Anda di halaman 1dari 1

Selepas menjalani pengajaran mikro, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan

yang boleh diperbaiki ketika sesi pengajaran mikro.. Sesi engage atau induksi mengambil
masa 3 minit dalam 1 sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berdurasi 30 minit
dalam 1 sesi. Masa yang diperuntukkan adalah bersesuai dengan aktiviti yang dilakukan.

Kekuatan sesi engage ketika sesi pengajaran mikro adalah nada suara yang
digunakan adalah lantang dan kuat, dimana murid dapat mendengar setiap percakapan
guru dengan jelas. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan adalah sesuai dengan
strategi pengajaran iaitu teknik penyoalan dan soal jawab.

Kelemahan ketika pengajaran mikro pada fasa engage adalah aktiviti yang
dijalankan tidak berapa menarik dan mampu membuatkan murid cepat bosan. Selain itu,
terdapat kelemahan pada body language guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlansung. Disamping itu soalan dan contoh yang digunakan terlalu mudah untuk
meransang pemikiran murid-murid.

Terdapat juga penambahbaikan yang boleh digunakan iaitu guru memperbaiki body
language ketika mengajar supaya dapat menarik perhatian murid ketika sesi PdP
berlangsung. Guru juga boleh mempertingkatkan lagi pemilihan soalan yang mampu
merangsang pemikiran murid untuk berfikir secara kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Akhir sekali, guru perlu merancang aktiviti yang lebih menyeronokkan. Hal ini demikian
kerana untuk menarik perhatian murid agar mereka tidah mudah bosan.

Anda mungkin juga menyukai