Anda di halaman 1dari 7

Akhirkata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Klang

atas kejayaan menganjurkan pertandingan masakan dan gubahan pada pagi ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam menjayakan acara ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pemenang serta semua yang mengambil bahagian pada pagi ini. Semoga segala usaha kita akan memancarkan sinar kejayaan untuk semua. Bertemu kita di pagi ceria, Terjalin ikatan seharum kasturi, Membangun wanita aspirasi mulia, Bina kekuatan perkukuhkan diri. Terjalin ikatan seharum kasturi, Seia sekata, gigih berusaha, Bina kekuatan perkukuhkan diri, Cemerlang wanita berjaya negara. Seia sekata, gigih berusaha, Merapat barisan depani rintangan, Cemerlang wanita berjaya negara, Mencapai wawasan penuh keyakinan. Maka dengan pantun itu tadi, saya dengan lafaz Bismilahirahmanirahim, merasmikan Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Masakan Dan Gubahan Majlis Perbandaran Klang Sempena Sambutan Bulan Kemerdekan Ke 48. Wabilahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Waramatulahi Wabarakatuh. Sekian. Terima kasih.

TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRE PADA 2 OGOS 2011 DI DEWAN BAIDURI

Terima kasih pengacara majlis. Yang Berbahagia Dato Zoal Azha bin Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Yang Berbahagia Datuk Aziyah binti Mohammed Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Yang Berbahagia Dr. Abdul Rahim bin Nik Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) Yang Berbahagia Dato-Dato Ketua-Ketua Pengarah; Setiausaha-setiausaha Bahagian, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati, Salam Sejahtera , Salam 1Malaysia dan Salam 1NRE, Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak urus setia yang telah sudi menjemput saya hadir dan seterusnya memberikan ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan NRE pada pagi ini. Saya juga amat gembira melihat kehadiran YBhg. Dato-Dato, tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke Majlis Perhimpunan ini yang mencerminkan keprihatinan dan komitmen kepada tuntutan tugas dan tanggungjawab kita dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat. 2. Perhimpunan bulanan kali ini amat bermakna dan istimewa atas tiga sebab. Pertama, ia jatuh pada bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang amat mulia dan murni untuk masyarakat Islam di seluruh dunia. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadat Puasa kepada seluruh warga NRE yang beragama Islam. 3. Yang kedua, pada 31 Ogos 2011, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan. Sebagai satu aktiviti ke arah sambutan Hari Merdeka tahun ini, YAB Perdana Menteri kita telah merasmikan pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Sentral Kuala pada 27 haribulan Julai yang lepas. Elok kita renungkan dan amalkan seruan beliau dalam ucapan perasmian seperti berikut: Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik, warna kulit, kaum serta agama perlu menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 dengan semangat yang luar biasa, kerana negara ini masih lagi berdepan dengan ancaman luar. Di Majlis tersebut, YAB Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia supaya kibarkan Jalur Gemilang dengan semangat perjuangan. Ini ialah kerana dalam Jalur Gemilang terkandung empat tonggak utama yang mewakili empat jalur iaitu, perpaduan nasional; nilai sanggup berjuang dan berkorban untuk negara; nilai keharmonian dan keamanan serta nilai jati diri, harga diri dan akal budi. Marilah kita sama-sama menyahut seruan tersebut dengan mengkibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Para hadirin sekalian; 4. Dalam suasana kita menyambut Hari Kemerdekaan dalam bulan Ogos ini, kita tidak boleh lupa akan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan kita dan rakyat kita dalam mengecapi erti kemerdekaan. Pada masa ini, kita dapat menyaksikan pelbagai perubahan dan perubahan ini tidak datang bergolek begitu

sahaja. Sebaliknya, ianya hasil perpaduan, perancangan dan komitmen kerajaan bersama rakyat untuk kesejahteraan hidup yang berkekalan. Oleh yang demikian, kita tidak boleh memberi laluan kepada usaha-usaha sesetengah pihak yang ingin menghuru-harakan negara ini seperti yang telah berlaku di Libya dan Turki baru-baru ini. Atas sebab itulah kerajaan tidak membenarkan perhimpunan haram yang akan merugikan semua golongan rakyat dari pelbagai aspek. Kita amat arif tentang keadaan negaranegara yang berhadapan dengan elemen perhimpunan haram ini dan kita telah melihat sendiri tahap kemusnahan yang telah dibawa oleh elemen ini. A big loss to the nation. Bayangkanlah apakah akan terjadi sekiranya kita membenarkan demonstrasi jalanan bagi setiap isu yang dihadapi. Kalau Bersih dibenarkan, kumpulan lain yang memperjuangkan isu lain akan membuat tuntutan supaya mereka juga dibenarkan mengadakan demonstrasi. Cara sedemikian untuk membawa perubahan bukan cara yang sihat kerana ia akan merugikan kita semua dan boleh mengancam keharmonian dan perpaduan negara. 5. Kerajaan telah menyediakan pelbagai platform kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat, idea dan luahan hati sebagai pendekatan berorientasikan rakyat iaitu 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Demonstrasi jalanan bukanlah cara untuk menentukan parti mana yang membentuk kerajaan. Sebagai rakyat di negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan kita mempunyai kebebasan mengundi setiap 5 tahun melalui saluran pilihan raya telus. Dakwaan bahawa proses pilihan raya tidak telus dan korup adalah amat tidak berasas. Bagaimana kita boleh mempunyai 86 ahli parlimen dari pihak pembangkang dan 5 negeri dikuasai oleh pihak pembangkang dalam pilihan raya 2008? . Maka saya merayu kepada warga NRE agar jangan terlibat dengan sebarang perhimpunan haram dan adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai penjawat awam untuk menjadi contoh terbaik kepada rakyat Malaysia. Para hadirin sekalian, 6. Sebab yang ketiga kenapa perhimpunan bulalan ini adalah istimewa ialah kerana ianya dianjurkan secara usaha sama oleh dua Bahagian dalam NRE iaitu, Bahagian Mineral dan Geosains (BMG) dan Bahagian Air, Saliran dan Hidrologi (BSASH) dengan tema yang khusus, iaitu Water: Essence of Life. Tujuan pemilihan tema ini adalah untuk mencerminkan fungsi Pengurusan Air oleh BSASH dan Pengurusan Air Tanah oleh BMG. Saya dapati tema ini amat relevan dengan keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh negara kita dalam aspek pengurusan air bagi pelbagai kegunaan. Selaras dengan tema ini juga, keperluan rakyat untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan mencukupi pada sepanjang masa menjadi keutamaan kerajaan. 7. Kejadian banjir dan kemarau memberi impak terhadap sumber air negara dan ia merupakan satu cabaran besar yang dihadapi oleh negara kita. Kajian saintifik menunjukkan bahawa fenomena perubahan iklim menyumbang kepada kejadian-kejadian banjir dan kemarau yang semakin ekstrim. Walaupun Malaysia dianugerahkan dengan jumlah hujan yang banyak iaitu, pada purata 3000 mm setahun, namun masih kedengaran lagi bahawa bekalan air tidak mencukupi di kawasan-kawasan tertentu disebabkan oleh taburan hujan tidak sekata dan jumlah curahan hujan yang berbeza. 8. Keperluan terhadap bekalan air bersih juga semakin meningkat terutama sekali di kawasan bandar akibat kadar pertambahan penduduk yang semakin ramai yang berhijrah ke bandar, di samping permintaan terhadap bekalan air daripada pelbagai sektor industri. Pembangunan di kawasan pinggir bandar yang dahulunya berpaya dan dipenuhi hutan telah membawa impak sumber air Sebagai contoh pembinaan kawasan-kawasan perumahan telah menyebabkan sesetengah lembangan sungai di kawasan bandar sudah tidak dapat berfungsi lagi bagi tujuan kitaran sumber air atau hidrologi. 9. Oleh yang demikian, saya ingin menyeru supaya perhatian serius dberi oleh semua pihak yang berkaitan dalam aspek perancangan dan pembangunan yang mapan dalam memastikan sumber air negara sentiasa mencukupi. Selain itu, usaha yang lebih terancang perlu dibuat bagi mencari dan membangunkan sumber air alternatif seperti sumber air tanah (atau groundwater), di samping melaksanakan aktiviti penggunaan semula air (water recycling) dan penuaiaan air hujan serta membina kolam-kolam takungan. Langkah-langkah ini adalah perlu untuk menampung peningkatan kepada bekalan air di kawasan-kawasan tertentu. Cadangan supaya sumber air tanah dijadikan sumber air alternatif terutamanya di kawasan stressed, di pulau-pulau yang tiada bekalan air paip secara langsung

dan kegunaan semasa kecemasan wajar diperluaskan lagi. Sumber air bawah tanah ini terbukti dapat mengurangkan tekanan kebergantungan terhadap sumber air permukaan sebagai punca air untuk bekalan domestik, industri dan pertanian. Oleh itu, pembangunan sumber air tanah negara ini perlu dijalankan secara mapan dan holistik. 10. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru agar program yang melibatkan rakyat dalam peningkatan pendidikan, latihan dan kesedaran tentang sumber air perlu juga melibatkan kerjasama daripada sektor awam dan korporat. Sebagai contoh Sambutan Hari Air Sedunia yang telah diadakan pada 12 Mac 2011 yang lalu di Pekan, Pahang boleh dijadikan penandaarasan bagi penganjuran aktiviti gabungan di antara sektor awam dan swasta untuk menjamin pembangunan negara yang bersepadu dan mampan dalam pelbagai aspek demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Dalam pada itu, saya berharap agar semua pihak memainkan peranan yang sewajarnya dalam memastikan pengurusan sumber air adalah berkekalan dan kelangsungan bekalan air yang berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya turut berharap agar warga NRE dapat menjadi mata dan telinga Kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan jika didapati berlakunya aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada pencemaran sumber air termasuk pencerobohan kawasan perlindungan air, kawasan konservasi air dan lain-lain. Sumbangan dan penglibatan yang positif, aktif dan proaktif perlu dilakukan secara berterusan demi kesejahteraan generasi masa kini dan generasi akan datang. Y.Bhg.Dato-Dato, tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian 11. Di kesempatan ini saya juga ingin menyentuh tentang Pelan Strategik NRE. Saya dimaklumkan bahawa Pelan ini yang telah dibangunkan ini telah mengambil kira payung Teras Misi Nasional Negara, KRA, KPI, Program Nasional dan penghasilan outcome supaya ia dapat menyokong pelaksanaan Rancangan Malaysia Kepuluh dan Model Ekonomi Baru. Maka, dengan adanya Pelan Strategik ini, saya berharap agar NRE akan lebih menonjol dalam memastikan pembangunan dijalankan secara mapan dan pada masa yang sama tidak mengabaikan usaha-usaha memulihara dan memelihara alam sekitar demi untuk kesejahteraan masyarakat. Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam usaha mewujudkan Pelan Strategik NRE Tahun 2011-2015. 12. Perkara seterusnya yang ingin saya sentuh ialah mengenai eBMGPermit. Untuk makluman kita semua, Sistem eBMGPermit telah dibangunkan bagi membolehkan segala urusan permohonan permit eksport (AP) mineral dan bahan batuan dilaksanakan secara on-line meliputi Modul Pemohon, Modul JMG; Modul BMG, Modul Kastam dan Modul Pentadbir. Pelaksanaan sistem ini adalah ekoran daripada saranan dari PEMUDAH yang mahu segala urusan yang berkaitan dengan pelanggan dibuat secara atas talian atau on-line untuk memudahkan rakyat berurusan dengan Kerajaan selaras dengan misi Kerajaan yang mahu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Tahniah saya ucapkan kepada BMG! 13. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Biokeselamatan yang telah menerbitkan Biosafety Questions and Answers Cards yang merangkumi 36 pertanyaan lazim mengenai pengubahsuaian genetik. Tujuannnya adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam dan para pelajar sekolah tentang organisma yang diubahsuai secara genetik atau lebih dikenali sebagai Genetically Modified Organism (GMO). Kad-kad ini mengandungi maklumat berkaitan bioteknologi moden, risiko yang mungkin timbul melalui pengubahsuaian secara genetik dan keperluan Akta Biokeselamatan untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti bioteknologi moden. 14. Saya juga berasa bangga atas inisiatif NRE mewujudkan Taman Hijau di Wisma Sumber Asli yang dinamakan NRE in The Forest. Ini merupakan landskap semula jadi yang menjadi contoh dalam keseimbangan antara alam semula jadi dan pembangunan yang turut mencerminkan komitmen mewujudkan konsep bangunan hijau yang mesra alam dan manusia. Kejayaan NRE dalam mengusahakan taman ini turut dipaparkan dalam media cetak dan ini merupakan satu usaha dalam mempromosikan Kementerian kita. 15. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga kepada pihak urus setia yang telah bertungkus-lumus memastikan perjalanan Majlis Perhimpunan pada pagi ini berjalan dengan lancar dan kepada warga NRE yang beragama Islam, Selamat Berpuasa.

Sekian, terima kasih.

Penyampai Tarikh Hari Majlis

: TIMBALAN MENTERI

Tempat Berkaitan Isu/Majlis

: 16/09/2004 : Khamis : PERARAKAN DAN TABIK HORMAT SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH KECIL MENUMBOK : DAERAH KECIL MENUMBOK : LAIN-LAIN

KategoriUCAPAN : PERASMIAN Bahasa : Bahasa Melayu

TEKS UCAPAN PENUH

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Y. Bhg. Encik Yusop bin Hj. Osman Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok Merangkap Pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil, Menumbok tahun 2004. Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ketua-ketua Masyarakat dan seluruh warga Menumbok yang dikasihi. Terlebih dahulu sama-samalah kita memanjatkan syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaannya jua, maka kita sama-sama dapat berhimpun di majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang penuh bermakna dan bersejarah pada pagi ini. Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur kerana memberi penghormatan kepada saya untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Menumbok pada hari ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Menumbok pada hari ini. Datuk-datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan, Kita sedia maklum bahawa Perayaan Bulan Kemerdekaan bagi Sambutan Hari Kebangsaan Ke-47 tahun ini telah bermula sejak 17 Ogos lalu. Dalam satu kenyataan akhbar pada 2 September, 2004, Menteri Penerangan Datuk

Paduka Abdul Kadir Hj Sheikh Fadzir menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya meneruskan sambutan ini sehingga tengah malam 16 September ini. Ini menunjukkan kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan dan menanam semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia. Saya difahamkam di sepanjang tempoh sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini pihak penganjur khususnya di daerah Kecil Menumbok telah melaksanakan pelbagai program sebagai aktiviti mengisi sambutan bulan kemerdekaan di daerah ini. Alhamdullilah, pada hari ini pihak penganjur telah memilih 16 September sebagai hari kemuncak penutupan aktiviti bulan kemerdekaan dengan mengadakan sambutan perarakan dan tabik hormat pada siang hari dan mengadakan malam GEMA MERDEKA PADA MALAM INI. Saya bersyukur kerana penglibatan masyarakat Menumbok pada hari ini adalah tergolong dari semua kumpulan sasar, dan yang amat membanggakan saya adalah penglibatan anak-anak sekolah yang mana semangat merdeka ini perlu dipupuk daripada usia yang masih muda, sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang penuh bertanggungjawab, jujur, cekap dan berintegriti. Kita juga perlu bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin yang terdahulu kerana perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Perjuangan pemimpin kita yang terdahulu telah melalui liku-liku kesengsaraan dan keperitan untuk mencapai kemerdekaan, namun penderitaan mereka itu telah bertukar menjadi kebahagiaan kepada anak cucu dan generasi masa kini. Apa yang perlu bagi kita hanyalah untuk terus menanamkan semangat kemerdekaan ini dengan memasang Jalur Gemilang di mana-mana tidak kira di kenderaan kita, rumah kita atau premis-premis perniagaan bagi membuktikan semangat partiotik dan cintakan negara. Saya berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka-mereka yang telah terkorban dalam perjuangan kemerdekaan dan saya juga berdoa agar bagi kita yang masih meneruskan perjuangan ini hidup aman, damai dan sejahtera. Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada seluruh warga Menumbok kerana dapat bersama-sama dalam perayaan hari Kemerdekaan ini. Sama-samalah kita laungkan MERDEKA sebanyak 7 kali MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA! MERDEKA! Dengan lafaz Bismillah Hirahman Nirahim saya melancarkan perasmian sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Menumbok dengan rasminya.

Wabillahi Taufik Walhidayah..Wasallam.

Anda mungkin juga menyukai