Anda di halaman 1dari 5

1.

2 PENGENALAN

Isu global merupakan persoalan lintas budaya dan bangsa yang sedang
hangatdibicarakan pada masa sekarang ini oleh masyarakat di dunia. Isu ini tidak
hanyadihadapi oleh satu negara saja, melainkan dihadapi oleh berbagai negara di
belahan dunia. Isu-isu global yang berkembang di dunia saat ini meliputi isu tentang
lingkungan dan isu tentang kemanusiaan. Isu tentang lingkungan mencakup
kekurangan pangan,kekurangan sumber air bersih, polusi, dan perubahan iklim.
Sedangkan isu tentangkemanusiaan mencakup kemiskinan, konflik atau perang,
dan wabah penyakit. Isu keganasan antarabangsa, pemerdagangan manusia serta
ketidakseimbangan kekayaan dunia dan kemiskinan dunia ketiga merupakan isu
yang sering dipaparkan di media massa. Isu-isu ini telah memberikan implikasi
negatif kepada keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara.

ISU KEGANASAN ANTARABANGSA

Keganasan bererti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti


pengeboman,pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik
daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh bertentangan
ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak
membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir
kehancuran.

Keganasan antarabangsa memberikan kesan kepada Malaysia. Antaranya


ialah keselamatan rakyat tidak terjamin. Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat
melakukan keganasan. Selain itu, ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan
membakar perasaan penyokongnya yang juga berkemungkinan akan melakukan
keganasan. Penyokong juga akan mengadakan tunjuk perasaan dalam bentuk
ganas atau liar disebabkan hasutan daripada pemimpin. Mereka ini akan melakukan
apa sahaja seperti melakukan rusuhan,merosakkan harta benda awam serta
melakukan pembunuhan terhadap rakyat yang tidak bersalah. Keadaan ini
mengancam keselamatan rakyat dan juga negara. Rakyat tidak dapat tidur walau
sebentar pun. Selain itu, ekonomi negara akan runtuh. Keyakinan pelabur dapat
ditambat apabila sesebuah negara mempunyai keadaan politik yang stabil. Apabila
keadaan politik tidak stabil, ia akan menyebabkan pelabur tidak berani untuk
menanam modal di negara terbabit. tambahan, pelabur akan menarik pelaburan
mereka keluar dari negara terbabit. Akibatnya, kerancakan ekonomi negara tersebut
akan terjejas dengan teruk. Di samping itu, keganasan ini turut menjejaskan ekonomi
dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat dagangan dunia di
Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini
menjejaskan ekonomi banyak negara, bak kata pepatah kerana nila setitik, habis
susu sebelanga. Seterusnya, industri pelancongan akan terjejas akibat keganasan
antarabangsa. Perbuatan merampas kapal terbang dan mengebom bangunan oleh
pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani makan angin ke luar negara.
mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik
yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai
akibatnya,bilangan pelancong yang melancong ke luar negara

PEMERDAGANGAN MANUSIA

  Pemerdagangan manusia  adalah perdagangan dan perniagaan yang


melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh
secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh
kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan,
atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh
paksa (termasuk melalui ikatan hutang). Pengeksploitan pemerdagangan manusia
termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain,
buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-
kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat
antarabangsa yang tidak sah perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-
kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan
keagamaan.

Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika


Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran
dari luar negara khususnya dari negara jiran atau negara Asean dengan tujuan untuk
mencari peluang ekonomi yang lebih besar. Sesetengah imigran yang dibawa masuk
ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan
hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Ramai
pesalah pemerdagangan manusia di Malaysia adalah dari kalangan ahli perniagaan,
ia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar.

             Kanak-kanak, wanita muda dan remaja merupakan mangsa utama bagi
pelaku pemerdagangan manusia. Ini disebabkan mereka dianggap senang dikawal
dan tidak berupaya untuk melakukan sebarang tindakan di luar jangkaan. Ini boleh
dikaitkan juga dengan fikiran mereka yang belum matang dan juga tidak dapat
melindungi sendiri. Ini adalah kelebihan yang digunakan oleh penjenayah untuk
menjalankan kegiatan mereka. Mangsa-mangsa biasanya dijual kepada orang kaya
dengan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Di samping itu, mereka juga
dimanfaatkan untuk kegiatan pengagihan dadah

KETIDAKSEIMBANGAN KEKAYAAN DUNIA DAN KEMISKINAN DUNIA


KETIGA

Negara-negara dunia ketiga ataupun juga dikenali sebagai negara


sedang membangun ini diklasifikasikan sebagai negara yang mempunyai
pendapatan perkapita yang rendah.  Negara ini meliputi hampir keseluruhan di
benua Afrika, Asia dan negara-negara Amerika Selatan. Sebarang ekonomi di
negara dunia ketiga dikategorikan sebagai murahan dan mempunyai tenaga kerja
yang tidak berskil langsung. Terdapat hampir 70% daripada penduduk dunia ketiga
terlibat dalam aktiviti pertanian yang serba kekurangan (tradisional). Mereka juga
merupakan golongan yang tidak sihat, berpenyakit dan sesetengah negara
mengalami masalah kebuluran.  Kegiatan ekonomi banyak bergantung pada hasil
pertanian utama yang tidak komersial dan berbentuk sara diri, rendah harga pasaran
dan tidak begitu berkualiti.
Pertambahan penduduk yang amat pesat sama ada secara semula jadi
atau migrasi menyebabkan sumber yang ada tidak mampu menampung bilangan
penduduk yang ramai. Kemerosotan bekalan sumber alam akibat eksploitasi
berlebihan untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.
Kemerosotan permintaan terhadap tenaga kerja. berlaku apabila kegiatan ekonomi
merosot menyebabkan tiada peluang pekerjaan baru diwujudkan.
Pelbagai istilah yang digunakan bagi melabelkan negara tidak maju di
antaranya ialah, negara miskin, negara mundur, negara membanguan, negara
kurang membangun dan sebagainya. Secara umumnya kemiskinan boleh
diterjemahkan dengan kekurangan segala aspek keperluan asasi. Ini merangkumi di
dalam keperluan seperti makanan, perlindungan dan pakaian. Selain itu kemudahan
sosial seperti hospital, sekolah, sistem perhubungan dan sebagainya. Dari segi
perspektif ekonomi, ia boleh ditafsirkan dengan alasan ketiadaan atau kekurangan
kemampuan di sebabkan oleh tingkatan pendapatan atau pendapatan per kapita,
pemilikan dan pekerjaan yang rendah.
Teori Kebergantungan ini diwujudkan supaya pihak negara kaya terus-
terusan mendapat faedah keatas sumber kekayaan negara miskin seperti bahan
mentah, hasil bumi dan sebagainya.  Pihak negara kaya sebagai metropolis dengan
beberapa kelebihan yang ada dari segi teknologi dan kepakaran ditonjolkan sebagai
menguasai ekonomi dan maju. Manakala negara miskin hanyalah bertindak sebagai
menyediakan keperluan bahan mentah dan sumber alam yang ada untuk disalurkan
kepada metropolis untuk menghasilkan produk akhir ataupun barangan siap yang
kemudiannya dijual kembali kepada negara miskin tersebut.

IMPLIKASI TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Isu-isu global tersebut sedikit sebanyak memberikan impak kepada


peluang pendidikan negara sama ada dari sudut positif atau negatif. Antara
impaknya ialah negara kekurangan wang untuk membangunkan sektor pendidikan.
Hal ini kerana, keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan
ekonomi dunia. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara. Kekurangan wang juga
disebabkan oleh ketidakseimbangan kekayaan dunia, kerana  realitinya sebahagian
besar kekayaan ekonomi dunia tersebut dikuasai oleh negara maju atau negara
industri seperti Jepun dan negara-negara Eropah yang lain. Bertentangan dengan
itu, negara-negara yang terletak di Asia, Afrika dan Amerika Latin merupakan negara
yang berkongsi sebahagian kecil kekayaan ekonomi dunia. Selain itu, ini akan
menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. Penyeludupan dan
pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku
menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara. Oleh itu, tiada negara yang mahu
melakukan pertukaran pelajar asing bersama Malaysia. Ini disebabkan oleh isu-isu
seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak
puas hati antara negara yang terlibat.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Isu-isu yang melibatkan pendidikan malaysia merupakan


perkara-perkara yang diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan negara ini. Hal ini
memandangkan aspek inilah yang menjadi antara penentu kepada jatuh dan bangun
negara bangsa Malaysia pada masa ini dan masa akan datang. Jika negara gagal
dalam membangunkan modal insan yang kita ada keselamatan negara akan
terancam. Jika keselamatan Malaysia tidak dipelihara, aset negara akan musnah dan
jika tidak ada usaha membangunkan modal insan negara akan hilang
kedaulatannya.
RUJUKAN

Kartini Aboo Talib Khalid (2015), Pemerdagangan Manusia : Hak Hambatan dan
Inisiatif Kertas Kerja kajian etnik UKM bil. 42 September

Kassim Thukiman (2003), Keganasan Antarabangsa : Suatu Tinjauan Awal : Jurnal


Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia

Syah Mim. (2015, Mac 1). Ketidakseimbangan Kekayaan Dunia dan Kemiskinan
Dunia Ketiga. Diambil daripada https://www.slideshare.net/syahryzan/3-45282458.
Dilayari pada (23/8/2018)

Anda mungkin juga menyukai