Anda di halaman 1dari 3

Sejarah SPM 2014- Trials Kedah

6. a) Terangkan usaha-usaha kerajaan Melaka dalam memajukan


perdagangannya pada abad ke 15 (4m)
Walaupun Melaka tidak banyak mengeluarkan barang seperti rempah ratus,
namun kedudukan strategik membantu perkembangan Melaka. Kehadiran pedagang
asing di Melaka telah menyebabkan kerajaan Melaka menyediakan kemudahan
pentadbiran yang licin dan teratur agar akriviti perdagangan lancar
Syahbandar sebagai ketua pelabuhan dan undang undang laut Melaka menjadi
landasan yang harus diikuti oleh masyarakat. Undang-udang ini berkaitan dengan
tugas-tugas nahkoda dan jurumudi.
Hal ehwal perdagangan di Melaka termasuklah soal sukat dabn timbang yang
diletakkan di bawah tanggungjawab syahbandar. Peraturan timbang dan sukat
menggunakan sistem kati dan tahil.

b) Senaraikan peraturan- peraturan cukai yang dikenakan kepada


pedagangppedagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. (4m)
Pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai terhadap barangan
perdagangan mereka sebelum urusan perniagaan. Cukai yang paling asas ialah cukai
tetap yang jumlahnya ditetapkan oleh pemerintah.
Pedagang dari India, Tanah Arab dan Siam dikenakan cukai 6%. Pedagang dari
Jepun dan China dikenakan cukai 5%. Sementara beras dan makanan tidak dikenakan
cukai.

c) i) Zakat bermaksud bersih, suci dan berkembang. Mengapakah Islam


mewajibkan zakat? (4m)
Membayar zakat mebrupakan sifat orang-orang yang beriman. Pembayar zakat
mendapat pahala yang besar dan menghapuskan dosa dan kesalahan. Malah,
membayar zakat menyucikan harta dan jiwa pembayarnya. Selain itu membayar
zakat mendatangkan segala kebaikan dan akan mendapat perlindungan Allah di Hari
Kiamat.

ii) Riba ialah faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan perjanjian hutang
piutang? Apakah sebabnya Islam mengharamkan amalan riba ?
Riba menjadikan manusia bersifat rakus dan ego . Amalan riba menggalakan
manusia hidup bersenang-lenang tanpa berusaha. Orang miskin yang berhutang akan
tertindas manakala pemberi hutang bertambah kaya. Perkara ini menghilangkan
perasaan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat. Malah , amalan ini
merenggangkan golongan kaya yang mengamalkan riba dengan golongan miskin.
Orang miskin yang membayar faedah yang tinggi akibat berhutang akan membenci
orang kaya yang makan riba. Kemiskinan akan menular dan mengakibatkan gejala
sosial seperti rompakan dan pembunuhan.

iii) Apakah kebaikan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau (GST)
yang akan dikuatkuasakan oleh kerajaan mulai 1 April 2015?
Pengenalan cukai GST akan menambahkan dana negara untuk membantu fakir
miskin dan mengurangkan jurang perbezaan antara golongan miskin dan golongan
kaya. Pengguna dapat dididik menjadi lebih berhemat. Namun, GST tidak dikenakan
ke atas barangan makanan asas dan pengangkutan bagi menjamin kebajikan rakyat.
Apabila pendapatan negara bertambah, kerajaan dapat menggunakan dana tersebut
untuk mendorong pertumnbuhan ekonomi yang secara langsung akan membuka
peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan individu.

Anda mungkin juga menyukai