Anda di halaman 1dari 2

Pemerdagangan manusia bermaksud golongan yang miskin dan lemah diseludup ke dalam

sesebuah negara secara haram dengan tujuan untuk mengeksploitasi mereka ke lembah pelacuran,
seksual, buruh paksaan atau khidmat layanan paksa dan perhambaan. Kegiatan ini membawa
pelbagai kesan buruk. Jadi, tindakan perlu dijalankan untuk membanterasnya.
Kegiatan ini melanggar hak asasi manusia kerana mangsa dieksploitasi dan dizalimi. Banyak
orang diseludup ke negara maju sebagai buruh kasar murahan. Misalnya diseludup ke Malaysia dan
Eropah untuk menjadi pembantu di restoran, buruh binaan, petani dan menjalankan kerja-kerja yang
bahaya. Mereka dibayar gaji yang rendah sedangkan masa bekerja pula panjang serta kebajikan
pekerja tidak terjamin. Ada yang kebebasan kerana diugut, dikurung dan tidak dibayar gaji. Kanakkanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi untuk diperdagangkan terutama bagi aktiviti
meminta sedekah.
Kegiatan ini mencetuskan pelbagai jenayah sosial. Sebagai contohnya, gadis cantik dijanjikan
pekerjaan halal yang bergaji lumayan di negara maju atau di negara sedang membangun. Mereka
diseludup masuk masuk ke negara-negara tersebut secara haram. Akhirnya golongan gadis ini
dipaksa menjadi hamba seks. Mereka diseksa dan dibunuh jika tidak tunduk kepada kehendak
sindiket maksiat kerana mereka tidak mempunyai rekod masuk ke negara berkenaan. Malah ada
yang dipaksa mengambil dadah agar mudah dikawal oleh sindiket pelacuran. Rakyat miskin dari
Myanmar, India dan sebagainya diseludup ke negara maju dan dipaksa menjual organ mereka.
Semua ini merupakan kegiatan jenayah yang serius.
Selain itu, penyakit berbahaya juga akan merebak dengan serius. Di negara Cuba dan
Mexico misalnya, kebanyakan rakyatnya diseludup ke Amerika Syarikay secara haram. Golongan ini
tidak menjalani pemeriksaan kesihatan yang sah. Sebagai akibatnya, pelbagai penyakit bahaya
mudah merebak masuk ke Amerika Syarikat seperti penyakit H1N1 (Influenza A). Malaysia juga
terdedah dengan penyebaran wabak penyakit batuk kering dan AIDS yang dibawa oleh pendatang
haram Indonesia, Bangladesh dan pelacur dari negara China.
Dalam usaha memerangi kegiatan haram ini, kerjasama antarabangsa amat penting. Polis
Antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa kerajaan perlu sering bertukar makluat perisikan
berkaitan dengan kegiatan sindiket penyeludupan manusia. Taktik dan dan strategi sindiket ini harus
sentiasa dikaji agar tindakan berkesan dapat diambil. Hal yang demikian kerana aktiviti jenayah ini
mempunyai jaringan dan sindiket professional global. Lantaran itu, operasi antarabangsa perlu untuk
melumpuhkan rangkaian antarabangsa sindiket haram ini. Pintu masuk dan keluar di sempadan,
lapangan terbang serta kawasan perairan setiap negara perlu diperketat. Cara mengesan dan
mencegah penyeludupan manusia yang canggih juga perlu dipertingkatkan, manakala senarai nama
sindiket dan golongan yang terlibat pula disenaraihitamkan.
Di samping itu, kempen kesedaran penting untuk mengatasi masalah ini. NGO dan kerajaan
negara yang terlibat perlu menggiatkan kempen kesedaran dengan lebih berkesan. Kes-kes mangsa
yang dipaksa melakukan perbuatan maksiat dan dianaiaya wajar diketengahkan supaya masyarakat
dunia sedar betapa beratnya permasalahan ini. Masyarakat harus disedarkan tentang bahaya dan
risiko menjadi hamba buruh murahan dan hamba seks. Corak hidup pekerja haram yang bagaikan
neraka harus dipaparkan. Dengan demikian, rakyat yang ingin bekerja di negara asing tidak mudah
ditipu dengan janji manis palsu sindiket haram. Pihak majikan juga perlu disedarkan tentang hukuman
berat seperti hukuman penjara, denda yang tinggi dan sebatan jika mereka mengambil pekerja
haram.
Tegasnya, kegiatan yang tidak berperikemanusiaan ini mesti dibanteras secepat mungkin
agar dapat menyelamatkan golongan miskin terutamanya kanak-kanak dan kaum wanita daripada
menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagangan manusia.

Isu dan Cabaran

Isu Sosial Antarabangsa: Keldai Dadah, Pemerdagangan Manusia, Ubat Tiruan, Masalah PATI, Keracunan
Makanan, makanan supplemen, buruh kanak-kanak, bekalan air bersih, perubahan cara hidup (penyakit mental),
teknologi laser, teknologi robot,
Bil.

Isu

Cabaran

Kesan
Positif

Kesan
Negatif

LangkahLangkah
Penyelesaian

Faktorfaktor

Catata
n

Kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai keldai dadah oleh sindiket dadah antarabangsa terus meningkat.
Permasalahan ini jika tidak ditangani dengen segera boleh menimbulkan pelbagai risiko. Bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai