Anda di halaman 1dari 5

Kes Penderaan

Kanak-kanak
Evianna & Marianne
4S3
SOALAN :
a) Pada pendapat anda, adakah wajar kerajaan mengenakan hukuman yang setimpal kepada
pelaku tersebut? Justifikasikan hujah anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari.

a) Pada pendapat saya, kerajaan wajar mengenakan hukuman kepada pelaku tersebut. Hal ini kerana ibu
bapa perlu menyemai nilai bertanggungjawab, nilai rasional dan nilai kasih sayang terhadap anak-anak
mereka. Berdasarkan nilai bertanggungjawab, ibu bapa seharusnya bertanggungjawab terhadap keselamatan
anak-anak setiap hari tidak kira di rumah mahupun di luar kawasan rumah. Anak-anak tidak seharusnya
dijauhi daripada sebarang perkara yang boleh mengancam nyawa mereka. Dengan ini, ibu bapa berperanan
penting dalam memastikan anak-anak bebas daripada perkara yang bahaya. Selain itu, berdasarkan nilai
rasional pula, anak-anak tidak seharusnya berasa takut semasa berada di rumah sendiri. Ibu bapa sepatutnya
bersifat rasional dalam mendidik anak-anak terhadap perkara yang baik dan bukannya menekankan aspek
negatif terhadap hidup anak-anak. Seterusnya, berdasarkan nilai kasih sayang, setiap ibu bapa seharusnya
menunjukkan kasih saying sepenuhnya kepada anak-anak agar mereka berasa dihargai. Ibu bapa tidak
seharusnya memberi tekanan kepada anak-anak terutamanya dari kecil untuk mengelakkan trauma yang
akan membawa kesan sehingga dewasa. Maka dengan ini, tentunya wajar hukuman yang sepatutnya
dijatuhkan kepada pendera kerana anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang seharusnya disayangi dan
dijaga dengan sebaik mungkin. Anak-anak seharusnya berasa selamat dalam sebuah keluarga agar mereka
dapat membesar dalam suasana yang aman dan menjadi insan yang mulia. Dengan itu, sewajarnya pendera
dijauhi daripada mangsa agar dapat dijadikan pengajaran hidup.
b) Terangkan kesan sekiranya setiap individu mengabaikan sikap
berperikemanusiaan seperti isu di atas dalam kehidupan harian.

b) Kesan sekiranya setiap individu mengabaikan sikap berperikemanusiaan seperti isu


tersebut dalam kehidupan seharian ialah individu akan hilang pertimbangan dalam hidup.
Maka, kekejaman dan kezaliman akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian
mereka. Selain itu, masa depan kanak-kanak akan gelap dan hancur. Hal ini demikian
kerana kanak-kanak yang didera akan mengalami trauma daripada kecil dan akan
terbawa-bawa sehingga ke dewasa. Seterusnya, penderaan akan mengancam keselamatan
dan kesihatan mangsa yang terabai. Hal ini berlaku kerana mangsa dipinggirkan tanpa
bantuan yang sewajarnya. Di samping itu, individu akan hilang perasaan kasih sayang
sesame manusia.Hal ini mendorong individu untuk mengabaikan hubungan sosial dengan
orang lain. Akhir sekali, individu akan mengalami tekanan emosi. Hal ini kerana mereka
berasa tiada arah jalan hidup yang betul dalam kehidupan seharian seolah-olah layang-
layang putus tali. Secara keseluruhan, kesan isu ini akan mendorong kehidupan individu
terhadap jalan yang salah.
Sekian, terima kasih.
HENTIKAN PENDERAAN
KANAK-KANAK !

Anda mungkin juga menyukai