Anda di halaman 1dari 10

Contoh 1 – soalan subjektif

Petikan di bawah berkaitan penderaan kanak-kanak.

KUALA LUMPUR -Masyarakat perlu ada sikap ambil peduli dalam menang isu penderaan
kanak-kanak khususnya yang dilakukan dalam kalangan anggota keluarga sendiri. Timbalan
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata, tindakan pantas
melaporkan aduan kepada pihak berwajib boleh menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus
menjadi mangsa dera. Bagaimanapun, beliau mengakui berdepan cabaran melibatkan kes dera
dalam kalangan ahli keluarga kerana isu tersebut tidak dilaporkan.
(Sumber: dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian, 12 September 2019)
a. Berdasarkan petikan di atas, apakah perasaan anda? 2 markah

b. Kanak-kanak merupakan insan yang tiada daya upaya untuk melindungi diri. Mengapakah mereka
perlu dilindungi oleh undang-undang? Jelaskan alasan anda berdasarkan nilai murni. 3 markah.

c. Nyatakan tindakan anda sebagai jiran, sekiranya ternampak kes penderaan yang berlaku di
kawasan perumahan anda. 2 markah

d. Mengapakah sikap berperikemanusiaan sangat penting untuk menia jamin kesejahteraan


masyarakat? 3 markah
Jawapan

a. Berdasarkan petikan di atas, apakah perasaan anda? 2 markah


Sedih, ibu bapa tidak ada perasaan belas kasihan terhadap anak-
anak yang bertindak mendera dengan penuh kejam

b. Kanak-kanak merupakan insan yang tiada daya upaya untuk


melindungi diri. Mengapakah mereka perlu dilindungi oleh undang-
undang? Jelaskan alasan anda berdasarkan nilai murni. 3 markah.
Kanak-kanak dilindungi undang undang.
• Nilai rasional. Ibu bapa perlu bertindak wajar melindungi anak
mereka kerana anak anak tiada kekuatan untuk melindungi diri
mereka
• Nilai bertanggungjawab. Ibu bapa juga perlu menjalankan tugas
melindungi anak-anak mereka dari sebarang bahaya dan bukannya
mendera
Jawapan
c. Nyatakan tindakan anda sebagai jiran, sekiranya ternampak kes
penderaan yang berlaku di kawasan perumahan anda. 2 markah
Ternampak kes penderaan di kawasan perumahan.
• Melaporkan kepada pihak polis tentang kes tersebut
• Melindungi dan merawat kanak-kanak tersebut sebelum
mendapatkan bantuan

d. Mengapakah sikap berperikemanusiaan sangat penting untuk men


jamin kesejahteraan masyarakat? 3 markah
Sikap perikemanusiaan bagi memastikan kesejahteraan hidup.
• Menjaga keharmonian manusia. Sikap perikemanusiaan
membolehkan kita hidup berkasih sayang antara satu sama lain
• Menjadikan manusia prihatin terhadap masalah yang berlaku
terhadap mereka yang tidak bernasib baik
Contoh 2 – Soalan Esei

Foto menunjukkan proses mendapatkan lessen memandu kereta.

Pada pendapat anda, adakah wajar kerajaan mewajibkan remaja


yang berumur 18 tahun ke atas sebagai syarat untuk mengambil
lessen kereta ? 10 markah
Jawapan
F1 Memandu mengikut peraturan jalan raya
H1 Mematuhi undang-undang jalan raya seperti had kelajuan yang
dibenarkan, isyarat memotong dan memandu dalam jarak yang selamat

F2 Mengurangkan risiko kemalangan


H2 Memandu dalam keadaan berbahaya boleh menyebabkan
kemalangan

F3 Menjamin keselamatan pengguna jalan raya lain


H3 Pengguna jalan raya yang lain akan berasa selamat

F4 Mendisiplinkan remaja semasa memandu kenderaan


H4 Mematuhi undang-undang jalan raya
LATIHAN- Soalan Subjektif
Ilustrasi dibawah menunjukkan situasi pergolakan rumah tangga.

a. Apakah perasaan anda jika keluarga anda mengalami masalah seperti dalam rajah di atas?
Bincangkan. 2 markah

b. Nyatakan ciri ketua keluarga yang berintegriti. 3 markah.

c. Ramalkan implikasi terhadap anak-anak jika keadaan ini berlarutan sehingga umur mereka
meningkat dewasa. 2 markah

d. Berdasarkan pengetahuan anda, cadangkan langkah untuk mengelakkananggota keluarga anda


bertelingkah sesama sendiri. 3 markah
Jawapan
(a) Situasi berdasarkan rajah. Sedih kerana ibu bapa sentiasa bergaduh dan tertekan
dengan keadaan tersebut

(b) Ketua keluarga yang berintegriti


• Menyediakan keperluan asas yang lengkap seperti makanan, pakaian dan rumah
kepada keluarga
• Memberikan kasih sayang seperti melayan dan mendidik anak-anak agar bersidiplin

(c) Kesan terhadap anak-anak jika keadaan ini berlanjutan sehingga umur mereka
meningkat dewasa.
• Emosi anak anak menjadi tidak stabil
• Menjejaskan pembelajaran anak-anak

(d) Langkah mengelakkan anggota keluarga bertelingkah.


• Melaporkan kepada datuk dan nenek tetang situasi yang berlaku
• Mencadangkan ibu bapa untuk berjumpa kaunselor bagi menyelesaikan masalah
Latihan– Soalan Esei

Berdasarkan foto di atas, bincangkan cara anda


menunjukkan sikap berperikemanusiaan terhadap golongan
gelandangan di negara kita. 10 markah
Jawapan
F1 Menziarahi, bertanya khabar serta memberi sedikit makanan
H1 Merasai ada insan yang masih mengambil berat terhadap mereka

F2 Memberikan bantuan keperluan asas


H2 Dapat digunakan ketika memerlukan

F3 Melaporkan kes kepada pejabat kebajikan masyarakat untuk diambil


tindakan
H3 Pejabat kebajikan masyarakat akan menyiasat kes dan memberi
bantuan jika cukup syarat

F4 Membekalkan mereka minuman dan makanan


H4 Mengelakkan mereka dari serangan penyakit bawaan air seperti taun
dan cirit birit

Anda mungkin juga menyukai