Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN SEJARAH

1
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Fasa /Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Pembelajaran
PERSEDIAAN Mengenali peta Asia Tenggara 1. Guru melukis peta Asia Tenggara di Strategi - Berpusatkan guru
(Set Induksi) papan hitam. Bahan Sumber – Buku teks

( 5minit)

IMAGINASI Menamakan kerajaan-kerajaan 1. Guru meminta murid mengenal pasti Strategi – Guru dan murid
Melayu awal kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu Kaedah – Kecergasan Pelbagai (visual-
(5 minit) Awal pada peta Asia Tenggara. ruang)
Mengenal pasti lokasi kerajaan-  Beruas Teknik – KBAT
kerajaan Melayu awal  Kedah Tua Aktiviti – Membaca peta
 Chih Tu KPS – Membuat intepretasi
 Gangga Negara (menggabungkan maklumat)
 Temasik KBAT – Menganalisis (menghubungkait
 Santubong maklumat)
Bahan sumber PnP – Buku teks, peta
2. Guru meminta 6 orang murid
menunjukkan lokasi kerajaan-kerajaan
melayu awal pada peta Asia Tenggara di
papan hitam.

PERKEMBANGAN Mengenal pasti lokasi kerajaan- 1. Guru meneruskan aktiviti pengajaran Strategi - Berpusatkan guru dan murid
kerajaan Melayu awal dengan meminta murid mencari maksud Teknik – Kemahiran Berkomunikasi
(10 minit) dan perbezaan laut, selat, teluk dan Aktiviti – Pembentangan
pulau. KPS – Membuat intepretasi
(mengabungkan maklumat)
2. Guru meminta beberapa orang murid KBAT- Menganalisis (menghubungkait
menerangkan maksud laut, selat, teluk maklumat); menilai (membuat
dan pulau yang telah dicari. pertimbangan).
2 Dimensi Kewarganegaraan & Sivik -
3. Setelah itu, guru merumuskan jawapan Berbangga dengan sejarah asal usul negara
murid dan menjelaskan kedudukan Penerapan Nilai – keyakinan ; berani
Kerajaan-kerajaan Melayu Awal yang Bahan sumber PnP – Buku teks, peta
berdasarkan laut, selat, teluk dan pulau. Penilaian ?
3
4
Refleksi:

Pada hari ini, saya telah memulakan sesi pdp dengan melukis peta Asia Tenggara di papan putih bagi memberikan gambaran lebih jelas
kepada murid tentang kedudukan Kerajaan Melayu Awal di Asia Tenggara dan juga maksud laut, teluk, pulau dan selat. Hal ini kerana saya
merasakan murid kurang jelas akan gambaran yang diberikan di dalam buku teks. Kelebihan lukisan tersebut membantu saya menunjukkan kepada
murid akan apa itu laut, teluk, pulau dan selat. Murid juga dapat menyatakan dengan jelas kedudukan Kerajaan Melayu Awal.

Walau bagaimanapun, murid masih lemah dalam mengingat maklumat tentang Kerajaan-kerajaan tersebut. Justeru itu, saya telah
mengadakan kuiz di akhir pembelajaran sebagai pengukuhan kepada topik yang telah dipelajari. Murid menunjukkan minat yang tinggi untuk
menjawab kuiz dan mereka memberikan reaksi yang positif kepada setiap soalan yang ditanya. Kelemahan kuiz ini dapat dilihat dimana murid
berlumba-lumba untuk menjawab soalan sehingga menjadikan kawalan kelas sedikit goyah apabila mereka mula menjerit-jerit.

Oleh sebab itu, sebagai cadangan penambahbaikkan saya merasakan guru perlu memastikan keadaan murid terkawal sekiranya ingin
menjalankan aktiviti kuiz. Antara langkah yang boleh guru gunakan adalah meminta murid mengangkat tangan dalam keadaan senyap dan memilih
murid yang benar-benar senyap sahaja untuk menjawab soalan. Selain itu, guru juga boleh menggunakan alat tulis sebagai alat kawalan bagi
mengawal kelas. Misalnya guru hanya memilih murid yang mempunyai ‘paperclip’ sahaja untuk menjawab soalan dan seterusnya. Melalui cara ini
guru dapat mengawal kebisingan kelas dan murid juga dapat belajar dengan terkawal.

Anda mungkin juga menyukai