Anda di halaman 1dari 28

Drama Gelanggang Tuk Wali (T4)

MRSM 2014
Soalan 2(b) Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
JAMIL

: Dia tak tembak tuk?

TUK WALI

: Pistol dia jatuh entah ke mana... dua orang lagi meluru dari dalam kedai. Dua orang
tu menyerang tuk dengan kapak! Serentak! Tuk elak kiri kanan! Tuk rasa letih, mata
tuk kelabu, kepala rasa pening. Tuk mengelak, tapi terlambat. Serangan yang datang
bertubi-tubi! Tuk terlanggar kerusi, tuk jatuh terlentang!

JAMIL

: Eee! Takutnya! Tuk tak lari ke?

HALIM

: Tuk dah jatuh, macam mana nak lari? Engkau ni teruklah! Sendiri mau fikirlah!

TUK WALI

: Dua orang tu ayun kapak, tinggi atas kepala. Dia orang memang nak bunuh tuk...
tuk dah tak berdaya nak berlawan. Tuk Cuma menunggu kapak tu sampai hinggap
atas kepala. Tuk cuma berdoa!

HALIM

: Tak ada orang datang menolong tuk?

TUK WALI

: Tiba-tiba tuk terpegang pistol! Tuk acu pistol kepada dua ornag perompak tu! Dia
buang kapak! Kamu tau apa dia orang buat? Melutut! Menangis merayu-rayu!
Dipetik daripada drama Gelanggang Tuk Wali oleh Ismail Kassan
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Apakah reaksi Tuk Wali ketika diserang?

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang dimiliki oleh seseorang yang mahir dalam
seni pertahanan diri?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu perwatakan Tuk Wali yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu
perwatakannya yang lain daripada keseluruhan drama itu yang tidak terdapat dalam
petikan.
[4 markah]

SBP 2014
Soalan 2(b) Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
RIPIN

: Wah masuk hutan minggu lepas? (Melihat longgokan akar kayu di hujung beranda)

TUK WALI

: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!

RIPIN

: Dah berpuluh tahun diredak, wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula.

TUK WALI

: Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi.
Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia
petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa
malu lagi bila merosakkan... dah hilang rasa hormat mereka pada alam!

RIPIN

: Petua yang mana, wak?

TUK WALI

: Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil
daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti, jangan cantas. Kalau
belum mengenal, berkenal dulu.

RIPIN

: Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!

TUK WALI

: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal) Yang langgar pantang,
anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung. (Marah) Si Berahim anak
tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu! Tunjuk mana pasak bumi,
tongkat ali, dikenalkannya rancang besi, rancang tembaga, yang mana raja
berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak!

RIPIN

: Masya-Allah! Semuanya diajar, wak?


Dipetik daripada drama Gelanggang Tuk Wali oleh Ismail Kassan
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Apakah pandangan Tuk Wali tentang orang sekarang?

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah perubatan tradisional seperti menggunakan


tumbuhan masih diamalkan oleh masyarakat kini?
[3
markah]

(iii)

Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan dan satu perwatakan Tuk Wali
berdasarkan keseluruhan drama.
[4 markah]

YIK 2014
Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
RIPIN

: Kenapa? Kenapa tuk imam dan tuk siak tiba-tiba sangat berminat dengan keris ini?
Selama ini tuk siak dan tuk imam memang mengidamkan keris ini bukan? Kenapa
keris ini tiba-tiba jadi penting? Kenapa tak risaukan fasal gelanggang Tuk Wali yang
tidak berguru lagi? Kenapa tidak risaukan fasal siapa yang akan menggali liang kubur
kerana Tuk Wali yang menggalinya sudah mati? Kenapa tiba-tiba saja keris ini jadi
penting? Lebih penting daripada Tuk Wali sendiri? Kenapa?

SIAK

: Ripin, engkau letakkan keris itu, Ripin! Engkau tak berhak menyimpan keris itu!

MARIAM dan MAK UMI sampai. MAK UMI menerpa ke arah mayat TUK WALI.
MAK UMI

: Siapa yang bunuh Tuk Wali?

RIPIN/SIAK

: (Serentak) Tuk siak/ Ripin.

MARIAM

: Siapa yang bunuh Tuk Wali? Abang Ripin? Tuk siak? Cakap, abang Ripin! Siapa yang
bunuh Tuk Wali? Tuk siak, Tuk imam? Apa dosa Tuk Wali? Kenapa dia dibunuh?

TUK SIAK

: Orang yang memegang keris pusaka itulah yang membunuh Tuk Wali!

MAK UMI

: Tidak! Ripin yang menghantar aku ke rumah Berahim! Waktu itu siak sedang
bertikam dengan Tuk Wali! Apa kena mengenanya Ripin dalam pembunuhan ini?
(Bangun dan menghadap SIAK) Engkau yang bunuh Tuk Wali! Engkau!

RIPIN

: Tuk siak jahanam. (RIPIN meluru ke arah SIAK yang cuba mahu melarikan diri.
IMAM cuba menahan RIPIN. Waktu keris hendak ditikam ke arah SIAK, IMAM
menghalang di tengah-tengah.)
Dipetik daripada drama Gelanggang Tuk Wali oleh Ismail Kassan
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Mengapakah Ripin hendak membunuh tuk siak?

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah misteri pembunuhan Tuk Wali dapat dibongkarkan?
[3 markah]

(iii)

Huraikan dua nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada
drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4
markah]

KERTAS KLON SPM 2007


Soalan 2(b) Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
PIEE

: Tak ada apa, nek! Sumpah! (Membuka baju dan menarik isi poket seluar) Saya
cuma nak tumpang tidur lepas makan tadi!

MAK UMI

: Tengok! Tak ada apa pun yang diambilnya! Janganlah marah sampai melatut begitu!

TUK WALI

: Kamu ni sayng tak tepat, Umi! Budak ni dah rosak tau! Hei, Piee! Engkau berambus
sekarang! Aku tak mau tengok muka kau lagi di sini. Kalau engkau datang juga, aku
rembat kaki kau dengan kayu tembung tu! Pergi!

MAK UMI

: Pergilah, Piee! Balik! Awak ni kalau ya pun nak marah, janganlah depan orang!
Jagalah sikit air muka budak tu! Dia pun ada maruah!

TUK WALI

: Hem! Di sendiri yang patut jaga maruah dia, bukan aku. Kamu ingat budak macam
tu ada maruah ke? Kalau dia reti malu, takkan diambilnya dadah haram tu!

MAK UMI

: Tapi, marah awak ni tak menolong dia pun!

TUK WALI

: Pujuk aku, nasihat aku selama ini pernah dianggapnya menolong? Duit untuk aku
nak ke Makkah dicuri! Ha! Itu yang benar pun, menolong dia hisap dadah! Entah
puaka mana yang dah merangsang dalam kepala dia agaknya.

MAK UMI

: Tak baik menyumpah seranah begitu!

TUK WALI

: Kamu ni pun sama macam Si Piee tu! Semua yang aku cakapkan tak ada yang baik!
Dipetik daripada drama Gelanggang Tuk Wali oleh Ismail Kassan
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Nyatakan dua sebab Tuk Wali marah akan Piee.

[2 markah]

(ii)

Sekiranya anda ibu bapa Piee, nyatakan tindakan anda untuk mengubah sikap Piee.
[3 markah]

(iii)

Jelaskan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada
keseluruhan drama.
[4 markah]

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (T5)


KEDAH 2 2014
Soalan 2(b) Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SANI

: Sani yakin, emak. Sani yakin bapa masih hidup.

SABARIAH

: (Meninggikan sara dari jauh) Sani! Kenapa bagi harapan yang kosong pada emak?
Engkau ni siapa yang hendak memandai-mandai? Cermin muka kau tu. Jangan
hendak berdolak-dalik dalam soal kematian. Berterus-terang saja. Hoi, kau ingat laut
itu macam air kolam masjidkaj? Tak nampakkah macam mana ombak tsunami itu
emusnahkan harta benda di pantai? Bapa dalam laut ketika itu. Kalau di atas daratan
habis hancur musnah, di dalam laut tu apatah lagi. Cuba buang khayalan kau itu.
Jangan hendak tunjuk pandai. Engkau orang luar. Bukan keluarga kami. Sudah dapat
menumpang ini pun sudah kira bagus, tahu.

SANI

: (Terasa dengan sindiran SABARIAH tetapi tetap bersabar) Kakak, jangan cakap
begitu, kak.

SABARIAH

: Habis kau jendak suruh buat macam mana? Cium kau? Sujud dekat kaki kau?
Jangan hendak perasaan, Sani. Jangan hendak tunjuk baik kau itu. Yang hilang itu
bapa aku. Bapa aku. Kau tidak ada kena-mengena dalam perkara ini.

SANI

: Kak... Bukan itu maksud Sani, kak...

SABARIAH

: Jangan panggil aku kakak kau.

SABRI

: Angah! (Cuba meleraikan pertengkaran)

SABARIAH

: Kauingat, Sani! Aku lebih dulu makan garam daripada engkau! Kau jangan hendak
memandai-mandai. Kaubuat urusan engkau sendiri. Jangan campur urusan orang.
Sudah mak, mari balik. Emak raung dengan air mata darah pun sudah tidak berguna
lagi. Bapa sudah tidak ada. Mayatnya mungkin sudah hilang.

SABRI

: (Meluru ke arah SABARIAH) Hiss, apa ni Angah? Jangan ditengking herdik Sani itu.
Tidak tengok emakkah? Jaga sikit mulut itu.
Dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung oleh Suraini Muhd Yusof
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Apakah tanggapan Sabariah terhadap bapanya?

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah pertelingkahan dalam kalangan keluarga sering


berlaku?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu
pengajaran lain daripada keseluruhan drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4
markah]

KELANTAN KUALA KRAI 2014


Soalan 2(b) Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
PAK MAN

: Assalamualaikum, Sani.

SANI

: (Terkejut lalu menoleh) Eh, Pak Man! Waalaikumussalam. Pak Man apa khabar?

PAK MAN

: (Menyandarkan basikalnya ke tiang bangsal) Baik-baik saja, Sani. (Menghulurkan


satu bungkusan kecil) Ini, ada anak-anak ikan baharu untuk kamu.

SANI

: (Mengambil bungkusan) Buat susah-susah saja, Pak Man.

PAK MAN

: (Senyum) Apa susahnya Dani. Rezeki ada.

PAK MAN duduk dan menggulung rokok daun.


SANI

: Banyak mengena hari ini, Pak Man?

PAK MAN

: Adalah sedikit, tetapi tidaklah macam sebelum bencana tsunami dulu. Nampaknya
ikan besar-besar belum ada sangat. Mungkin dihanyutkan ombak besar, jauh
agaknya.

SANI

: Yalah. Kalau daratan sudah dirobekkan begitu teruk, apalagi hidupan di dalam air.
Tidak begitu Pak Man? Tetapi, Sani rasa Pak Man masih bernasib baik kerana
selamat.

PAK MAN

: Ini semua kuasa Allah. Ombak besar itu tidak sampai ke rumah kita. Mujur ada
pulau depan pantai kita. Kalau tidak, rumah kamu, rumah aku habis ranap.
Kebetulan pula aku demam hari tiu, tidak turun ke laut. Kalau tidak, aku sendiri tidak
dapat ramal nasib aku ini, Sani. (Menyalakan rokok daun) Kamu cuti lama?
Dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung oleh Suraini Muhd Yusof
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Kemukakan dua sebab Pak Man mengatakan hasil tangkapannya tidak banyak. [2
markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimana kita dapat membantu meringankan beban orang yang
ditimpa bencana?
[3 markah]

(iii)

Kemukakan dua nilai dalm petikan, dan dua nilai dalam keseluruhan drama. [4 markah]

NEGERI SEMBILAN 2014


Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
PAK MAN

: Apa pun, dia tetap balik. Sabariah. Begitulah. Kita sebagai anak, kena
bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga kita. Kalau tidak kamu
semua, siapa yang hendak emak kamu harap? Kadang-kadang anak-anak tidak tahu,
bagaimana kasih seorang ibu terhadap anak-anaknya. Kasih seorang bapa terhadap
kebahagiaan anak-anaknya. (Cuba memberi nasihat) Kita tidak dapat menyelami hati
budi emak bapa kita. Perasaan mereka... Yang paling susah kamu hendak faham
ialah bagaimana kasihnya seorang isteri terhadap suaminya. (Berhenti seketika)
Itulah emak kamu. Seorang isteri yang setia. Seorang ibu dan isteri mithali.Dia yakin
suaminya belum mati. Itulah jenis orang yang akan menjadi ahli syurga.
Wallahuaklam.

SABARIAH terasa dengan sindiran PAK MAN. Kata-kata PAK MAN sungguh tajam. Mereka semua
terdiam kaku. Kelu lidah mereka untuk menjawab. Ketika ini, SANI muncul membawa buku-buku
bank simpanan yang diberikan oleh emaknya tadi. Sebaik sahaja sampai, SANI membahagikan bukubuku bank itu kepada yang empunya.
SANI

: Pak Man. (menegur PAK MAN) Bang, kak, ini buku simpanan yang bapa buka akaun
untuk kak ngah. Emak suruh pulangkan. Semaklah baki dalam buku itu. Ini abang
long punya. Yang ini abang alang punya dan ini kak teh punya. (Mula terasa sebak)
Tengoklah isi kandungannya. Tengoklah.

Masing-masing seperti tidak percaya dengan perkara yang mereka lihat.


SABARIAH

: Bapa tidak gunakan duit yang angah beri!

SABRI

: Ya Allah... Apa ni?

SHAHRUL cuba menggeleng-gelengkan kepalanya kehairanan.


SANI

: Sekarang semua sudah tahu kenapa bapa tetap turun ke laut, bukan? (Bercakap
tersekat-sekat, menahan kesedihannya) Kononnya bapa menyusahkan kita. Emak
menyusahkan kita. Tetapi semua sangkaan kita meleset. Sekarang kakak, abang,
ambillah duit itu balik. Emak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Emak pesan,
suruh sampaikan kepada kakak dan abang semua. Baiklah, itu saja pesanan mak.
Sani tidak tambah satu ayat pun.
Dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung oleh Suraini Muhd Yusof
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berikan dua pesanan emak kepada anak-anaknya seperti yang telah disampaikan oleh
Sani.
[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan oleh anak-anak untuk menghargai
jasa ibu bapa mereka?
[3
markah]

(iii)

Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan
yang lain daripada keseluruhan drama itu.
[4 markah]

SABAH 2014
Soalan 2(b) Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SABARIAH

: Emak... Sabariah minta maaf. (Sayu) Sabariah sudah lukakan hati emak. (Menangis)
Sabariah sanggup potong jari ini untuk menebus salah Sabariah, mak.

JIMAH menguis kakinya supaya pelukan SABARIAH terlepas.


JIMAH

: Pergi balik ke kota London engkau.

SHAHRUL

: Shahrul minta ampun, mak.

JIMAH melepaskan pandangannya ke arah lain. SANI cuma mampu memandang telatah abang dan
kakaknya.
SALMAH

: Emak, Sal minta ampun, minta maaf banyak-banyak. Sal bersalah emak. Sal
pentingkan perniagaan daripada tanggungjawab pada emak, pada bapa.

Semua mata tertumpu kepada JIMAH. JIMAH menahan sebak. Terketar-ketar bibirnya menahan
kedukaannya. Setelah dia dapat mengawal diri, baru JIMAH bercakap.
JIMAH

: Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa musibah,
mengembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur. Bantu ringankan
beban derita yang aku tanggung.Tapi meleset sekali sangkaan aku. Kamu cuma
fikirkan kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit kamu habis
berbelanja? Ratus ribu? Huh, tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit ringgit
yang kamu beri tiap-tiap bulan itu sudah cukup untuk membalas budi orang tua.
Kami tidak perlu duit ringgit kamu. (Berhenti seketika, menahan sebak di dada)
Kamu tidak malu pada Sani itu? Dia tu anak pungut. Anak pungut. Bukan anak aku,
tetapi dia lebih dekat dengan aku. Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tetapi dia
hambakan dirinya untuk aku. Dia dan Sani tahu membalas kasih sayang dan budi
yang selama ini aku dan bapa kamu beri.
Dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung oleh Suraini Muhd Yusof
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Sabariah sehingga sanggup jarinya dipotong?
[2 markah]

(ii)

Ibu bapa sebenarnya tidak mengharapkan wang ringgit anak-anak mereka. Pada
pendapat anda, apakah yang diharapkan oleh setiap ibu bapa daripada anak-anak
mereka?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama dan satu latar
masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.
[4 markah]

SARAWAK 2014
Soalan 2(b) Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SANI

: (SANI cuba memujuk) Emak tidak makan tidak minum dari pagi tadi. Mari kita
jamah makanan dulu, mak. Sani takut nanti perut emak masuk angin. Kalau emak
sakit, siapa yang hendak tunggu bapa? Bapa tentu hendak jumpa emak, bukan?
(Cuba menukar topik cerita supaya dapat menyejukkan hati emaknya)

JIMAH

: (Menoleh memandang SANI) Bapa kau di tengah... tengah laut sana tu, Sani. Di
tengah laut. (SANI mengangguk, mengiakan kata-kata JIMAH) Bapa dekat tengah
laut tu. Dia mungkin sedang mencari haluan, jalan balik. Sani, laut tidak seganas
mana, Sani. Laut tempat kita cari rezeki. Ombak yang berlari berkejar-kejar di aras
gigi air, kan tempat anak-anak ikan bermain... Tempat camar menyambar ikan...
Tempat perahu nelayan dilambung ombak., dibuai mimpi. Mimpi dapat rezeki,
rezeki khazanah di perut laut,rezeki yang akan tersangkut pada jaring yang sedang
menanti air pasang dan surut. (Merenung semula ke laut) Laut tidak seperti yang kita
sangka. Mengerikan. Laut rahmat dari Tuhan. Tuhan isikan perut laut dengan
pelbagai hidupan air untuk manusia. Tuhan mencipta laut untuk umat manusia
melayari bahtera kehidupan. Banyak contoh kita boleh kutip untuk dijadikan
sempadan hidup kita. Laut bukan tanah perkuburan seperti yang kamu sangka. Tidak
seperti cakap-cakap angah kau. Sani, laut yang telah memberi rezeki untuk
membesarkan kau. Laut tidak menyusahkan manusia. Laut ibarat sebuah kilang.
Kilang, tempat Allah limpahi rahmatnya untuk hidupan air. Kilang untuk umat
manusia cari rezeki. Emak percaya laut tidak akan musnahkan harapan emak. (Sayu
hatinya) Bapa kamu masih hidup dalam gelora yang dilimpahi rahmat Tuhan.
Percayalah bapa kamu masih hidup.

SANI

: Sani yakin, Emak. Sani yakin bapa masih hidup.


Dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung oleh Suraini Muhd Yusof
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Mengapakah emak beranggapan laut tidak akan memusnahkan harapannya? [2 markah]

(ii)

Pada pandangan anda, mengapakah seseorang itu masih sanggup menjadi nelayan
walaupun mengetahui malapetaka yang bakal menimpa apabila berada di tengahtengah laut?
[3
markah]

(iii)

Jelaskan satu latar masyarakat dalam petikan drama di atas dan satu latar masyarakat
lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4
markah]

TERENGGANU 2014
Soalan 2(b) Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SANI

: Emak, cukuplah itu, emak. Abang dan kakak cuma tersilap. Ampunkan abang dan
kakak, mak. Mereka anak-anak yang baik, mak. Kalau tidak masakan abang, kakak
balik ke mari. Ampunkan abang, kakak, ya mak? (Semua mata tertumpu kepada SANI)
Sani rasa, lebih baik kita pergi tengok bapa sekarang. Abang long, angah, abang
alang, kak teh, mari kita jemput bapa balik. Mari emak. Inilah saat yang emak tunggu
selama empat hari yang lalu. Tuhan kabulkan doa insan kamil seperti emak ini. Mari
mak.

SABRI

: Emak, mari kita jumpa bapa.

SALMAH

: Mari emak. Kita raikan bapa.

SHAHRUL

: Kita pergi sekarang, ia emak.

SABARIAH memeluk kaki emaknya dan kemudian mendakap emaknya dengan tangisan sambil
memohon restu.
SABARIAH

: Emak, Sabariah mohon ampun, emak. Sabariah minta ampun, mak. Sabariah baru
sedar sekarang. Kasih sayang lebih penting daripada duit ringgit. Kasih sayang
mengatasi segala-galanya. Kasih sayang emak terhadap anak bagaikan desiran
ombak di laut. Entah bila akan ada akhirnya. Emmmaaakkkk.
Dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung oleh Suraini Muhd Yusof
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berikan bukti yang menunjukkan Sabariah telah sedar akan kesilapannya?

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan untuk memupuk kasih sayang dalam
kalangan keluarga?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu pengajaran dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran daripada
drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Prosa Pelayaran Penuh Peristiwa (T4)


KELANTAN KUALA KRAI 2014
Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang
Sulung, Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri
kita sendiri! bisik mereka sesama sendiri.
Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,
sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua
puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin
Alam.
Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak
kembali ke Bandar Mengkaleh, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan
emas.
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lagi lalu
menyampuk, Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada
patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan
yang handal.
Kalau begitu, kata Awang Sulung pula, memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda
telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan
adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah
kakanda kembali ke Bandar Mengkaleh.
Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berikan maksud rangkai kata sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri berdasarkan
petikan di atas?
[2 markah]

(ii)

Apakah alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk
membolehkan baginda pulang semula ke Bandar Mengkaleh?
[3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mentaati ketua yang telah dilantik sebagai
majoriti?
[3 markah]

KELANTAN PASIR PUTEH 2014 / JOHOR 2013


Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk
mengambil kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelonibang sangat besar dan geliung tidak
dapat rapat ke tepi.
Awang Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu
mengikatkannya pada benang pancar warna, dicampakkannya ke laut. Seketika kemudian laut
menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya.
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar.
Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya dimanakah mereka berada sekarang, tetapi
jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan
kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri
Dayang Nuramah kelmarin.
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris
jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu mabuk itu
berlaku beta jatuh pengsan.
Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung ini?

[2 markah]

(ii)

Apakah yang dilakukan oleh jurumudi setelah tersedar daripada pengsan?

[3 markah]

(iii)

Apakah tindakan yang dilahkan oleh Awang Sulung setelah melihat ombak yang terlalu
besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi pulau?
[3 markah]

(iv)

Sekiranya anda Tuanku Nahkoda Tua, bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk
membalas perbuatan jurumudi?
[3 markah]

(v)

Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Nahkoda Tua tidak wajar mempercayai katakata jurumudi itu?
[3 markah]

PULAU PINANG 2014


Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar.
Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi
jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan
kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
"Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri
Dayang Nuramah kelmarin."
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat- pisat membelek-belek keris
jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu
berlaku beta jatuh pengsan.
Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka
ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, "Jikalau selamat geliung ini
sampai ke Tanah Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat
menyelamatkannya."
"Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah
Jawa," sembah jurumudi.
"Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada
bahaya yang besar, kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini."
Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Apakah perkara yang dilakukan oleh jurumudi sebaik-baik sahaja dia tersedar daripada
pengsan?
[2 markah]

(ii)

Mengapakah Tuanku Nahkoda Tua enggan menerima pengakuan yang dibuat oleh
jurumudi?
[3 markah]

(iii)

Pada pandangan anda, mengapakah jurumudi beria-ia hendak mengambil hati Tuanku
Nahkoda Tua?
[3 markah]

SARAWAK 2014 / KEDAH 2013


Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah penuh sarat geliung itu dengan wang dinar emas diisikan oleh lanun-lanun itu,
mereka pun bermohon kembali ke bahtera masing-masing.
Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor
ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua
mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi
yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, "Ya ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin
berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!"
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, "Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah
kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?"
"Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah
anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari
tali sauh itu?"
Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang
sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda
tertegun kaum lalu kembali bertanya kepada puterinya, "Hai anakanda, siapakah pemuda yang di
dalam jubung itu?"
"Dialah budak hitam yang meminta tolcing bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu,
tetapi telah ayahanda nyahkan dia."
Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berikan maksud rangkai kata tidak tahu dek untung.

[2 markah]

(ii)

Berikan maksud rangkai kata bermohon kembali ke bahtera.

[2 markah]

(iii)

Apakah kata-kata Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menyebabkan ayahandanya begitu
marah?
[3 markah]

(iv)

Apakah tindakan jurumudi setelah lanun itu pergi?

(v)

Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Nahkoda Tua menitahkan puterinya bernikah
dengan jurumudi?
[3
markah]

[3 markah]

PERAK 2013 / KLON SPM 2011


Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mulai terfikir hendak menguji kecekapan Awang Sulung lalu
disruruhnya Si Kembang Cina mengambilkan buyung suasa dan meminta Awang Sulung mengambil
air. Sungguh ganjil, anak-anak geliung itu pergi ke pulau mencari air, tetapi Awang Sulung berkayuh
ke tengah laut di tempat arus yang paling deras untuk mengambil air.
Setelah itu diberinya pula Awang Sulung sebilah parang, disuruhnya mencari kayu. Orang
mengambil kayu bakau dan temu laut, tetapi Awang Sulung mengambil batang nipah.
Apa gunanya menyimpan budak hitam ini? Disuruh mengambil air diambilnya air masin,
disuruh mengambil kayu diambilnya batang nipah... bebel jurumudi itu di depan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa.
Waktu diadakan kenduri, jurumudi menyuruh Si Kembang Cina memberikan sisa-sisa nasi di
dalam tempurung berbulu untuk Awang Sulung. Sedang Si Kembang Cina membuat kerja itu
terpandanglah oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa lalu dimarahinya. Mengapa kau buat begini, hai
perempuan celaka? Bapa engkau atau laki engkaukan si jurumudi bedebah itu?
Kemudian disuruhnya Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa untuk Awang
Sulung dengan talamnya beralaskan kain kuning.
Sudah itu bawa buyung suasa berisi air masin itu ke amri, perintahnya lagi.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merasa air masin di dalam buyung itu sudah bertukar menjadi
manis bagai serbat, lalu disuruhnya pula Si Kembang Cina merasanya. Si Kembang Cina merasa
takjub. Bagaimanakah air masin boleh menjadi serbat?
Lain kali ingat sedikit perbuatanmu itu! kata Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sambil menunjal
muka Si Kembang Cina.
Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka
(i)

Berikan maksud rangkai kata apa gunanya menyimpan?

[2 markah]

(ii)

Berikan maksud rangkai kata merasa takjub.

[2 markah]

(iii)

Setelah melihat Si Kembang Cina mengerjakan suruhan jurumudi, nyatakan tindakantindakan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terhadap Si Kembang Cina.
[3 markah]

(iv)

Apakah perkara-perkara pelik yang ditunjukkan oleh Awang Sulung?

(v)

Sekiranya anda Si Kembang Cina, apakah yang wajar anda lakukan apabila disuruh oleh
jurumudi menyediakan hidangan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu untuk
Awang Sulung?
Kemukakan dua pendapat anda.
[3 markah]

[3 markah]

(vi)

Pada pandangan anda, mengapakah jurumudi bersikap demikian terhadap Awang


Sulung?
[3
markah]

Hikayat Opu Daeng Menambun (T5)


JOHOR 2014
Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SYAHADAN sudah tentu muafakat mesyuarat berlima bersaudara serta Inderaguru Tujarapok
dan panglima dan serta dengan juak-juak sekalian, maka naiklah ke darat Opu Daeng yang berlima
bersaudara mengkhabarkan telah selesai muafakat saudara-bersaudara mengatakan Adinda Opu
Menambun yang hendak beristeri, jikalau ada ampun serta kurnia.
Lalu dijawab oleh Sultan, Pilihlah anak saya yang bertiga.
Maka disahuti, Jikalau ada ampun kurnia, itulah paduka anakanda Puteri Kesumba
dikahwinkan dengan saudara saya Daeng Menambun.
Syahadan maka ketika hari yang baik, bekerjalah memulai berjaga-jaga. Lalu beraraklah
kahwin. Serta sudah pengantin telah sampai tiga harinya, lalu bekerja pula mandi-manda, serta
berarak, kumpulan anak buah sekaliannya seperti orang Bugis dan berserta orang Matan.
Lalu Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara
minta langgarkan Panembahan Agung.
Maka bercakaplah sekaliannya orang Bugis serta mengaruk lalu turun ke perahu bersimpan,
berkemas, membaiki perahu. Serata sampai tujuh hari, mudiklah di Batangan Pawan Sungai Matan.
Serta sampai ke pangkalan negeri Matan, lalu naiklah ke darat Opu Daeng yang berlima
bersaudara serta dengan Inderaguru Tujarapok dan berserta panglima-panglima sekalian, dan serta
juak sekalian naik ke darat.
Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berikan maksud juak-juak sekalian.

[2 markah]

(ii)

Nyatakan adat perkahwinan yang dijalankan semasa perkahwinan Putera Kesumba


dengan Daeng Menambun.
[3 markah]

(iii)

Sekiranya anda Opu Daeng Bersaudara, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk
memastikan kesepakatan antara mereka dapat dikekalkan?
[3 markah]

KEDAH 2 2014
Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Serta sudah kumpul di kenaikan, lalu berangkatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara naik
ke darat, serta dengan alat senjatanya bersama-sama inderagurunya Tujarapok dan sekalian
nakhoda orang Bugis dan sekalian nakhoda yang datang dari Timur yang ada di Kedah itu,
sekaliannya dibawa masuk menghadap Raja Kedah. Serta sampai ke rumah anak raja Kedah yang tua
itu, lalu duduklah.
Maka lalu keluar anak Raja Kedah menghadap sekalian orang yang datang itu. Maka
berkhabarlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu mengatakan, "Saya semua ini datang hendak
menggelar anak Raja Kedah itu Yang Amtuanjadi Raja di Kedah."
Maka disahutinya oleh anak raja itu, "Baiklah."
Maka lalu dibacalah surat gelaran. Maka anak raja itu, digelarlah Yang Dipertuan Kedah.
Setelah selesailah daripada itu, maka diangkatlah nasi persantapan mana-mana yang hadir
sudi, sedapat-dapatlah. Setelah selesai daripada itu, maka santap sirih. Setelah sudah makan sirih
maka membaca doa selamat. Lalu bertitah Raja Kedah, "Asal selamat pekerjaan ini, tiadalah saya
mungkir daripada hal perjanjian. "
Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berikan maksud tiadalah saya mungkir daripada hal perjanjian.

[2 markah]

(ii)

Apakah yang dilakukan oleh Opu Daeng lima bersaudara setelah dibaca surat gelaran?
[3 markah]

(iii)

Sekiranya anda ialah salah seorang Opu Daeng yang lima bersaudara itu, bagaimanakah
anda akan menghargai jasa seseorang itu selain mengurniakan anugerah gelaran
kepadanya?
[3 markah]

MRSM 2014
Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Maka bertitahlah Sultan Raja Sulaiman kepada Opu Daeng yang lima bersaudara itu, Kerana
saya ini hendak minta tolong benar-benar, seboleh-bolehnya hal kesakitan saya semua orang Riau ini
oleh orang Siak. Dilanggarnya, kemudian ditaruhnya di bawah perintah, kebesaran di Riau
sekaliannya dibawa pulang ke Siak, seperti bedil kerajaan Laila Majnun, serta dengan gendaga emas
dan periuk emas, dan puan emas dan sekaliannya kerajaan dibawanya. Dan saudara saya perempuan
dibawanya ke Siak, dirampasnya, dibuatnya bini oleh Yang Amtuan Raja Kecil, itulah ibunya Yang
Amtuan Raja Bunga.
Syahdan maka menyahut Opu Daeng yang berlima bersaudara itu, berkhabar kepada Yang
Amtuan Raja Sulaiman, Dan jikalau mahu kita berjanji betul-betul cakap, saya menolong. InsyaAllah, seboleh-bolehnya saya tolong, dengan kuasa daripada Allah Yang Amtuan Raja Sulaiman
menjadi Yang Amtuan Besar. Saya semua pilihlah yang berlima ini siapa yang patut jadi Yamtuan
Muda? Saya semua seperti laki-laki. Raja Sulaiman menjadi seperti perempuan, diberi makan baharu
makan; apa kata Yang Amtuan Muda barang suatu perintah dan barang suatu bicara. Demikianlah
khabar Opu Daeng yang lima bersaudara.
Maka dijawab oleh Sultan Raja Sulaiman, Baiklah.
Maka Opu Daeng itu pun mengaruk seraya berkata-kata, Raja Sulaiman lihat saya nyatanyata, jikalau sungguh-sungguh bagai dikata, insya-Allah sayalah cakap menghapuskan malu Duli
Mahkota.
Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Apakah maksud menghapuskan malu?

[2 markah]

(ii)

Mengapakah Sultan Raja Sulaiman bersungguh-sungguh meminta pertolongan daripada


Opu Daeng lima bersaudara?
[3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, wajarkah Sultan Raja Sulaiman melantik salah seorang daripada
Opu Daeng lima bersaudara menjadi Yang Amtuan Muda sekiranya berjaya
menyelamatkan Riau?
Berikan dua sebab.
[3 markah]

PAHANG 2014 / KERTAS KLON SPM 2008


Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Dan lalu berkhabar Daeng Mataku, Saya ini serba salah, hendak balik ke dalam kota
menghadap Panembahan Agung bersama-sama dengan Daeng yang berlima bersaudara saya malu,
kerana saya disuruh menegahkan Opu Daeng yang berlima masuk ke dalam kota. Demikianlah
perintah Panembahan Agung kepada saya. Jikalau boleh, dengan yang lembut, jikalau tiada boleh
dengan lembut atau dengan yang keras, ditahankan juga seboleh-bolehnya.
Maka dijawab oleh Opu Daeng yang berlima bersaudara, Bulan dahulu saya hendak masuk
ke dalam kota bersama-sama Sultan Muhammad Zainuddin hendak mintakan ampun Sultan
Muhammad Zainuddin, tiada diterima, lalu ditonggongkan saya semuanya hilir tiada boleh
bertangguh dengan sebentar itu juga. Lalu hilir, dan kepada waktu hari ini tiadalah boleh ditegahkan
lagi saya berlima bersaudara ini; saya hendak masuk ke dalam kota seboleh-bolehnya, meski jadi
bertikam sekali apanyalah. Tetapi saya berlima , awak seorang dan seperti orang Bugis dan orang
Matan, itulah khabarnya Haji Hafiz.
Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berikan maksud saya disuruh menegahkan.

[2 markah]

(ii)

Berikan maksud rangkai kata ditonggongkan saya semuanya hilir.

[2 markah]

(iii)

Berdasarkan petikan di atas, jelaskan mengapakah Opu Daeng yang berlima bersaudara
akan tetap masuk ke dalam kota Panembahan Agung walaupun terpaksa menggunakan
senjata?
[3 markah]

(iv)

Nyatakan tindakan Penembahan Agung untuk menghalang kemasukan Opu Daeng


masuk ke kota.
[3
markah]

(v)

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu taat kepada pemimpin?

(vi)

Andaikan anda Daeng Mataku, jelaskan tindakan anda untuk mengelakkan pertumpahan
darah dalam situasi di atas.
[3 markah]

[3 markah]

SBP 2014
Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Lalu Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara
minta langgarkan Panembahan Agung.
Maka bercakaplah sekaliannya orang Bugis serta mengaruk lalu turun ke perahu bersimpan,
berkemas, membaiki perahu. Serta sampai tujuh hari, mudiklah di Batangan Pawan Sungai Matan.
Serta sampai ke pangkalan negeri Matan, lalu naiklah ke darat Opu Daeng yang berlima
bersaudara, serta dengan Inderaguru Tujarapok dan berserta panglima-panglima sekalian, dan serta
juak sekalian naik ke darat.
Lalu tahulah Panembahan Agung. Lalu disuruhkan menantunya bernama Daeng Mataku dan
satu lagi menantunya Tuan Haji Hafiz, orang Bugis itu, jadi ilmunya. Ditaruhnya bokor di hadapannya,
atau pasu; dan jikalau dibedil orang-orang, semua peluru yang dekat dia berkumpul di dalam pasu
itu di hadapannya. Demikianlah jadi ilmunya Tuan Haji Hafiz.
Dan keluarlah dia dari dalam kota serta dengan Daeng Mataku dan serta dengan juakjuaknya sekalian dan berserta dengan orang Matan, bersama-sama keluar berjumpa dengan Opu
Daeng yang berlima bersaudara itu. Dan belum berbunyi senjata sebelah-menyebelah, lalu
bertemulah Tuan Haji Hafiz dan Daeng Mataku kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara itu lalu
berjabat salam serta bertanya khabar.
Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berikan maksud bercakaplah sekaliannya.

[2 markah]

(ii)

Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ilmu Tuan Haji Hafiz menjadi.
[3 markah]

(iii)

Negara anda diserang oleh musuh secara tiba-tiba. Pada pendapat anda, apakah yang
wajar anda lakukan untuk menyelamatkan diri dalam situasi tersebut?
[3 markah]

SBP 2013
Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Akan kata segala dagang dari Petani memandang gurap sangat hairan; dari zaman nenek
baharu memandang serupa ini. Akan kata dagang Tandang Halidar, Inikah gerangan dikatakan kota?
Beredar segala Cina yang makan madat hairan tercengang-cengang tiada sedar gurap
andalan berkemala dipandang malam. Tanglung di atas tiang bernyala serta sampai siang harinya. Di
Pulau Berhala malamnya itu gurap masuk ke kuala.
Maka sekalian kelengkapan kenaikan penjajap pun mustaidlah sudah. Maka belayarlah ke
negeri Siak. Serta sampai di dalam sungai, lalu mudiklah sekalian kelengkapan angkatan penjajap itu.
Maka terkejutlah orang Siak. Maka isinya bedil Laila Majnun tiada mahu berbunyi. Maka
masuk alamat kepada kadi, Laila Majnun mohon kepada Raja Siak; ia hendak mohon kembali,
dipasang ia tiada tala, takut derhaka ke bawah duli, kepada Datuk Demang disuruh pasang seperti
aur ditarik songsang, sungguhpun kawan dalam makan perangsang, dan seperti ayam takutkan
musang.
Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun
Dalam antologi Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Apakah maksud maksud alamat?

[2 markah]

(ii)

Bagaimanakah reaksi orang-orang dagang apabila terpandangkan gurap?

[3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan bagi mengelakkan
negara dicerobohi oleh musuh?
[3 markah]

Gurindam 12 Fasal Yang Keenam (T4)


Soalan 2(d) Gurindam
Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Gurindam 12 Fasal yang Keenam
Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.
Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.
Abu Hassan Sham (Penyelenggara)
Antalogi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka

MRSM 2014
(i)

Apakah saranan pengarang dalam rangkap kedua gurindam di atas?

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah seseorang perlu memilih rakan yang setia?
[3 markah]

(iii)

Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam Gurindam 12 Fasal yang Keenam.
[4 markah]

NEGERI SEMBILAN 2014


(i)

Berikan maksud rangkap pertama gurindam tersebut?

(ii)

Dalam gurindam tersebut, penyair ada menyuruh kita mencari kawan.


Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri kawan yang baik?

[2 markah]

[3 markah]

PAHANG 2014 / SARAWAK 2014


(i)

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.

[4 markah]

PULAU PINANG 2013


(i)

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.

[4 markah]

KERTAS KLON SPM 2007


(i)

Nyatakan ciri-ciri sahabat yang berguna kepada kita.

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu belajar dengan guru yang bertauliah?
[3 markah]

(iii)

Nyatakan empat persoalan yang terdapat dalam gurindam di atas.

[4 markah]

BONUS SOALAN KOMSAS 1


(i)

Dalam rangkap kedua gurindam di atas dinyatakan bahawa seseorang guru amat berjasa
dalam mendidik pelajar.
Sekiranya anda seorang guru, bagaimanakah cara-cara untuk mendorong pelajar
sehingga berjaya?
[3 markah]

(ii)

Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam gurindam di atas.

[4 markah]

Sajak Harga Remaja (T4)


Soalan 2(d) Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Harga Remaja
Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?
Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu
Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju
Rahman Shaari
Antalogi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka

KEDAH 1 2014
(i)

Berdasarkan sajak, apakah ciri-ciri seorang remaja yang berharga?

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah yang perlu anda lakukan agar dapat mencapai cita-cita
anda?
[3 markah]

(iii)

Nyatakan tiga mesej yang diperoleh daripada sajak tersebut.

[4 markah]

SABAH 2014
(i)

Apakah maksud frasa cuka kesangsian dalam sajak di atas?

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang remaja dapat menjaga maruah dirinya?
Berikan dua cadangan anda.
[3 markah]

(iii)

Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

SBP 2014
(i)

Pada pendapat anda, mengapakah remaja perlu disedarkan tentang harga diri mereka?
[3 markah]

(ii)

Jelaskan dua mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak.

[4 markah]

KLON SEBENAR SPM 2013


(i)

Nyatakan dua kepentingan usia remaja seperti yang digambarkan dalam sajak tersebut.
[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi remaja
yang hebat pada peringkat antarabangsa?
[3 markah]

Anda mungkin juga menyukai