Anda di halaman 1dari 12

PENGETAHUAN AM/ISU SEMASA

Memperkasakan PDRM

Dalam memelihara keselamatan serta mengekalkan keamanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
memberi tumpuan untuk memperkasakan sumber manusia serta menghalakan gerak kerja dan
inisiatif berpandukan 3 fokus utama iaitu:

1. Mengekalkan ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat

2. Mengawal serta mengekang jenayah melalui pencegahan dan penyiasatan berkesan

3. Memantapkan integriti dan pematuhan standard

Bagi merealisasikan hasrat murni ini, tiga buku sudah diterbitkan sebagai panduan dan hala
cara strategi pasukan:

1. Kod Etika Polis Diraja Malaysia (PDRM)

2. Pelan Integriti Polis Diraja Malaysia 2016-2020

3. Manual Pematuhan Standard

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak berhubung ketiga-tiga buku panduan
yang disebut di atas, agar pembaca dapat memahami dan menghargai inisiatif PDRM dalam
memperkasakan sumber manusia ke arah mencapai visi dan misi pasukan.

Kod Etika PDRM

Dengan peruntukan kuasa undang-undang yang luas, PDRM sebagai sebuah agensi penguat
kuasa utama yang bertanggungjawab mengenai keselamatan dan ketenteraman awam,
hendaklah berkhidmat berlandaskan etika kerja dan integriti yang tinggi. Setiap tingkah laku
hendaklah berasaskan kepada nilai murni yang diperaku dan diterjemahkan melalui Kod Etika
PDRM.

Kod Etika PDRM yang baru bagi menggantikan kod etika sebelumnya adalah berlandaskan
konsep PRINSIP yang diterjemahkan sebagai:

Prihatin dan komited melaksanakan fungsi PDRM;

Responsif dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat

Integriti sebagai teras perkhidmatan

Semangat satu pasukan menjadi budaya ke arah mencapai misi dan visi

Inovatif dan kreatif menjadi amalan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan


Profesional ke arah merealisasikan Kepolisan Moden

Kod Etika PDRM ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan PDRM seiring dengan
tanggungjawab sosial, perundangan dan peraturan serta dijadikan garis panduan berhubung
dengan sikap dan tingkah laku semasa melaksanakan tugas dan amanah. Ia juga menjadi asas
penghayatan nilai dan moral dalam membanteras rasuah, salah laku, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa.

Pelan Integriti PDRM 2016-2020

Pelan ini adalah kesinambungan kepada inisiatif sebelumnya iaitu Pelan Integriti PDRM 2007-
2010 dan 2010-2015. Ia menjadi pemacu budaya organisasi berpaksikan integriti dan
pematuhan standard. Pelan integriti PDRM 2016-2020 ini adalah penambahbaikan pelan
integriti sebelumnya, di mana fokus keutamaan adalah ke arah peningkatan integriti,
pematuhan standard perkhidmatan PDRM dan mensejahterakan institusi berkeluarga dalam
memberi perkhidmatan kepolisan moden kepada masyarakat.

Pelan Integriti ini bertujuan membentuk warga PDRM yang berintegriti ke arah kepolisan
moden, menutup ruang dan peluang salah laku di kalangan warga PDRM melalui pematuhan
etika kepolisan dan standard yang ditetapkan serta meningkatkan imej, perkhidmatan kepolisan
dan profesionalisme warga PDRM.

Pelan Integriti 2016-2020 mempunyai enam nilai teras sebagai pemangkin kepada jati diri dan
sahsiah diri iaitu integriti, bermoral, keagamaan, kerohanian, beretika dan profesionalisme. Ia
akan menjadi satu hala tuju strategik dalam membudayakan integriti secara holistik agar PDRM
terus membuahkan keberhasilan rasa selamat yang mampan di kalangan masyarakat.

Terdapat 5 Teras Strategik bagi Pelan Integriti PDRM 2016-2020 ini iaitu:

1. Memantapkan pengurusan pentadbiran dan pematuhan standard

2. Meningkatkan keberkesanan sistem perkhidmatan penyampaian

3. Memantapkan pengurusan sumber manusia

4. Memperkasakan imej PDRM ke arah kepolisan moden

5. Mensejahterakan institusi keluarga


Manual pematuhan standard

Manual Pematuhan Standard PDRM adalah antara inisiatif ke arah mentransformasi pasukan
secara holistik dalam memperkasakan integriti warga PDRM, selari dengan dasar nasional
untuk mewujudkan pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam yang cekap, berdisiplin serta
berintegriti tinggi.

Manual ini menjadi garis panduan berbentuk dokumen bertulis berdasarkan kepada sumber
rujukan seperti berikut:

Pekeliling Perkhidmatan

Perintah Tetap Ketua Polis Negara

Standard Operating Procedure

Arahan-Arahan Pentadbiran

ISO 9001:2008

Manual Prosedur Kerja

Job description

Manual ini juga menjadi mekanisme kawal selia dalam memastikan pematuhan kepada semua
arahan, peraturan dan undang-undang yang terpakai. Objektif manual ini adalah:

Mewujudkan perkhidmatan kepolisan moden yang berintegriti;

Meningkatkan kualiti serta prestasi pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kepolisan,


seiring dengan tuntutan masyarakat terhadap pasukan PDRM sebagai pelindung utama negara;

Menyediakan sistem kerja kepolisan yang berteraskan pematuhan standard yang telah
ditetapkan, dan

Mengenalpasti tindakan pencegahan serta pemulihan bagi mengatasi isu integriti pasukan.

Sementara prinsip yang terkandung dalam Manual Pematuhan Standard PDRM termasuklah
kesetiaan, kepemimpinan, akauntabiliti, tepat dan berkesan, konsisten serta telus dan adil.

Manual ini penting dalam membentuk budaya kerja yang dapat membantu dalam mencapai
penguasaan pengetahuan serta menjadi pelindung paling efektif kepada warga polis yang
kompeten. Melalui pematuhan standard yang ditetapkan, setiap warga PDRM akan menjadi
lebih cekap, tepat dan yakin dalam membuat keputusan, melakukan sesuatu tugas yang betul
dan berkesan, berpandukan prosedur dan proses kerja yang jelas dan nyata. Ia juga dapat
membantu dalam menghasilkan outcome yang konsisten, standard dan seragam. Hasilnya,
tahap error dapat diminimakan, selain bertindak sebagai damage control yang efektif dalam
pelaksanaan tugas dan fungsi kepolisan moden. Manual ini juga dapat mengenal pasti risiko
serta menutup ruang berlakunya penyelewangan dan salah laku dengan pantas dan betul.
Pelaksanaan manual pematuhan standard ini, membuktikan komitmen pucuk pimpinan dalam
konteks kawal selia dalaman PDRM. Prinsip kepolisan moden yang berpegang kepada konsep,
Polis Adalah Masyarakat, Masyarakat Adalah Polis, menjadi asas dan pegangan PDRM dalam
memastikan pasukan sentiasa disanjungi, dipercayai dan diyakini masyarakat.

Saya yakin ketiga-tiga dokumen panduan ini dapat melonjakkan lagi usaha PDRM ke arah
mencapai tahap profesionalisme yang lebih tinggi, disokong oleh warga kerja beretika,
berintegriti serta menghormati peraturan dan undang-undang. Semoga Allah mempermudahkan
segala usaha dan niat murni kami dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
masyarakat.

Blueprint 2.0 Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM 2016-2020

Blueprint 2.0 Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau Polis Diraja Malaysia 2016 - 2020
merupakan kesinambungan daripada Buku Blueprint Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau
PDRM yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Bin
Tun Abd Razak yang mana Blueprint tersebut merupakan pelan tindakan jangka pendek yang
mensasarkan pelaksanaannya sehingga tahun 2015. Ini merupakan salah satu inisiatif PDRM
untuk membangunkan agenda teknologi hijau negara disamping meningkatkan pengetahuan
dan kesedaran kepada 109,000 orang warga PDRM serta masyarakat amnya tentang
kepentingan memulihara alam sekitar untuk kehidupan yang lebih baik, sihat dan selesa.
Setelah berakhirnya pelaksanaan Blueprint Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM
pada tahun 2015, pihak GreenTech Malaysia telah melakukan penilaian pencapaian
pelaksanaan dan PDRM telah berjaya memperoleh keputusan pencapaian sebanyak 85% iaitu
4-Bintang. Sijil Penghargaan Pencapaian Pelaksanaan Blueprint telah diserahkan oleh Ketua
Pegawai Eksekutif GreenTech Malaysia kepada Ketua Polis Negara semasa program PDRM
Green Day yang berlangsung pada 16 Disember 2015 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Blueprint 2.0 ini dibangunkan bagi merancakkan lagi pelaksanaan agenda Go Green PDRM di
mana aktiviti dan sasaran telah ditetapkan untuk tempoh 5 tahun bermula tahun 2016 sehingga
tahun 2020. Blueprint 2.0 ini nanti akan digunakan sebagai rujukan dan panduan di kalangan
pegawai, anggota dan warga PDRM dalam melaksanakan segala aktiviti yang melibatkan
amalan hijau serta aplikasi teknologi hijau dengan lebih agresif lagi selari dengan matlamat dan
hala tuju yang disasarkan oleh pucuk pimpinan tertinggi.

INISIATIF AMALAN HIJAU DAN APLIKASI TEKNOLOGI


HIJAU PDRM 2014 2015

Pengukuhan Kerangka Institusi Bagi Pelaksanaan Program Go Green PDRM


( BANGUNAN,UTILITI,PENGANKUTAN,MASYARAKAT)

a. Penubuhan Jawatankuasa Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau


b. Penubuhan Bahagian Analisis dan Pembangunan Teknologi (TechAD)
-ditubuhkan di bawah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) pada 31 Oktober 2014
yang merupakan Urus setia Jawatankuasa Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau
bagi mengurus dan menyelaraskan Program Go Green PDRM.
C. Seminar Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP)
D. Sesi Latihan Pengurusan Tenaga dan Air
E. Pelaksanaan Program 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
F. Pemasangan Sistem Solar Hibrid di Balai Polis Pulau Mabul
G. Pelaksanaan Amalan Hijau di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman
H. Amalan Hijau bagi Pengurusan Pengangkutan
a. Penganjuran Program Green Explore Race
B. Penganjuran MyHIJAU Youth Camp
C.Program Community Policing dan Pembersihan Taman Laut, Pulau Perhentian

9.0 KESIMPULAN
Pembangunan Blueprint 2.0 Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM 2016 - 2020
adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan dalam mencapai pembangunan yang mampan dan
lestari. Selain membantu pembangunan yang mampan, ia juga dapat membantu Malaysia
mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca .Sekiranya semua sasaran dan
pelan tindakan yang ditetapkan di dalam Blueprint 2.0 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,
PDRM berpotensi untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 33.7 kilotan CO2
pada tahun 2020 merangkumi 12.04 kilotan CO2 bagi pengurangan penggunaan bahan api dan
21.66 kilotan CO2 bagi pengurangan penggunaan tenaga. Ini sekaligus dapat menyumbang
kepada sasaran 45% pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) yang ditetapkan oleh
kerajaan. Penglibatan PDRM secara langsung dalam meningkatkan kesedaran mengenai
teknologi hijau, menunjukkan kesungguhan pasukan menyokong kempenkempen yang
melibatkan kesejahteraan, bukan sahaja kepada orang ramai, tetapi juga kepada alam sekitar.
Apa yang lebih membanggakan, walaupun ianya bukanlah satu tugas hakiki, namun atas dasar
kebertanggungjawaban untuk memelihara alam sekitar, PDRM rasa terpanggil untuk
mempelopori pelaksanaan Amalan Hijau dan aplikasi teknologi hijau ke arah kelestarian yang
kini menjadi contoh kepada agensi-agensi kerajaan lain. Perubahan gaya hidup dan perubahan
minda akan mengorak langkah ke arah penghayatan dan pengamalan budaya hijau. Perubahan
kecil yang dilakukan oleh PDRM pada hari ini akan memberi kesan yang besar pada
masa hadapan.

Plan Strategik PDRM 2015-2020

Ke arah kecemerlangan, PDRM telah meneruskan perancangan transformasi melalui Pelan


Transformasi & Pelan Strategik PDRM 2015-2020 di mana pelan ini dirangka dengan turut
mengambilkira Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP),
Program Transformasi Politik (PTP), Program Transformasi Sosial (STP), Model Ekonomi Baru
(NEM), dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Pelan ini diharap dapat merealisasikan agenda transformasi PDRM yang mengambilkira
penyelesaian pertindihan fungsi organisasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan,
memperkasakan keupayaan penguatkuasaan undang-undang dan memperkasakan kebajikan
dan faedah kepada warga PDRM.

Enam fokus utama telah ditetapkan sebagai teras Pelan Strategik PDRM iaitu penguatkuasaan
undang-undang, keamanan dan keselamatan awam, pencegahan jenayah, siasatan dan
pendakwaan, risikan keselamatan dan pengukuhan organisasi.

Dalam masa yang sama, Pelan Strategik ini memberi fokus kepada empat keberhasilan
strategik iaitu mengurangkan jenayah dan meningkatkan rasa selamat, meningkatkan
pematuhan undang-undang dan peraturan, meningkatkan tahap keyakinan masyarakat
dan akhir sekali menjadikan Malaysia sebuah negara aman dan makmur.
Adalah penting untuk kita semua berusaha untuk merealisasikan pelan tindakan yang dirancang
agar dapat memenuhi kehendak pelanggan dan mengelakkan kegagalan organisasi dalam
mencapai matlamatnya. Sehubungan itu, saya menyeru seluruh warga PDRM di setiap
peringkat dan kepimpinan untuk sama-sama menghayati dan menjayakan hasrat murni ini.

Semoga Pelan Strategik ini dapat memberi panduan yang jelas dan terperinci kepada warga
PDRM untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan serta memacu
PDRM ke arah Kepolisan Bertaraf Dunia (World Class Policing). Dalam masa yang sama, pelan
ini juga diharap dapat menyediakan organisasi kepada pengurusan perubahan yang baik sama
ada daripada dalaman atau pun persekitaran.

MS-ISO-9001

Manual Kualiti MS-ISO-9001:2008 PDRM

Tranformasi Nasional 2050

Transformasi Nasional 2050 (atau TN50) merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang
merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang
jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa
persediaan dari tahun 2017 hingga 2019. Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam
dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020

TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian
daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib
Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan
proses dengan menerajui Perbicangan TN50, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang
bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi
termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.

Peringkat persediaan 2017-2019 akan menyaksikan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan
pembangunan dokumen dasar TN50 seperti penglibatan dengan pihak yang berkepentingan
dasar, pakar-pakar domain dan pemimpin dalam bidang-bidang tertentu.

Sukan Sea ke-29

Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan
dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh
Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan
Majlis Olimpik Asia.

Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau
Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara
menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui
banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh
Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan
sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara.Tujuan Sukan Asia
Tenggara adalah bahawa acara sukan serantau akan membantu menggalakkan kerjasama,
persefahaman dan menguatkan hubungan antara negara-negara di rantau Asia Tenggara

Malaysia,kemboja,laos,brunei,singapura,Indonesia,timur
leste,Vietnam,Thailand,Filipina,myanmar

Bandar Selamat

Apakah enam (6) langkah segera Program Bandar Selamat yang perlu dilaksanakan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT)?
Pencahayaan
Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan motor
Penggera keselamatan
Cermin keselamatan
Pemasangan cctv
Pemetaan gis jenayah

Program Transformasi Kerajaan 1.0 2.0

Mempertingkatkan pengankutan awam


Mempertingkatkan pencapaian pelajar
Membenteras rasuah
Kurangkan jenayah
Hapuskan miskin tegar
Menangani kos sara hidup tinggi
Meningkatkan pendapatan isi rumah
Infrastruktur luar Bandar

5 bidang utama Mengurangkan Jenayah memfokus kepada kajian berikutan kebimbangan


orang ramai mengenai jenayah:

Mengurangkan Jenayah Indeks yang dilaporkan


Mengurangkan jenayah jalan yang dilaporkan
Mengurangkan kebimbangan menjadi mangsa jenayah
Menambah baik sistem keadilan
Meningkatkan kepuasan orang awam terhadap prestasi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Sebahagian inisiatif dalam GTP 1.0 akan ditingkatkan dan diperluaskan dalam GTP 2.0
terutamanya pada yang menunjukkan keberkesanan. Contohnya termasuk program
Omnipresence dan Program Bandar Selamat.
Dasar Luar Negara

PENGENALAN DASAR LUAR NEGARA

Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar Negara bermaksud dasar
kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang
manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin
menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu
juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya
daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti
Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-
kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan
bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan.
Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan
yang menjadi punca pendapatannya.

Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang
baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan
mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah
negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan
politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan
kebudayaan masyarakat tersebut.

DEFINISI DASAR LUAR NEGARA

Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh
sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam
pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil
oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang
kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara,
hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan
penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam
pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu
mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan.

OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA

Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan
nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri
Luar Negeri, Dato Seri Syed Hamid Albar, antara objektif-objektif paling utama dasar luar
negara Malaysia adalah menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan
Malaysia di peringkat global. Selain itu, dasar ini turut menjaga dan mempertahankan
kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia seterusnya mempertahankan prinsip
menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur
tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain. Tambahan lagi, objektif seterusnya
adalah untuk menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial
di pentas dunia. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan baik serta dapat mengeratkan
kerjasama dengan negar-negara lain. Selain itu, pendirian serta kepentingan negara-negara
membangun dapat dipertahankan di peringkat antarabangsa.

PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA

Salah satu prinsip Malaysia ialah ?menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Malaysia
mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia
menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan
negara. Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui
perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara
kekerasan dan paksaan.Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara
aman dan harmoni. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya
menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak luar. Di samping itu,
Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara
mereka dan lebih memahami apa yang diperlukan. Oleh itu, Malaysia menyokong secara tidak
langsung perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran
Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan.

Polisi Luar Negara

Polis Diraja Malaysia telah mengesahkan identiti mayat Kim-Chol sebagai Kim Jong-nam,
abang tiri pemimpin rejim Koea Utara, Kim Jong-un yang mati dibunuh pada 13 Februari lalu di
Kuala Lumpur International Airport2 (KLIA2). Kim Jong-nam dibunuh oleh dua orang wanita dari
Indonesia dan Vietnam yang mana kedua-duanya telah pun dituduh di mahkamah atas
kesalahan membunuh.

Banyak perkara yang kita dapat pelajari apabila berlaku kes jenayah seperti ini. Dalam
hubungan diplomatik, negara yang terbabit akan mengukuhkan pendirian dan prinsip negara
masing-masing seakan-akan tidak mahu mengalah. Ia mungkin berakhir di meja rundingan
apabila terdapat sesuatu yang luar biasa yang mungkin menjejaskan keselamatan atau nyawa
mana-mana pihak.

Ramai pihak meramalkan Malaysia akan berdepan laluan sukar untuk menyelesaikan kes
berkenaan kerana sikap rejim Korea Utara yang tidak dapat ditentukan di samping bersikap
angkuh dengan kehebatan sendiri. Mereka inginkan kemenangan dan sanggup
memperkecilkan keupayaan orang lain.
Dalam konteks negara Malaysia, kita belajar untuk menyelesaikan perkara besar yang menarik
minat ramai pihak sama ada rakan baik kita mahupun musuh yang sedang menanti masa.
Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan peringkat global menunjukkan negara itu diterima
banyak pihak. Antara pertubuhan ini adalah seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM), World Trade Organization (WTO) dan World
Health Organization (WHO). Di peringkat serantau, Malaysia menyertai Asia Cooperations
Dialogue (ACD), Asian Development Bank (ADB), Association of Southeast Asian Nations
(ASEAN), Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) dan Asian African Legal Consultative
Organization (AALCO).

Selain itu, Malaysia juga menyertai Organization of the Islamic Conference (OIC),
Commonwealth of Nations dan The Group of Fifteen (G-15).

Dalam dasar hubungan luar Malaysia, negara itu mempunyai hubungan dengan lebih seratus
buah negara manakala Korea Utara hanya mempunyai hubungan dengan 24 buah negara.
Sikap dan sistem pentadbiran yang diguna pakai oleh Korea Utara menyebabkan negara itu
kehilangan peluang ekonomi, sosial, pendidikan dan budaya kerana banyak pihak yang tidak
mahu bersahabat dengannya.

Malaysia mengamalkan pendekatan berbeza khususnya mengambil pendekatan pragmatik.


Negara itu menggunakan semua ruang dan peluang untuk membina hubungan yang memberi
faedah ekonomi, sosial, politik dan ketenteraan. Ia juga mengambil langkah awal membina
hubungan dengan blok komunis China dan membuka ruang kepada rakyat Korea Utara
memasuki Malaysia tanpa visa.

Namun, kini semua kemudahan tersebut ditarik balik. Korea Utara bakal kehilangan satu lagi
negara yang banyak memberi ruang untuk negara itu mengubah diri sendiri.

Kezaliman rejim Korea Utara yang sanggup membunuh saudara sendiri semata-mata kerana
kuasa bakal menyaksikan negara itu tidak lagi dihormati. Apatah lagi ketakutan mereka
terhadap aktiviti latihan ketenteraan di Semenanjung Korea bakal meresahkan Kim Jong-un,
orang paling berkuasa di negara itu ketika ini.

GST

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan
cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa
pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan
Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) dimansuhkan selepas berkuatkuasanya pengenalan cukai
GST. Pengenalan cukai GST bertujuan untuk mereformasikan sistem percukaian negara,
mempelbagaikan sumber pendapatan negara, dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.
Malaysia menjadi sebahagian daripada lebih 160 buah negara di dunia yang melaksanakan
sistem cukai nilai tambah sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan negara.
GST merupakan cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah dan cukai berperingkat.
Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan
pengedaran. GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengilangan,
pengeluaran, pengedaran, pembekalan, pemborongan, perniagaan, dan peruncitan dalam
rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan. Cukai itu sendiri bukan
merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang
telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat
penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir pengimport, pengilang,
pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit tidak terlepas dari
pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini disorokkan dan
mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST
mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan.[2][3]

Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyusun
semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta
dapat mengatasi kelemahan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan seterusnya
mampu mengesan serta mengekang perbuatan dan kelakuan seperti:-

Mensabotaj ekonomi

Segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan


peruncit tidak mengisytiharkan jumlah sebenar pendapatan bulanan dan tahunan mereka untuk
mengelak cukai, memanipulasi penyata pendapatan, menyembunyikan sumber serta aliran
kewangan syarikat.

Ada segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga,


dan peruncit yang melakukan khianat dengan sengaja menyorok sesuatu barangan,
memonopoli produk bagi membunuh persaingan pesaing, dan memanipulasi harga barang
sesuka hati. Akibat perbuatan segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar,
pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit yang menjadi pengkhianat ekonomi ini, maka
harga barang meningkat berkali ganda dan menjadi mahal. Kesannya hidup rakyat menjadi
susah, tetapi para pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong,
peniaga, dan peruncit yang khianat ini semakin kaya memboroi.

Mengenakan cukai terselindung

Cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pengedar,
pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan
margin keuntungan sesebuah syarikat.

Mengenakan cukai bertindih


Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu sama ada di bawah cukai jualan atau di
bawah cukai perkhidmatan. Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana
cukai perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan
perkhidmatan kepada pengguna. Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu
barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai perkhidmatan. Pengguna terpaksa
membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos
yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila
menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

Mengenakan caj tersembunyi

Kadang kala cukai perkhidmatan turut dimasukkan ke dalam secara terselindung di dalam bil
atau resit pengguna tanpa diketahui yang sebenarnya dikenakan caj perkhidmatan.

Kesan GST

Negara

Dengan pelaksanaan GST, kerajaan menjangkakan pendapatan sebanyak RM23.1 bilion pada
tahun 2015. Pendapatan ini akan dijana untuk menampung kos pembangunan negara
sebanyak RM49.5 bilion yang akan disalurkan kepada pelaburan infrastruktur. Sebagai
sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membaik pulih sistem kewangan, GST akan
membantu kerajaan mencapai matlamat ekonomi negara. Pelaksanaan GST dapat
meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kutipan cukai di samping
mengurangkan kadar inflasi.

Anda mungkin juga menyukai