Anda di halaman 1dari 3

MAKSUD PEMERDAGANGAN MANUSIA

Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan


atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah
ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada
perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi
tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).
Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau
bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan.
Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat
antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak
sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.

Punca-Punca Berlakunya Pemerdagangan Orang

Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 mendefinasikan pemerdagangan orang


sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan, atau
penerimaan seseorang bagi maksud ekploitasi. Pemerdagangan manusia merujuk aktiviti
pemerdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi menusia
secara haram sama ada untuk menjadi buruh yang sah atau buruh paksa. Masalah ini
semakin hari semakin serius kerana didorong oleh pelbagai punca.

Kemiskinan merupakan salah satu punca berlakunya keguatan pemerdagangan manusia.


Kemiskinan di negara asal membuatkan mangsa berusa mengubah taraf hidup. Antara
cara yang boleh diambil oleh mereka adalah dengan berhijrah ke negara yang lebih maju
dan banyak mempunyai peluang pekerjaan. Untuk nerhijrah ke negara yang lebih maju,
mereka perlu berusaha dengan pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, terdapat
pihak yang cuba mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan. Agensi ini membawa
migran ke negara lain dan memaksa migran menjadi buruh paksa atau pelacur.

Permintaan tenaga buruh yang tinggi di sesebuah negara mendorong berlakunya kegiatan
pemerdagangan orang. Pihak sindiket pemerdagangan orang mengambil kesempatan ini
dengan membekalkan buruh untuk mengaut keuntungan. Sindiket-sindiket ini menyamar
sebagai agensi pekerjaan untuk membantu buruh asing, namun mereka mengeksploitasi
buruh-buruh tersebut akibat kelemahan dalam sistem perundangan. Apakah sampai
dinegara yang dijanjikan, buruh-buruh tersebut akan dipaksa bekerja dengan upah tidak
setimpal. Hal ini juga menunjukkan bahawa hak asasi mereka sebagai manusia telah
dirampas.

Keuntungan yang lumayan hasil aktiviti pemerdagangan orang mendorong kegiatan ini
terus berleluasa. Sikap materialistik menjadi pihak sindiket hilang peri kemanusiaan.
Mereka sanggup mengeksploitasi orang yang memerlukan pekerjaan dengan memberikan
kerja-kerja seperti buruh kasar atau pelacur. Pulangan yang lumayan menjadikan mereka
gelap mata dan seterusnya mengabaikan hak asasi dan martabat mangsa. Dengan
mengeksploitasi mangsa, mereka akan memperoleh wang yang banyak manakala mangsa
terus menderita kerana tidak dilayan dengan adil. Justeru, masalh ini wajar dipandang
serius kerana dapat menimbulkan trauma kepada mangsa.

Penguatkuasaan undang-undang yang lemah membuatkan kegiatan ini semakin


berleluasa. Hukuman berat sepatutnya dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi
dalang kepada kegitan ini. Selain itu, hukuman yang berat sepatutnya dikenakan kepada
pihak yang mengambil pekerja daripada sindiket pemerdagangan orang ini. Ketiadaan
hukuman yang berat membuatkan dalang sindiket berani untuk menjalankan kegiatan
jenayah pemerdagangan orang. Jelaslah di sini bahawa penguatkuasaan yang lemah
menjadi punca jenayah ini semakin berleluasa.

Sindiket pemerdagangan orang biasanya mempunyai rangkaian domestik dan


antarabangsa. Hal ini membolehkan mereka menjalankan aktiviti mereka dengan mudah
kerana tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Misalnya, mereka berurusan dengan
pihak-pihak tertentu untuk menguruskan pelbagai dokumen tentang mangsa. Oleh itu,
pihak berkuasa sukar untuk mengesan kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh
mereka. Hal ini menjadi punca jenayah ini terus menular di negara kita.

Tuntasnya, kegiatan pemerdagangan orang semakin berlelusa. Oleh itu, semua pihak
harus seia sekata dan berganding bahu untuk mengatasi masalah ini, jalan penyelesaian
untuk mengatasi masalh ini perlu dirancang dengan teliti.

Kesan
1. Mencemarkan imej negara di mata dunia

 Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang


isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.

 Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-


undang.

 Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.

2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara

 Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita


dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran ,
pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya.

 Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk
mengumpulkan kekayaan.

3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara

 Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan


isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.

 Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan


rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat

4. Peningkatan masalah sosial

 Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran,


pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.

 Penularan penyakit berjangkit


 Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan
sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat

Langkah-langkah
1. Penguatkuasaan undang-undang

 Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000

 Akta Antipermerdagangan Orang 2007

2. Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk


sempadan dengan lebih teliti

 Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia


berlaku

 Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram.

3. Koordinasi antara kementerian

 Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu


mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan
dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.

Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara.

Anda mungkin juga menyukai