Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM ARENA2019

ANAK DEBAT
SEKOLAH MENENGAH SAINS
BANTING TAHUN 2019

KELOLAAN :
 PENGURUSAN PASUKAN BAHAS SM SAINS BANTING
DENGAN KERJASAMA UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH
MENENGAH SAINS BANTING

TARIKH :
FEBRUARI HINGGA MAC 2019
NAMA PROGRAM : “ARENA2019”

1. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan daripada pihak


pentadbiran P.I.B.G SM Sains Banting dan PIHAK LAIN bagi memberikan
peruntukan yang diperlukan dan membantu kelancaran Program “ARENA2019”
kelolaan Pengurusan Pasukan Bahas SM Sains Banting dengan kerjasama Unit
Kokurikulum SM Sains Banting tahun 2019.

2. LATAR BELAKANG

Kecemerlangan dalam bidang kokurikulum perlu diberi motivasi dan sokongan


supaya terus mengekalkan kecemerlangan dan mempertingkatkan
kecemerlangan ke peringkat terbaik. Usaha ini telah berjaya menampakkan hasil
cemerlang. Buktinya, pencapaian pasukan telah berjaya dipacu berada pada
tahap terbaik apabila pasukan telah berjaya menjadi Johan Sulung Debat
Malaya 2018 anjuran Universiti Malaya, Johan Debat Junior SEHEBAT tahun
2017 dan menjadi Johan HKSBP Zon Tengah tahun 2017. Sebelum itu
pencapaian bersejarah menjadi Johan Piala Perdana Menteri tahun 2016
cukup membanggakan. Semua ini bermula pada tahun 2015 iaitu tahun pertama
pasukan bergerak aktif di bawah pengurusan guru bahas yang meneruskan
legasi kejayaan pasukan sebelum ini. Kejayaan sulung ialah menjadi Johan
Piala Pengetua SBPI Gombak tahun 2015.
Kejayaan ini adalah hasil usaha berterusan pengurusan bahas dan para
pendokong usaha pasukan yang sentiasa mencari jalan untuk menyediakan
pasukan yang mantap bagi menyertai pertandingan bahas sejak bermula
sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2011. Dalam kesibukan pembahas dilatih
menjadi pembahas yang baik dan pemimpin dalam program-program di SM
Sains Banting, pengurusan pasukan juga berusaha keras untuk menyediakan
pasukan terbaik dengan menjalankan beberapa program khusus seperti
Bengkel Debat Alumni 2018 Siri 1 dan Siri 2, Program Debat Persahabatan
(SAHABAT2018), dan program-program lain seperti Program Jalinan Ilmu
Warisan Alumni atau JIWA 2018 iaitu kerjasama dengan Kelab Debat UiTM
Kampus Dengkil dan Program Terjah Debat 2018 (PTJ2018). Para pembahas
juga dihantar menyertai bengkel-bengkel debat yang dianjurkan agensi dan
institusi debat tertentu serta akhirnya didaftarkan menyertai pertandingan-
pertandingan terpilih pada tahun semasa.

Untuk memaksimumkan prestasi para pembahas, program ARENA2019


dirangka bagi menyediakan pasukan terbaik untuk menghadapi pertandingan
semasa serta menyediakan pasukan pelapis masa hadapan. Pihak
Pengurusan Bahas SM Sains Banting sangat berharap agar pihak pentadbiran
P.I.B.G SM Sains Banting dan PIHAK LAIN dapat meluluskan dan sedia
memberikan bantuan kewangan yang diperlukan pengurusan program ini.
Semoga kejayaan yang bakal dicipta dapat menjadi titik tolak kemajuan
seterusnya buat SM Sains Banting khususnya dan negeri Selangor Darul Ehsan.

3. OBJEKTIF PROGRAM
Di akhir program ini diharapkan :
3.1 Pelajar dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan dalam
teknik perbahasan.
3.2 Pelajar memperolehi dan mengaplikasikan pengetahuan dan teknik baru
dalam mengekal dan meningkatkan kecemerlangan sesi perbahasan
dengan bimbingan guru dan alumni.
3.3 Pelajar lebih bersedia dan bermotivasi tinggi dalam misi mencipta
kejayaan buat sekolah dalam pertandingan yang disertai pada tahun
semasa.
3.4 Pembahas sekolah akan terdorong untuk terus memajukan diri dan
alumni serta aktivis bahas mendapat peluang melonjakkan kemajuan
pasukan supaya menjadi pesaing hebat dalam arena debat pada masa
hadapan.
3.5 Mantan pembahas BASIS dan pembahas tahun semasa mendapat
peluang berkerjasama memantapkan pasukan bahas tahun semasa dan
meneruskan legasi kecemerlangan.

4. BUTIRAN PROGRAM:

4.1 Bilangan Peserta

Peserta terdiri daripada 8 orang pembahas utama kategori bahasa


Melayu dan Bahasa Inggeris SM Sains Banting Bersama 6
pembahas pelapis tingkatan 1 hingga 3 yang akan menyertai Cabaran
Debat Za’ba Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Piala Pengarah UiTM Dengkil 2019 dan
dimantapkan kualiti dan prestasi untuk persediaan pertandingan tahun
2019.

4.2 Tarikh Cadangan


Februari 2019 hingga Mac 2019

4.3 Fasa Pelaksanaan Program

FASA 1 Penetapan pembahas utama dan pelapis Cabaran Debat


Za’ba 2019 dan Piala Pengarah UiTM Dengkil 2019
Penyelidikan usul sasaran / target
Penyelidikan usul lepas
FASA 2 Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3
FASA 3 Perbahasan – Hari pertandingan sebenar
Post-morterm

4.4 Tempat Program


a. SM Sains Banting
b. Universiti Kebangsaan Malaysia
c. UiTM Kampus Dengkil

4.5 Ahli Jawatankuasa Program

Penasihat : Encik Mohamad Zaki bin Othman

Penyelaras : Encik Mohd Fauzi bin Maulan (BM)

Encik Anuar Sidek bin Ibrahim (BI)

Jawatankuasa Guru Penasihat dan Alumni ADAB

Setiausaha : Encik Mohd. Rafaie bin Abdul Aziz

Fasilitator : Alumni ADAB BM,dan BI

Cik Zulaika binti Zamaludin (BM)

Cik Iffah Afrina binti Salleh (BI)

Urus setia : Encik Mohd Fauzi bin Maulan (Ketua BM)


Encik Mohd Rafaie bin Abdul Aziz

Cik Norfarizan binti Mohammad (Ketua BI)

Cik Aqilah Rafhanah binti Razali

4.6 KUMPULAN SASARAN

PEMBAHAS BAHASA MELAYU

1. Nur Syahirah Balqis binti Shahrulnizam


2. Nurul Nasuha binti Mohamad Ghafi
3. Nurkasih Aerysa binti Zakaria
4. Mohamad Danial Haiqal bin Mohd Sulaiman
PEMBAHAS BAHASA INGGERIS

1. Fahrinnor bin Riduannor


2. Intan Dalilah binti Mohamed Ashraf
3. Najwa binti Nazaruddin
4. Yasmin Syamimi binti Muhammad Hilmi Lim

PEMBAHAS BAHASA MELAYU 2

1. Iffah Nur Balqis binti Abdullah


2. Muhammad Luqman Hakim Bin Zulkifli 
3. Nur Shahmi Bin Shaari
4. Tengku Yassar Ataullah Bin Tengku Armidin
5. Putera Muhammad Hariz Bin Mohd Zain Azraie
6. Laila Maisarah
5. Kewangan

5.1 Sumber Kewangan

P.I.B.G SM Sains Banting dan TAJAAN PERSENDIRIAN

Anggaran Belanjawan

PENDAPATAN

1 Peruntukan di bawah Unit Kokurikulum P.I.B.G Sekolah RM 2050 RM 2050


Menengah Sains Banting (3 pasukan untuk 2 pertandingan)
2 Tajaan persendirian (Pasukan kedua BM Cabaran Debat Za’ba) RM 700 RM 700
           JUMLAH BESAR : RM 2750.00

PERBELANJAAN

1 Yuran Pasukan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Sains


Banting bersama 1 orang guru pengiring
-Cabaran Debat Za’ba (1 pasukan BM dan 1 pasukan BI) RM700 X 2 RM 1400
- Cabaran Debat Za’ba (1 pasukan BM ditaja) RM700 X 1 RM 700
- Piala Pengarah UiTM Dengkil RM 650 RM 650
                                                                                                                                                          
                  JUMLAH BESAR : RM 2750.00
6. PENUTUP

Dengan ini adalah dimohon pihak pentadbiran P.I.B.G SM Sains Banting dan
PIHAK-PIHAK LAIN untuk mempertimbang dan meluluskan usul cadangan
peruntukan untuk Program “ARENA2019” kelolaan Pengurusan Pasukan Bahas
SM Sains Banting tahun 2019.

Disediakan oleh,

(MOHD RAFAIE BIN ABDUL AZIZ)


Pengurus Pasukan Bahas,
Setiausaha Program “ARENA2019”
Sekolah Menengah Sains Banting.

Disokong Oleh,

(MOHAMAD ZAKI BIN OTHMAN)


Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Menengah Sains Banting.
Diluluskan Oleh,

(NORSHAM BINTI NOORDIN, A.A.P)


Pengetua SM Sains Banting.
Sekolah Menengah Sains Banting.

Anda mungkin juga menyukai