Anda di halaman 1dari 4

Syukur ke hadrat Allah S.W.

T kerana dengan keizinan-Nya,


Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-63 pada
tahun 2020 Peringkat Sekolah yang bertemakan “ MALAYSIA
PRIHATIN”, dapat dilangsungkan dengan jayanya pada pagi yang
berbahagia ini.

Saya mewakili pihak sekolah ingin mengambil kesempatan,


untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan
tahniah kepada semua jawatankuasa kerja yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi menyaksikan siaran
langsung pada pagi ini.

Walaupun kita masih berperang dengan pandemik COVID-


19 dan berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP), syukur kita masih dapat berkumpul pada
majlis ini dibuat serba ringkas mengikut SOP yang telah
ditetapkan oleh kerajaan. Harapan saya pelajar dapat menghayati
inti pati tema sambutan kemerdekaan kali ini dan bersama-sama
kita berganding bahu merealisasikan bulan kemerdekaan ini
dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak
sekolah.

Hadirin Sekalian,

Sesungguhnya, inilah kebiasaan baharu yang kita amalkan


dalam menjalankan setiap aktiviti di sekolah. Kita harus mengikut
segala Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan oleh
Kerajaan Malaysia. Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini
akan digarap pelaksanaannya secara fizikal dan digital.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengambil pendekatan
mengadakan majlis secara sederhana melalui dalam talian untuk
mengamalkan penjarakan fizikal di kalangan warga MITS Sabak
Bernam tetapi mampu menggelorakan semangat cintakan negara
dan patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Hadirin yang saya kasihi sekalian

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini


bertemakan “Malaysia Prihatin”. Tema ini amat bertepatan dengan
aspirasi yang didukung kerajaan ini, bahawa seluruh rakyat
MALAYSIA, sama ada penjawat awam, sektor swasta,
sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan turut bersama-
sama memerangi musuh di kala ini iaitu wabak Covid-19.
Manakala PRIHATIN menunjukkan inisiatif kerajaan yang
merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat
Malaysia.

Semangat MALAYSIA PRIHATIN ini dizahirkan bukan


sahaja oleh mereka yang bertugas di barisan hadapan, malahan
rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat yang merupakan
wira tidak didendang. Mereka tampil untuk memberikan bantuan
dan sokongan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
Ini petanda baik yang membuktikan rakyat Malaysia boleh bersatu
sama ada di waktu susah apatah lagi dalam waktu senang.
Bahkan tema MALAYSIA PRIHATIN ini perlu kita sematkan dalam
ingatan untuk kita mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan,
keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Kita perlu
melakukannya bersama-sama dan dengan keazaman dan usaha
yang bersungguh-sungguh

Para hadirin sekalian,

Kita semua sedia maklum bahawa Sambutan Bulan


Kemerdekaan merupakan acara tahunan bagi kalendar sekolah
selaras dengan aspirasi negara bagi membentuk rakyat Malaysia
yang amat menghargai nilai kemerdekaan bagi sesebuah negara.
Manakala, sambutan Hari Malaysia pula, merupakan sambutan
rasmi negara dalam usaha kerajaan untuk mempertingkatkan lagi
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia di bumi
yang bertuah ini. Selain sebahagian besar daripada murid
mungkin hanya menilai kedua-dua sambutan tersebut sebagai cuti
umum, hakikatnya jauh daripada itu, kedua-dua perayaan yang
pada tahun ini diraikan serentak khusus bagi menanam semangat
patriotik yang menebal dalam kalangan rakyat khususnya
generasi muda.
Tuan-tuan, Puan-puan dan warga MITS Sekalian

Beberapa pengisian program telah dirancang dan diatur


sepanjang bulan kemerdekaan yang akan akan dijalankan
antaranya Penceritaan Tokoh Pahlawan Kemerdekaan,
Mendeklamasikan Sajak Patriotik, Pertandingan Keceriaan Kelas
Sempena Kemerdekaan dan lain-lain lagi. Mungkin kita tidak
dapat mengadakan sambutan Ambang Kemerdekaan kerana bagi
mengelakkan pengumpulan dalam skala yang besar.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih dengan kesudian semua yang sudi
menyaksikan siaran lansung majlis pelancaran pada pagi ini. Juga
sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah
bertungkus-lumus memastikan penganjuran majlis ini yang dapat
dilaksana dengan teratur dan berjaya serta mencapai matlamat
yang dirancang. Semoga Hari Kemerdekaan yang bertemakan
Malaysia Prihatin pada tahun ini membawa perpaduan,
kebebasan, kedamaian dan kesejahteraan kepada rakyat negara
ini.

Oleh itu, sempena Bulan Kemerdekaan ini, marilah kita sama-


sama pertingkatkan semangat cintakan Negara kita dengan terus
mengibarkan Jalur Gemilang di MITS Sabak Bernam.

Dengan ini, SAYA MERASMIKAN PROGRAM PELANCARAN


SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-63 PADA
TAHUN 2020.

Semoga segala usaha dan kerja kita diredhai dan diterima Allah ,
Saya akhiri ucapan saya dengan lafaz
WabillahiTaufiqWalHidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai