Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A

1.
(a) Saya akan berasa gembira. Hal ini kerana
negara kita menunjukkan tingkah laku yang beretika
dalam membuat sesuatu urusan.

(b)
(i) Nilai bertanggungjawab. Pemimpin hendaklah
mewujudkan sistem pentadbiran yang telus bagi
meningkatkan kebolehpercayaan rakyat.

(ii) Nilai rasional. Pemimpin haruslah


memartabatkan perusahaan kecil dan sederhana
untuk meningkatkan pendapatan perusahaan kecil
dan sederhana.

(c)
(i) Rakyat tidak menjaga kerahsiaan dan maklumat
sulit negara. Hal ini akan mengundang berlakukan
pergolakan politik serta menjatuhkan imej negara.

(ii) Rakyat menyalahgunakan harta dan kemudahan


yang disediakan oleh kerajaan. Hal ini
menyebabkan berlakunya ketidaktenteraman dan
ketidakadilan dalam negara.

2.
(a) Individu tersebut tidak jujur kerana membuat
tuntutan untuk pelepasan cukai tanpa bukti yang
kukuh. Selain itu, individu tersebut membuat
pengisytiharan pelepasan cukai yang jauh berbeza
daripada pelepasan cukai yang layak dituntut.
Individu tersebut mengambil kesempatan terhadap
tuntutan pelepasan cukai untuk kepentingan diri
sendiri.

(b)
(i) Nilai kejujuran. Kita hendaklah bersikap amanah
dalam membuat penuntutan pelepasan cukai untuk
mengelakkan sebarang konflik berlaku.

(ii) Nilai rasional. Kita haruslah berfikir terlebih


dahulu sebelum melaksanakan penuntutan
pelepasan cukai agar tidak menyalahgunakan
perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.
(c)
(i) Pembayaran cukai digunakan oleh kerajaan untuk
mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara,
terutamanya jika berlaku krisis ekonomi dengan
menyuntik dana kewangan ke dalam ekonomi
negara.

(ii) Cukai merupakan alat pengagihan semula


pendapatan dan kekayaan secara tidak langsung
kepada mereka yang memerlukannya.

(iii) Pembayaran cukai digunakan untuk


meringankan beban sara hidup rakyat melalui
bantuan subsidi ke atas barangan keperluan seperti
minyak dan bahan makanan asas.

BAHAGIAN B
3.
Antara nilai universal yang telah saya pelajari ialah
nilai kejujuran, nilai rasional, nilai harga diri dan nilai
bertanggungjawab.
Rakyat yang berintegriti dapat menjadikan negara
bebas rasuah. Hal ini dikatakan demikian kerana
rakyat yang berintegriti mengamalkan budaya kerja
yang efisien. Mereka melaksanakan tugasan
mereka dengan telus dan amanah. Sebagai contoh,
rakyat mengelakkan melakukan perbuatan
menerima dan memberi rasuah semasa waktu
bekerja. Kesannya, kegiatan rasuah dapat
dibendung dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain
itu, amalan integriti dalam kalangan rakyat dapat
membantu ekonomi negara berkembang pesat. Hal
ini dikatakan demikian kerana perusahaan kecil,
sederhana dan besar di negara kita diiktiraf di
pasaran antarabangsa. Secara tidak langsung,
perusahaan ini dapat meningkatkan pendapatan
perusahaan mereka. Sebagai contoh, pelabur asing
akan melabur ke syarikat-syarikat yang besar yang
terdapat di negara kita. Kesannya, negara kita akan
terkenal di persada dunia dan menjadikan salah
satu negara yang mencapai status negara
maju.Seterusnya, ketenteraman dan keharmonian
negara terjamin. Hal ini kerana setiap rakyat
memupuk integriti dalam setiap sektor pekerjaan.
Secara tidak langsung, amalan integriti ini dapat
menegakkan keadilan dalam kalangan rakyat.
Sebagai contoh, rakyat tidak memuat naik mahupun
menyebar isu-isu yang sensitif yang boleh
menimbulkan kontroversi. Kesannya, masyarakat
akan hidup dalam keadaan yang aman dan
sejahtera.

BAHAGIAN C
4(a) Ramalkan implikasi jika rakyat Malaysia tidak
berintegriti dalam pembayaran cukai pendapatan.
Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal
yang dipelajari.

Antara nilai universal yang telah dipelajari ialah nilai


hormat, nilai kerjasama, nilai rasional, nilai
bertanggungjawab dan nilai berdikari.

Antara implikasi jika rakyat Malaysia tidak berintegriti


dalam pembayaran cukai pendapatan ialah rakyat
berisiko dikenakan tindakan mahkamah atau
penjara. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia
tidak melaksanakan amanah mereka dengan
jayanya dalam pembayaran cukai bagi membantu
meningkatkan pembangunan negara. Harta benda
serta semua barang peribadi mungkin akan disita
oleh pihak kerajaan mengikut berapa banyak nilai
cukai yang tidak dibayar. Sebagai contoh, rakyat
yang tidak membayar cukai pendapatan dikenakan
hukuman penjara tidak melebihi enam bulan serta
denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya
sekali. Kesannya, beban yang ditanggung oleh
rakyat yang tidak membayar cukai akan bertambah
dua kali ganda dengan tindakan yang dikenakan
oleh pihak berkuasa. Selain itu, kegagalan
membayar cukai pendapatan membuatkan rakyat
Malaysia dihalang daripada keluar negara oleh
Jabatan Imigresen. Tindakan menghalang rakyat
keluar dari negara ini berinisiatif sebagai sekatan
bagi memastikan setiap individu memenuhi
tanggungjawab dan menghalang mereka daripada
meninggalkan negara atau ke luar dari Malaysia
tanpa membayar cukai terlebih dahulu. Sekatan
perjalanan ini dikenakan ke atas individu atau
pengarah syarikat yang gagal menjelaskan cukai
pendapatan. Misalnya, Jabatan Imigresen yang
menjaga pintu pelepasan di lapangan terbang akan
menyekat rakyat yang tidak melangsaikan cukai
pendapatan mereka. Kesannya, latar belakang
rakyat Malaysia yang disekat untuk keluar dari
negara akan terjejas.

(b) Bagaimanakah rakyat Malaysia melaksanakan


tanggungjawab dengan berintegriti untuk
pembangunan negara?

Antaranya ialah rakyat Malaysia mewujudkan sistem


pentadbiran yang telus. Negara Malaysia
merupakan negara yang bebas rasuah. Hal ini dapat
mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi untuk
melicinkan pembangunan negara. Sebagai contoh,
negara kita mengharamkan perbuatan menerima
dan memberi rasuah demi kepentingan diri sendiri
untuk menjaga imej dan reputasi negara. Dengan
ini, pembangunan dan ekonomi negara akan
berkembang pesat. Selain itu, rakyat Malaysia
memartabatkan perusahaan kecil dan sederhana.
Perusahaan kecil dan sederhana diiktirafkan di
pasaran antarabangsa untuk memajukan lagi produk
hasil tempatan kepada rakyat glokal. Secara tidak
langsung dapat meningkatkan pendapatan
perusahaan kecil dan sederhana serta mengelakkan
berlakunya jurang ekonomi. Sebagai contoh,
penjualan keropok lekor ke pasaran antarabangsa
bukan saja meraih keuntungan yang besar, malah
dapat memperkenalkan makanan tersebut ke
serantau dunia. Dengan ini, pembangunan dan
ekonomi negara akan berkembang. Seterusnya,
rakyat Malaysia menegakkan keadilan dalam
kalangan rakyat. Malaysia mewujudkan perpaduan
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini dapat
mengelakkan diskriminasi antara kaum. Sebagai
contoh, rakyat Malaysia menghormati adat serta
agama kaum masing-masing untuk mengelakkan
perbalahan sesama kaum. Dengan ini, masyarakat
akan menjadi lebih harmoni dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai