Anda di halaman 1dari 7

PANTUN 2 KERAT

TEMA Nasihat yang dapat membina diri seseorang itu ke arah itu ke arah kebaikan PERSOALAN  Kepentingan mendapatkan ilmu  Kepentingan mempunyai perasaan  Kepentingan menjaga kesihatan diri  Perlunya mendengar nasihat BENTUK  Terdiri daripada enam rangkap  Berisi dua baris serangkap  Ada pembayang dan maksudnya  Bilangan katanya tiga hingga enam puluh patah sebaris  Terdiri daripada tujuh hingga 13 suku kata sebaris GAYA BAHASA  Asonansi - tak tahu, tak kenal, diam (pengulangan vokal a)  Aliterasi mahal imam, murahlah khatib (pengulangan konsonan m)  Anafora pengulangan kata sakit dan dalam dalam rangkap kelima, baris 1 dan baris 2.  Responsi pengulangan kata taruh dan dalam rangkap kelima, baris 1 dan baris 2  inkope tak NILAI  Mendengar nasihat  Menjaga diri  Jati diri PENGAJARAN  Kita hendaklah sentiasa mendengar dan mengikuti nasihat yang diberikan.  Kita hendaklah sentiasa menjaga diri daripada melakukan perkara yang siasia  Kita hendaklah mempunyai jati diri agar kita tidak mudah terpedaya oleh perkara-perkara yang negatif

Latihan Subjektif
1. Tulis rangkap Pantun Dua Kerat (Nasihat) berdasarkan maksud yang diberikan Maksud Pantun a. Setiap nasihat yang diberikan kepada kita perlulah kita hargai dan ingati setiap masa b. Apabila ditimpa sakit mestilah sentiasa beringat dan sedar akan diri c. Jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara, adalah lebih baik kita mendiamkan diri daripada perkara-perkara d. Sekali kita telah melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, masalah akan berterusan dan semakin berat e. Jika kita mengikut cakap seseorang yang tidak baik, maka kita juga akan terlibat dalam perkara yang tidak baik f. Kita haruslah mempunyai perasaan terhadap sesuatu perkara Rangkap

2. Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat) ______________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 3. Berdasarkan Pantun Dua Kerat (Nasihat) , nyatakan gaya bahasa bagi kata dan huruf yang bergaris di bawah ini. a. Dengar cakap enggang makan buah belolok Dengar cakap orang terjun masuk lubuk b. Sakit pandan tak tahukan duri

Latihan Objektif Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pantun Dua Kerat (Nasihat) Gaharu, Cengal, Giam, Tak tahu, tak kenal, diam Jika ada padi berhampalah, Jika ada hati berasalah Sakit pandan tak tahukan duri, Sakit badan tak tahukan diri Dengar cakap enggang makan buah belolok, Dengar cakap orang terjun masuk lubuk Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati Mahal imam, murahlah khatib, Mahal demam, murahlah

sakit

1. Penyajak melalui rangkap kelima pantun menasihati kita agar.... A. Mengingati apa-apa yang dipelajari sebelum ini B. Menyimpan setiap nasihat yang diberikan C. Menghargai dan megingati setiap nasihat yang diberikan kepada kita D. Menghargai jasa orang yang telah menasihati kita. 2. Maksud rangkap ketiga Pantun Dua Kerat (Nasihat) ialah... A. Orang yang sakit sudah tentu tidak mengingati diri B. Apabila ditimpa sakit tetapi masih tidak sedar akan kesalahan diri C. Sakit menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri D. Kesakitan yang dialami menyebabkan seseorang itu hilang ingatan

3. mahal imam, murahlah khatib, mahal demam murahlah sakit Pengulangan kata murahlah dalam baris di atas ialah unsur gaya bahasa ... a. Responsi b. Aliterasi c. Anafora d. Sinkope 4. pengajaran yang patut diperoleh daripada rangkap terakhir pantun ialah... a. kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan b. janganlah sesekali kita melakukan perbuatan yang tidak elok c. kita hendaklah menjaga kesihatan mental dan fizikal d. kita hendaklah insaf setelah terjebak dalam perbuatan yang tidak elok

PANTUN 4 KERAT (MUHIBAB DAN PERPADUAN)


TEMA Keharmonian dan perpaduan hidup masyarakat majmuk. PERSOALAN 1. Persoalan amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang kaum. 2. Persoalan amalan cara hidup muhibah dapat menyatu-padukan rakyat berlainan bangsa dan budaya. 3. Persoalan amalan bekerjasama dan bergotong royong dapat memudahkan segala urusan. 4. Persoalan kepelbagaian keturunan tidak menghalang pembinaan bangsa yang padu. 5. Persoalan kebudayaan nasional tidak melenyapkan kebudayaan sesuatu kaum. BENTUK 1. Terdiri daripada lima rangkap. 2. Pantun ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris akhir maksud pantun. 3. Pantun ini mengandungi empat belas hingga lapan belas patah perkataan dalam satu rangkap 4. Suku kata terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris. 5. Rima akhir ab, ab. GAYA BAHASA Simile Senyuman manis seperti madu; (Rangkap 4, baris 2) Kata gandaTanda bersatu bergotong-royong (Rangkap 3, baris 4) HiperbolaMengairi sawah beratus relong; (Rangkap 3, baris 2) Asonansi Di negara Malaysia berbilang bangsa (Rangkap 1, baris 4) - Pengulangan vokal a Aliterasi _ Bermacam keturunan bukan halangan (Rangkap 4, baris 3) - Pengulangan konsonan n NILAI 1. Nilai bekerjasama. 2. Nilai hormat-menghormati. 3. Nilai semangat bermasyarakat. 4. Nilai Patriotisme. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum. 2. Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian negara. 3. Kita hendaklah hidup berkerjasama dan bertoleransi dalam masyarakat yang berbilang kaum.

LATIHAN
1.
Apakah persoalan yang diutarakan oleh penulis? A. Kepentingan mengamalkan sernangat muhibah dan perpaduan B. Tanggungjawab masyarakat untuk mencapai perpaduan C. Kepentingan bangsa yang bersatu padu D. Mewujudkan semangat kerjasama dalam masyarakat Tema Pantun Empat Kerat(Muhibah dan Perpaduan) ialah... A. kebudayaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. B. masyarakat yang terdiri danpada pelbagai latar belakang. C. perpaduan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. D. kehidupan masyarakat yang bersatu padu dan hidup harmoni.

3.

Apakah yang menyebabkan masyarakat yang berbilang bangsa dapat hidup bersatu? A. bekerjasama dalam melakukan semua pekerjaan B. mengambil tahu akan hal bangsa lain C. sentiasa mengamalkan semangat muhibah D. bangga mempunyai rakan yang terdiri daripada pelbagai keturunan Berdasarkan rangkap kelima sajak, apakah yang masih kekal dalam ingatan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum? A. budaya masyarakat Malaysia yang harmoni B. kehidupan masa silam mereka C. kenangan indah semasa bersama keluarga dahulu D. keseluruhan cara hidup asal mereka

2.

4.

PANTUN AGAMA (4 KERAT)


TEMA Amalan agama menjamin kehidupan di kemudian hari. PERSOALAN 1. Persoalan taat akan hukum agama akan menjamin kehidupan bahagia di akhirat nanti. 2. Persoalan kejahilan manusia yang tidak tahu akan hukum-hakam agama. 3. Persolana penampilan fizikal tidak melambangkan keperibadian dan tahap keimanan seseorang. BENTUK 1. Pantun ini terdiri daripada terdiri daripada enam rangkap. 2. Setiap rangkap mengandungi empat baris. 3. Jumlah baris terdiri antara tiga hingga empat patah perkataan. 4. Contoh, tiga patah perkataan sebaris: Kemuning daunnya lampai 5. 6. 7. Contoh, enam patah perkataan: Di atas dunia kau tak sampai Rima akhirnya ab ab. GAYA BAHASA Aliterasi - Teritip di tepi kota -Pengulangan bunyi konsonan t Asonansi -Teringat badan tidak sembahyang Pengulangan bunyi vokal a Kata ganda - Dunia ini pinjam-pinjaman Sinkope -Di atas dunia kau tak nampak NILAI 1. 2. Nilai keinsafan. Nilai kesederhanaan.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah tidak terlalu menurut kata hati. 2. Kita hendaklah tidak menilai seseorang itu dari luaran sahaja. 3. Kita hendaklah beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja. 4. Kita hendaklah mengerjakan solat supaya tidak menyesal pada kemudian hari. 5. Kita hendaklah memelihara amalan hidup di dunia.

Latihan Baca pantun dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.. 1. Semua yang berikut ialah contoh tumbuhtumbuhan yang terdapat pada pembayang pantun, kecuali a. Sampan b. Halia c. Asam d. Kemuning Dalam rangkap ketiga, pemantun menyatakan tentang... a. Dosa mudah diperoleh tanpa mengira status b. Pemimpin juga melakukan dosa c. Tiada yang sempurna di sunia ini d. Orang yang jahil dan berdosa hendaklah bertaubat \ Menangis mayat di pintu kubur, Teringat badan tidak sembahyang 3. Apakah nilai yang terkandung dalam baris di atas a. Kejahilan b. Keinsafan c. N Kejujuran d. Kedaifan Semua yng berikut ialah gaya bahasa asing. Kecuali a. Syurga b. Akhirat c. Kandis d. Imam Persoalan utama yang dipaparkan dalam Pantun Empat Kerat (Agama) ialah a. Panduan beramal ibadat dan keimanan kepada Tuhan b. Orang yang melakukan dosa hendaklah bertaubat segera c. Dunia ini tidak kekal dan akhirat juga yang abadi d. Janganlah melakukan sesuatu perkara mengikut kehendak hati

4.

2.

5.

SYAIR NASIHAT
TEMA Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan jujur dan ikhlas. PERSOALAN 1. Persoalan kepentingan ilmu dalam menjalankan tampuk pemerintahan. 2. Persoalan keperibadian yang tinggi yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin. 3. Persoalan ajaran betul dan ajaran songsang yang telah diwartakan. 4. Persoalan hukum syarak yang perlu diikuti untuk mengelakkan aib kepada diri. BENTUK 1. Pantun ini terdiri daripada lapan rangkap. 2. Setiap rangkap mengandungi empat baris. 3. Jumlah perkataan empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sebelas suku kata dalam satu baris 4. Rima akhir adalah sama iaitu aa aa. GAYA BAHASA Aliterasi Dengarkan tuan ayahanda berperi. (Rangkap 1, baris 1)Pengulangan konsonan n Asonansi - Had syarak jangan dilalu. (Rangkap 5, baris 3) - Pengulangan vokal a Inversi - Kerja kebajikan janganlah malas.(Rangkap 3, baris 1) Bahasa Arab-Had syarak jangan dilalu (Rangkap 5, baris 3) NILAI 1. Nilai mendengar nasihat 2. Nilai kerajinan 3. Nilai keadillan 4. Keikhlasan PENGAJARAN

1. 2. 3. 4.

Kita hendaklah mendengar nasihat ayah, agar kehidupan kita diberkati. Kita hendaklah menjalankan siasatan sebelum menjatuhkan hukuman. Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan kebajikan, serta ikhlas dalam sebarang tindakan. Kita hendaklah menuntut ilmu agar dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.

Latihan Baca syair dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang beikutnya 1. Berdasarkan syair, yang manakah bukan pesanan ayahanda terhadap anaknya a. Haruslah rajin bekerja b. Perlu jujur dalam perbuatan c. Jangan ingar perintah agama d. Menggalakkan anaknya menjadi raja Frasa ilmu yang benar jangan yang bukan bermaksud... a. Tuntutlah ilmu yang dapat membawa kebaikan b. Setiap anak haruslah mematuhi nasihat ibu bapa c. Kita digesa supaya rajin menuntut ilmu d. Ilmu haruslah dicari dan diamalkan

3.

4.

2.

5.

Contoh gaya bahasa klasik yang dapat ditemukan dalam syair tersebut ialah.. a. Syarak b. Culas c. Hak d. Berperi Apakah nilai yang terkandung dalam rangkap ketiga syair? a. Keiklasan b. Kesedhanaan c. Keyakinan d. Kerajinan Antara baris syair yang berikut, yang manakah menggunakan gaya bahasa simile? a. Had syarak jangan dilalu b. Akhiratnya anakanda jatuh tersemu c. Seperti air di dalam gelas d. Anakanda tercengang tunduk mengalah

SYAIR PERANG SAUDARA DI PAHANG


TEMA Berkisarkan perancangan perang saudara yang bakal berlaku di Pahang. PERSOALAN 1. Persoalan peperangan tidak membawa sebarang keuntungan tetapi membawa kebinasaan. 2. Persoalan hubungan dan kerjasama untuk menjalankan suatu tindakan. 3. Persoalan golongan bangsawan yang mengamalkan hidup bebas tanpa kawalan. BENTUK 1. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap. 2. Setiap rangkap mengandungi empat baris. 3. Jumlah perkataan ialah empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sembilan dalam satu baris. 4. Rima akhir sama iaitu aa aa. GAYA BAHASA Aliterasi-hendak melanggar Pahang negara (pengulangan konsonan n) Asonansi - kata orang empunya wadah (pengulangan vokal a) Kata ganda - laki-laki (Rangkap 2, Baris 1) Repetisi di kampung Gelam tempat berhentinya, di dalam kota tempat diamnya (Rangkap 5, Baris 3 dan baris 4)

Bahasa Klasik -Ini sekadar sahaya ringkaskan (Rangkap 1, Baris 3) NILAI 1. Nilai setiakawan 2. Nilai keberanian 3. Nilai kesetiaan PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mempunyai keperibadian yang tinggi agar kita disukai rakan dan teman. 2. Kita hendaklah merantau untuk mencari pengalaman hidup. 3. Kita hendaklah pandai membawa diri dan tidak menunjuk lagak semasa berada di perantauan

Latihan Baca syair dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang beikutnya 1. Berdasarkan syair ini, Encik Engku Ahmad ialah... a. Pemerintah di negeri Pahang b. Pemangku raja di negeri Pahang c. Anak Bendahara Tun Tahir d. Adik Bendahara Tun Tahir Mengapakah Encik Engku Ahmad mahu menghiburkan hatinya yang sedih a. Kerana negeri telah diperintah oleh Bentara Tun Tahir b. Kerana ayahanda baginda telah mangkat c. Kerana baginda ingin sekali pergi ke Singapura d. Kerana baginda tidak dapat bertemu dengan Tengku Jaafar

3.

4.

2.

5.

Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris syair di atas? a. Inversi b. Aliterasi c. Asonansi d. Personafikasi Nilai yang terdapat dalam rangkap ketujuh syair ialah... a. Setia kawan b. Kasih sayang c. Mematuhi arahan d. Menghormati tetamu Nyatakan tema syair.. a. Peristiwa yang menyebabkan berlakunay perang saudara di Pahang b. Hubungan dalam kalangan adik beradik yang kurang mesra c. Perkelahian dalam keluarga membawa peperangan d. Peperangan yang menjejaskan hubungan persaudaraan

Lalu kembali mereka sekalian

SYAIR MENDAPAT GEMALA NAGA


TEMA Pengembaraan dua bersaudara untuk mendapatkan Gemala Naga (Batu Geliga Sakti Naga). PERSOALAN 1. Persoalan setia kawan iaitu dewa dua bersaudara saling membantu untuk menghadapi dugaan. 2. Persoalan prihatin terhadap permasalahan orang lain seperti naga yang prihatin dengan permasalahan dewa dua bersaudara lalu menghadiahi mereka dengan gemala sakti. BENTUK 1. Syair ini mengandungi lapan rangkap, setiap rangkap mengandungi empat baris. 2. Syair ini mengandungi antara tiga hingga lima patah perkataan sebaris. 3. Jumlah suku kata sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris. 4. Rima akhir semuanya aa aa. GAYA BAHASA Aliterasi - Menuju jalan tanah yang rata. (Rangkap 6, baris 4)- Pengulangan bunyi kosonan n Asosanasi- Rumah kebayan orang yang bahari , (Rangkap 8, baris 4)- Pengulangan bunyi vokal a InversI - Setahun sudah di dalam penjara (Rangkap 1, baris 4) Sinkope - Dewa pun duduk ia bercerita (Rangkap 1, baris 1) NILAI 1. Nilai keberanian 2. 3. Nilai kesetiaan Nilai kasih sayang

PENGAJARAN

1. 2. 3.

Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa kesusahan. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Kita hendaklah memohon kepada Allah agar kehidupan kita diberkati.

Latihan Baca syair dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang beikutnya 1. Apakah kesengsaraan yang dialami oleh Dewa? a. Disakiti oleh saudaranya b. Dipenjarakan selama setahun c. Disakiti oleh nenek kebayan d. Sakit terkena bisa Tujuan naga memberikan gemala kepada Dewa adalah.. a. Supaya Dewa dapat mengubati orang yang sakit b. Sebagai persediaan Dewa untuk berperang c. Untuk menunaikan segala permintaan Dewa d. Supaya Dewa dapat bertemu dengan nenek kebayan DENGAN SEKETIKA BEROLEH SENTOSA

4.

2.

5.

3.

Nyatakan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris syair di atas a. Asonansi b. Aliterasi c. Anafora d. Epifora BentukSyair Mendapat Gemala Naga ialah.. a. Bebas b. Terikat c. Moden d. Klasik Pilih pengajarn yang tidak terdapat dalam Syair Mendapat Gemala Naga a. Janganlah kita berasa iri hati terhadap orang lain b. Kita hendaklah menghargai pemberian orang kepada kita c. Kita hendaklah menggunakan kelebihan yang ada ke arah kebaikan d. Janganlah kita mudah mempercayai cerita orang yang tidak dikenali

Anda mungkin juga menyukai