Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan
Perkembangan fizikal kanak-kanak bermaksud perubahan pada tubuh badan
kanak-kanak. Perkembangan fizikal tidak akan berlaku secara rambang tetapi ia
berlaku secara stabil dan mengikut peringkat (Herr, 2016).
Pekembangan fizikal kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
amalan pemakanan, penggunaan permainan dan aktiviti yang bersesuaian (Herr,
2016). Selain itu, perkembangan fikizal kanak-kanak jugak dipengaruhi oleh
biologi (kematangan fisiologi dan genetik), psikologi (matlamat dan nilai peribadi)
serta sosiologi (budaya keluarga kanak-kanak serta pesekitaran) kanak-kanak
(Havighurst, 1972)
Perubahan pada tubuh badan kanak-kanak seperti ketinggian dan berat
badan merupakan 2 tanda yang paling ketara untuk melihat perkembangan fizikal
kanak-kanak (Herr, 2016). Koordinasi dan kecekapan kanak-kanak ketika
menjalani aktiviti harian seperti menulis atau melukis akan meningkat mengikut
umur dan keadaan kesihatan mereka.
Perkembangan fizikal terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu
perkembangan motor kasar dan motor halus.

1.1 Motor Kasar


Berdasarkan Kamus Perubatan Mosby (2009), kemahiran motor kasar
adalah keupayaan untuk menggunakan sekumpulan otot besar untuk
melakukan pergerakan koordinasi badan ketika melakukan aktiviti seperti
berjalan, berlari, melompat, membaling, dan mengekalkan keseimbangan
Otot besar yang terlibat dalam kemahiran motor kasar melakukan
gerakan dalam kumpulan. Sebagai contoh otot quadriceps femoris, otot
biceps femoris, otot gastrocnemius dan otot soleus yang bertanggungjawab
keatas pergerakkan bahagian paha dan betis.

1.2 Motor Halus


Berdasarkan Kamus Perubatan Mosby (2009) kemahiran motor halus
adalah keupayaan melakukan pergerakan koordinasi yang tepat ketika
menjalankan aktiviti seperti menulis, memotong melukis. Kemahiran motor
halus banyak melibatkan penggunaan otot-otot kecil.
Sebagai contoh, otot di kawasan jari dan tangan seperti otot lumbricals,
otot opponens pollicis, otot abductor pollicis brevis, dan otot flexor digiti
minimi brevis. Otot-otot ini bertanggungjawab keatas pergerakan tangan
dan jari seperti menggenggam dan memegang alatan.

1.3 Koordinasi
Berdasarkan Kamus Perubatan Mosby (2009) koordinasi adalah
pergerakkan bahagian tubuh badan yang berfungsi secara harmoni ketika
melakukan aktiviti. Kedua-dua motor kasar dan motor halus adalah
komponen penting dalam koordinasi.
Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti harian seperti menuang air ke dalam
gelas, menulis di atas kertas bergaris, dan membaling bola ke dalam bakul
menunjukkan keupayaan koordinasi kanak-kanak. (Domkin.., 2002).

1.4 Teori

1.5 Latar Belakang Kanak-Kanak

Nama kanak-kanak yang dipilih ialah Afif. Afif berumur 9 tahun dan
bersekolah di Pulau Pinang. Berat badan Afif adalah 25 kg dan memiliki
ketinggian pada paras 124 cm. Makanan kegemaran beliau adalah ayam
goreng, strawberi dan finger food. Gaya pemakanan Afif kurang sesuai kerana
beliau lebih meminati makanan yang boleh dimakan dengan segera seperti
ayam goreng KFC dan makanan ringan. Beliau kurang minat terhadap
makanan yang berasaskan karbohidrat. Menurut ibu beliau, Afif mempunyai 2
jenis penyakit iaitu alahan terhadap debu dan penyakit Bronchiolitis Obliterans.
Namun, kedua-dua penyakit ini tidak mengganggu proses perkembangan
motor halus, motor kasar dan koordinasi beliau.

2.0 Aktiviti
2.1 Aktiviti Motor Kasar
2.2 Aktiviti Motor Halus
2.3 Aktiviti Koordinasi
3.0 Cadangan Penambahbaikan/Mengatasi Masalah
3.1 Motor Halus
3.2 Motor Kasar
3.3 Koordinasi
4.0 Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai