RANGKA KARANGAN :
3. Sebagai rakyat dan juga manusia yang prihatin serta bertanggungjawab, kita
hendaklah mencari resolusi untuk mengurangkan kadar jenayah kanak-kanak di negara
kita ini.
2. contoh :
a) masalah psikologi yang dialami sejak kecil mungkin menjadi punca kepada mereka
untuk mendera kanak-kanak.
b) kurang didikan agama menyebabkan mereka pendek akal serta berkelakuan seperti
haiwan.
c)emosi yang tidak stabil seperti terdapat masalah di tempat kerja dan melepaskan
masalah tersebut kepada anak-anak mereka.
3. seharusnya berfikiran lebih panjang serta belajar cara untuk mengawal emosi agar
tidak melepaskan kepada anak-anak
Isi 2 : 1. Akibat yang bakal terjadi kepada kanak-kanak jika jenayah ini berterusan.
2. contoh :
b) kanak-kanak yang dirogol akan menjadi trauma terhadap kejadian yang menimpa
terhadap diri mereka.
2. contoh :
i) diri sendiri :
a) menahan hawa nafsu bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku
b) menghadiri kursus motivasi diri bagi meningkatkan kefahaman dalam diri bahawa
anak yang dikurniakan bukanlah tempat untuk melepaskan perasaan amarah.
c) mempunyai rasa belas kasihan terhadap kanak-kanak dan memikirkan kesakitan yang
dialami kepada kanak-kanak tersebut jika terus dianiyai.
a) Memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka agar mereka
dewasa kelak, mereka tidak akan melakukan kekejaman terhadap anak-anak mereka
b) Elakkan daripada mengajar anak-anak mereka dengan melakukan keganasan serta
mengeluarkan kata-kata yang tidak baik terhadap mereka.
iii) masyarakat :
3. Dengan cara ini, masalah jenayah terhadap kanak-kanak ini dapat dibendung
daripada terus berleluasa.
Penutup : 1. Masalah jenayah kanak-kanak ini dapat dibendung jika semua pihak bersatu dan
mengambil end ah tentang masalah yang berlaku di persekitaran kita.
2. Harapan agar banyak mata akan terbuka dan sedar bahawa dunia masa kimi semakin
gila.sekiranya kita tidak mengambil langkah untuk mengatasinya, masalah ini akan
berlarutan sehingga merosakkan generasi kita pada masa yang akan datang.
CONTOH KARANGAN :
Jenayah didefinisikan sebagai perbuatan yang membawa kepada kemungkaran ataupun
mendatangkan keburukan kepada individu. Jenayah kanak-kanak pula membawa maksud perbuatan
jahil yang dilakukan terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa. Kita telah sedia maklum bahawa
perlakuan jenayah ini semakin memuncak di negara kita dan hal ini telah membimbangkan banyak
pihak. Jenayah yang dilakukan terhadap kanak-kanak termasuklah jenayah rogol, penderaan
pemerdagangan kanak-kanak serta tidak lupa juga menjadikan kanak-kanak sebagai peminta sedekah.
Hal ini amat menyedihkan kerana kanak-kanak seharusnya mengisi masa mereka dengan aktiviti-aktiviti
yang sesuai dengan tumbesaran mereka dan bukannya terpaksa bekerja dan mencari rezeki untuk orang
yang telah meningkat dewasa. Sebagai rakyat Malaysia yang sangat prihatin dengan masalah-masalah
yang berlaku di negara ini, kita hendaklah mencari resolusi bagi mengurangkan kadar jenayah kanak-
kanak di negara kita ini.
Pelbagai factor yang mempengaruhi berlakunya jenayah ini di negara kita. Antaranya ialah
masalah psikologi yang dialami oleh si pelaku. Masalah ini mungkin dialami sejak kecil lagi yang menjadi
punca kepada mereka untuk mendera kanak-kanak. Seperti contoh, pelaku ini mungkin telah didera
atau dibuli ketika usia muda lagi yang mengakibatkan mereka memiliki hasrat untuk melakukan perkara
yang sama kepada anak-anak mereka. Selain itu, dengan kurangnya didikan agama juga turut menjadi
punca kepada permasalahn ini. Dengan kurangnya didikan agama menyebabkan mereka pendek akal
untuk berfikir seterusnya berkelakuan seperti haiwan yang tidak mempedulikan tentang anaknya. Hal
seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana anak merupakan amanah dan anugerah dari Allah untuk kita
peliharanya sebaik mungkin. Tambahan lagi, emosi yang tidak stabil juga boleh mendorong kepada
permasalahan penderaan kanak-kanak. Seperti contoh, ibu bapa mempunyai masalah di pejabat dan
tidak dapat melepaskannya di pejabat, mereka melepaskannya kepada anak-anak yang tidak bersalah
walhal mereka tidak tahu menahu apa salah mereka apabila ibu bapa mereka melepaskan perasaan
amarah terhadap diri mereka. Sebagai ibu bapa, mereka seharusnya mempelajari cara-cara untuk
mengawal emosi serta berfikiran panjang sebelum melakukan apa sahaja terhadap anak mereka kerana
ini akan memberi kesan kepada anak-anak.
Dengan berlakunya kegiatan jenayah kanak-kanak ini, tentu sekali ada impak yang berlaku
disampingnya. Impak ini akan menjadi semakin serius jika hal ini berlarutan. Penderaan di rumah boleh
mengakibatkan mangsa itu menjadi lebih agresif serta boleh mendorong mereka untuk membuli rakan-
rakannya di sekolah. Manakala, kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol pula akan menjadi trauma
akibat dari kejadian yang telah menimpa diri mereka. Oleh sebab itu, kita seringkali melihat magsa-
mangsa rogol ini kerap menyendiri dan malu untuk bergaul dengan orang ramai. Hal ini akan
menyebabkan mereka mempunyai keyakinan diri yang rendah dan sukar untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran luar. Selain daripada trauma, kemungkinan juga mangsa rogol akan membenci
kaum adam dan kemungkinan besar hal ini akan mendorong mereka untuk berhubungan songsang
apabila mereka mencapai usia dewasa kelak. Oleh itu, masyarakat disekeliling memainkan peranan yang
sangat penting bagi menghindari masalah ini berlaku. Masyarakat sekeliling seharusnya peka terhadap
masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran-jiran mereka agar masalah ini dapat dibanteras dengan
segera. Sekiranya terdapat hal yang mencurigakan, segera laporkan kepada pihak yang
bertanggungjawab untuk diambil tindakan yang sewajarnya.
Masalah jenayah kanak-kanak ini dapat dibendung jika semua pihak bersatu dan mengambil
peduli tentang masalah yang berlaku di persekitaran kita. Hal ini tidak akan berterusan jika rakyat
memandang serius dengan masalah ini. Tidakkah anda takut jikalau masalah ini berlaku kepada ahli
keluarga anda sendiri? Mahukah anda anak-anak anda menjadi mangsa seperti adik Nurin Jazlin dan
Nursharlinie? Oleh yang demikian, bukalah mata anda, bukalah minda anda, bersatulah memelihara
kanak-kanak kerana mereka merupakan asset negara yang paling berharga pada masa yang akan
datang. Merekalah yang akan menyambung segala penat lelah yang telah kita lakukan untuk
membangunkan Malayasi yang tercinta ini. Jika kita masih memandang ringan akan hal ini, maka
masalah ini akan berlarutan dan mungkin akan menjadi masalah yang lebih dasyat pada masa akan
datang jika tidak dibendung dari sekarang.
(912 patah perkataan)