Anda di halaman 1dari 12

Apa Itu Integriti?

Maksud Integriti

Apa itu Integriti

Apa itu integriti? Di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti di
kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam dan swasta, organisasi hatta mereka di
kampung juga tidak terkecuali. Masing-masing sibuk bercakap tentang integriti. Jadi apakah
maksud sebenar integriti ini?

Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit
dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya
integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan
kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan
bermoral tinggi.

Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral,
etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan
umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan
kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan
terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi
berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate
culture).

Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code
of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang
ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau
negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya, mengapa integriti ini sukar dicapai?

Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah
tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar
bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan
sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender,
rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan
macam-macam lagi. Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan
menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan
oleh sebilangan ahli masyarakat.
Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya
integriti. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah
kepada si polan itu atau si polan ini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti
di kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. Dalam masa 24 jam, berapa kali kita
mandi sehari, berapa kali kita memberus gigi, membersihkan bilik tidur, melakukan ibadat,
membaca buku, menyiapkan tugasan, bertanya khabar ibu bapa, sahabat, rakan, dan
macam-macam perkara lain yang kita anggap remeh. Anda tahu jawapannya.

Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita
melakukan itu dan ini? Bagaimana dengan niatnya? dan lebih penting ialah cara atau kaedah
untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul. Maksud betul ialah
mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang.

Sumber: develop-tutor.blogspot.com

Makna Intergriti dari Wikipedia

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari
semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan
seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan
ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi
juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak
mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.
FUNGSI

Lapan (8) fungsi utama Suruhanjaya yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1) dan (2) Akta 700
adalah:

01

Menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi
penguatkuasaan dan menyiasat serta mengadakan pendengaran mengenai aduan tersebut;

02

Merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku oleh
seseorang pegawai penguat kuasa;

03

Melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang
pegawai penguat kuasa;

04

Mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai aspek tertentu operasi dan tatacara sesuatu
agensi penguatkuasaan;

05

Menggalakkan kesedaran, penambahbaikan dan pendidikan berhubung integriti di dalam sesuatu


agensi penguatkuasaan dan mengurangkan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;

06

Membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran


kepada Kerajaan atau sesuatu agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti dan
menghapuskan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;

07

Mengkaji dan mengesah apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor
yang perlu berhubung dengannya; dan

08

Membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan, termasuk melawat balai polis dan
lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat apa-apa syor
yang perlu.
VISI

Peneraju dalam penguatkuasaan, transformasi & pembudayaan integriti di kalangan Agensi


Penguatkuasaan Malaysia berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik.

MISI

Memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti di kalangan Agensi


Penguatkuasaan Malaysia melalui pengendalian aduan dan siasatan secara telus, berani dan
profesional.

MOTO

TegasTelusEfisien

BAHAGIAN

FUNGSI BAHAGIAN

Akta 700 memberi kuasa kepada Suruhanjaya ini untuk menubuhkan beberapa Bahagian bagi tujuan
membantu pelaksanaan fungsi-fungsi yang telah diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700.

Bahagian-bahagian yang telah ditubuhkan ialah:

a) Bahagian Operasi;

b) Bahagian Undang-Undang;

c) Bahagian Dasar, Penyelidikan, Inovasi dan Urus Setia;

d) Bahagian Komunikasi Korporat;

e) Bahagian Khidmat Pengurusan;

f) Bahagian Kewangan;

g) Bahagian Teknologi Maklumat;

h) Unit Integriti; dan


i) Unit Audit Dalam.

BAHAGIAN OPERASI

Bahagian Operasi terdiri daripada Seksyen Aduan dan Seksyen Siasatan. Pembahagian sektoral
Bahagian Operasi adalah seperti yang berikut:

Unit Aduan PDRM - Menjalankan siasatan awal berkenaan aduan yang dibuat terhadap PDRM

Unit Aduan Lain-lain Agensi - Menjalankan siasatan awal berkenaan aduan yang dibuat terhadap
lain-lain agensi

Unit Siasatan PDRM - Menjalankan siasatan penuh berkenaan aduan yang dibuat terhadap PDRM

Unit Siasatan Lain-lain Agensi - Menjalankan siasatan penuh berkenaan aduan yang dibuat terhadap
lain-lain agensi.

Secara amnya terdapat 9 fungsi statutori yang dijalankan oleh Bahagian Operasi iaitu:

Menerima, menyiasat dan mengadakan pendengaran mengenai aduan salah laku agensi
penguatkuasaan;

Mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku agensi
penguatkuasaan;

Melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah salah laku agensi penguatkuasaan;

Memantau operasi dan tatacara agensi penguatkuasaan;

Menggalakkan kesedaran dan pendidikan integriti;

Merumuskan perundangan dan mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan;

Mengkaji tatacara dan membuat syor untuk penambahbaikan agensi penguatkuasaan;

Membuat lawatan ke premis agensi penguatkuasaan bagi memastikan undang-undang dan SOP
dipatuhi dan membuat syor penambahbaikan; dan

Melakukan semua perkara yang suai manfaat atau perlu bagi pelaksanaan fungsi Suruhanjaya.
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

Memberi nasihat perundangan kepada Suruhanjaya dan mewakili Suruhanjaya dalam prosiding
Mahkamah, jika ada.

Mencadangkan penggubalan dan pindaan undang-undang, jika perlu.

Menyemak setiap dokumen perundangan yang memberi kesan kepada Suruhanjaya.

Membantu Suruhanjaya dalam pendengaran seperti diperuntukkan dalam seksyen 34(4) Akta 700.

Mengkoordinasi hal-hal berkaitan Parlimen.

BAHAGIAN DASAR, PENYELIDIKAN, INOVASI DAN URUS SETIA

Seksyen Dasar dan Penyelidikan

Menyediakan Laporan Tahunan Suruhajaya.

Menyelaras Kajian di Suruhanjaya.

Menyelaras hal-hal berkaitan Key Perfomance Indicator (KPI) Suruhanjaya.

Menyelaras semua input berkaitan Outcome Based Budgeting (OBB).

Menyediakan Pelan Strategik Suruhanjaya.

Menyelaras program-program Inovasi.

Menyelaras dan menyediakan input-input berkaitan perkara dasar untuk kelulusan Suruhanjaya.

Seksyen Inovasi

Merancang dan menyediakan program inovasi Jabatan serta menguruskan dan menyelaras
perlaksanaannya

Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi dikalangan warga Jabatan
dan industri
Membantu mewujudkan, membimbing dan memantapkan kumpulan-kumpulan inovatif dan kreatif
(KIK) supaya mencapai tahap cemerlang

Seksyen Urus Setia

Mengurus dan mengendali perjalanan Mesyuarat Suruhanjaya

Menyediakan fail mesyuarat

Menjadi seksyen yang bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya yang berkaitan dengan
semua urusan rasmi antarannya Lawatan Pesuruhjaya, Jemputan Pesuruhjaya bagi sebarang
Majlis/Perjumpaan dan lain-lain.

Membantu/ menyokong Pesuruhjaya bagi apa-apa tugasan rasmi yang lain, sekiranya diperlukan.

Mengaturkan segala perkara yang berkaitan dengan Minit Mesyuarat

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

Menyalur maklumat rasmi mengenai Suruhanjaya.

Mengadakan kempen publisiti dan menjalankan tugasan perhubungan dengan pihak luar.

Mengesan, mengumpul dan menterjemah berita dan isu penting yang disiarkan.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

Mengurus pengambilan, pengisian jawatan, pelantikan, penempatan dan pertukaran pegawai


lantikan tetap/kontrak/peminjaman

Mengurus urusan tanggung kerja, pemangkuan dan kenaikan pangkat

Menguruskan elaun dan kemudahan perkhidmatan pegawai

Menguruskan semua jenis cuti iaitu cuti kerana perkhidmatan (cuti rehat/ cuti separuh gaji/ cuti
tanpa gaji), cuti kerana perubatan (cuti sakit/ cuti sakit lanjutan/ cuti bersalin dll), cuti Haji dan cuti
tidak berekod
Urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) untuk bersidang bagi mengesahkan SKT &
LNPT, pergerakan gaji tahunan (PGT) dan pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Mengurus keperluan penstrukturan semula organisasi dan perjawatan

Memantau Pentadbiran HRMIS

Merancang, melaksana memantau dan mengendali Pelan Operasi latihan dan kursus

Menguruskan Pengambilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (Latihan Amali)

Mengurus kemudahan Perlindungan Insuran Kemalangan (berkelompok)

Bertanggungjawab dalam urusan memproses tuntutan perubatan

Seksyen Pentadbiran

Mengurus pelantikan, perkhidmatan, kompetensi serta kebajikan pegawai dan kakitangan.

Melaksanakan perolehan aset dan inventori serta pentadbirannya.

Menyelenggara ruang pejabat.

Seksyen Keselamatan

Merancang, melaksanakan dan menyelaras sistem keselamatan perlindungan Suruhanjaya.

Menjalankan pemeriksaan dan siasatan dalaman berkenaan pelanggaran keselamatan.

Memastikan keselamatan pengadu/ saksi/ orang yang diadu/ Pesuruhjaya/ pegawai dan kakitangan
Suruhanjaya.

Memastikan Keselamatan dokumen Rahsia Rasmi Suruhanjaya dilindungi.

Melaksanakan pengurusan penyerahan subpoena kepada saksi.

BAHAGIAN KEWANGAN

Seksyen Pembayaran dan Akaun

Fungsi utama Seksyen Kewangan adalah merancang, mengurus dan mengawal kedudukan kewangan
Suruhanjaya.
Perancangan, pengurusan dan kawalan kedudukan kewangan Suruhanjaya melibatkan:-

Penyediaan Bajet Tahunan;

Pengurusan Pembayaran;

Pengurusan Gaji dan Elaun;

Pengurusan Perakaunan;

Penyediaan Laporan berkala termasuk Penyata Kewangan Tahunan;dan

Memastikan semua aktiviti kewangan dikendalikan mengikut Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan
garis panduan yang berkuatkuasa.

Seksyen Perolehan

Fungsi utama Seksyen Perolehan adalah menguruskan semua urusan perolehan bekalan, kerja dan
perkhidmatan Suruhanjaya yang melibatkan:-

Urusan perolehan secara Pembelian Terus/ Sebut Harga Jawatankuasa B/ Sebut Harga/ Tender;

Memproses permohonan Pesanan Tempatan;

Menguruskan Pelantikan Jawatankuasa bagi Sebut Harga Jawatankuasa B, Sebut Harga atau Tender;

Urusetia bagi Mesyuarat Sebut Harga Jawatankuasa B, Sebut Harga atau Tender;

Menyediakan Laporan Perolehan; dan

Memastikan semua aktiviti perolehan dikendalikan mengikut Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan
garis panduan yang berkuatkuasa.

Memastikan semua aktiviti perolehan dikendalikan mengikut Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan
garis panduan yang berkuatkuasa.

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Merancang, mengurus, menyelaras dan menyedia kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) kepada Suruhanjaya
Memberi perkhidmatan sokongan teknikal dalam pengurusan kelengkapan ICT

Melaksanakan penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan


dalam bidang tugas yang terlibat

Menyelenggara laman web rasmi serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Suruhanjaya

UNIT INTEGRITI

Bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras iaitu

Tadbir Urus

Memastikan pelaksanaan tadbir urus secara efektif;

Pengukuhan Integriti

Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;

Pengesanan dan Pengesahan

-Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika
organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan

-Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;

Pengurusan Aduan

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah
serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;

Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan


Tatatertib

Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

UNIT AUDIT DALAM

Unit Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas yang dapat memberi khidmat perundingan secara
objektif untuk menambah nilai dalam aktiviti operasi dan pengurusan serta membantu organisasi
mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan
menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Unit Audit Dalam boleh membantu organisasi mencapai objektifnya melalui perkara-perkara berikut:

Meningkatkan pengurusan kawalan dalaman organisasi.

Membantu organisasi mengenalpasti kelemahan serta amalan yang bercanggah dengan peraturan-
peraturan semasa dan seterusnya memberi syor penambahbaikan bagaimana sesuatu isu dapat
diselesaikan.

Membantu organisasi meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan.

Di bawah subseksyen 1 (3) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] adalah
terpakai bagi aduan yang dibuat atau dirujukkan kepada Suruhanjaya berkenaan SALAH LAKU YANG
BERLAKU PADA ATAU SELEPAS PERMULAAN KUAT KUASA AKTA INI IAITU PADA 1 APRIL 2011.

ADUAN

Di bawah seksyen 22 Akta 700 Suruhanjaya mempunyai KUASA AM mengenai pengurusan aduan
seperti berikut:

01

Suruhanjaya mempunyai kuasa menyiasat apa-apa aduan;

02 Suruhanjaya mempunyai kuasa merujukkan apa-apa aduan bersifat tatatertib kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib yang berkenaan; dan

03
Suruhanjaya mempunyai kuasa merujukkan apa-apa aduan bersifat jenayah kepada Pendakwa Raya.

Anda mungkin juga menyukai