Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi ini, isu keruntuhan akhlak dan kegagalan institusi keluarga
bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Ini disebabkan oleh manusia yang terlalu mengejar
hidup yang mewah di dunia sehingga terlupa akan perkara yang menjadi tuntutan agama. Di
negara Malaysia, statistik bagi isu-isu seperti penderaan seksual kanak-kanak, keganasan
rumah tangga serta Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual sedang meningkat dengan
mendadak. Persoalan bagaimana isu-isu ini dapat dikurangkan ataupun adakah ia akan
terus meningkat dengan mendadak menjadi tanda tanya oleh semua netizen di Malaysia.

1
2.0 ISU PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

Penderaan seksual kanak-kanak terdiri daripada dua bentuk iaitu


penderaan fizikal dan mental. Ia merujuk kepada tingkah laku individu yang menyeksa,
memperguna atau mengugut kanak-kanak untuk menjalankan hubungan seksual dengan
mereka bagi memuaskan nafsu seksual mereka. Menurut Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, tahap peningkatan kes
penderaan seksual kanak-kanak sangat membimbangkan terutamanya melibatkan kes
pedophilia yang memburu golongan kanak-kanak. Beliau memberitahu bahawa pada tahun
lalu sebanyak 5052 kes penderaan seksual kanak-kanak telah dilaporkan dan statistik ini
menunjukkan peningkatan dalam tempoh lima tahun lalu. Selain itu, pesalah bagi penderaan
seksual kanak-kanak ini terdiri daripada ibu bapa, penjaga atau pihak yang rapat dengan
kanak-kanak termasuklah pedophilia. Pedophilia ialah orang dewasa yang mempunyai
keinginan seks terhadap kanak-kanak. Baru-baru ini, negara Malaysia telah digemparkan
dengan berita seorang bapa yang sanggup meliwat anak perempuannya sendiri. Lelaki itu
didakwa melakukan perbuatan keji itu tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan
malam. Dia juga didakwa melakukan perbuatan keji itu hampir setiap hari sejak tujuh bulan
lalu iaitu sepanjang bulan Januari, Februari, Mac, April, Jun dan Julai.

Rajah 1 menunjukkan peningkatan kes penderaan seksual kanak-kanak dari tahun 2001
hingga tahun 2007 tetapi berkurangan apabila mencapai tahun 2008.

2
3.0 PUNCA-PUNCA PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

KURANG ILMU
AGAMA

PUNCA-PUNCA
TARAF KES IBU TERLALU
PENDIDIKAN PENDERAAN SIBUK MENCARI
YANG RENDAH SEKSUAL REZEKI
KANAK-KANAK

TIADA PASANGAN
HIDUP

Antara punca berlakunya kes penderaan seksual kanak-kanak ialah kekurangan ilmu
agama. Ilmu agama amat penting bagi seseorang manusia kerana dengan ilmu agama nilai
seseorang manusia yang baik akan terbentuk. Semua agama termasuk agama Islam,
Kristian, Buddha dan sebagainya mengharamkan umatnya melakukan seks secara bebas.
Apabila hal yang dituntut oleh agama tidak diambil tahu, maka perkara seperti penderaan
seksual kanak-kanak ini yang akan berlaku.

3
Selain itu, bapa yang tidak bekerja dan ibu yang terlalu sibuk bekerja merupakan
salah satu punca penderaan seksual kanak-kanak ini berlaku. Bagi bapa yang tidak bekerja,
ketika isterinya tiada di rumah untuk mencari rezeki merupakan salah satu peluang baginya
untuk melakukan perkara keji ini. Hal ini demikian kerana apabila isteri selalu tiada di rumah
untuk mencari rezeki di luar, ini akan menyebabkan ketidakpuasan seks kepada suami.
Maka, suami akan melepaskan nafsu kepada anak perempuan di rumah dan secara tidak
langsung perkara ini akan terus berlarutan jika di luar pengetahuan isteri. Pada 30 Disember
2016, seorang lelaki yang hidup secara gelandangan dihukum penjara 80 tahun dan
sebatan 110 kali oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah atas 11
pertuduhan merogol dan satu pertuduhan seks oral melibatkan anak kandungnya yang
berusia 16 tahun. Ini telah menunjukkan bahawa bapa yang tidak mempunyai sebarang
pekerjaan merupakan salah satu punca utama kepada isu penderaan seksual kanak-kanak
ini berlaku.

Di samping itu, tiada pasangan hidup juga menyumbangkan kepada berlakunya kes
penderaan kanak-kanak ini berlaku. Kajian di Barat menunjukkan bahawa lebih 62 peratus
pelaku berumur 30 tahun ke bawah. Tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding
pelaku umur 31 hingga 50 tahun. Ini membuktikan bahawa pesalah yang belum berkahwin
mempunyai keinginan seks yang tinggi kerana mereka tidak mempunyai pasangan hidup.
Maka, kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual mereka.

Akhir sekali, taraf pendidikan yang rendah bagi pesalah juga merupakan salah satu
punca kes penderaan ini berlaku. Ini disebabkan kerana tekanan hidup yang lebih tinggi di
kalangan lepasan sekolah. Apabila seseorang remaja lelaki lepasan sekolah berkahwin
dengan hanya mempunyai taraf pendidikan spm sahaja, ini akan menyukarkannya untuk
mendapat pekerjaan yang baik untuk menyara keluarga. Oleh itu, bagi melepaskan tekanan
di tempat kerja, mereka akan melepaskan nafsu kepada anak mereka. Isu ini juga berkait
rapat dengan didikan agama disebabkan kekurangan pegangan agama sebelum berkahwin.

4
4.0 KESAN PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

MENGALAMI
GANGGUAN
EMOSI

KESAN
PENDERAAN
SEKSUAL
KANAK-
KANAK
TIDAK
MEMBERI
BERSOSIAL
KESAN
ATAU
NEGATIF
BERINTERAKSI
PADA
DENGAN
FIZIKAL
ORANG LAIN

Antara kesan penderaan seksual kanak-kanak ialah mengalami gangguan emosi.


Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual tersebut akan mengalami masalah
kemurungan di mana dia tidak tahu pada siapa yang dia patut ceritakan. Apabila diugut oleh
pesalah, dia akan berasa takut untuk menceritakan pada orang lain dan ini akan membawa
ke arah gangguan mental yang lebih teruk. Apabila masalah emosi berada di tahap yang
paling teruk, ia boleh mengakibatkan kes bunuh diri. Ini disebabkan oleh tekanan perasaan
yang sangat mendalam yang dialami oleh kanak-kanak tersebut akibat sering diugut untuk
dicederakan oleh pesalah.

Selain itu, kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual juga akan menjadi
sukar untuk berinteraksi atau bersosial dengan orang lain. Akibat daripada penderaan
seksual tersebut, kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan itu takut untuk
menceritakan atau bersosial dengan orang lain kerana dikhuatiri orang lain tidak akan
mempercayai kata-katanya. Pada waktu yang sama, kanak-kanak itu sukar untuk
berinteraksi dengan orang lain akibat daripada gangguan emosi yang dialaminya apabila dia
disuruh untuk menjadi tempat memuaskan nafsu pesalah.

5
Di samping itu, kesan buruk penderaan seksual kanak-kanak ialah memberi kesan
negatif kepada fizikal kanak-kanak. Fizikal kanak-kanak dan juga fizikal pesalah amat
berbeza di mana fizikal kanak-kanak lebih kecil berbanding fizikal pesalah. Alat kemaluan
kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa penderaan seksual akan menjadi luka
ataupun terkoyak apabila dimasukkan dengan alat kemaluan pesalah atau pendera. Sudah
tentu ini akan menyebabkan kesakitan kepada kanak-kanak itu dan kemungkinan besar
memberi kesan yang kekal kepada alat kemaluan kanak-kanak tersebut.

6
5.0 CARA MENGATASI PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

MEMBERIKAN
DENDA YANG
BERAT KEPADA
PESALAH
MEMBIMBING
KANAK-KANAK MEMBERI
UNTUK SOKONGAN
MELAPORKAN MORAL KEPADA
PERKARA KANAK-KANAK
TERSEBUT

CARA
MENGATASI
PENDERAAN
SEKSUAL
KANAK-KANAK

Antara cara untuk mengatasi penderaan seksual kanak-kanak ialah membimbing


kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual untuk melaporkan kes tersebut.
Media massa haruslah memainkan peranan penting dalam menguar-uarkan talian ataupun
kempen untuk membuatkan kanak-kanak mudah melaporkan kes tersebut. Iklan tersebut
hendaklah ditayangkan sepanjang masa agar kanak-kanak yang menjadi mangsa dapat
mengetahui saluran yang perlu dihubungi jika mereka menjadi mangsa penderaan seksual.
Contoh talian yang boleh dihubungi di Malaysia ialah Pertubuhan Pertolongan Wanita
(WAO), Pusat Krisis Wanita (WCC), TELEDERA 1800-88-3400 dan talian nur 15999.

Selain itu, cara mengatasi masalah penderaan seksual kanak-kanak ialah dengan
memberi denda yang berat kepada pesalah. Apabila denda yang berat sering ditayangkan di
televisyen, radio dan surat khabar, pesalah akan menjadi takut apabila mereka ingin
mendera kanak-kanak itu lagi akibat daripada denda yang berat tersebut. Salah satu denda
berat yang boleh dijalankan ialah penjara 15 tahun dan denda rm100,000. Perkara ini akan
membuatkan pesalah memikir dahulu sebelum mereka melakukan penderaan seksual.

7
Di samping itu, memberi sokongan moral kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa
penderaan seksual juga merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah ini. Orang
yang paling rapat dengan kanak-kanak hendaklah peka apabila perangai ataupun gelagat
mereka berubah seperti tidak mahu bercakap, murung, kerap berada berseorangan dan
menangis. Ini merupakan salah satu tanda daripada penderaan seksual kanak-kanak. Oleh
itu, orang yang paling dekat dengan kanak-kanak yang menjadi mangsa deraan hendaklah
menggalakkan kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka. Pada waktu yang sama,
sokongan moral dan memberi kata-kata semangat juga membantu untuk menaikkan moral
kanak-kanak.

8
RUJUKAN

(t.p). (April 2017). Peningkatan Kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak Membimbangkan.


Dicapai pada 19 Ogos 2017 daripada http://www.mstar.com.my/berita/berita-
semasa/2017/04/03/gangguan-seksual-meningkat/.

Asamat. (Disember 2012). Mereka bukan lawan anda. Stop #childabuse. Dicapai pada
23 ogos 2017 daripada http://wadahkelanajaya.blogspot.my/2012/12/.

Dhar Yut. (Oktober 2010). Apakah Kesan Penderaan Kanak. Dicapai pada 23 Ogos 2017
daripada https://www.scribd.com/doc/39502816/Apakah-Kesan-Penderaan-Kanak.

Erma Syamimi. (Jun 2012). Talian Teledera. Dicapai pada 23 Ogos 2017 daripada
http://penyayanglovely.blogspot.my/2012/06/talian-teledera.html.

Goh Chee Eong. (Ogos 2010). Jenayah Seksual- Penderaan Seksual Kanak-Kanak. Dicapai
pada 19 Ogos 2017 daripada http://sosialilmiah.blogspot.my/2010/08/jenayah-
seksual-penderaan-seksual-kanak.html.

Zahir Zainudin. (September 2007). Faktor-faktor penderaan seksual kanak-kanak. Dicapai


pada 19 Ogos 2017 daripada http://zahirzainudin.blogspot.my/2007/09/faktor-faktor-
penderaan-seksual-kanak.html.

9
LAMPIRAN

10
11
12

Anda mungkin juga menyukai