Anda di halaman 1dari 3

Penulisan Refleksi Mikro

Saya telah melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Mikro di dalam kelas saya
sendiri di IPG Kampus Dato Razali Ismail. Semasa menjalankan sesi PdP ini, saya dapati
terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan juga beberapa penambahbaikan yang boleh
dilakukan terhadap sesi pengajaran mikro ini. Dalam pengajaran mikro ini, saya telah
mengambil fasa aplikasi idea. Fasa ini merupakan fasa pengukuhan kepada idea yang telah
dibina dalam situasi baru dan biasa, berdasarkan ilmu yang telah dipelajari dalam sesi PdP
tersebut. Standard kandungan yang dipilih adalah Magnet, di bawah tema sains fizikal bagi
murid-murid darjah satu.

Antara penilaian yang diambil kira adalah variasi ransangan. Variasi ransangan
Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan
menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya. Terdapat enam komponen
dalam penilaian ini iaitu, pergerakan langkah guru yang sesuai, pergerakan anggota guru yang
sesuai, perubahan nada guru dalam pertuturan, perubahan fokus deria murid, perubahan
bentuk lisan murid dan juga perubahan bentuk fizikal murid. penilaian bagi semua aspek ini
dinilai oleh beberapa ahli kelas yang dibimbing oleh pensyarah.

1.0 Kekuatan

Antara kekuatan yang dikenalpasti adalah pergerakan langkah guru yang sesuai. Bagi
pergerakan langkah guru, semasa sesi PdP berjalan, saya sentiasa bergerak di hadapan bilik
darjah semasa memberi penerangan dan juga bergerak memantau aktiviti pelajar. Terutamanya
semasa murid melaksanakan aktiviti menggunakan kad gambar dalam kumpulan, saya
bergerak daripada setiap kumpulan ke kumpulan yang lain bagi memastikan murid
melaksanakan tugas mengikut arahan yang ditetapkan. Pergerakan ini membantu sesi
pembelajaran supaya pelajar sentiasa berada di bawah kawalan guru sekaligus melancarkan
sesi PdP.

Seterusnya adalah komponen perubahan nada guru dalam pertuturan. Semasa PdP
berlangsung, saya telah memberi penekanan dalam memberi arahan dengan meningggikan
nada suara dan juga merendahkan nada mengikut kesesuaian keadaan. Oleh itu, suara yang
dilontarkan akan menjadi lebih menarik dan lebih mudah difahami oleh murid.
2.0 Kelemahan

Beberapa kelemahan yang dikenalpasti adalah pengurusan masa bagi fasa aplikasi idea
ini. Peruntukan masa yang bagi keseluruhan fasa aplikasi idea adalah 20 minit. Akan tetapi
masa yang digunakan oleh saya bagi menyiapkan sesi pengajaran mikro ini adalah 15 minit
sahaja. Oleh itu, berlaku pembaziran masa sebanyak 5 minit dalam fasa saya ini. Hal ini berlaku
kerana masa yang diberikan kepada murid bagi melaksanakan aktiviti adalah berlebihan
daripada yang sepatutnya. Oleh itu, murid mampu menyiapkan tugasan berkumpulan sebelum
masa tamat.

Selain itu, kesilapan yang telah saya lakukan adalah tidak membuat kesimpulan setelah
tamat fasa aplikasi idea ini. Setelah tamat pembentangan kumpulan, saya hanya memberi
motivasi kepada pelajar untuk memberi tepukan kepada diri masing-masing, dan lupa untuk
menyimpulkan isi pelajaran yang terkandung dalam fasa aplikasi idea tersebut. Kesimpulan
berfungsi sebagai medium murid mengimbas kembali kandungan pembelajaran pada hari
tersebut. Seterusnya, kelemahan ketiga adalah kelemahan penggunaan alat bantu mengajar
semasa fasa ini. Dalam fasa ini, saya telah memilih video dan menayangkan video mengenai
kegunaan magnet kepada murid-murid. Akan tetapi setelah video ditayangkan, saya tidak
membuat penerangan mengenai video tersebut dan terus kepada aktiviti pelajar. Oleh itu,
berlaku pembaziran sumber kerana video tersebut tidak diterangkan secara jelas kepada murid.

3.0 Penambahbaikan Yang Boleh Dilakukan

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah sentiasa mengawasi masa bagi
setiap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam sesebuah fasa. Contohnya, dalam fasa aplikasi
idea ini, guru haruslah bijak membahagikan tempoh-tempoh masa bagi tayangan video, aktiviti
berkumpulan pelajar, dan juga masa yang diambil untuk pelajar melakukan pembentangan.
Oleh itu, masa yang digunakan dalam setiap fasa dalam sesebuah PdP akan digunakan secara
optimum dan tidak berlaku pembaziran. Selain itu, murid juga mampu untuk mengurus masa
dengan bijak melalui sesi PdP.

Seterusnya, penambahbaikan yang lain adalah menggunakan Bahan Bantu Mengajar


yang ringkas dan mudah difahami oleh murid, dan juga mudah diulas oleh guru. Contohnya
adalah penggunaan video. Video yang dipilih haruslah sesuai dan mudah difahami supaya
memudahkan pemahaman murid terhadap topik yang diajar oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai