Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentangkeistimewaan bandar Batu Pahat .

Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bandar Batu Pahat juga dikenali sebagai Bandar Penggaram, sempena nama Bukit Penggaram yang dibuka atas titah perintah Sultan Johor pada peghujung abad ke-19. Bandar Penggaram merupakan bandar baharu yang mengalami pertumbuhan pesat. Bandar ini dilengkapi dengan segala prasarana asas. Kemudahan ini menarik para peniaga dan pedagang ke sini. Di pinggir Bandar Batu pahat pula terdapat banyak kilang industri kecil dan sederhana. Di antara industri yang tersohor ialah tekstil. Maka tidak hairanlah jika banyak orang datang ke sini, iaitu dari Melaka hingga ke Singapura untuk membeli belah bahan tekstil. Tidak jauh dari pusat bandar pula terdapat sebuah pelabuhan kecil yang terletak di muara Sungai Batu Pahat. Pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan. Kebanyakan barang dagangan diimport dari kepulauan Sumatera yang merangkumi kayu balak, kelapa, dan getah. Bandar Batu Pahat mempunyai panorama yang indah. Selain keindahan alam semula jadi, terhias permai sungai dan lembah di Sungai Batu Pahat dan dua cabang anak sungai di sebelah hulu yang terletak di kawasan Simpang Kanan dan Simpang Kiri. Para pengunjung lebih terpesona melihat Gunung Banang dan Gunung Soga yang menghiasi latar belakang daerah Batu Pahat. Peneroka awal Batu Pahat ialah orang Melayu, Jawa, Banjar dan Bugis. Apabila semakin banyak penduduk ke sini, maka imigran Cina dan India pula menyusul tiba. Orang Jawa dibawa masuk untuk bekerja di ladang kopi dan getah. Orang Cina pula berniaga dan berdagang. Selain itu, mereka juga menanam gambir dan lada serta membuka lombong. Batu Pahat banyak menyimpan sejarah suka dan duka. Antara peristiwa yang menggembirakan ialah lahirnya Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada tahun 1945. Di Batu Pahat juga pernah berlaku peristiwa berdarah yang menyayat hati semasa Perang Dunia Kedua berlaku. Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan berikut menggunakan perkataan anda sendiri. (i) (ii) (iii) Apakah maksud rangkai kata terhias permai ? Jelaskan keindahan alam semula jadi di Batu Pahat. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menarik minat pelancong berkunjung ke sesuatu tempat?

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk menangani isu pencemaran sungai .Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sekarang sudah tiba masanya kita mencari pendekatan yang lebih bersepadu dan menyeluruh dalam menangani isu pencemaran sungai. Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada pendekatan undang-undang. Proses pendakwaan bukan suatu yang mudah. Pendakwaan memakan masa dan memerlukan kepakaran teknikal di pihak pendakwa. Ada kalanya penjenayah alam sekitar lebih bijak mencari kelemahan undang-undang dan akhirnya proses perundangan boleh memihak kepada mereka. Kita perlu mengubah minda setiap rakyat agar lebih peka dan menghargai alam sekitar. Selain penguatkuasaan undangundang, rakyat perlu terus dididik agar cintakan alam sekitar. Undang-undang mungkin berkesan dalam kes-kes tertentu, tetapi kesedaran yang meluas dalam kalangan rakyat akan memberikan kesan jangka panjang yang lebih mantap. Pada masa ini memang terdapat program kesedaran alam sekitar terutamanya menerusi media elektronik dan media cetak. Namun demikian, mesejnya seakan-akan tidak sampai kepada sebahagian besar rakyat. Banyak orang tidak membaca surat khabar dan mendengar berita atau hanya menonton program televisyen dan membaca ruangan akhbar yang bercorak hiburan sahaja. Oleh itu, ruangan kesedaran alam sekitar di media utama perlu diperluas dengan penyampaian yang lebih menarik dan disesuaikan dengan setiap kelompok masyarakat. Di peringkat sekolah, pendidikan alam sekitar sebenarnya telah lama diterapkan dalam beberapa mata pelajaran melalui pendekatan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Sekolah-sekolah juga digalakkan menubuhkan Kelab Pencinta Alam. Guru-guru penasihat pula dilibatkan dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan. Sekolahsekolah juga boleh mengadakan program sungai angkat dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar. Program kesedaran alam sekitar perlu diadakan secara berterusan dan seharusnya melibatkan semua pelajar. Kejayaan program ini sangat bergantung kepada komitmen dan kreativiti guru-guru. Mereka perlu peka akan isu semasa tentang alam sekitar untuk menarik minat dan tumpuan pelajar. Selain itu, proses penghayatan hubungan manusia dan alam sekitar akan lebih berkesan jika pelajar-pelajar dibawa melihat sendiri realiti sebenar di luar bilik darjah. Namun ini memerlukan masa pengajaran yang lebih lama di samping pelaksanaannya yang agak mencabar. Selain pendekatan Alam Sekitar Merentas Kurikulum, program kesedaran alam sekitar turut boleh dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Berdasarkan petikan bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang menggunakan ayat anda sendiri. berikut dengan

1. Apakah maksud mengubah minda? 2. Mengapakah penguatkuasaan undang-undang tidak berkesan untuk menangani isu pencemaran sungai? 3. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memelihara sungai agar tidak tercemar? Berikan dua alasan.

Anda mungkin juga menyukai