Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A

1. (a) Saya berasa sedih kerana remaja sepatutnya menjadi aset


untuk memajukan negara dan bukannya melakukan perlakuan
yang tidak bermoral tersebut.
2. Kecewa,kerana remaja tidak mengamalkan sikap berkeperibadian
mulia dan tidak menghormati satu sama lain.

(b) i. Hidup tidak harmoni.


ii. Tidak dihormati orang lain.
iii.menjadikan individu yang bersikap materialistik
iv. melahirkan individu yang bersikap individualistik
v. menjadikan hidup tidak tenteram
vi. mengubah gaya hidup yang melampaui landasan agama dan
kepercayaan
vii. mengingkari norma masyarakat

(c) i. Menjaga hubungan baik dengan masyarakat.


ii. Melakukan aktiviti yang berfaedah.
iii. Mengamalkan nilai kerohanian.
iv menghormati dan bersikap baik terhadap ibu bapa
v masyarakat menunjukkan contoh yang baik kepada generasi
muda
vi Mengamalkan perintah agama

(d) i. Salah pergaulan.


ii. Terlalu bebas dan tidak dipantau keluarga.
iii. Pengaruh negative media massa.
iv pengaruh rakan sebaya
v tiada batas dalam penggunaan media social
vi remaja tidak mampu berfikir secara kritikal dan rasional dalam
membuat keputusan
vii kurang didikan agama dari ibu bapa
viii tiada pegangan ajaran agama

3. (a) Nilai bertanggungjawab supaya dia dapat menumpukan usaha


untuk membina kembali kehidupannya yang selama ini telah
musnah.
-Nilai rasional bandi berfikir dengan bijak dalam membuat
keputusan yang benar agar tidak melibatkan diri dalam gejala
negative
-Nilai kepercayaan kepada tuhan dengan adanya kepercayaan
kepada tuhan bandi akan dapat membezakan perkara baik dan
buruk serta tidak mengulangi kesilapannya yang sama

(b) i. Berlakunya cubaan membunuh.


ii.Menjadi tidak waras.
iii.Tidak dilayan oleh ahli keluarga.
iv. bandi akan terjerumus semula dalam gejala negatif
v. berlaku pertelingkahan sesama masyarakat yang lain
vi. bandi dan keluarga akan berasa sangat malu secara tidak
langsung mereka tidak akan bertegur sapa dengan jiran di
sekeliling
vii. bandi berubah menjadi seorang yang tidak mahu bergaul

(c) i. Nilai kerohanian sentiasa mengajar kita untuk berbuat baik.


ii. Membentuk sifat peribadi yang mulia
iii. Menjadi panduan untuk menjadi individu yang lebih positif
(d) Wajar. Perkara ini supaya mereka tidak rasa tersisih dari
masyarakat. Ia juga dapat dijadikan pendorong kepada mereka
supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Wajar. Memberi peluang kepada bekas banduan untuk menaikkan
imej mereka/ mengubah cara hidup menjadi lebih baik
Wajar. Masyarakat harus percaya bahawa bekas banduan masih
boleh mengubah sikap mereka demi kesejahteraan hidup
BAHAGIAN B
4. Antara nilai universal yang telah dipelajari ialah nilai rasional, nilai
bertanggungjawab, nilai kasih sayang dan nilai kerajinan.
Seandainya saya ialah Willy, tindakan yang akan saya ambil ialah
mendengar nasihat ibu dengan tidak berhenti sekolah. Saya perlu
menjadi anak yang taat kepada perintah ibu. Dengan mengikuti
segala arahan dan tidak melawan kata ibu bapa, kita dapat
menunjukkan rasa taat kepada ibu bapa. Perkara ini kerana kita
tidak seharusnya melawan kata ibu bapa kerana itu akan
menyebabkan kita menjadi anak yang derhaka. Misalnya, tidak
meninggikan suara semasa bercakap dengan orang tua kita.
Kesannya, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam keluarga dapat
dikekalkan. Selain itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Fokus dan tekun semasa belajar dapat memastikan saya mudah
memahami sesuatu bahan yang dipelajari. Ini kerana apabila saya
dapat memahami apa yang dipelajari, saya dapat mencapai
sasaran yang diinginkan. Contohnya dengan cara mengikuti kelas
tambahan dan membuat lebih banyak latih tubi. Oleh itu, saya
mampu mendapatkan keputusan yang cemerlang dan dapat
membanggakan ibu bapa. Akhir sekali, mencari kerja sampingan
pada hujung minggu atau semasa cuti sekolah.Dengan ini, saya
boleh menambah duit poket sendiri dan memanfaatkan waktu
cuti sekolah. Ini kerana ibu juga perlu menggunakan duit untuk
membayar bil dan membeli barangan keperluan di rumah untuk
kelangsungan hidup keluarga. Misalnya, membuat kerja
sampingan seperti mencuci pinggan di kedai-kedai makan.
Kesannya, saya tidak akan terlalu berharap untuk menggunakan
duit ibu untuk memenuhi kemahuan diri.
BAHAGIAN C

(a)Nilai moral yang dipelajari ialah nilai rasional, nilai


bertanggungjawab, nilai kasih sayang dan nilai harga diri.
Seandainya saya ialah Danial, saya akan bekerja di bandar dan
membawa ibu bersama supaya dia tidak keseorangan di
kampung. Tawaran untuk bekerja di syarikat Telekomunikasi
yang menawarkan gaji lumayan tersebut tidak seharusnya
disia-siakan. Dengan tidak mensia-siakan ilmu semasa
menuntut di universiti, sebaiknya tawaran itu diambil. Ini
kerana kita seharusnya memanfaatkaan ilmu yang telah
dipelajari dan menggunakannya dalam kehidupan. Misalnya
menggunakan ilmu tersebut dalam pekerjaan yang mampu
menawarkan gaji yang tinggi. Kesannya, saya dapat menjamin
kebahagiaan ibu.
Selain itu, saya juga boleh memantau ladang cili dan
ternakan ayam kampung di kampung walaupun berada di
bandar. Saya akan mengupah pekerja atau saudara di kampung
untuk menguruskan ladang cili dan ternakan ayam kampung
tersebut. Dengan ini, usaha ayah tidak akan terabai. Misalnya,
jika usaha ayah tersebut tidak diuruskan, ia seolah-olah
mensia-siakan peninggalan ayah. Kesannya, saya dapat
menambah pendapatan sampingan dengan menjual hasil
ladang dan ternakan di kampung.
Akhir sekali, banyak kemudahan di bandar yang boleh
dimanfaatkan oleh ibu. Disebabkan ibu kerap sakit, dia boleh
mendapatkan rawatan yang terbaik di bandar. Ini kerana lebih
banyak infrastruktur kesihatan dan teknologi canggih di bandar
yang mampu merawat sakit ibu. Contohnya, hospital di bandar
menawarkan rawatan yang lebih moden. Kesannya, kesihatan
ibu akan terjamin.

(b)Antara kesan yang akan berlaku sekiranya Danial memilih


untuk terus bekerja di bandar ialah kebajikan ibu akan terabai.
Walapun Danial mendapatkan gaji yang lumayan, belum tentu
dia akan memberikannya kepada ibunya. Ini kerana dia bekerja
jauh di bandar dan akan jarang mendengar khabar dari ibunya.
Sebagai contoh, disebabkan ibunya kerap sakit, ibunya
memerlukan wang yang tinggi untuk mendapatkan rawatan.
Kesannya, ibunya akan terus hidup dalam kesusahan
sedangkan Danial hidup dalam kemewahan.
Selain itu, hubungan dengan ibu dan saudara mara di
kampung akan menjadi renggang. Maruah dirinya sebagai anak
akan tercalar jika dia tidak memperdulikan ibunya di kampung.
Ini kerana ibunya terpaksa hidup dalam kesunyian dan hanya
mengharapkan penjagaan daripada saudara mara di kampung.
Sebagai anak, Danial yang seharusnya bertanggungjawab
menjaga ibunya kerana itu adalah darah dagingnya sendiri.
Kesannya, ibunya akan berasa sedih kerana tidak diperdulikan
oleh anaknya sendiri.
Akhir sekali, tanah pusaka dan usaha ayahnya akan terbiar.
Tanah pusaka dan usaha ayahnya tidak diuruskan oleh sesiapa
dan menyebabkan peninggalan bapanya itu disia-siakan. Ini
kerana bapanya mengharapkan Danial untuk menguruskan
usaha dan tanah pusakanya tetapi Danial lebih memilih untuk
bekerja di bandar. Misalnya, usaha ladang cili dan penternakan
ayam kampung. Kesannya, sia-sia sahaja ayahnya
mengeluarkan modal untuk membuat usaha tersebut demi
masa hadapan anaknya. Tuntasnya, hargailah ibu bapa kalian
semasa mereka masih berpijak di bumi ini kerana kepada
merekalah kita banyak berjasa.

Anda mungkin juga menyukai