Anda di halaman 1dari 3

Penulisan Reflektif Pengajaran Mikro

Satu sesi pengajaran mikro telah dilaksanakan pada tanggal 4 Mac 2019, dimana sesi
tersebut dijalankan berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibina dalam
tugasan 2 selama 30 minit. Sesi ini telah memberi peluang kepada saya untuk menjadi
seorang guru yang perlu mengendalikan satu kelas dan pada masa yang sama saya dapat
menjalankan serta menguji RPH yang dirancang itu. Sesi tersebut berjalan dengan lancar
namun terdapat beberapa kelemahan-kelemahan tertentu yang perlu dibaiki dan
ditambahbaik agar pdp seterusnya akan berjalan dengan lebih berkesan.

Sebelum kita merujuk kepada kelemahan, eloklah saya menyenaraikan dahulu


beberapa kekuatan yang telah dikenalpasti dan dicatatkan oleh rakan sebaya saya di dalam
borang penilaian yang telah diberi ketika sesi tersebut. Antara kekuatannya adalah sesi
tersebut melibatkan penggunaan TMK yang pelbagai. Pertama sekali ketika set induksi, guru
menayangkan video yang menarik dan dan meminta murid menyanyi bersama-sama. Hal ini
dapat menjadi peransang kepada murid-murid untuk fokus dan bersedia bagi meneruskan
sesi pembelajaran yang baru setelah mereka baru sahaja tamat sesi pembelajaran
sebelumnya. Seterusnya, guru memperkenalkan dan berkongsi dengan murid beberapa
aplikasi-aplikasi online seperti ‘GeoGebra dan Math Is Fun’ dalam sesi pengajarannya.
Aplikasi ini sangat sesuai dan dapat membantu murid memahami topik pecahan dengan lebih
jelas dan mudah. Selain ini, aplikasi ini dapat dijalankan oleh murid walau dimana mereka
terutamanya ketika mengulangkaji di rumah.

Seterusnya, kekuatan yang dilihat adalah dari segi teknik dah kaedah pengajaran
guru. Ada ketika saya menggunakan papan putih bagi mengajar isi kandungan dan konsep-
konsep yang penting dan ada ketika menggunakan slaid untuk menunjukkan gambarajah dan
menguji tahap kefahaman pelajar. Selain itu, saya turut melibatkan murid dengan
pembelajaran secara ‘hands-on’ iaitu melipat kertas dan mewarnakan pecahan yang diminta.
Hal ini bagi membantu murid menjana dan membina pengukuhan idea tentang pecahan.
Variasi-variasi kaedah pengajaran ini amat penting disebabkan kecerdasan pelbagai yang
dimiliki oleh setiap murid adalah berbeza seperti yang dinyatakan dalam teori Howard Gargner
dan guru perlulah memastikan semua murid terlibat.

Seterusnya, dari segi interaksi dan pendekatan ketika pdp. Guru sentiasa mengajukan
soalan-soalan kepada murid bagi memastikan berlakunya komunikasi dua hala di dalam
kelasnya. Selain dari itu, guru turut menjalankan aktiviti berkumpulan dan ini secara tidak
langsung menyebabkan murid dapat berkomunikasi sesama mereka bagi menyelesaikan
masalah yang diberikan kepada kumpulan mereka. Interaksi pelbagai hala ini akan
menjadikan satu pdp itu lebih aktif, menarik serta membantu murid membina keyakinan di
dalam diri mereka.

Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan yang dikesan dan dinyatakan oleh
rakan-rakan sebaya semasa sesi pengajaran mikro tersebut. Antaranya adalah hasil
pembelajaran yang dinyatakan kurang implisit dan agak umum iaitu guru sepatutnya
menyatakan bagaimana murid akan dapat mengenalpasti pecahan tersebut. Hal ini
menyebabkan murid tidak dapat mengetahui apakah hasil pembelajaran yang akan diperoleh
dengan jelas dan lebih terperinci.

Kemudian, kelemahan seterusnya adalah agihan kertas dan kawalan kelas pada
permulaan kelas agak kelam kabut. Hal ini disebabkan guru mengambil sedikit masa untuk
membuat persediaan dari segi alatan-alatan TMK seperti komputer, pembesar suara dan
pemancar lcd. Guru pada masa yang sama juga mengedarkan sehelai kertas kepada tanpa
memberi apa-apa tugasan ataupun penerangan kepada mereka. Hal ini menyebabkan murid
agak bising dan melakukan kerja sendiri.

Akhir sekali, kelemahan yang dikesan adalah penggunaan aplikasi online yang tidak
menyeluruh. Murid tidak diberi peluang meneroka sendiri aplikasi GeoGebra tersebut. hal ini
disebabkan pembelajaran ini dijalankan di dalam kelas dan aplikasi tersebut agak berat dan
tidak dapat diteroka dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Di atas beberapa kelemahan yang dikenalpasti, pastinya perlu dilakukan


penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan tersebut. Antaranya cadangannya, guru
menyediakan hasil pembelajaran yang lebih impilisit mengenai mengenalpasti pecahan
seperti guru menyatakan murid akan dapat menulis pecahan dalam bentuk pecahan yang
betul. Seterusnya murid juga dapat memadankan pecahan dengan rajah yang mewakili
pecahan tersebut dengan betul. Hal ini akan mengetahui dengan lebih jelas apa yang
sepatutnya akan diperolah oleh murid diakhir pembelajaran.

Selain itu, bagi mengatasi masalah kelas yang agak kelam kabut pada awalnya, guru
bolehlah membuat persediaan dengan lebih awal dan meminta bantuan mereka yang pakar
seperti pembantu teknikal sekiranya berlaku masalah berkaitan alat-alat TMK. Guru juga
boleh memberikan soalan-soalan teka-teki ataupun apa-apa tugasan kepada murid
sementara guru membuat persediaan terhadap pembentangannya.

Cadangan untuk kelemahan terakhir adalah guru boleh menjalankan kelas di makmal
komputer. Oleh demikian, murid akan dapat meneroka aplikasi GeoGebra dengan lebih
menyeluruh dan mempelajari cara penggunaan aplikasi terhadap topik pecahan dengan lebih
jelas. Hal ini secara tidak langsung akan menarik minat murid dan ia membantu murid
meneroka dengan sendiri lalu menjana idea-idea baru dengan lebih kukuh.

Anda mungkin juga menyukai