Anda di halaman 1dari 10

Membina Masyarakat Mesra Alam Sekitar

ALAM sekitar aset paling bernilai dianugerahkan Allah s.w.t kepada manusia dan seharusnya dimanfaatkan dengan penuh hemah. Dengan hamparan hutan menghijau, sungai membekalkan sumber air, bukit-bukau dan gunung-ganang terpacak kukuh memukau mata memandang. Demikian indahnya khazanah alam ciptaan Allah untuk manusia agar dapat melalui kehidupan di dunia dalam aman sejahtera dan tenteram jiwa. Namun, arus pemodenan dan pembangunan sudah menghanyut dan melalaikan manusia sehingga sewenang-wenangnya menodai sumber alam tanpa memikirkan akibatnya. Contohnya sungai, jika dulu ia menjadi sumber kehidupan, malah faktor sungai mewujudkan tamadun awal dunia. Tamadun Mesir terbina lantaran adanya sungai Nil yang menjadi pembekal sumber air dan sumber protin kepada penduduknya. Begitulah juga sungai Nil menjadi penghubung penting sama ada menghubungkan kawasan pedalaman atau luar. Di negara kita pun apa kurangnya dengan tamadun di Lembah Bujang, Kedah, yang wujud kerana faktor sungai. Itu semua tinggalan sejarah. Sungai sekarang menjadi lokasi utama untuk membuang sampah dan sisa pepejal yang mengundang pencemaran yang mengancam ekologi kehidupan air. Air sungai menjadi tidak selamat lagi untuk diminum, malah kadar toksiknya menyebabkan pelbagai penyakit. Lantaran kroniknya keadaan sungai di negara kita, pada 1993 kerajaan melancarkan Kempen Cintai Sungai Kita untuk menyedarkan masyarakat agar sentiasa peka dan menjaga kebersihan sungai demi kesihatan dan generasi akan datang. Bagaimana kesannya kempen berkenaan? Adakah ia banyak menginsafkan rakyat Malaysia mengenai kesan buruk jika sungai kotor dan penuh bahan toksik?

Jika kita perhatikan secara teliti, kempen itu seakan-akan bergerak di sebelah pihak saja, maksudnya kerajaan dan beberapa syarikat swasta atau badan bukan kerajaan yang bersungguh-sungguh menjayakannya, sedangkan masyarakat memandang ringan sahaja. Kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk membaik pulih dan memelihara sungai supaya bersih dan selamat digunakan sedangkan masyarakat dan sesetengah kilang memusnahkan kembali sungai. Sisa toksik dan pepejal kilang dengan mudah disalurkan ke dalam sungai tanpa rasa bersalah. Pelbagai akta digubal dan dikuatkuasakan demi menjaga kebersihan alam sekitar, termasuk sungai, namun apa yang ketara berita pencemaran sungai masih berlaku. Inilah akibatnya jika manusia hanya nampak aspek keuntungan yang bersifat sementara, tetapi kesan jangka panjang tidak diambil kira. Di sini jelas menampakkan kurangnya kerjasama dan keprihatinan rakyat dalam menjaga kebersihan sungai. Langkah pembetulan sikap dan anjakan minda seharusnya digiatkan terhadap semua pihak supaya sungai kekal bersih dan boleh digunakan dengan selamat. Malah, sungai bersih dan indah akan menjadi tarikan pelancong, tetapi jika kotor dan penuh sampah-sarap ia menggambarkan sikap buruk masyarakat kita di mata pelancong luar. Justeru, sikap tidak cakna menjaga kebersihan sungai mesti dipulihkan segera. Khazanah hutan turut mengalami nasib sama. Apa yang terjadi memang menyedihkan apabila kawasan hutan belantara semakin digondolkan demi mengaut keuntungan lumayan. Penebangan balak secara besar-besaran tanpa kawalan dan tanpa pendekatan pemuliharaan yang baik boleh melenyapkan warisan negara yang amat bernilai. Hidupan liar akan pupus akibat kerakusan manusia. Kita tahu negara ada kawasan hutan diwartakan sebagai Taman Negara dan Hutan Simpan tetapi kawasan hutan yang lain seharusnya dikawal

supaya spesies hidupan liar berada di habitat sepatutnya dan sentiasa kekal membiak demi ekologi hutan. Hutan rimbun menghijau menjadi lokasi pelancongan sangat digemari pelancong, sekali gus menjadi sumber ekonomi kepada Malaysia. Kita tidak mahu melihat lagi seperti dilaporkan dalam akhbar di kawasan Hutan Simpan Rimba Teloi, Kedah, baru-baru ini. Ia diceroboh pihak tidak bertanggungjawab dan beratus-ratus pokok balak, termasuk kayu berkualiti ditebang. Kejadian itu menggambarkan sikap buruk sesetengah pihak yang tidak mengendahkan undang-undang dan bertindak menurut nafsu serakah untuk mencari keuntungan tanpa memikirkan kesan buruk kepada ekologi hutan dan habitat hidupan liar di kawasan itu. Banjir dan kejadian tanah runtuh banyak disebabkan faktor hutan diteroka tanpa mengikut garis panduan. Lantas, kawasan tadahan hujan menjadi semakin mengecil dan kemudian memudahkan aliran air merebak ke kawasan lain. Walaupun negara kita sudah ada Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), kesedaran rakyat mengenai kepentingan hutan dan hidupan liar harus digembleng secara proaktif untuk mewujudkan rakyat yang mencintai khazanah alam sekitar. Satu lagi tabiat buruk mengganggu alam sekitar ialah sikap membuang sampah di merata tempat. Menurut kajian, umumnya setiap pengguna di Malaysia dianggarkan mewujudkan 0.9 hingga 1 kilogram sampah-sarap atau sisa setiap hari. Pengguna kita dianggarkan menjana lebih kurang 20 tan metrik sampah-sarap setiap tahun. Dalam hal ini, senario sampah-sarap berselerak di merata kawasan tanpa mengendahkan undang-undang yang terpampang pada papan tanda amaran menjadi pemandangan lazim. Sikap begini seharusnya sudah lama pupus dalam diri setiap rakyat Malaysia kerana negara sudah membangun. Usaha memupuk kesedaran wajar dimulakan sejak usia muda, jadi

ibu bapa mesti menjadi penggerak utama. Begitu juga di sekolah, satu kurikulum perlu digubal sebagai mata pelajaran supaya generasi pelapis negara dapat menanam sikap mencintai alam sekitar di jiwa masing-masing. Kegiatan kokurikulum juga boleh dijadikan wadah berkesan dengan menubuhkan kelab alam sekitar atau kelab pencinta alam.

Falsafah PIN

1. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan pro"gresif serta berpegang teguh pad a lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020.

2. Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia. Di samping itu, PIN mengambil kira perkembangan antarabangsat pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.

3. Ringkasnya, PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip, dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar strategik sebelum ini, di samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baru. Konsep

4. PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti.

5. PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.

6. Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara. Objektif Umum

7. Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Objektif khusus

8. Objektif khusus PIN adalah seperti berikut : o Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

o o

Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang; Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti; Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan Kesimpulan

9. Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh pelbagai sektor masyarakat dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan yang ampuh bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia. Kekuatan ini juga akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baru abad ke-21 dengan lebih berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi masyarakat maju mengikut acuan sendiri. Cemerlang, Gemilang, Terbilang, inilah slogan yang sentiasa dilafazkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan beliau. Kecemerlangan dan kegemilangan negara perlu bermodalkan insan berkualiti. Tidak susah untuk mentafsirkan apa itu insan berkualiti sekiranya anda memahami apa erti kehidupan sebenar. Kehidupan bagaikan satu landasan yang perlu kita harungi untuk mencapai satu matlamat atau kejayaan. Berapa lama dan berapa jauh sudah ditentukan, hanya pengisiannya perlu difikirkan agar menjadi kebanggaan semua pihak. Setiap insan mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek sama ada untuk diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Namun, adakah impian ini akan tercapai atau sekadar impian semata-mata yang akhirnya akan terkubur? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Bukan mudah untuk mencapai impian sekiranya tiada persediaan dari awal dan matlamat sebenar. Sebuah syarikat yang dapat menghasilkan produk berkualiti dianggap syarikat yang berjaya, ini kerana syarikat tersebut dapat memuaskan hati pelanggannya. Begitu juga Negara, Negara yang mempunyai rakyat yang berkualiti dianggap Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jika sesuatu produk yang berkualiti mempunyai ciri-

ciri yang tertentu, bagaimana pula ciri-ciri insan yang berkualiti yang dikatakan pemacu kecemerlangan Negara? Insan berkualiti dapat dilihat dari segi dalaman dan juga luaran iaitu berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kedua-duanya perlu seimbang barulah hasilnya sempurna. Insan yang berkualiti dari aspek rohani bermaksud berkualiti sifat rohaninya iaitu mempunyai hati yang mulia dan ikhlas. Sifat inilah yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap insan untuk mencapai kejayaan. Mempunyai jati diri yang tinggi dan berdaya saing juga amat penting untuk menjadi insan yang berkualiti. Insan berkualiti dari aspek jasmani pula ialah berkualiti tubuh badannya atau dengan kata mudah, sihat tubuh badan. Insan yang mempunyai tubuh badan yang sihat dapat berfikir dengan sempurna dan bersemangat dalam melakukan apa sahaja pekerjaan. Semangat inilah yang penting untuk mencapai kecemerlangan. Insan berkualiti juga bermaksud berkualiti dari segi pemikirannya. Cara pemikiran yang matang dan bernas menghasilkan strategik kearah kecemerlangan. Pemikiran yang positif membantu meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai impian. Selain itu, ilmu pengetahuan adalah aset utama dalam kehidupan. Oleh itu insan berkualiti tidak boleh tidak, mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Gabungan kesemua aspek melahirkan insan berkualiti yang mempunyai semangat, impian dan matlamat ke arah kecemerlangan bukan sahaja untuk diri sendiri malah keluarga, bangsa dan negara. Pembentukkan modal insan berkualiti ke atas pembinaan satu tenaga manusia yang lebih berkemahiran, berintegriti, amanah serta menekankan amalan nilai-nilai yang murni amat diperlukan. Modal insan berkualiti sebenarnya perlu menjadi satu faktor yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malah jika kita lihat kepada negara-negara maju yang lain, jelas menunjukkan pembangunan modal insan dijadikan sebagai aset utama. Tenaga muda dijadikan aset yang penting dalam pembangunan modal insan berkualiti kerana golongan ini mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Golongan ini perlu dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan sebuah negara. Negara yang cemerlang memiliki pemimpin dan rakyat yang berpotensi tinggi. Tidak kira dari pelbagai aspek. Kecemerlangan negara boleh dilihat dengan kejayaan rakyatnya yang mampu membawa negara ke mata dunia. Kejayaan itu merangkumi plbagai bidang sama ada pendidikan, perniagaan, pembangunan, teknologi dan sukan. Selain rakyatnya, pemimpin juga merupakan aset utama kecemerlangan negara. Peranan pemimpin amat penting dalam memajukan sebuah negara. Oleh itu negara yang cemerlang mempunyai pemimpin yang berkualiti. Seorang pemimpin yang berpotensi tinggi dan berkualiti dapat membawa pengikutnya ke arah kecemerlangan

negara. Negara yang memiliki modal insan yang berkualiti, akan mencapai tahap pembangunan yang tinggi setaraf dengan antarabangsa. Kita mempunyai kekuatan terutama dalam pendidikan yang cukup berkeupayaan untuk membina diri menjadi modal insan yang bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai kualiti jati diri yang tinggi bersandarkan nilainlai budaya serta pegangan nilai murni yang diwarisi. Aspek pertama iaitu pembangunan modal insan dari sudut sifat-sifat terpuji, akhlak dan ilmu. Dalam pembangunan modal insan, sifat-sifat terpuji seperti amanah, jujur, kepercayaan, kebolehan dan tanggungjawab dijadikan teras dan pendekatan bagi setiap individu yang terlibat. Modal insan berkualiti mampu mencorak hala tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan. Ini kerana kualiti yang dimaksudkan ialah keseimbangan pembangunan sumber manusia dari segi duniawi dan ukhrawi. Pendidikan, penyebaran dan penyemaian ilmu serta pembentukan cara berfikir insan berteraskan akhlak dan nilai adab yang berasaskan keagamaan yang tinggi wajar dikembangkan bagi melahirkan modal insan berkualiti. Dalam proses pengisian ini, ilmu berkaitan ICT juga, yang pada masa kini menjadi satu kepentingan dan dijadikan teras dalam semua bentuk pembangunan modal insan. Sehubungan dengan itu, semua setiap individu perlu mengambil kesempatan dan peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang seimbang di samping menghayati sifat-sifat terpuji dan mengamalkannya dengan ikhlas. Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa adalah menjadi satu tugas yang mencabar. Usaha membangunkan modal insan berkualiti perlu dilakukan secara meluas melalui penguasaan ilmu pengetahuan. Menjana modal insan berkualiti yang benar-benar sesuai dengan kehendak dan cabaran zaman sekarang dan akan datang, merupakan suatu amanah yang menjadikan tugas kepada semua orang. Melahirkan insan yang berkeperibadian mulia dengan memiliki kualiti yang tinggi dan menyeluruh perlu dilaksanakankan secara berterusan. Cabaran global yang mengelilingi dunia pendidikan hari ini juga semakin begitu menguji kemahiran yang dimiliki. Ia bukan sahaja menguji kemampuan dan ketahanan mental, fizikal, emosi dan rohani, malah ia menagih pengorbanan yang tidak terbatas dari segi pemikiran, tenaga, masa dan kewangan. Pada masa sekarang kita melalui cabaran globalisasi, rakyat terutama generasi muda perlu bijak menggunakan nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan negara dan memartabatkan bangsa. Hanya dengan gabungan itu dapat memastikan generasi masa depan bukan sahaja berbangga dengan kemajuan dan pembangunan malah kekuatan jati diri yang tinggi tidak yang tidak pernah terhakis.

Modal insan berkualiti dibentuk menerusi sistem pendidikan yang mantap dan berkesan. Ia harus diluaskan merangkumi pelbagai peringkat dan usia. Peringkat profesional dan pengurusan memerlukan pendidikan yang baik dan berkualiti di institusi pengajian tinggi (IPT). Golongan yang tidak professional dan pekerja am perlu diberi pendekatan melalui kemahiran, sikap dan kesungguhan. Sesebuah negara yang maju sebenarnya bukan hanya dirangkumi oleh golongan profesional yang berpotensi tinggi dan mempunyai sikap proaktif, malah dibantu juga oleh pekerja yang tidak profesional dan pekerja am yang berkualiti dan berjiwa besar. Mereka bangga melakukan apa saja untuk kemajuan diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Jika mereka berkhidmat sebagai petani, mereka berusaha untuk menjadi petani yang berdaya maju dengan menggunakan pelbagai pengetahuan dan teknologi moden untuk mempertingkatkan produktiviti. Jika mereka berkerja sebagai guru, mereka berfungsi sebaiknya menjadi peneroka dan pengajar ilmu yang terbaik dan cemerlang. Kualiti rakyat yang tinggi ini hanya terjadi menerusi amalan dan etika kerja yang baik, ilmu yang tinggi serta pendekatan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Usaha menyelami perasaan, menghayati, simpati, bertimbang rasa dan bertolak ansur pula merupakan kualiti peribadi pelengkap kepada seorang insan yang cemerlang. Syarat sebagai seorang insan yang cemerlang adalah memiliki kekuatan keperibadian, kekuatan peranan dan kekuatan pengetahuan.Golongan pelajar dijadikan sebagai modal insan berkualiti dalam memajukan pembangunan negara. Pelajar yang cemerlang dan berupaya menguasai ilmu pengetahuan yang dipelajari serta mempunyai nilai-nilai yang murni mampu membawa negara kearah kecemerlangan. Kewujudan sesebuah organisasi akan terus dirasai dengan adanya daya saing yang ditunjukkan pada setiap masa. Persaingan yang dihasilkan itu adalah disebabkan sumber-sumber utamanya iaitu fizikal, kewangan dan manusia diurus dan dibangunkan dengan cara yang cekap, berkesan dan berkualiti. Sumber manusia merupakan sumber yang sukar diurus dan ditetapkan piawainya tidak seperti sumber fizikal dan kewangan. Oleh itu, modal insan berkualiti tidak boleh dinilai dengan kebendaan memandangkan potensi dan keupayaannya tidak dapat dijangkau melalui pandangan luaran sahaja. Ini menjadikan ia sebagai aset yang sangat unik dan diberi penumpuan khusus. Modal insan berkualiti tidak hanya memiliki ketinggian ilmu dan personaliti yang moden semata-mata tanpa mempunyai pegangan nilai murni yang kuat. Dengan pegangan nilai murni yang kuat seperti keiklasan, kejujuran, keadilan, amanah, bertangungjawab, dan yang paling penting berilmu kita yakin ia sekaligus akan terus membantu memajukan negara agar terus cermerlang gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai