Anda di halaman 1dari 3

Apa kesan pemerdagangan manusia kepada ekonomi sesebuah nagara dan buruh ?

Perkaitan antara ekonomi sumber manusia.

Apa yang saya dapati daripada kajian tinjauan saya ini adalah, pemerdagangan manusia
menjadikan ekonomi sumber manusia tidak berlaku dengan begitu normal atau secara
naturalisasinya. Dalam konsep ekonomi sumber manusia diandaikan bahawa manusia sebagai
buruh akan menyumbang kepada ekonomi dalam sesebuah negara dan dapat diukur
sumbangan setiap seorang buruh tersebut. Namun dalam konteks pemerdagangan manusia,
buruh telah disalah guna dari segi hak mereka untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik
dan berkualiti. Teori Becker menyatakan bahawa manusia dalam ekonomi sumber manusia
memilih untuk mendapatkan intensif masa lapang dan pekerjaan. Walau bagaimanapun dalam
hal ini, berlaku keadaan yang mana buruh tidak seperti yang diandaikan oleh Becker.

Saya mendapati bahawa sekiranya perkara ini berleluasa maka pada masa akan datang berlaku
kepincangan dalam konteks ekonomi sumber manusia. Lazimnya, dalam keratan akhbar
ataupun kes yang melibatkan pemerdagangan manusia ini, buruh yang dipaksa untuk
melakukan pekerjaan adalah di bawah tahap profesional. Pada masa akan datang, kualiti buruh
akan turun dengan mendadak, kerana aktiviti ini. Hal ini demikian kerana, buruh ini tidak
mempunyai peluang dalam meningkatkan tahap profesionalisme kerjaya. Sekiranya
pemerdagangan manusia terus berlaku maka, ekonomi sumber manusia tidak dapat diuruskan
dengan berkesan. Ini mengakibatkan kualiti buruh dalam pekerjaan profesional akan menurun
bahkan dari segi angka buruh tersebut. hal ini demikian kerana, buruh yang berada dalam kes
pemerdagangan manusia ini tidak direkodkan dan tidak dapat diketahui sumbangan setiap
tenaga buruh yang telah menyertai pasaran buruh. Disebabkan itu, terdapat aktiviti ekonomi
yang tidak dapat direkodkan dengan tepat. Bagi buruh kanak-kanak pula yang sememangnya
dilarang dalam pasaran buruh sumbangan mereka dalam pasaran buruh, pengeluaran negara
tidak dapat direkodkan dengan tepat oleh badan tertentu seperti pembangunan sumber
manusia.

1. Mencemarkan imej negara di mata dunia


Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu
permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.
Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.
Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.
2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara
Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-
kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah
urut dan sebagainya.
Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan
kekayaan.

3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara


Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang
berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.
Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak
puas hati antara negara yang terlibat

4. Peningkatan masalah sosial


Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat
seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.
Penularan penyakit berjangkit
Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali
menular dalam kalangan masyarakat

1. Mencemarkan imej negara di mata dunia

Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu
permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.

Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.

Negara dianggap sebagai sarang jenayah.

2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara

Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan


kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran, pusat hiburan
dan rumah urut dan sebagainya.
Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk
mengumpulkan kekayaan.
3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara

Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-
isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.

Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa


tidak puas hati antara negara yang terlibat.
4. Peningkatan masalah sosial

Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat

seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.

Penularan penyakit berjangkit

Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya


kembali menular dalam kalangan masyarakat

Anda mungkin juga menyukai