Anda di halaman 1dari 20

1.

BINCANGKAN ISU MH370 SERTAKAN KESAN KEPADA NEGARA (P3)

Tragedi kehilangan kapal terbang MAS MH370 menimbulkan banyak persoalan tetapi ia
juga telah menonjolkan pelbagai isu seperti keselamatan, media, hubungan antarabangsa
dan psikologi rakyat Malaysia sebagai satu masyarakat dan dunia sebagai masyarakat
global.

MH370 berlanjutan dan mencalar reputasi Malaysia di mata dunia, kerajaan perlu kikis
sikap “urusan seperti biasa” yang sering diamalkan. Ia perlu sedar bahawa seluruh dunia
terlibat di dalam krisis ini. Ini bukan urusan domestik seperti yang selalu.

China hari ini merupakan ekonomi kedua terbesar dunia. Memainkan sentimen perkauman
ketika berdepan kritikan mereka mampu memberi kesan buruk. Menyalahkan media
negara China kerana cara mereka membuat liputan berkenaan MH370 tidak akan
membantu hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Malaysia perlu lebih berhemah dengan menggunakan semua saluran diplomatiknya bagi
berdepan kritikan. Bukan hanya China, Malaysia sewajarnya sedar seluruh dunia turut
terkesan dengan saga MH370 ini. MAS sudahpun berdepan masalah akibat beban hutang
yang mencecah RM4 bilion. Ia hanya mampu bertahan dengan suntikan dana daripada
kerajaan. Krisis MH370 ini jika berlanjutan akan tambah memberi tekanan kepada MAS
serta kerajaan Malaysia. Ia juga bakal memberi kesan kepada ekonomi makro negara.
Beberapa contoh disertakan di bawah ini:

 Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dibuat di China dibatalkan kerana
sentimen kebencian di situ;
 Malaysia sebelum ini menanam rasa sakit hati pengikut Syiah di Iran; dan
ketegangan kaum atas kebiadaban orang tertentu bercakap mengulas tentang
bangsa cina dan rakyat cina.
 Hubungan ekonomi.
 Pejabat MAS di Beijing telah di arahkan tutup faktor keselematan.
 Ancaman keselamatan rakyat Malaysia termasuk pelajar dan pekerja.
 Ancaman serangan siber ke website sistem perbankan, keselamatan negara dan
website kerajaan oleh cyber troopers negara cina.
 Pemulauan barangan Malaysia .
 Pemulauan dan kesan ekonomi kepada tarikan pelancong .
 Kuasa besar ekonomi moden dunia iaitu cina mampu secara halus atau kasar
menekan MAS dan Malaysia secara legal melalui tuntutan berbilion ringgit.
 Harga barang di Malaysia akan bertambah naik lagi kesan tekanan ekonomi akibat
dari tindakan undang2, gantirugi, kos luar budget dll ...
 Kestabilan politik makin tergugat kesan dari penglibatan antarabangsa.
 Kelemahan sistem ketenteraaan / udara dan laut Malaysia terbongkar.
 Media di China mula mempromosi Terusan Isthmus Kra bagi mengelakkan Selat
Melaka dan pelabuhan di Malaysia.
Hubungan tegang dengan China dan sikap Malaysia menjadikan pelabur kurang yakin.
Bolehkah Malaysia berdepan masalah jangka panjang bagi industri dan perdagangannya?
Semuanya boleh membawa kita ke zaman gelap, anak-anak susah nak sekolah, nak makan
pun susah, pengangguran meningkat, kerja susah dan banyak lagi. Pihak berkuasa Malaysia
perlu lebih bertenang dan tidak berkonfrantasi dengan mana-mana pihak.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang hilang selepas sejam penerbangan pada
pagi 8 Mac lalu. Ini termasuk 154 daripada China dan Taiwan. Ahli keluarga di Beijing
menuduh kerajaan Malaysia dan MAS menipu kerana informasi yang tidak konsisten
tentang nasib pesawat tersebut. Ahli keluarga dari China membuat bantahan di hadapan
kedutaan Malaysia di Beijing. Mereka menuntut penjelasan dari Putrajaya. Mereka
bertempur dengan polis yang membuat benteng manusia di luar bangunan kedutaan dan
melaungkan slogan kerajaan Malaysia adalah “pembunuh”.

China juga mempersoal kesahan maklumat satelit yang digunakan Malaysia bagi
mengumumkan pesawat MH370 telah terhempas di Lautan Hindi. Presiden Xi Jinping telah
mengarahkan wakil khas Naib Menteri Luar Zhang Yesui ke Kuala Lumpur bagi
mendapatkan analisa secara dekat sementara Timbalan Menteri Luar Xie Hangshend
mengarahkan duta Malaysia memberitahu beliau apa yang menyebabkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman memilukan itu. China mendesak Inmarsat
dan pihak berkuasa Malaysia menjelaskan mengapa ada penangguhan empat hari sebelum
maklumat disampaikan bagi misi pencarian pesawat tersebut.

MH370 adalah lebih daripada hanya sebuah pesawat yang hilang kerana ia menguji
keupayaan Kerajaan Malaysia menjana sokongan antarabangsa untuk misi mencari dan
menyelamat. Sokongan antarabangsa sedemikian tidak mungkin diperolehi tanpa
wujudnya kedudukan mantap urusan diplomasi Malaysia. Banyak isu politik seperti
kedaulatan dan perbedaan politik telah timbul, namun Kerajaan Malaysia berjaya
mengatasi masalah itu untuk mendapatkan sokongan banyak negara asing. Bagaimana pun
bahawa ada ruang untuk penambahbaikan khususnya kerana peristiwa itu telah
menunjukkan kelemahan keselamatan ruang udara negara. Pihak tentera telah mengesan
MH370 mengubah arah laluan penerbangannya tetapi tidak mengambil sebarang tindakan
kerana pihak tentera terlalu berpegang kepada protokol yang ketat untuk mengambil
tindakan selanjutnya. Walau bagaimana pun terdapat banyak isu seperti keselamatan telah
timbul di peringkat antarabangsa dan telah dapat ditangani oleh Malaysia dengan baik.
Tuduhan Malaysia tidak telus dan tidak cekap dilemparkan oleh rakyat China, Malaysia
masih penting untuk negara China. China adalah rakan perdagangan Malaysia yang
terbesar dan China juga tidak mahu Malaysia berpaling untuk menjadi terlalu pro Amerika.

Malaysia adalah penting untuk China kerana lokasinya strategik yang mana Selat Melaka
adalah laluan penting bagi China untuk bekalan minyak yang amat diperlukannya demi
perkembangan ekonominya. Namun begitu menyorot kepada laporan yang mengatakan
bahawa jumlah pelancong China ke Malaysia telah merosot sebanyak 30 peratus sejak
peristiwa itu. Teori kononnya MH370 menjadi mangsa kerana ia membawa rahsia
teknologi dron terkini Amerika untuk dihantar ke China.
Kawalan amat ketat pemerintah ke atas media arus perdana dengan kewujudan pelbagai
undang-undang yang mengongkong kebebasan media. Ini membuatkan wartawan
tempatan dari media arus perdana hanya dapat bertindak sebagai pencatat peristiwa
dengan menyuapkan berita versi pemerintah semata-mata. Beberapa media arus perdana
juga tidak membantu keadaan. Wartawan mereka tidak berupaya bertanya soalan-soalan
yang harus dikemukakan. Wartawan yang berani berbuat demikian penulisan mereka tidak
akan digunakan atau disiarkan setelah diolah semula. Kewartawanan Malaysia sudah tidak
lagi menjadi satu profesyen, sebaliknya satu pekerjaan sahaja. Dengan sebab pihak
berkuasa hanya biasa dengan wartawan yang telah dijinakkan dan menurut perintah ia
membuatkan pihak berkuasa tidak dapat menangani soalan dari media asing dengan baik
apabila berhadapan dengan mereka. Kelemahan tersebut menyebabkan banyak kritikan
yang dibuat terhadap keupayaan pihak kerajaan dalam menangani isu tersebut.

Kesihatan psikologi keluarga terdekat mangsa penumpang MH370 dan mendapati media
telah memburukkan lagi keadaan psikologi mereka dengan berterusan kerana mahu
mengajukan soalan. Keluarga terdekat mangsa sedang berhadapan dengan keadaan yang
dikenali sebagai ‘ambigious loss’ atau kehilangan tidak menentu. Dalam keadaan
kehilangan biasa seseorang akan melalui proses bersedih dan menerima realiti. Akhirnya
meraka redha dengan kehilangan tersebut. Namun dalam kes MH370 kehilangan yang
mereka alami disertai dengan harapan besar bahawa keluarga dan orang tersayang akan
kembali. Apabila media berusaha juga untuk mengajukan soalan seperti "bagaimana
perasaan anda" membuatkan keluarga sentiasa mengenang kembali kehilangan mereka. Ini
sama sekali tidak membantu usaha memulihkan perasaan mereka itu.

Pemangku menteri pengangkutan itu yang kini setiap hari berada dalam liputan media
tempatan dan antarabangsa mengatakan Malaysia tidak akan berputus asa dalam usaha
pencarian pesawat MH370 meskipun tiada perkembangan terbaru mengenainya termasuk
usaha mencari serpihan di Lautan Hindi yang dikatakan ada kaitan dengan kehilangan
pesawat itu.

Dalam usaha terus mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac ketika dalam
perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing,
reformasi atau pun perubahan secara besar-besaran perlu dilakukan bagi Malaysia
dalam pelbagai aspek.

Seharusnya Parlimen memberikan tumpuan kepada kes ini bagi membenarkan Barisan
Nasional dan Pakatan Rakyat bekerjasama dalam berdepan dengan krisis ini, akan tetapi
ini tidak dilakukan.

Malaysia masih tidak berani untuk memberi peluang anggota parlimen parti kerajaan dan
pembangkang untuk bekerjasama dalam berdepan dengan isu besar seperti ini.
Kehilangan pesawat MH370 juga membuktikan betapa pentingnya ketelusan dan
amalan pentadbiran baik atau “good governance” diamalkan di Malaysia. Jika Jabatan
Imigresen mengamalkan pentadbiran baik, tidak mungkin dua warga Iran yang
menggunakan pasport curi akan berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan sebelum
berjaya menaiki pesawat MH370 yang masih hilang itu. Ketika Malaysia menjadi
tumpuan dunia akibat kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu, masyarakat
antarabangsa turut sama menyaksikan pelbagai kelemahan negara.

Kini pegawai-pegawai kerajaan merasakan sendiri pengalaman “dimaki hamun” keluarga


penumpang daripada China kerana gagal memberikan maklumat tepat kepada mereka.
Putrajaya sebelum ini dengan “gembiranya” menyekat wartawan-wartawan portal berita
independen seperti The Malaysian Insider, Malaysia kini dan lain-lain dalam majlis-majlis
mereka kerana dikatakan “pro pembangkang” kerana tidak bertanyakan soalan-soalan
membodek. Kini Hishammuddin dan pegawai kerajaan lain merasakan sendiri bagaimana
sukarnya untuk menjawab soalan-soalan daripada petugas media antarabangsa yang tidak
akan berputus asa bertanya selagi tidak mendapat jawapan.

Sekurang-kurangnya Hishammuddin banyak belajar daripada krisis ini berbanding


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih “dikutuk” akibat
daripada tidak membenarkan sebarang soalan ditanya ketika disidang media khasnya
minggu lalu.

Apa-apa pun, Malaysia kini sudah menjadi lebih masyhur walaupun kerana sebab yang
tidak sepatutnya berlaku. Faktanya, Malaysia lebih dikenali dunia berbanding sebelum ini.
Apabila sudah terkenal bermakna negara akan terus diperhatikan. Oleh itu Malaysia juga
perlu berubah agar berjaya mencapai standard dunia. Jika tidak, kita akan terus
ditertawakan masyarakat antarabangsa kerana kebodohan kita. Dalam pada itu, kita harus
terus berdoa agar MH370 dapat ditemui dan segala kesedihan, kepedihan dan
ketidakpastian akan berakhir.
2. BAGAIMANA FAKTOR KEMISKINAN BOLEH MEMPENGARUHI HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA (P2)

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai
keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri.
Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini
dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai
konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia.

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya.
Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh
orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini
coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu
didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum
pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat
ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama.

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di
bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab
mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di
Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan
penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi
berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor
utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh
dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga
ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara
yang dikenal pasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah
Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Bilangan buruh Cina yang berhijrah
memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat
sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke
Tanah Melayu.
Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyrakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu
ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan
Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat
luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka
berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana
dinegara iyu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya
berhijrah keluar kenegara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India
dating sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih
kecil dan bertambah setelah Inggeris Berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga
menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun,
bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India.
Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin),
Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran
dengan Selat Melaka. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik
antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.

Pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang
dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak
ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini
disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama
penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa
yang mereka dapat di negara asal mereka.

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat


majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada
mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.
Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan
pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara
tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih
membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik
atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan
Telok.

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau
Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada
luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia
iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu,
Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun,
jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada
komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah
mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi
etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan
India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut
berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempetan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan,
kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah
kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Kesimpulannya pembentukan masyarakat majmuk diMalaysia bermula apabila kemasukan


migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British diTanah Melayu.
Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa diMalaysia. Kehadiran
kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah Negara yang kaya dengan budaya,
adab resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan
masyarakat Malaysia menjadikan Negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

Perasaan perkauman di negara ini sejak merdeka sehingga kini tidak banyak berubah.
Biarpun peristiwa 13 Mei 1969 menyedarkan banyak pihak tentang pentingnya perpaduan
untuk keselamatan dan pembangunan negara tetapi ia tidak berupaya mengikis perasaan
perkauman di kalangan kumpulan etnik di negara ini. Malahan pada masa ini, ikatan
kesetiaan etnik memainkan peranan yang amat penting. Hampir seluruh kegiatan, tindakan
dan pergerakan adalah berasaskan kepada etnik.

Jika keputusan pilihan raya 1986 boleh dijadikan sebagai ukuran perasaan perkauman di
negara ini, kita boleh rumuskan bahawa perasaan perkauman kumpulan etnik di negara ini
amat tebal. Pilihan raya 1986 memperlihatkan betapa parti yang bersifat perkauman
sahaja yang mendapat tempat di hati pengundi. Parti yang tidak mengharapkan sokongan
satu- satu kaum tidak mampu bersaing dengan parti yang bercorak perkauman. Ini mudah
difahami kerana dalam masyarakat berbilang etnik yang kumpulan etniknya bersaing
antara satu sama lain untuk merebut sumber kekayaan yang sama, seruan-seruan
menggunakan faktor etnik biasanya dengan mudah dapat mengumpulkan sokongan
daripada anggota-anggota kumpulan etnik itu.

Perasaan perkauman yang tebal ini wujud di sebalik usaha kerajaan untuk mewujudkan
perpaduan antara etnik. Usaha itu termasuklah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara
selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan,
membentuk sistem pendidikan yang berorientasi perpaduan, penggubalan prinsip Rukun
Negara dan melancarkan rancangan pembangunan 20 tahun Dasar Ekonomi Baru.

Menerusi Dasar Ekonomi Baru, kerajaan berusaha untuk menambah penglibatan orang-
orang Melayu dalam industri dan perdagangan. Hasrat ini jelas dinyatakan dalam buku
Rancangan Malaysia Kedua 1971-75.

Istilah etnik berasal dari perkataan Yunani “ethnos” yang bererti orang. Etnik dalam bidang
sosiologi membawa erti sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dan
menganggap dirinya sama dengan anggota yang lain dari segi budaya, agama, bahasa dan
nilai hidup. Perasaan sesuatu kelompok yang menganggap kelompoknya berbeza dari
kelompok lain disebabkan oleh ciri-ciri sosio-budaya tersebut dinamakan etnisiti.

Oleh itu istilah etnik lebih sesuai digunakan dalam kajian mengenai masalah perkauman
dan perpaduan. Masalah-masalah ini wujud bukan kerana perbezaan warna kulit atau
warna mata. Ia disebabkan oleh prejudis, stereotaip dan diskriminasi yang wujud akibat
daripada perbezaan cara dan nilai hidup.

Kemiskinan masih menarik perhatian banyak pihak, termasuk para ahli akademik di
berbagai bidang kajian. Kajian tentang kemiskinan selalunya melibatkan faktor ekonomi,
sosial, budaya dan juga politik. Ahli sejarah dan perbandingan kemiskinan mendefinisikan
kemiskinan melalui satu garisan (continuum), kemahuan (want) bermula dari kebuluran,
saradiri (subsistence), sosial coping dan akhir sekali partisipasi sosial. Walau
bagaimanapun, kemiskinan merupakan sebagai suatu masalah kehidupan sosial didalam
masyarakat dunia ketiga, bukan hanya wujud pada masyarakat luar bandar, tetapi juga
bandar. Seperti halnya dituliskan oleh ahli-ahli sosiologi, politik dan ekonomi yang
menyatakan bahawa kemiskinan termasuk dalam permasalahan sosial, tetapi apa yang
menyebabkannya dan bagaimana mengatasinya tergantung pada ideologi yang
dipergunakan. Maksud daripada ideologi ini adalah tergantung daripada bagaimana
pentadbir negara menyelesaikannya.

Para ahli sains sosial telah mengumpulkan berbagai statistik untuk mengetahui betapa
meluasnya fenomena kemiskinan yang berlaku di seluruh dunia dengan berpautan kepada
beberapa petunjuk tertentu. Antara lain, kekurangan makanan, perkiraan usia purata
dilahirkan, seberapa luas ketidaktahuannya dan lain-lain.

Oleh sebab makanan merupakan keperluan asas untuk hidup dan pelbagai jenis
kekurangan berlaku keatas diri seseorang. Namun apabila makanan sudah terpenuhi
seseorang akan mencari perlindungan dengan membina rumah yang layak didiami
sehingga seseorang itu akan mudah meneruskan kehidupannya. Di samping kedua-dua
ukuran biologikal dan fizikal tersebut, telah ditambahkan pula kurang pendidikan sebagai
indikator yang berkaitan dengan kemajuan sosial. Untuk mencapai kemajuan sosial
tersebut diperlukanlah pembangunan.

Pembangunan ditakrifkan sebagai sekumpulan usaha manusia yang dilakukan secara


merdeka, terancang dan berterusan untuk meningkatkan kualiti kehidupan, matlamat asas
pembangunan adalah memberdayakan manusia sebagai insan yang merdeka supaya dapat
mencapai taraf kehidupan dan keadilan sosial yang lebih baik, ringkasnya, pembangunan
bertujuan untuk memperkaya kehidupan manusia atau enriching human lives.

Oleh sebab itu pembangunan dapat dikatakan sebagai sekumpulan program atau projek
untuk memperbesar peluang manusia dalam mempertahankan dan seterusnya
meningkatkan kualiti kehidupan, mempertinggi aksesibiliti dan memperkuat penyertaan
yang menunjukkan petunjuk tentang kedudukan manusia sebagai diutamakan (put people
first), merujuk kepada pentakrifan diatas pembangunan sosial dan ekonomi bertujuan
untuk mensejahterakan sama ada manusia ataupun masyarakat. Secara tidak langsung
mensejahterakan manusia dan masyarakat ialah membasmi kemiskinan dalam bentuk
apapun.

Unsur manusia merupakan faktor kunci dalam pembangunan kerana manusia sebagai
subjek atau pelakon sekaligus objek atau tujuan pembangunan. Ini bermakna bahawa
pencapaian pembangunan adalah bergantung kepada kebolehan manusia dalam
menterjemahkan berbagai isu pembangunan kemudian menggubal dasar dan merancang
strategi pembangunan. Seterusnya, untuk melaksanakan pembangunan tersebut
diperlukanlah, program dan projek pembangunan serta mengawal prosesnya termasuk
alokasi dan distribusi sumber-sumber atau faktor-faktor produksi, untuk membasmi
kemiskinan.

Isu kemiskinan negara-negara yang sedang membangun selalunya menjadi perbincangan


yang menarik untuk dibahas di negara-negara maju. Namun para penyelidik sosial kurang
memperhatikan bahawa di bandar-bandar besar masih banyak masyarakat miskin yang
perlu diberi perhatian. Kepesatan pembangunan sesebuah bandar merupakan daya tarikan
kepada masyarakat kampung untuk berpindah dan merasakan bagaimana rasa kehidupan
bandaraya. Keadaan dan masalah kemiskinan dalam bandar, selalunya wujud didalam
kawasan-kawasan setinggan di kawasan pinggiran bandar. Selama ini isu kemiskinan
sering dihubungkaitkan dengan keadaan masyarakat luar bandar seperti di kampung yang
terpencil ataupun kampung yang mundur.

Kajian ini menyelidiki perbandingan program kerajaan dalam membasmi kemiskinan pada
masyarakat miskin di bandar yang terpinggirkan, kerana selama ini mereka selalunya
dianggap hanya sebagai masyarakat pelengkap para penduduk kaya di bandar-bandar
besar, tanpa diperhatikan kebutuhan asasnya. Masyarakat miskin ini bekerja di sektor
informal bandar dengan pendapatan yang rendah untuk bertahan hidup di bandar-bandar
besar. Terdapat warga bandar yang tidak punya pekerjaan tetap dan melakukan jenayah
sekadar untuk mempertahankan hidup.
Bandar-bandar Malaysia mempunyai ciri-ciri penduduk yang hampir sama, sehingga
memungkinkan suatu kajian perbandingan dilakukan.Tingkat penghijrahan ke bandar-
bandar besar di kedua-dua negara ini mempunyai tingkat yang hampir sama di negara-
negara Asia Tenggara, selain Thailand dan Filipina. Tingkat penghijrahan ini disebabkan
kekurangan seimbangannya pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Fenomena sosial seperti kemiskinan sendiri masih wujud di bandaraya Kuala Lumpur,
Malaysia. Oleh kerana kemiskinan merupakan satu bidang kajian sosiologikal yang bukan
sahaja dikaji sebagai suatu permasalahan dalam kehidupan masyarakat bandar, tetapi juga
termasuk berbagai program kerajaan dalam pembasmian kemiskinan bandar. Pengambilan
kes di bandaraya Kuala Lumpur, ini kerana bandar ini memiliki ciri yang khas merupakan
pusat perniagaan, pendidikan dan pelancongan. Oleh kerana itu adalah wajar jika
kebanyakan warga yang tinggal di kawasan ini yang terdiri bukan daripada hanya terdiri
warga tempatan, dan tetapi juga warga pendatang asing.

Kuala Lumpur memiliki lebih kurang 22 institusi pengajian tinggi, termasuk awam (IPTA)
dan swasta (IPTS). Kemudian beberapa pusat perniagaan yang besar terdapat di sekitaran
Kuala Lumpur. Di bandaraya Kuala Lumpur penduduk tempatan (lokal) adalah terdiri
daripada warga Melayu dengan pendatangnya adalah warga etnik-etnik lain seperti Cina,
India, dan Indonesia.

Pelaksanaan program-program pembangunan negara telah dapat meningkatkan taraf


kehidupan rakyat di Malaysia. Kemajuan yang cemerlang dalam pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990 telah mencapai matlamat untuk membasmi kemiskinan
dan menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi, bagi mencapai hasrat dan matlamat Dasar Ekonomi Baru, pada tahun-tahun
1970-an penglibatan kerajaan begitu kentara sekali dalam kegiatan-kegiatan ekonomi
menerusi pelaksanaan projek-projek pembangunan perindustrian, perniagaan dan
sebagainya. Penglibatan sedemikian dapat dilakukan kerana ekonomi negara pada saat itu
adalah kukuh dan kedudukan kewangan kerajaan Malaysia juga kuat. Tambahan pula pada
masa itu sektor swasta pada umumnya tidak mampu memainkan peranan sedemikian.

Kemelesetan ekonomi negara yang melanda hampir semua negara di Asia memaksa
kerajaan melihat kembali peranannya. Kedudukan kewangan kerajaan dan hutang negara
yang tinggi tidak memungkinkan ia menampung satu perkhidmatan awam yang besar
saiznya. Disamping itu didapati setengah-setengah perusahaan awam tidak dapat
dikendalikan dengan baik kerana kelemahan-kelemahan pengurusan, kurang pengalaman
dan sebagainya. Ini termasuklah masalah perumahan bagi rakyat miskin, usaha yang
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan penduduk di Malaysia telah
diteruskan melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang merupakan teras utama dan
dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-0055 serta Rancangan Malaysia
Ketujuh, 1996-2000. Matlamat utama dasar pembangunan negara ialah untuk
mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dapat dicapai, terutama melalui
pembangunan perumahan kos rendah bagi orang-orang yang masih mendiami rumah
setinggan .
Fenomena setinggan telah menjadi masalah utama negara sejak dari dahulu lagi dan sering
dikaitkan dengan gambaran yang bercanggah dengan nilai-nilai kehidupan yang ideal.
Antara masalah tersebut ialah kesesakan penghuni, keadaan bangunan buruk dan
berselerak, kemiskinan, masalah sosial, tiada kemudahan infrastruktur dan sebagainya.
Untuk mencapai pembangunan perumahan yang seimbang seperti yang ditekankan oleh
Dasar Pembangunan Nasional, beberapa strategi baru telah diperkenalkan. Ini termasuklah
dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas industri perumahan, meningkatkan
pembangunan sumber daya manusia dalam sektor perumahan, menggalakkan usaha
peningkatan teknologi dalam sektor perumahan dan mengurangkan ketidakseimbangan
struktur antara sektor perumahan bandar dan perumahan luar bandar serta antara
wilayah maju dan wilayah mundur.
Dalam rancangan pembangunan nasional, aspek etnik turut menjadi keutamaan. Pelbagai
dasar dan program pembangunan dirangka dan dilaksanakan demi untuk mencapai
kemajuan menyeluruh meliputi semua lapisan etnik di negara ini. Dalam Rancangan
Malaysia ke-9, terdapat rancangan lima tahun yang menjadi pemacu kepada misi nasional
ke arah mencapai wawasan 2020.

Di bawah pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Rancangan Malaysia ke-9
merupakan kesinambungan perancangan kerajaan membentuk negara yang maju dari segi
ekonomi, seimbang dari segi pembangunan sosial, memiliki masyarakat bersatu padu,
berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh.
Terdapat lima teras yang menjadi misi nasional yang menyumbang kepada perpaduan
etnik di Malaysia seperti berikut: -

 Teras Pertama: Meningkatkan Nilai Tambah Dalam Ekonomi Negara

- Meningkatkan nilai tambah dalam sector pembuatan, perkhidmatan dan pertanian.


- Menjana sumber kekayaan baru melalui ICT dan bioteknologi.
- Meningkatkan pewujudan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
- Menjadikan sektor swasta peneraju pembangunan ekonomi.
- Memperluas pasaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia.

 Teras Kedua: Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta


Memupuk Minda Kelas Pertama

- Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.


- Memperkukuhkan keupayaan R&D, Sains dan Inovasi.
- Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
- Memperkasakan belia dan wanita.

 Teras Ketiga: Menangani Masalah Ketidaseimbangan Sosioekonomi Secara Membina


dan Produktif

- Basmi kemiskinan.
- Memacu pembangunan wilayah.
- Mengurangkan jurang kekayaan.
- Penstrukturan semula pola pekerjaan.
- Membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera generasi
baru.
- Mencapai pembangunan lebih seimbang dan bermakna.

 Teras Keempat: Meningkatkan Tahap dan Kemampuan Kualiti Hidup

- Memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan perbandaran.


- Menambah baik perkkhidmatan kesihatan.
- Menambah baik kemudahan prasarana pengangkutan.
- Menjamin bekalan tenaga mampan.
- Mempertingkat sistem pembekalan air dan menangani banjir.
- Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber mampan.
- Membangunkan sukan.
- Menjamin pertahanan negara dan ketenteraman awam.

Sehingga kerajaan telah ikut serta dalam program ini dalam pembangunan perumahan dan
melalui projek penswastaan yang dilakukan oleh kerajaan. Bahkan di bawah Rancangan
Malaysia Kelima dan Keenam (1986-1995), program-program perumahan telah
dilaksanakan dalam konteks konsep petempatan manusia. Di bawah ini penyediaan
kemudahan-kemudahan sosial seperti sekolah, klinik dan dewan masyarakat ditekankan,
sebagai tambahan kepada penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur asas dan
pengenal pastian peluang-peluang ekonomi. Ini merupakan satu kesinambungan bagi
strategi pembangunan perumahan untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan untuk
mempertahankan perpaduan nasional.

Dalam Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), sektor awam telah merancang untuk
membina 385,570 unit rumah kos rendah, tetapi hanya 45 % sahaja yang telah siap dibina.
Dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995), 602,723 unit rumah telah dirancang
untuk dibina oleh kedua-dua sektor awam dan swasta. Walau bagaimanapun, hanya 24,430
unit sahaja yang telah dibina oleh sektor awam. Masalah perumahan banyak disiarkan
dalam akhbar-akhbar tempatan, terutamanya kesukaran untuk mendapatkan hak milik
tanah, sijil kelayakan menduduki rumah, kerosakan rumah-rumah siap dibina, kelewatan
menyiapkan projek tersebut serta projek-projek yang terbengkalai.

Pada akhir tahun 1991, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia telah
menganggarkan terdapat 173 projek perumahan yang terbengkalai yang melibatkan
40,363 unit rumah dan 26,129 pembeli rumah.

Pada tahun 1991 adalah dianggarkan jumlah keseluruhan projek-projek yang terbengkalai
adalah RM 1,918.4 juta. Pembangunan perumahan kos rendah telah dicadangkan oleh
Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai salah satu program pembasmian kemiskinan
bandar. Masyarakat setinggan sering dihubungkaitkan dengan masalah kemiskinan, maka
tindakan-tindakan penyelesaian masalah setinggan diharap dapat menyelesesaikan
masalah kemiskinan.

Pelaksanaan projek PPR (Projek Perumahan Kos Rendah) bersepadu telah diputuskan oleh
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan juga Jemaah Menteri bagi mengatasi
masalah dan menempatkanpenduduk setinggan yang masih ramai di sekitar bandaraya
Kuala Lumpur. Sebagai pemerintah yang bertanggungjawab dan sentiasa merealisasikan
harapan rakyat serta prihatin kepada permasalahan perumahan yang dihadapi oleh
penduduk setinggan dan juga golongan berpendapatan rendah, Kerajaan Malaysia telah
mengambil inisiatif dan langkah-langkah positif dengan segera untuk membina lebih
banyak rumah kos rendah akan memenuhi keperluan mereka.

Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) bersepadu


dimana35,000 unit rumah kos rendah akan dibina disekitar ibu kota dan dijangka siap
sepenuhnya pada tahun 2005, sesuai dengan rancangan kerajaan untuk setinggan sifar
pada akhir tahun 2005. Langkah tersebut adalah membuktikanbahawa kerajaan Malaysia
begitu serius, komited dan bertanggung jawab dalam menunaikan janji kepada rakyat bagi
menyediakan perumahan yang selesa kepada keluarga setinggan dan golongan
berpendapatan rendah supaya golongan tersebutakan dapat menikmati taraf kehidupan
yang lebih sempurna.

Bandaraya Kuala Lumpur dengan kemegahan bandarayanya yang megapolitan masih


menghadapi permasalahan sosial seperti kemiskinan yang secara struktural dilihat dari
segi kewujudan rumah setinggan ditengah-tengah gedung-gedung dan bangunan yang
menjulang tinggi. Hal ini dibuktikan dengan masih adanya sebuah kawasan setinggan yang
masih banyak rumah setinggannya atau kawasan sesak, di daerah Kampung Kerinci.
Beberapa program penempatan semula rumah setinggan untuk warga kampung ini telah
dilakukan oleh kerajaan dan sudah dilaksanakan oleh kerajaan dengan membina pangsa
untuk mereka. Namun hingga kini warga Kampung Kerinci Bukit B Federal Highway ini
enggan untuk pindah dari kampungnya sehingga kerajaan sukar untuk membangunkan
semula kawasan Kampung Kerinci ini.

Projek PPR telah dibuat dan dilaksanakan oleh kerajaan setempat, namun mereka
mengalami kesulitan yang menghalang kemajuan kerajaan setempat untuk menempatkan
kembali warga Kampung Kerinci di kawasan yang sudah disediakan oleh kerajaan secara
kemas, sehingga memenuhi syariat Islam.
3. TERANGKAN SISTEM POLITIK DI MALAYSIA (RAJA PERLEMBAGAAN DAN
DEMOKERASI BERPARLIMEN) SERTA PROFIL MALAYSIA SECARA RINGKAS. (P1)

Raja-raja Melayu merupakan pencetus dan menjadi dasar kepada identiti tanahair kita.
Perkara ini telah diambil perhatian dalam proses penggubalan Perlembagaan dalam
membentuk Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Menerusi dua
institusi raja-raja, iaitu Majlis Raja-Raja dan Yang diPertuan Agong, Perlembagaan
Persekutuan meletakkan raja-raja Melayu pada suatu yang tempat yang tinggi dan penting.
Terdapat pelbagai peruntukan khusus mengenai Majlis Raja-Raja dengan kuasa dan
peranan yang tertentu. Manakala Yang di-Pertuan Agong puladiangkat sebagai Ketua
Utama Negara. Baginda sebahagian daripada Badan Perundangan atau Parlimen. Baginda
juga diletakhak oleh Perlembagaan Persekutuan dengan kuasa Pelaksana atau kuasa
eksekutif.

Dua perkara yang mendasari perbincangan ini ialah, pertama, Perlembagaan adalah simbol
kemerdekaan dan kedua, Perlembagaan juga adalah identiti negara. Dua perkara ini begitu
asas untuk kita fahami kerana, tanpa Perlembagaan, kita tidak akan diiktiraf sebagai negara
merdeka dan berdaulat, dan tanpa Perlembagaan kita tidak mungkin dapat mencipta
falsafah atan indentiti negara.

Perlembagaan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama


negara, yang secara undang-undangnya menganggotai tiga badan kerajaan, iaitu badan
Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).

Yang di-Pertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai
kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen serta meletakkan cop mohor
kepada Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan dalam proses
penggubalan undang-undang.

Baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Yang di-Pertuan Agong


berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman. Baginda
bertangjungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
serta kepentingan bangsa lain.

Melalui kuasa budi bicara, menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat
bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja
Melayu. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri,
Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri
daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat
kepercayaan.

Baginda juga boleh menggunakan kuasa budi bicara untuk membubar Parlimen sekiranya
terdaapt permintaan Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan
melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat
Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong boleh membuat pengisytiharan darurat dan juga membuat undang-
undang (ordianan) darurat sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak bersidang secara
serentak. Atas nasihat Perdana Menteri, baginda mempunyai kausa melantik ahli
suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perlembagaan, seperti Suruhanjaya Polis.
Baginda juga melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri.

Selain daripada kuasa dan peranan, kedudukan institusi raja dijamin oleh Perlembagaan.
Antaranya, Walaupun ahli Dewan Parlimen mempunyai kebebasan untuk membuat apa-
apa pernyataan berkaitan raja-raja Melayu, namun, mereka tidak dibenarkan untuk
menganjurkan atau mencadangkan pemansuhan institusi raja dalam apa juga prosiding
Parlimen. Pindaan Perlembagaan terhadap apa juga peruntukan berkaitan Majlis Raja-Raja
dan keutamaan raja juga tidak boleh dilaksana tanpa perkenan Majlis Raja-Raja.

Dalam aspek perundangan, kedudukan raja-raja Melayu agak terselamat – bukan sahaja
atas kapasiti kedudukan umum, tetapi juga keselamatan diri. Di samping peruntukan
Perlembagaan sepertimana yang telah disebut di atas, undang-undang jenayah negara juga
menjaga kedudukan raja-raja Melayu. Undang-undang yang begitu relevan ialah Kanun
Keseksaan. Tindakan menentang Raja, yang dikategorikan sebagai kesalahan terhadap
negara, adalah kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup ataupun hukum
bunuh. Misalnya kesalahan berperang melawan Raja-Raja. Hukuman bunuh juga boleh
dikenakan ke atas mana-mana orang yang didapati bersalah melakukan kesalahan
terhadap tubuh badan Raja atau bakal pengganti raja. Sementara itu penjara seumur hidup
atau denda boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang dibuktikan sebagai merancang
untuk memecat atau melucutkan raja daripada takhta mereka.

Sistem politik dan pemerintahan tradisi Melayu meletakkan raja atau sultan sebagai
pemerintah tertinggi yang diberikan sepenuh ketaatan dan kesetian. Sistem ini
berlangsung berabad lamanya. Ketika berlangsungnya penjajahan British di Tanah Melayu.
Sultan masih lagi mempunyai kuasa untuk hal tertentu bagi negeri masing-masing.
Kedudukan mereka masih dianggap berdaulat ketika itu. Apabila perlembagaan moden
Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh British, pengiktirafan terhadap kepentingan
sistem beraja tetap diambil kira dengan meletakkannya sebagai Raja berperlembagaan. Ia
menjadi sebahagian elemen penting dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Tun Salleh Abbas (1997), apabila kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu,
institusi beraja dikekalkan dengan beberapa pindaan untuk disesuaikan dengan konsep
demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan.

RAJA BERPELEMBAGAAN

Hal ini sekali gus melambangkan Raja Melayu adalah kesinambungan sejarah dan warisan
negara. Kewujudan institusi Raja menjadi sebahagian daripada identiti negara dan ia
dilindungi oleh perlembagaan. Ia disebut di dalam Perkara 159(5) yang menjelaskan
bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-
Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-
masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Perkara 71 pula menjamin hak seseorang raja dalam negeri baginda untuk mewarisi,
memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan.
Demikian juga Perkara 38(4) menyebut bahawa tiada undang-undang yang secara
langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh
diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. 

Institusi raja dianggap penting dalam menjamin kestabilan negara kerana ia menjadi
‘payung negara’, menaungi seluruh rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan
kepercayaan agama. Ini adalah selari dengan Perkara 32(1) yang meletakkan kedudukan
baginda sebagai ‘Ketua Negara’ dan selaras dengan kedudukannya sebagai Raja
berperlembagaan, baginda perlu mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang
diberi kuasa oleh jemaah menteri.

Bagi orang Melayu institusi Raja berperlembagaan dengan fungsinya yang tertentu penting
bagi ‘survival’ orang Melayu. Ini dapat difahami di dalam Perkara 153 yang mana ia
meletakkan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk melindungi dan memelihara
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri atau Kabinet berkuasa
menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak
dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa
atau pendidikan atau latihan atau kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan termasuk
permit atau lesen perniagaan.

Peruntukan 153 tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja seperti yang
digariskan di bawah Perkara 159(5). Selain itu, kedudukan istimewa orang Melayu juga
terkandung dalam Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang
melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.
Demikian juga pasukan Rejimen Askar Melayu hanya boleh dianggotai oleh orang Melayu
saja seperti dikuatkuasakan. 

Di dalam Perlembagaan negeri yang memiliki raja pula menetapkan Raja Melayu bagi
negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ia orang Islam. Ini
bermakna Yang di-Pertuan Agong yang dipilih di kalangan Raja-Raja Melayu itu juga adalah
seorang Melayu dan beragama Islam. Justeru, institusi raja turut melambangkan
kedaulatan dan kuasa Islam di negara ini. Kesimpulan, institusi Raja seperti yang
terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu pengiktirafan oleh penggubal
perlembagaan yang memahami sejarah, warisan dan tradisi masyarakat dan kedaulatan
politik Melayu. 
Mereka memahami bahawa ketuanan Melayu sudah pun mengakar lama dengan
kewujudan kuasa raja yang menjadi pemerintah di negeri-negeri Melayu, iaitu berabad-
abad lamanya sebelum British bertapak di negara ini. Kuasa-kuasa yang diperuntukkan
kepada Yang di-Pertuan Agong, terutama untuk memelihara kedaulatan Melayu dilakukan
dengan cukup baik tanpa menzalimi mana-mana bangsa lain yang ada di bumi Malaysiai.
Inilah sebenarnya kehebatan sistem politik yang Malaysia amalkan malah jika
dibandingkan dengan mana-mana negara lain didunia tidak salah rasanya sebagai sistem
yang terbaik didunia.

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja


berperlembagaan. Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk
pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah
pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan,
Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan
kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang,
Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan
Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-
perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah
negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-
Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja.

Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran
Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah
Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan
Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan
tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah
menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas
mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua
Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang
boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa
untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil
Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu
penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal,
tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua
atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke
semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia.


Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima
tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan
dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih
wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil
bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh
pembubarannya.

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar
tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi
sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah
kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara
Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat
perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula
muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka
kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah
Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan
Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.

Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua
urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu
dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan
rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.

Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih
kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh
British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk
Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat
pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman
telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan
berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme.
Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi
masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan
Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir
penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.

Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka
dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan
bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah
Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan
Nagasaki.

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk
menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan
memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British
mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa.
Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan
Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada
penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi
penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah
berkerajaan sendiri.

Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan
penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula
membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri
negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah
menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956
telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31hb. Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia
yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini
datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat
untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September
1963.

Malaysia merupakan sebuah negara yang menarik dan mempesonakan. Terdiri daripada
berbilang kaum, budaya dan agama, rakyat di negara ini hidup secara harmoni dalam
syurga tropika di tengah-tengah Asia Tenggara. Malaysia terdiri daripada dua daratan yang
berlainan iaitu Malaysia Timur dan Malaysia Barat. Malaysia Barat dikenali sebagai
semenanjung yang diapit oleh Laut China Selatan di sebelah timur dan Selat Melaka di
sebelah barat. Thailand adalah jiran di sebelah utara manakala Singapura pula terletak di
sebelah selatan. Keluasan tanah Malaysia Barat dan Timur adalah lebih kurang 329,758
km2, dan dipisahkan oleh lautan dengan anggaran 40 batu jaraknya. Malaysia Timur terdiri
daripada wilayah persekutuan dan dua negeri yang besar, iaitu Sabah dan Sarawak yang
terletak di utara Pulau Borneo. Malaysia Barat pula terdiri daripada 11 negeri dan 2
wilayah persekutuan, kesemuanya memiliki ciri yang tersendiri. Waktu di Malaysia adalah
8 jam lebih awal daripada WMG dan 16 jam lebih awal daripada waktu piawai US Pasifik.
Keadaan cuaca di Malaysia adalah panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia merupakan
sebuah negara yang bertuah kerana tidak mengalami perubahan cuaca yang drastik atau
sebarang bencana alam. Suhu negara ini adalah antara 21°C (70° F) hingga 32°C (90° F)
sepanjang hari. Pakaian daripada kapas serta ringan, sejuk dan kasual adalah disyorkan
untuk dipakai pada sepanjang tahun.

Malaysia berbangga menjadi salah sebuah negara pengeksport utama kelapa sawit, getah,
gas asli, biji koko dan lada. Selain itu, Malaysia juga merupakan salah satu negara peneraju
eksport produk perkilangan di dunia seperti semikonduktor, produk audio visual,
barangan elektrik, produk getah celup dan oleokimia.

Digelar ‘Mini Asia’, Malaysia merupakan negara majmuk terdiri daripada berbilang bangsa
dengan populasi lebih daripada 28 juta penduduk berketurunan Melayu, Cina dan India
serta bangsa asli yang lain, hidup bersama dengan harmoni. Terdapat juga warganegara
lain yang belajar, bekerja dan menjalankan perniagaan di Malaysia. Bahasa Malaysia adalah
bahasa kebangsaan, namun Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil turut digunakan secara
meluas. Islam adalah agama rasmi Malaysia, namun Perlembagaan menjamin kebebasan
beragama untuk semua kaum. Oleh itu, kepercayaan seperti Kristian, Hindu, Buddha dan
agama lain boleh diamalkan secara bebas. Kestabilan politik di negara ini juga menekankan
perkongsian kuasa antara kaum, seterusnya menjamin persekitaran yang aman dan
harmoni. Hasilnya, Malaysia telah diiktiraf dan diakui sebagai model masyarakat pelbagai
budaya.

Anda mungkin juga menyukai