Anda di halaman 1dari 37

NURI DAN

LOKOMOTIF
LIPANG

Adaptasi dari Shtockerlock And Millipilli


Karya: Ranier Hachfield &Voker Ludwig

1
WATAK-WATAK
Nuri Nurani
Pakcik Kancil
*Cencorot
*Kitty
Tuan Singa Velu
Guru Lelaki I
Guru Lelaki ii
Murid
Gajah Laut
Mentadak
Mentadu
Kenari
Profesor
Dafi –pembantu profesor
Sheikh
Mejar
Budak 1
Budak 2
Atok

*Pelakon watak kanak-kanak boleh ditambah mengikut kesesuaian

2
BABAK SATU

SEMUA PELAKON MASUK KE PENTAS SAMBIL MENYANYIKAN LAGU


KERETAPI.

NURI
Cencorot…apa yang kaunyanyi tu?Cus cus cus cus tu salah!Sepatutnya cus CUS cus
cus cus!

CENCOROT
Eh, taklah! CUS cus cus cus cussss!

KITTY
Cus cus cus CUSSS!

MEREKA SEMUA bergaduh tentang bunyi lokomotif.

CENCOROT
Mana kau tahu bunyi lokomotif macam tu?

KITTY
Nuri…pergi sana!Main dengan anak patung!

NURI
Tak nak,hari ni aku nak main keretapi!Kalau kau tak nak main keretapi dengan aku,
aku cari orang lain! (Kepada penonton) Ada tak sesiapa yang nak main keretapi
dengan saya?

CENCOROT
Alah, janganlah cepat marah!Biar kami tunjukkan kau bunyi lokomotif!

NURI
Eleh,kau pun tak tahu sebenarnya!

KITTY
Kami tahulah!

NURI
Kamu tak tahu!Pembohong…dasar dodol berkulat!

CENCOROT
Kau nak lawan kami ya?

NURI
Satu lawan dua tu pengecut namanya,tahu tak!

KANCIL muncul dengan gulungan kertas di tangannya.


Hei, hei!Heiiii!

3
KANAK-KANAK (menyambut sambil menari keliling KANCIL)
Heiiii!Senyumlah, senyumlah…ahai cik mek molek!Senyumlah, senyumlah…

KANCIL
Berhenti, berhenti!Apa yang kamu semua ributkan ni?

NURI
Pakcik…saya nak beritahu!Mereka semua ni tak percaya dengan bunyi lokomotif
yang saya buat.

CENCOROT
Memanglah tak percaya! Sebab dia ni budak kecil!Budak kecil mana tahu apa-apa
pasal keretapi.

KITTY
Dan dia ingat dia selalu lebih tahu…

NURI
Memanglah aku lebih tahu!

CENCOROT
Dasar tomato lebam!

NURI
Buncis penyek!

KANAK-KANAK semua bergaduh menggunakan nama sayur-sayuran.

KANCIL (menjerit)
Kamu semua ni betul-betul sayurlah!Baik kamu semua diam! (Hendak berlalu pergi
dengan sayu) Bunyi lokomotif tu –cus CUS cus cus cus! (sama dengan bunyi yang
NURI buat).

NURI
Haa, betul tak?

CENCOROT
Hei! Tunggu dulu!Mana pakcik tahu bunyi tu?

KANCIL (patah balik)


Pertama, nama pakcik bukan ‘’hei’’ tapi Kancil!

NURI, CENCOROT DAN KITTY (Serentak)


Pakcik Kanciiiilll!

KANCIL
Kamu semua ni siapa nama?

4
CENCOROT
Nama saya Cencorot!
KANCIL
Dan kamu?

KITTY (Malu-malu)
Kittyyyyy!

KANCIL (kepada NURI)


Dan kamu pula?

NURI
Nama saya Nuri Nurani.

KANCIL
Nuri ya?Baik dengar sini!Pakciklah yang lebih tahu mengenai kereta api, berbanding
semua kanak-kanak dalam dunia ni. Tengok ni! (Membuka gulungan kertas.Ada
sebuah gambar lokomotif)

KANCIL (kepada penonton)


Kamu tahu gambar apa ni?

NURI, CENCOROT DAN KITTY


Sebuah lokomotif!

KANCIL
Benar, inilah lokomotif…yang bernama Si Lipang!(mula menangis)

NURI
Hei!Dia menangis!

KANCIL (masih terisak-isak)


Namaku bukan ‘’hei’’!Tapi Kancil!

CENCOROT
Lokomotif ni nampak kelakar…jadi apa yang nak disedihkan!

NURI
Ceritakanlah pada kami,pakcik! Mungkin kami boleh menolong.

KANCIL
Tapi pakcik akan selalu menangis kalau bercerita tentang Si Lipang. Ceritanya sangat
sedih.Kanak-kanak selalu datang ke mari untuk bersukaria.Bukan untuk menangis!

CENCOROT
Tak apa.Pakcik gunakan ini! (Memberi sehelai saputangan)

NURI
Saputangan kau ni macam kain lap lantai!Buat malu saja!Nah, pakcik gunakan ini!
(Memberi saputangan miliknya pula)

5
KITTY
Atau pakcik boleh gunakannya macam ni!(Buat-buat menghembus hidungnya dengan
saputangan NURI)

NURI
Eh, kamu ni pengotorlah!Pakcik, ceritakanlah pasal lokomotif tu.

KANCIL
Si Lipang adalah sebuah lokomotif yang gagah. Pakciklah pemandu Si Lipang.

SEMUA PELAKON KANAK-KANAK


Pakcik ni pemandu keretapi?Betulkah pakcik ni pemandu keretapi?

KANCIL
Betul!Itulah pekerjaan pakcik. Tapi itu bertahun-tahun dulu…

CENCOROT
Tapi apa yang terjadi?Lokomotif kan tak boleh meninggal?

KANCIL
Memanglah tak boleh!Tapi Si Lipang ni lagi teruk dari meninggal.Ia dirampas dari
pakcik.Kemudian dihancur-hancurkan!(Menangis lebih kuat)

SEMUA PELAKON KANAK-KANAK MENANGIS

KANCIL
Bukankah pakcik dah cakap,cerita ni memang menyedihkan!

NURI
Tapi siapa yang mencuri Si Lipang?

KANCIL
Bukan dicurilah,tapi dirampas!

CENCOROT
Samalah tu,tak ada bezanya!

KANCIL
Mesti ada bezanya.Orang itu memang berhak merampasnya dari pakcik.

KITTY
Siapa orang tu?

KANCIL
Namanya Tuan Singa Velu, majikan pakcik dulu.

SEMUA PELAKON KANAK-KANAK


Tuan Singa Velu?

6
KANCIL
Betul tu.Semua keretapi adalah kepunyaan dia, termasuk Si Lipang.

CENCOROT
Kenapa Tuan Singa Velu tu menghancurkan Si Lipang?

KANCIL (sedih)
Itu sebagai hukuman kepada pakcik, kerana dia tahu pakcik sangat sayangkan Si
Lipang. Pakcik selalu mengajak kanak-kanak menaiki Si Lipang secara percuma!

NURI
Takkan itupun tak boleh?

KANCIL menggeleng-geleng.
Bagi pakcik, tak ada apa yang lebih menggembirakan dari melihat Si Lipang dipenuhi
kanak-kanak yang bersukaria, menyanyi dan melambai-lambaikan tangan.

(SEMUA PELAKON KANAK-KANAK melakonkan setiap aksi yang disebut oleh


KANCIL)

Tapi itu semua sudah berlalu (menggulung kertas lukisan).Tuan Singa Velu langsung
tidak sukakan kanak-kanak.

KITTY
Di mana Tuan Singa Velu tu tinggal?

KANCIL
Dekat stesen keretapi.Di sanalah dia duduk sepanjang hari sambil membuat slogan-
slogan yang bertulis larangan-larangan.

CENCOROT
Apa yang ditulisnya?

KANCIL
Dia menulis semua perkara yang dilarang dalam keretapi. ‘’Dilarang merokok’’,
‘’dilarang mengeluarkan anggota badan’’, ‘’dilarang meludah di lantai’’, ‘’dilarang
kentut sesuka hati’’ dan banyak lagilah!

(SEMUA PELAKON KANAK-KANAK MELAKONKAN SETIAP AKSI YANG


DISEBUT KANCIL.KANCIL MENINGGALKAN PENTAS)

KITTY
Oooh,jadi dialah yang menulis semua slogan tu!

NURI
Macam mana kalau kita semua pergi ke rumah Tuan Singa Velu sekarang?

CENCOROT

7
Nak buat apa?

NURI
Kita minta dia baiki semula Si Lipang dan pulangkannya kepada Pakcik Kancil.

CENCOROT
Kalau dia tendang kita keluar macam mana?

NURI
Sekurang-kurangnya kita cuba dahulu.

CENCOROT & KITTY


Baiklah, kalau macam tu kami semua nak pergi!

LAGU SI LIPANG berkumandang.

BABAK DUA

TUAN SINGA VELU sedang menulis sesuatu di papan tulis. Tiba-tiba dia terdengar
suara kanak-kanak menyanyi. Dia terkejut.

TUAN SINGA VELU


Itu lagu Si Lipang!Takkan Si Kancil Tua tu dah bekerja semula?Lokomotifnya kan
aku dah rampas? (NURI, CENCOROT DAN KITTY MASUK SAMBIL
MENYANYI) Diaaaam!Ini bukan tempat menyanyi. Diaaaammm!

SEMUA diam.

NURI
Kami datang ke sini untuk bertanya…

TUAN SINGA VELU


Budak-budak macam kamu ni memang selalu nak bertanya, bertanya dan bertanya!
Kami orang dewasa ni asyik nak menjawab, menjawab dan menjawab!Banyak lagi
kerja aku nak buatlah! (Menulis sesuatu di papan tulis) Haa, Nampak ni?
DILARANG UNTUK BERTANYA! Puas hati?

CENCOROT
Tapi…

TUAN SINGA VELU


Terutama ayat-ayat yang dimulakan dengan perkataan ‘’tetapi’’.Itupun dilarang sama
sekali!

8
NURI
Sekarang tengok ni pulak! (Menulis sesuatu di papan tulis. TUAN SINGA VELU
cuba melihat tetapi dihalang oleh KANAK-KANAK LAIN) DILARANG UNTUK
MELARANG!Puas hati?

KITTY membawa papan tersebut dan menayangkannya kepada penonton.

TUAN SINGA VELU


Kamu tak boleh buat macam tu!

NURI
Kenapa pula tak boleh?

TUAN SINGA VELU


Nanti aku tak ada kerja nak dibuat!

CENCOROT
Baik tuan cakap, apa yang tuan dah lakukan pada Pakcik Kancil?

KITTY
Dan juga pada Si Lipang?Kenapa Tuan menghancurkan tubuh Si Lipang?

SINGA VELU
Aku bukan menghancurkannya, tapi memisah-misahkannya.

KITTY
Dua kali limalah tu, sama saja!

SINGA VELU
Salah! (Kepada penonton)Dua kali lima berapa? Lima kali dua baru sepuluh! (Kepada
pelakon semula) Aku telah memisah-misahkan bahagian badan Si Lipang dan aku
sebarkannya ke seluruh ceruk negeri, di tempat yang penduduknya pun tak kenal apa
itu lokomotif!

CENCOROT
Macam mana kalau kami berjaya jumpa dan mencantumkannya semula?

SINGA VELU
Terserah pada kamu. Kalau kamu berjaya, kamu boleh ambil Si Lipang tu. Tapi
padam dulu slogan tu!

NURI
‘’DILARANG UNTUK MELARANG’’?Tidak!Kami tak akan padam.Slogan ini
sangat sesuai.(Berbisik kepada CENCOROT menyuruhnya memanggil
KANCIL.CENCOROT keluar)

KITTY

9
Kami akan padam kalau tuan beritahu di mana bahagian-bahagian tubuh Si Lipang
disimpan.

SINGA VELU
Tidak!Padam slogan tu! (KANAK-KANAK ENGGAN) Padam slogan tu!

SINGA VELU mengejar PELAKON KANAK-KANAK dengan sebatang berus yang


besar. Ketika SINGA VELU hampir memukul KANAK-KANAK itu, KANCIL pun tiba
dengan CENCOROT.SINGA VELU menggelabah.

KANCIL
Haa, apa khabar Tuan Singa Velu?

SINGA VELU (memain-mainkan berusnya)


Eh..Encik Kancil?Khabar baik!(Buat-buat berjabat tangan)

KANCIL
Apa tuan nak buat dengan berus besar tu ya?

SINGA VELU
Ohhhh…berus ni?Saya nak…mmmm…saya nak…

KANAK-KANAK
Haa, cepat cakap!Cakap!

SINGA VELU
Aku nak menunjukkan kepada kanak-kanak ni cara-cara menulis slogan! (Menulis
sesuatu di udara)

KANCIL
Oh, begitu! (Terlihat slogan ‘’DILARANG UNTUK MELARANG’’ dan
membacanya kuat-kuat) Wah…akhirnya tuan menghasilkan satu slogan yang sangat
bagus!Tuankah yang menulisnya?

SINGA VELU
Bukan!Budak kecil tu yang tulis!

NURI
Tuan mesti beritahu di mana bahagian-bahagian Si Lipang disimpan.

SINGA VELU
Tidak!Aku tak akan beritahu…kalau kamu nak, kamu carilah sendiri!

NURI
Baiklah, kami akan pergi cari. Pakcik Kancil, kalau kita berjaya jumpa bahagian-
bahagian tubuh Si Lipang dan mencantumkannya semula, Si Lipang akan jadi milik
kita!

KANCIL
Kamu nak mencari bahagian tubuh Si Lipang?

10
SINGA VELU
Kamu tak mungkin dapat mencari dan mencantumkannya semula. (Ketawa besar)
Pergilah cari!Di padang pasir, di kutub utara atau di angkasa lepas…!(PELAKON
KANAK-KANAK melakonkan aksi setiap tempat yang disebut SINGA VELU).
Kamu tak mungkin akan menemuinya!

CENCOROT
Pakcik Kancil…Pakcik ada kereta Kancil,kan?

KANCIL
Tak ada…kita kena mencari sambil berjalan kaki!

CENCOROT
Alamak…saya banyak kerja sekolah nak dibuat! Saya tak bolehlah ikut!

KITTY
Saya…saya…saya sakit perut!Saya pun tak boleh ikut pakcik.Selamat tinggal!

KITTY dan CENCOROT meninggalkan pentas.

NURI
Hei, kawan-kawan!Tunggu! Hmm…tak apalah!Saya ikut pakcik mencari Si Lipang!

KANCIL
Kalau begitu, baiklah!Selamat tinggal, Tuan Singa Velu! (meninggalkan pentas
dengan NURI)

SINGA VELU (Terpandang slogan)


Padam slogan ni dulu!Hei! Hei!

KANCIL (sayup-sayup)
Namaku bukan hei!Tapi Kancil!

SINGA VELU meninggalkan pentas dengan marah.

LAGU SI LIPANG berkumandang.

11
BABAK TIGA

Di pentas terdapat dua buah alat pendengar yang dihubungkan kepada satu mesin
yang ganjil. Alat pendengar ini nantinya adalah roda lokomotif. Ada buku-buku yang
sudah dilekatkan.

GURU I masuk dan mengajak penonton menyanyikan LAGU GURU MALAYSIA.

GURU II masuk dan sibuk membetulkan mesinnya.

GURU I
Apa yang kaubuat tu?

GURU II
Aku sedang membina sebuah sekolah masa depan.

GURU I (melihat segala peralatan yang ada)


Macam ni ke rupa sekolah? (Ketawa) Kau jangan buat lawaklah!

GURU II
Jangan ketawa dulu!Alat-alat ini akan menjadikan kita guru-guru pencen, termasuk
kau dan aku.

GURU I
Dunia tanpa guru?Huh, memang itulah yang budak-budak suka! (Melihat buku-buku
dari dekat) Ini buku-buku sekolah! Semua dilekatkan?Ini dah tak boleh digunakan
lagi.Kau tak malu ke buat macam ni?

GURU II
Baik, aku terangkan pada kau. Mesin ini adalah sebuah sekolah masa depan. Kalau
kaududukkan seseorang sambil memakai alat pendengar ini, dia akan tahu segalanya
tentang ilmu pengetahuan.Kalau dia duduk di mesin yang ini, dia akan tahu segala-
galanya tentang ilmu binatang.

GURU I
Bagi aku,ia tetap tak masuk akal.

GURU II
Baiklah…macam mana kalau kau panggil salah seorang murid kau?

GURU I
Yang pintar atau yang kurang pintar?

GURU II
Tak kisahlah. Mana-mana pun boleh!

12
GURU I keluar, KANCIL dan NURI masuk.

KANCIL
Cuba tengok, apa tu?

NURI
Ini dua buah alat pendengar.

GURU II
Kamu tak akan faham. Duduklah!

KANCIL (membelek buku-buku)


Selamat tengah hari! Buku-buku ni untuk dijual ke?Eh, semuanya dah melekat
menjadi satu!Dia ni nampaknya nak memperdaya kita!

NURI (telah duduk di satu alat pendengar)


Daya? Daya itu adalah perbuatan manusia untuk mencapai tahap hidup yang lebih
sempurna. Daya juga bermaksud…

KANCIL (menarik NURI dari alat pedengar 1)


Apa yang kaukatakan tu?

NURI
Apa yang saya katak…(terduduk di alat pendengar 2) Katak adalah sejenis amfibia. Ia
boleh hidup di atas air dan juga darat. Katak mempunyai…

KANCIL (menarik NURI)


Eh, aku tak tahu pula yang kau ni kaki mengigau!

GURU II
Tidak…dia tidak mengigau!Semua itu adalah hasil tindak balas mesin ilmu ni.Semua
yang diucapkannya tadi adalah dalam keadaan tidak sedar.

KANCIL
Mesin ilmu?

GURU II
Benar!Inilah hasil penemuan saya!

GURU W masuk bersama MURID.

GURU I
Baiklah, mari kita mulakan.(Kepada NURI) Oh kau dah dapat anak murid rupanya!
(kepada KANCIL) Dan kau ni siapa?Guru juga ke?

KANCIL
Bukan guru…saya ni pemandu keretapi.

13
MURID
Wah,pemandu keretapi!

GURU I
Sekarang kamu duduk di sini…(kepada NURI) dan kamu, duduk di sana. (Kepada
MURID) Berapa jawapan sepuluh kali sembilan?

MURID
Sembilang itu adalah satu spesis ikan, berbentuk pipih, boleh dibuat masak lemak cili
api…

GURU II
Tunggu!Itu alat pendengar ilmu binatang…

GURU I
(Kepada NURI) Baiklah, kalau begitu berapa jawapannya tujuh kali lapan?

(Waktu ini KANCIL mencabut dan menyambung-nyambungkan kabel antara mesin


dengan alat pendengar)

NURI
Lipan merupakan sejenis haiwan yang banyak kaki, suka merayap…

GURU II
Itupun ilmu binatang!Cuba kamu tukar tempat!

NURI dan MURID bertukar tempat.

GURU II
Baiklah…kamu cuba sekali lagi.

GURU I
Harimau itu haiwan jenis apa?

MURID
Hari tu berlaku antara matahari terbit dengan terbenam. Satu minggu ada 7 hari.Hari
Isnin…Selasa…Rabu…

GURU II
Berhenti!Tukar lagi!

NURI dan MURID bertukar tempat lagi.

GURU II
Aku tak fahamlah…tadi semuanya okey.(Memeriksa mesin. KANCIL buat-buat tidak
faham) Oh, patutlah!Ada dua kabel tercabut! Okey, selesai.Mari kita cuba lagi.Enam
kali tujuh berapa?

NURI

14
Meooongggg,meooongggg!Ngaunggggg,ngaunnnngg!

GURU I
Hei, benda ni tak berguna langsunglah!

MURID
Guna!Guna adalah nilai yang diberikan kepada segala sesuatu yang dapat dikuasai
oleh si pengguna…

GURU II
Tepat sekali!Ia dah berfungsi sekarang!Sekarang jawab, apa makna harga?

MURID
Harga..har…har…haaaaa!

GURU I (Menarik murid)


Cukup, cukup!Ikut cikgu sajalah.Lebih baik cikgu yang ajar kamu!
Mesin ni bukannya penemuan yang sempurna. (membawa MURID keluar)

GURU II
Aku ingat, aku dapat membantu murid yang kurang cerdik dengan mesin ni…

KANCIL
Mesin ni bukan untuk murid yang kurang cerdik, tapi untuk guru yang pemalas!

GURU II
Eh, kau ingat kau tu siapa?Kau cuma pemandu keretapi!

NURI
Pemandu keretapi yang cekap lebih baik dari guru yang malas!

GURU II
Ini tak adil…dua lawan satu!Buat malu saja!(Ingin menangis)

KANCIL
Kenapa kau nak cipta mesin ilmu ni?

GURU II
Aku nak jadi seorang guru yang sempurna.Aku nak murid-muridku boleh menjawab
semua soalan dengan tepat.

KANCIL
Lupakan sajalah!Yang menjawab tu bukan murid-murid kau, tapi mesin ni!

GURU II
Baiklah aku cipta kaedah mengajar lain yang lebih berfaedah…(Membawa buku-buku
keluar)

KANCIL
Perisai-perisai ni masih boleh digunakan?

15
GURU L
Buatlah apa yang kausuka dengan mesin tu! (berlalu pergi)

NURI
Apa maksud pakcik dengan perisai?

KANCIL
Cuba Nuri tengok ni betul-betul! (Mengambil alat pendengar yang sebenarnya
merupakan dua buah roda lokomotif)

NURI
Hei…ini roda lokomotif!Roda Si Lipang!Yang ini pun…!

KANCIL
Mari kita cari sekeliling ni…mana tahu bahagian-bahagian yang lain pun ada!
(Mencari sekeliling, terlanggar bangku) Aduh…tak guna betul besi ni!

NURI
Agaknya ini pun bahagian Si Lipang…

KANCIL
Bahagian apa?

NURI
Si Lipang!

KANCIL
Betul!Roda-roda tu perlu dipasang di sini…(memasang roda pada bahagian besi tadi)
Haa, sekarang rupanya dah hampir sama dengan sebuah lokomotif. (Lagu SI LIPANG
mula bergema)

NURI (seronok)
Mudah-mudahan ia boleh bergerak!

NURI dan KANCIL menggerakkan badan lokomotif dan mula menyanyi. Adegan
berganti.Pentas digelapkan.

LAGU SI LIPANG DINYANYIKAN.

16
BABAK EMPAT

Dalam gelap, tiba-tiba terdengar jeritan ‘’aduh!!’’. Lampu diterangkan. Lagu SI


LIPANG berhenti tiba-tiba. Rupanya KANCIL dan NURI telah terlanggar GAJAH
LAUT yang sedang terbaring.

GAJAH LAUT
Aduuuuhhh! Mana kau letak mata kau?Sikit lagi kau nak lenyek aku!

NURI
Kau tak dengar ke kami datang?Kenapa kau tak mengelak?

GAJAH LAUT
Apa?Mengelak?Satu-satunya gerakan yang aku boleh buat ialah berguling…macam
ni!(Berguling-guling di tengah pentas) Aduuhhh…penatnya!

KANCIL
Gemuk betul dia ni!Kau boleh berdiri ke?

GAJAH LAUT
Boleh…kalau aku boleh duduk!Toloooooong!

Masuk MENTADAK dan MENTADU, bersama KENARI sambil membawa kereta


sorong.Mereka mendudukkan GAJAH LAUT di atas kereta sorong tadi. GAJAH
LAUT menggeliat sekuat-kuatnya.

NURI
Siapa mereka ni?

GAJAH LAUT
Ini Kenari, adik aku. Budak dua orang ni anak-anak aku, Mentadak dan Mentadu!

KENARI
Abang nak apa-apa ke, abang gajah sayang?

GAJAH LAUT
Aku ni dah nak mati kebulur…!

KENARI
Oh, sekejap ya!Sekejap ya,abang gajah sayang!(keluar bersama MENTADAK dan
MENTADU)

KANCIL
Oh…sebuah keluarga yang bahagia!

17
MENTADAK dan MENTADU masuk tergesa-gesa sambil membawa sepotong kuih
yang besar.

MENTADAK
Ini dia,ayah sayang…sepotong kuih yang sangat lazat!

GAJAH LAUT menggigit kuih.Anak-anaknya hendak keluar.Mereka ketakutan.

GAJAH LAUT (memuntahkan isi kuih)


Errgghh!Apa yang kamu bagi aku makan ni?Kamu nak bunuh aku ya?Tunduk!

MENTADAK dan MENTADU tunduk ketakutan. GAJAH LAUT memukul mereka


dengan kuih tadi. Mereka berdua menjerit kesakitan.

GAJAH LAUT
Sudah, keluar!Panggil bapak saudara kamu cepat! (MENTADAK dan MENTADU
keluar pentas dengan membawa kuih tadi)

KENARI (masuk tergesa-gesa)


Ada apa abang gajah?

GAJAH LAUT
Apa isi kuih tadi haa?

KENARI
Sebenarnya rempah daging dah habis…saya terpaksa isi kuih tadi dengan sambal
belacan!

GAJAH LAUT
Cehhh!Sambal belacan?Dasar kobis, petai, jering…!(Ingin memukul KENARI tetapi
KENARI berjaya mengelak)

KANCIL
Kamu memang macam ni ke sejak dulu?

GAJAH LAUT
Apa?Gemuk?

NURI
Tak!Kejam!

GAJAH LAUT
Kenari tu adiki aku…Mentadak dan Mentadu tu anak-anak aku!Suka hatilah aku nak
buat apa pun!Nanti kau pun aku pukul…jaga kau! (cuba berdiri dengan susah-payah)

KANCIL
Cubalah kalau kau berani!

GAJAH LAUT
Oh, nanti kau…aku pukul…huwaaaa….(menguap dan tertidur)

18
MENTADAK, MENTADU dan KENARI masuk semula dengan sepotong kuih.

MENTADU
Ini dia kuih yang terakhir,ayah sayang!

NURI
Dia tak dengar apa-apa lagi dah…dia dah hanyut!

KANCIL
Nama saya Kancil.Yang ini Nuri Nurani.Dia ni ayah kamu ke?

MENTADAK
Dengan sangat menyesal…ya!

MENTADU
Kami harus mematuhi perintahnya dan menyediakan makanan untuknya setiap masa.

KENARI
Dulu dia seorang ayah yang baik dan memahami.Dia jadi macam ni sejak dia dibuang
kerja…

MENTADAK
Waktu tu ekonomi meleset!

KENARI
Sejak itu dia jatuh sakit. Kerjanya sekarang hanyalah makan…makan…dan makan!

GAJAH LAUT terjaga apabila terdengar perkataan ‘’makan’’.

GAJAH LAUT
Makannnn?(Ternampak kuih) Makanan tak sedap kalau tak ada muzik.Nyanyikan
lagu kegemaran aku. Satu, dua, tigaaa!

KENARI, MENTADAK dan MENTADU mula menyanyi tetapi dengan nada yang
sangat sedih.

GAJAH LAUT
Ehhh…lagu apa yang kamu nyanyi haa!Sekali lagi…satu,dua,tiga!

KENARI,MENTADAK dan MENTADU menyanyikan LAGU MAKAN.

GAJAH LAUT tertidur kembali.

MENTADAK
Beginilah selalu…kami menyanyi tentang makanan tetapi dah tak ada apa lagi nak
dimakan.

NURI
Ambil sajalah kuih dari dia.

19
KENARI
Kami tak boleh buat begitu!

KANCIL
Aku boleh!(Mengambil kuih dari tangan GAJAH LAUT) Nah,ini kuihnya.Makanlah!

KENARI
Matilah,kalau dia bangun mesti dia mengamuk!

NURI
Aku ada akal!Semua ikut aku! (SEMUA keluar)

GAJAH LAUT (terjaga)


Wah,sedapnya!Eh…mana dia kuih aku?Mesti aku dah makan sampai habis waktu aku
tidur tadi.Mentadak, Mentadu!Mana makanan aku?

NURI (masuk memberi benda lain kepada GAJAH LAUT)


Ini makanannya,ayah sayang!

GAJAH LAUT (terus makan dengan gelojoh)


Errrgghh!Makanan apa ni?

KANCIL
Makan sajalah,bapak tempayan!

GAJAH LAUT
Oh…ini kerja kamu rupanya!Jaga kamu aku kerjakan!

GAJAH LAUT bangun dengan susah payah dan mengejar mereka hingga ke luar
pentas.Ketika GAJAH menghilang, NURI dan KANCIL muncul.

KANCIL (melepaskan penat)


Huh…mari kita duduk rehat dulu!

KANCIL dan NURI tidak sedar GAJAH LAUT muncul dari belakang. GAJAH
memberi isyarat kepada penonton supaya diam kerana dia ingin menangkap mereka.
GAJAH kelihatan lebih kurus sekarang, dengan cara pemakaian span pada kostum.
Setiap kali GAJAH muncul untuk berkejaran dengan NURI dan KANCIL, dia akan
kelihatan lebih kurus.

GAJAH LAUT (termengah-mengah)


Berhenti,berhenti! Aku bukan nak apa-apakan kamu!Hei, tunggulah!

NURI
Tengok! Dia dah kuruslah!

KANCIL
Betullah!Nampaknya gerakan-gerakan tadi telah membuatkan kau lebih kurus!

20
GAJAH LAUT (memusing-musingkan badannya)
Eh…aku dah kurus!Aku dah kurus! (Gembira) Wah,badan aku dah ringan sekarang.
(Kepada penonton) Lihat pinggangku…jadi ramping,kan! Seronok pula rasanya!
Mentadak…Mentadu…Kenari!

Ketiga-tiganya muncul.

KENARI
Eh, awak ni siapa?

GAJAH LAUT
Akulah babang kau…kau tak kenal ke!

KENARI
Kurusnya abang…!Budak-budak, ambil makanan cepat untuk ayahmu!

GAJAH LAUT
Cukup,cukup!Aku tak nak gemuk lagi.Aku lebih suka begini.Akhirnya aku dapat
bergerak bebas!

MENTADAK
Tapi kami kelaparan…

GAJAH LAUT
Baiklah, ayah akan bekerja supaya dapat membeli makanan untuk kamu.(Kepada
KANCIL) Dan kamu, bagaimana aku nak ucapkan terima kasih kepada kamu?

KANCIL (yang memerhati kereta sorong GAJAH sejak tadi)


Terserahlah kepada kamu wahai gajah yang langsing! Hmm…boleh tak kamu berikan
kereta sorong ni pada kami?

GAJAH LAUT
Oh, kereta sorong ni?Ambillah…aku pun dah tak perlukannya lagi. Baiklah, mari kita
semua pulang.

Keluarga GAJAH LAUT menyanyikan LAGU MAKAN sehingga keluar pentas.

KANCIL
Benda ni bentuknya macam sebahagian dari badan Si Lipang.(sambil memasang
kereta sorong pada bahagian depan lokomotif) Haa, betul pun tekaan pakcik!

NURI
Sekarang kita teruskan pencarian kita!

LAGU SI LIPANG dinyanyikan. KANCIL dan NURI menolak kereta sorong. Pentas
gelap.

21
BABAK LIMA

Pentas terang. KANCIL dan NURI sampai di makmal pelancaran roket. Ada sebuah
tabung besar yang rupanya seperti roket.

NURI
Kita di mana sekarang, pakcik?

KANCIL
Entahlah…pakcik pun tak tahu!

NURI
Saya ingat orang dewasa tahu semuanya.

KANCIL
Dah jauh kita berjalan ni.Baiklah kita berehat dulu. Nuri, kamu tidur dulu. Biar pakcik
jaga sekeliling ni. (menyanyi) Tidurlah, tidur….Lipangku sayang…tidurlah….
(menguap dan tertidur lebih dulu dari NURI)

Keduanya tertidur. Masuk PROF dengan pembantunya,DAFI. Pentas lebih terang


sekarang.

PROF
Kamu dengar tak, Dafi?Ada suara orang menyanyi?

DAFI
Saya tak dengar apa-apa pun, Prof.Bukankah ini kawasan larangan?Tiada siapa pun
dibenarkan masuk.

PROF
Betul juga tu!Haa, sampai mana dah kerja kita sekarang?

DAFI
Hari ni kita akan siapkan roket dan kita perlukan orang untuk dihantar ke bulan.

PROF
Sekarang mana bahagian puncak roket? (Mengangkat telefon) Sheikh, Mejar…mana
kamu pergi haa?Datang lekas, bawa bahagian puncak roket!Sheikh,Mejar…cepat
sikit! (meletakkan telefon) Tempoyak betul!Sepatutnya mereka bangga dengan misi
aku ni.Menghasilkan sebuah roket untuk dihantar ke bulan…!

DAFI

22
Kenapa tak hantar saja Sheikh dengan Mejar tu ke bulan, Prof?

PROF
Habis, nanti siapa yang nak tolong aku buat roket yang lain?

DAFI
Mereka berdua jugalah, Prof.Takkan mereka tak pulang ke bumi?

PROF
Pulang?Mereka tak akan pulang!Kalau pulang pun bukan dengan roket aku.Roket ini
hanya dapat terbang ke bulan saja dan tak mungkin pulang ke bumi.

DAFI
Apa yang Sheikh dan Mejar nak buat di bulan?

PROF
Tinggal dan hidup di sana!

DAFI
Memalukan betul!Saya tak sangka prof ni licik orangnya!

PROF
Licik?Aku, seorang professor dan aku ditugaskan membuat roket yang ada orang
untuk dihantar ke bulan! Itu semua lebih penting daripada memikirkan bagaimana
mereka mahu kembali dari bulan!Ini rahsia aku!(kepada penonton) Ada sesiapa yang
mahu terbang ke bulan?

DAFI
Prof, orang-orang itu tak sebodoh yang Prof sangka!Mereka dah dengar apa yang prof
cakap tadi!

KANCIL dan NURI terjaga.PROF dan DAFI terkejut.

NURI
Pakcik Kancil, bangun.Hari dah siang.

DAFI
Kamu berada di kawasan larangan. Di sini semuanya sulit dan dirahsiakan. Kamu tak
dibenarkan berada di sini.Keluar!Cepat keluar!

PROF
Encik Dafi yang kacak…janganlah berkasar begitu.Kita tanya baik-baik siapa mereka
ni!

NURI
Saya Nuri Nurani dan yang ini Pakcik Kancil.

PROF
Oh, seorang budak kecil dan seorang…

23
KANCIL
Pemandu keretapi!

PROF
Hmm…pemandu keretapi!Menarik…sangat menarik!Kalau begitu, kau mesti biasa
bekerja dengan mesin,kan?

KANCIL
Memanglah!Aku adalah pemandu keretapi terbaik di dalam negeri ini.

PROF
Bagus!Sayang sekali…aku tak ada lokomotif untuk kau.Tapi aku ada sesuatu yang
lebih menarik dari itu. Pernah tak kau terfikir untuk memandu sebuah roket?

DAFI membuat isyarat-isyarat untuk menarik perhatian NURI dan KANCIL

NURI
Kenapa dia tergeleng-geleng tu?

PROF
Dafi, jangan masuk campur hal ini!

KANCIL
Sebuah roket?Nak pergi mana?

PROF
Roket ini akan diterbangkan ke bulan.Menarik,kan?Cuba kau duduk di dalamnya, aku
yakin kau boleh mengendalikannya.

DAFI (kepada KANCIL)


Mungkin ruang ni tak muat untuk kau.

KANCIL
Menarik juga. Tak nak ikut ke, Nuri?

DAFI
Tidak…tidak boleh!Ini bukan untuk budak-budak!

PROF
Tak apa, ikut sajalah. Dua lebih baik daripada satu.

DAFI
Takkan sampai hati Prof berbuat begitu?

PROF
Mereka tak akan apa-apa. Terbang sekejap saja!

24
KANCIL
Mestilah tak apa-apa, kan?Terbang sebentar ke bulan, kemudian pulang ke
bumi.Seronok kan, Nuri? (Masuk ke dalam roket)

NURI
Seronok tu!Lepas pulang nanti, kita boleh mencari Si Lipang. Mungkin dari atas
bulan sana, kita boleh tengok dengan lebih jelas!(Masuk ke dalam roket)

DAFI (geram)
Kamu tak akan pulang ke bumi!

PROF (memintas)
Cepat, cepat!Mana bahagian lain? (Memasang badan roket)

DAFI (menghampiri NURI dan KANCIL)


Kamu tak akan pulang ke bumi lagi.

SHEIKH & MEJAR (membawa puncak roket)


Ini puncaknya, professor!

PROF
Pasangkan di atasnya! (SHEIKH & MEJAR memasang puncak roket) Cepat, kita
akan lancarkan roket!

KANCIL (mengangkat puncak roket)


Prof, gelap betul dalam ni!

PROF (menutup puncak roket kembali)


Duduklah diam-diam!

PROF menuju ke meja kawalan. DAFI menghampiri roket dan mengetuk-ngetuknya.

NURI (mengangkat puncak)


Jom ikut!

DAFI
Keluar cepat!Benda ni hanya dapat terbang ke bulan…

NURI
Memanglah!Habis tu?

DAFI
Dan tak akan dapat pulang ke bumi…

PROF
Apa hal tu?

PROF menutup kembali puncak roket.

25
PROF
Jangan bising!Sekarang mulakan kiraan untuk pelancaran…

KANCIL(dari dalam roket)


Kami nak keluar!

PROF
Sudah terlambat!Kamu akan dilancarkan!Sediaaaa!6-5-4-3-

NURI
3-4-5-6-7-8-9

PROF
9-10-11…Eh, kenapa pulak ni!Sepatutnya kiraan menurun!Sekali lagi!5-4-3-2

DAFI
3-4-5-6-7…

PROF
Dafi, kiraannya menurun!

DAFI
Kiraan menurun?Oh, baiklah!99-98-97-96…keluarlah cepat dari situ!95-94-93…

PROF
Kalau kau kira begitu, sampai bila kita nak tiba ke kosong!Sepatutnya dah sampai!

DAFI
Bertenanglah Prof!Masih banyak masa lagi ni!93-92-91-90…

KANCIL (membuka puncak)


Kami nak keluar!

PROF
Sudah terlambat!Kita terpaksa mengorbankan mereka demi ilmu pengetahuan!
Sekarang kira…!

DAFI
199-198-197-196…

PROF
Kau dah gila ke?Biar aku saja yang kira!

PROF (kembali ke meja kawalan)


5-4-3-2…

KANCIL(membuka puncak)
Ada skru tercabut!

26
PROF
Kau yang cabut skru tu!Pasang balik!Cepat…aku akan kira semula!10-9-8-7-6-5…
(sementara itu DAFI membantu KANCIL dan NURI keluar dari roket.PROF tidak
sedar akan hal ini kerana fokus pada meja kawalan) 4-3-2-1…

DAFI, KANCIL & NURI


Selesai!!

PROF (Bersorak)
Selesai!! (kepada penonton) Apa pendapat kamu semua?Roketku sudah pun
dilancarkan.Aku adalah pencipta peragung zaman ini! (Memandang roketnya, terkejut
dan kecewa) Haaa?Aku gagal ke?

KANCIL
Tak, benda tu berat sangat!

DAFI
Sebab itulah ia hancur sendiri!

NURI
Tapi jangan bimbang.Kami tak cedera pun!

PROF(terduduk dan menangis seperti budak kecil)


Oh…roketku!

DAFI
Dia ini memang selalu mencuba…

NURI
Dan selalu juga gagal.

PROF meraung lebih kuat.

KANCIL
Janganlah kecil hati,Prof.Masih ada peluang lain.Begini, bukankah baik kalau Prof
cuba membina sebuah lokomotif?

PROF
Lokomotif?

NURI
Ya,cubalah dengan Si Lipang.

KANCIL (mengajak PROF ke chasis)


Cuba tengok ni baik-baik!

PROF memerhatikannya dengan serius, menggoyang-goyangkanya.

27
PROF
Menarik!Sangat menarik!Tapi masih ada yang kurang,betul tak?Tunggu sekejap.
(mengambil salah satu bahagian roket dan dipasangkan pada lokomotif)

NURI
Haa,sesuai pun!Kalau yang ini boleh, yang lain pun mesti boleh!

PROF
Biar aku cuba! (mengambil bahagian yang lain dan memasangnya) Dah sempurna!
Apa pendapat kamu?

DAFI
Profesor adalah pencipta teragung sepanjang zaman!

PROF
Mulai saat ini aku akan membina lokomotif sahaja.Kau tak nak cuba hidupkan
mesinnya ke?

KANCIL mencuba hingga akhirnya suara mendesis kedengaran.

KANCIL
Yahooooo!

SHEIKH dan MEJAR berlari masuk


Bunyi apa tu?Bunyi apa tu?

SHEIKH
Eh, roket dah dilancarkan!

DAFI
Ia berfungsi! Ia berfungsi!

MEJAR
Roket macam ni pun boleh berfungsi!

PROF
Itulah permulaan sebuah lokomotif baru! Mari kita semua menyanyikan lagu
Lokomotif!

LAGU LOKOMOTIF dinyanyikan beramai-ramai.

28
BABAK ENAM

KANCIL dan NURI di atas Si Lipang. BUDAK 1 muncul dan menghampiri Si Lipang.

BUDAK 1
Apa benda ni pakcik?

KANCIL
Sebuah lokomotif.

NURI
Inilah Si Lipang.

BUDAK 1 (ketawa)
Macam ni ke rupa lokomotif?Kelakarnya!

KANCIL
Ini belum siap.Tapi kalau kamu gunakan daya imaginasi sikit-sikit, tentu kamu dapat
bayangkan. Bentuknya hampir sama dengan lokomotif,kan?

BUDAK 1I
Ada ke lokomotif macam ni?Mesti pakcik tak pernah tengok lokomotif!

KANCIL
Dengar sini!Aku dah jadi pemandu lokomotif bertahun-tahun tau!

NURI
Betul tu! Kau tahu ke macam mana suara lokomotif sedang bergerak?

BUDAK 1
Tahu!Macam ni….sssssstttttt!

KANCIL
Sebaliknya kamu tu yang ssssssstttttt!

BUDAK 1I
Itu bunyi LRT!

KANCIL
LRT? LRT tak seronoklah!Ia berjalan sendiri, tak ada suara yang dapat dijadikan lagu
dan tak ada asap yang dapat dilukis oleh kanak-kanak semasa peraduan melukis.

29
NURI
Mesti membosankan!

KANCIL
Daripada kita buang masa ni, baik kamu tolong kami cari bahagian-bahagian lokomtif
yang hilang. Masih tak lengkap lagi ni.
BUDAK 1
Maksud pakcik, skru-skrunya?

NURI
Bukan, atap ruang pemandu dan lain-lain.

BUDAK 1I
Itulah maksud aku.Atap dan skru yang berkarat.Di sebelah sana ada longgokan besi
dan benda-benda lain yang sudah berkarat.Mungkin benda yang kamu cari ada di
sana.

NURI
Bagus!Mari pakcik, kita pergi. (MEREKA KELUAR)

BUDAK 1 dan BUDAK II(ketawa terbahak-bahak sambil pergi ke satu sudut


lain)
Kamu boleh keluar sekarang, mereka dah pergi!

Muncul SINGA VELU bersama beberapa orang budak membawa slogan


‘’DILARANG UNTUK MELARANG’’.

BUDAK III
Sekarang, macam mana?

SINGA
Kita tengok dulu! (melihat-lihat lokomotif) Wah,tak sangka si tua dan si budak kecil
tu dapat jumpa bahagian Si Lipang sebanyak ini! Benda ni dah hampir sempurna!Tapi
aku takkan mengalah!

BUDAK III
Apa yang kita nak buat sekarang?

SINGA
Sudah jelas…aku tetap Singa Velu si perosak!

BUDAK-BUDAK
Ya, setujuuuuuu!!!

SINGA
Aku merosakkan semuanya.

BUDAK-BUDAK
Baguuuuussss!!!

30
SINGA
Sampai semua budak-budak menangis!

LAGU SINGA VELU dinyanyikan.

BUDAK I
Jaga-jaga, mereka datang!

SEMUA lari. Satu roda dibawa manakala slogan tertinggal. NURI dan KANCIL
masuk dengan membawa pelbagai besi.

KANCIL (bersiul gembira)


Aku rasa sekarang semuanya sudah lengkap! (terpijak slogan) Eh!

NURI
Saya rasa saya kenal slogan ni!’’DILARANG UNTUK MELARANG’’!Ya, sayalah
yang menulisnya di rumah Tuan Singa Velu. Ini petanda tak baik…

KANCIL
Selagi slogan itu belum dipadamkan, dia takkan berani berbuat apa-apa. Mari kita
pasang yang ni dulu.

KANCIL dan NURI bekerja memasang bahagian-bahagian Si Lipang.

KANCIL (terkejut)
Ada sesuatu yang tak kena di sini.

NURI
Ada sesuatu yang hilang!

KANCIL (kepada penonton)


Apa yang hilang ya?Roda?Sebuah roda?Betul,sebuah roda!Ah, Tuan Singa Velu!Jaga
kau!

KANCIL dan NURI bersembunyi di satu sudut. SINGA VELU dan BUDAK-BUDAK
muncul untuk mencuri lagi.

KANCIL (muncul dari belakang dan menepuk bahu SINGA)


Hai, buat apa di sini?

SINGA (terkejut)
Eh, ni Pak Kancil kan?Apa khabar Kancil yang budiman!Seronoknya dapat
berjumpa.Ini tentu lokomotif kau. Aku pun nak ikut sama memperbaikinya.

NURI
Bohong!

SINGA
Aah, ini dia budak cerewet yang menulis slogan tu,kan?Padam slogan tu cepat!

31
NURI
Dengan syarat tuan pulangkan semula bahagian-bahagian Si Lipang yang tuan curi!

SINGA
Aku tak pernah mencuri!

KANCIL
Memanglah tak mencuri, tapi tuan telah merosakkan dan membuangnya!

SINGA
Haa,tahu tak apa!

BUDAK 1,II & III


Tuan, kami nak bawa semua ni ke mana?

SINGA memberi isyarat supaya BUDAK-BUDAK menutup mulut.

KANCIL
Ooooh…kamu semua ni membantu dia mencuri dari lokomotif ni ya?

SINGA (gelabah)
Tak ada apa-apa!Kami tak pernah ambil apa-apa pun dari sini, faham! Sudah mari kita
semua pergi!

BUDAK-BUDAK dan SINGA baru saja hendak pergi tetapi bertembung dengan
ATOK yang membawa cerobong asap.

NURI
Itu cerobong asap kita!

ATOK (marah-marah)
Memang sah kamu yang buangkan benda-benda berkarat ni dalam kebun aku!Tak
tahu malu…

SINGA
Tapi atok yang kacak dan tampan…

ATOK
Kamu tak malu ke buat macam tu?Aku tak nak bercakap dengan kau! Perosak,
pembuat kacau!

NURI
Atok, boleh tak kami ambil balik cerobong tu?

NENEK
Cerobong?Apa cerobong?Mulai hari ini, tak ada cerobong, tak ada orang main bola
atau buat kerosakan di sini!Faham?

NURI

32
Tapi cerobong kami,Tok?

ATOK
Mana cerobong? (NURI menunjukkan cerobong yang ATOK pegang) Ini benih
tanamanku!Oh, benih-benih tanamanku! (Kepada BUDAK-BUDAK) Kenapa kamu
merosakkannya?

BUDAK 1
Tapi Tok, kami tak sengaja.Kami hanya nak bermain…

BUDAK II
Lagipun, Tok…tuan Singa Velu kata…

NENEK(kepada KANCIL)
Singa Velu?Lagi-lagi kau!

NURI
Atok,Atok!Ini Pakcik Kancil!

ATOK (memerhati dengan lebih teliti)


Hah?Kancil?Pemandu keretapi yang temasyhur tu?

KANCIL
Tepat sekali, Atok!Itulah saya!

NURI
Dan yang Atok pegang tu adalah cerobong Si Lipang!

ATOK (sentimental)
Oh, Si Lipang!Itu adalah sebuh lokomotif yang gagah. Sudah bertahun-tahun yang
lalu…(menyanyikan Lagu Si Lipang) Apa kau cakap tadi?Mana Si Lipang?

KANCIL (sambil memasang cerobong asap)


Inilah Si Lipang!

ATOK
Oh, Si Lipang!Beginilah rupamu dahulu.Tapi nampaknya masih ada yang kurang.

NURI
Betul!Ruang atap pemandunya!

KANCIL
Kami masih mencarinya.

ATOK
Mari Atok tolong, Atok boleh ikut kamu.

Mereka mencari di segenap ceruk.

ATOK (terjumpa slogan)

33
Ini…macam bagus ni! DILARANG UNTUK MELARANG…Bagus betul slogan ni!
(membalikkan slogan) Haa, tepat sekali!Inilah dia!

KANCIL dan NURI menghampiri NENEK. Mereka gembira dengan berjaya


menjumpai atap ruang pemandu.

KANCIL (sambil memasang atap)


Singa Velu fikir dia manusia yang paling hebat!

ATOK
Sekarang, mari kita jalannn!

SINGA
Berhenti!Tunggu dulu!

ATOK
Hmm…si perosak ni dah datang!Kau nak apa?Aku dah suruh kau pergi kan?Kau ajar
cucu-cucu aku buat jahat ya!Kau tengok, habis rosak benih tanaman aku…

SINGA (cuba menyampuk ATOK di atas)


Atokkkkk!Maksud saya, saya lupa nak ambil papan slogan saya!

SINGA (melihat lokomotif yang sudah siap)


Kamu berjaya menyiapkannya! (Hampir menangis) Kamu merosakkan rancangan
aku!

ATOK
Rancangan apa yang dirosakkan?

SINGA
Memanglah…kalau semuanya dah berjaya, apalah ertinya hidup aku sebagai seorang
perosak! (Meraung)

NURI
Apa kita nak buat dengan dia ni?

KANCIL
Biarlah dia ikut kita jalan.

ATOK
Apa?Manusia perosak ni?

KANCIL
Biarlah!Nanti dia terus menangis, banjir pula tempat ni. Marilah Tuan Singa!

SINGA (merajuk)
Tak nak!

ATOK (memujuk)

34
Marilah Tuan Singa sayang!

SINGA
Tak nak!

SEMUA
Kenapa pula?

SINGA
Sebab aku ni memang terlampau jahat!

NURI
Kalau Tuan dah mengaku, maknanya Tuan dah insaf sekarang…

SINGA
Betul ke?

KANCIL
Betul!Sudahlah tu, marilah kita naik!

SINGA
Muat lagi ke?

KANCIL
200 orang pun muat lagi ni!

BUDAK-BUDAK muncul dengan bungkusan.

BUDAK-BUDAK
Tunggu!Kami pun nak ikut!

ATOK
Kamu bawa apa ni?

BUDAK-BUDAK
Benih tanaman,Tok.Macam-macam ada!

BUDAK-BUDAK memberikan ATOK pelbagai benih bunga. ATOK menjadi asyik


dengan benih-benih tersebut.

ATOK
Bagusnya!Budak-budak ini sangat baik hati…

NURI
Kalau begitu, bolehlah mereka ikut kita.

KANCIL
Dengan syarat, mereka mesti menyanyi. Sejak dahulu, semua kanak-kanak akan
menyanyi setiap kali menaiki Si Lipang.

35
BUDAK-BUDAK
Nak nyanyi lagu apa?

SINGA
Nyanyikan sebuah lagu untuk Pakcik Kancil, Si Lipang dan juga Si Nuri! Sedia…
satu…dua…tigaaa!

LAGU SI LIPANG dinyanyikan beramai-ramai.ATOK terlupa untuk naik kerana


sibuk dengan benih bunga.

TAMAT

36
37

Anda mungkin juga menyukai