasarannya aku, Umi! Aku! Mereka mempersendakan tiap
gerak dan kata-kata aku! Sampaikan cara aku bersampingpun dipersenda!
Tapi aku tak peduli semua itu. Buruk sangat ke tingkah laku aku ni? Aku Cuma
bersilat dalam gelanggang! Silat itulah yang aku gerakkan sejak 50 tahun lalu!
Dulu, semua jurus, pengunci dan penangkis pukulan itu dikagumi, dipuji dan
dianggap hebat. Tiap gelanggang bila aku bersilat, penuh sesak orang datang
nak melihat dan mencuri gelak! (Hampa) Tapi, sekarang tiap langkah aku baik
di luar apalagi di dalam gelanggang, dicemuh, dihina dan diketawakan! Apa
salah aku pada mereka. Umi! Besar sangat ke dosa aku ni? Cuma kerana terus
bersilat?
Aku Cuma tau bersilat, mencari akar kayu, meracik , mengurut bila ada yang
patah atau terkehel, mengubat orang sakit yang sudah tidak diterima lagi oleh
doktor! kerja pinang-meminang, jadi tuk mudin pun aku! Menggali liang kubur
pun aku! Sampai nak mandikan mayat pun aku dicari. Tapi, kerana aku terus
bersilat maka aku dicemuh, dihina sehina-hinanya! Adil ke, Umi? Adil ke? Aku
tak pernah minta disanjung! Aku tak tergamak minta upah setiap kali menolong
orang! Tak sampai hati aku, Umi! Tapi, mereka sampai hati menjatuhkan
maruah aku! Mereka tergamak menghina dan mempermainkan aku di majlis
orang! Aku malu, Umi! Malu!

MAK UMI : (lembut) Ripin kan ada, murid awak yang lain tu semuanya boleh
bersilat! Biarlah mereka saja yang turun ke gelanggang.

(Dipetik daripada drama ”Gelanggang Tuk Wali” Antologi Harga Remaja,


Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan masalah yang dihadapi oleh Tuk Wali?
[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, adakah wajar Tuk Wali dimalukan di hadapan
khalayak. Berikan tiga sebab.
[3 markah]

Set 3
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SIAK: Begini rupanya kamu, Wali! Berlindung dengan kekuatan murid? Kamu
sendiri pengecut rupa-rupanya!

TUK WALI: Engkau jangan campur,Ripin! Beri balik sundang tu kepada dia!

MAK UMI:Udahlah tu, bang! Kenapa bergaduh macam budak-budak ni!


Astaghfirullahalazim!...Ya, Allah! Kenapalah sampai jadi macam ni!

RIPIN: Tuk Siak, baliklah, tuk! Tak elok macam ni! Bawalah mengucap! Kalau ada
masalah, kita selesaikan cara baik! Cara berunding!

TUK WALI: Dia memang dah lama berdendam dengan aku, Ripin! Aku tau, sejak
aku kahwin dengan Mak Umi kau, semua yang aku buat tak ada yang betul di
mata dia! Tak cukup umpat fitnah, dihasutnya orang masjid supaya pulaukan
aku! Dah lama benar aku menunggu, baru petang ini sampai hajat aku!

MAK UMI: Sudahlah tu, bang! Malu kita macam ni! Udahlah tu! Biarlah aku pergi
dari sini! Tak mau aku jadi saksi orang-orang dungu bergaduh! Mari Ripin,
hantarkan Mak Umi ke rumah Berahim!
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh A.Rahim Abdullah dalam
antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm. 221)

i. Apakah yang menyebabkan Tuk Wali berasa tidak puas hati terhadap
Siak? ( 2 markah )

ii. Pada pandangan anda, wajarkah Mak Umi menjauhkan diri daripada
dua orang yang bergaduh itu? Berikan alasan anda. ( 4 markah )

Anda mungkin juga menyukai