Anda di halaman 1dari 20

TEMA 11 : DUNIA SELAMAT MILIK KITA

CONTOH KARANGAN 1

Kelebihan E-Dompet atau E-Wallet

E-dompet atau e-wallet merupakan devais elektronik atau dalam talian yang membenarkan
transaksi dilakukan melalui komputer atau telefon pintar. Kebanyakan e-dompet seperti kad kredit
atau debit dihubungkan kepada akaun bank pengguna untuk membuat pembayaran. Selain itu,
pengguna dihubungkan melalui imbasan kod QR.Di Malaysia, penggunaan e-dompet adalah untuk
bayaran bil, makanan, tol, petrol, barangan peribadi dan perbelanjaan runcit. Bank Negara Malaysia
menganggarkan nilai transaksi e-dompet sebanyak RM10.6 bilion dari Januari hingga Ogos 2019.
Kelebihan penggunaan e-dompet berbanding tradisional adalah lebih laju, lebih selesa, lebih mudah,
selamat, terkawal dan jaminan perlindungan data.

Dalam dunia internet hari ini, perkhidmatan yang pantas dan segera menjadi keutamaan
pengguna. Kita sudah tentu tidak mahu menunggu dua atau tiga hari untuk melihat transaksi
kewangan ketika membeli barang yang kita mahu, sebaliknya kita mahukan barang tersebut sampai
ke rumah dalam masa satu atau dua hari selepas pembayaran. Begitu juga beratur membeli barang.
Kita tidak perlu menghabiskan masa semata-mata beratur panjang di kaunter untuk membayar bil,
tiket parkir atau barangan lain.

E-dompet menjadikan proses membawa wang lebih mudah dan selesa kerana tidak perlu
membawa tunai. Nilai tunai RM1000 yang diletakkan di dalam dompet menjadikan dompet lebih tebal
dan sukar dimasukkan ke dalam poket seluar. Keadaan ini boleh memberikan peluang kepada
pencuri mengintai dan mencari masa menyeluk saku dan mengambil wang tanpa izin.

Penggunaan digital piawaian tinggi menjadikan data lebih selamat. Andainya kita kehilangan
kad, telefon atau devais yang menyimpan maklumat perbankan, kita boleh menghalang penggunaan
kad tersebut melalui bank. Agensi penyedia e-dompet juga boleh menghalang penggunaan tidak sah
melalui kawalan kata kunci yang disahkan melalui mesej yang dihantar kepada telefon berdaftar.
Penggunaan Transaction Authorization Code (TAC) yang mengandungi enam digit kod pengesahan
adalah pelindung tambahan keselamatan untuk mengesahkan tuan punya nombor telefon.

Biasanya pengguna tidak dapat mengingati transaksi pembelian lepas, justeru melalui e-
dompet mereka dapat melihat kembali semua transaksi pembelian kerana setiap transaksi akan
direkodkan. Cara ini dapat membantu mereka menguruskan aktiviti pembelian dengan berhemah.
Pengguna sendiri yang mengawal dan menentukan tabiat pembelian supaya dapat mengurus
kewangan dengan lebih berhemat.

Penggunaan e-dompet turut menjimatkan wang perbelanjaan. Melalui kaedah tradisional,


pengguna yang hendak membayar bil atau membeli barang perlu menggunakan kenderaan,
membayar parkir dan beratur untuk pembayaran. Apabila sampai ke tempat yang dituju, mereka telah
menggunakan perbelanjaan yang menyedut wang mereka. Dengan kaedah e-dompet, mereka hanya
menggunakan telefon pintar atau komputer di rumah untuk membuat pembayaran atau memesan
barang yang akan dihantar ke rumah.

Sistem ekologi e-dompet akan berkembang dan meluas di Malaysia. Orang ramai yang
semakin kritikal dalam pengurusan perbelanjaan kewangan akan mencari platform yang dapat
mengurangkan pengaliran keluar wang mereka untuk aktiviti pasif seperti beratur panjang untuk
membayar bil elektrik. Masyarakat yang celik internet tidak akan menunggu lama untuk beralih
menggunakan e-dompet berbanding wang tunai dalam urusan pembelian dan pembayaran,
menjadikan kad kredit dan kad debit tidak lagi penting. Hanya dengan memiliki sebuah akaun bank,
pengguna dapat mengoperasi e-dompet dalam tempoh yang singkat.

(474 patah perkataan)

CONTOH KARANGAN 2

Peranan Setiap Rakyat Malaysia Dalam Menjamin Kesejahteraan Negara

Negara Malaysia telah menyalakan baraan tekad di pulau cita untuk menjadi sebuah negara
yang maju dan gah di persada dunia dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Namun demikian, di
sebalik seribu perubahan yang positif , tetap juga terselit duri dalam daging. Pembangunan negara
yang pesat sedikit sebanyak tercalar apabila masalah sisoekonomi seperti jenayah, rasuah,
pembuangan bayi dan sebagainya sering terpampang di dada akhbar mahupun kaca televisyen.
Siapakah yang harus dipersalahkan apabila masalah-masalah seperti ini berlaku? Sasterawan
Negara Usman Awang pernah berkata, “jiwa kita dipengaruhi oleh fikiran kita. Jiwa kita berubah
apbila fikiran kita berubah”. Hal ini bermaksud rakyat Malaysia perlulah sedar akan peranan masing-
masing demi menjamin kesejahteraan negara. Kita haruslah keluar daripada kepompong yang
mengongkong kita untuk berfikiran secara kritis dan kreatif. Oleh yang demekian, semua rakyat
memainkan peranan mustahak kea rah kesejahteraan negara.

Langkah prima dalam memastikan kesejahteraan negara ialah rakyat haruslah menjalin
perpaduan yang erat antara satu sama lain.Sepanjang 53 tahun setelah merdeka,negara kita banyak
mengalami pelbagai cabaran dalam perbangunan negara bangsa.Isu perpaduan telah dikenal pasti
sebagai elemen yang signifikan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang unggul.Oleh sebab
itu,seni kata”rakyat hidup besatu dan maju”dimasukkan dalam lirik lagu ‘negaraku’.Rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai ras,bangsa,agama dan budaya perlulah memecahkan tembok
perbezaan kaum antara satu sama lain demi membentuk perpaduan,bak kata pepatah”bersatu teguh
bercerai roboh”.Kita haruslah nengetepikan segala isu sensitive yang mampu meranapkan peradaban
bangsa danmenjalin silaturahim yang erat bersama-sama rakyat lain.Contohnya,amalan rumah
terbuka dan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong merupakan saluran yang efektif untuk
menyemai bebenih perpaduan.Melalui rumah terbuka,kita dapat bergaul mesra dengan kaum lain
sempena hari perayaan masing-masing,disamping memahami budaya dan adat resam mereka
melalui aktiviti kemasyarakatan pula,rakyat dapat bekerjasama menjayakan sesuatu program.Dengan
adanya perpaduan kaum, kestabilan politik negara pasti dapat dijamin, seterusnya menjana
kesejahteraan negara.

Selain itu, rakyat perlulah sentiasa patriotik dan mensyukuri  nikmat kemerdekaan serta
kesejahteraan yang kita miliki.Kita haruslah berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh
negara dan setiap bidang antaranya pengeluaran kereta nasional,pembinaan Menara Bekembar
Petronas dan Menara Kuala Lumpur,pencapaian Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David dalam
arena sukan antara bangsa dan sebagainya.Tambahan lagi, kita juga perlu besyukur atas
kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh negarawan tersohor dan mengambil tahu serba sedikit
tentang sejarah negara.Hal ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme rakyat,sekali gus
mencuba sedaya upaya untuk membangunkan negara.Contohnya,mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Sejarah perlulah dikuasai sejak bangku sekolah.Mata pelajaran Bahasa Melayu mampu
menonjolkan jati diri sebagai rakyat yang bangga akan bahasa sendiri manakala mata pelajaran
Sejarah membolehkan rakyatat mengetahui Malaysia dengan lebih lanjut.Janganlah menganggap
sejarah itu sebagai catatan kaku dan bisu yang tidak menyumbang apa-apa terhadap pembangunan
negara.Rakyat juga boleh menyertai sambutan kemerdekaan yang diadakan demi menghayati erti
kemerdekaan yang sebenar.Sesungguhnya,jikalau setiap rakyat mengambil inisiatif untuk menyemai
semangat patriotisme,kesejahteraan negara pasti terjamin.

Di samping itu, rakyat perlulah menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada
raja dan negara.Sejarah telah membuktikan bahawa rakyat yang tidak taat setia akan
mengakibatkanb kedaulatan negara akan tergadai.Rakyat yang mengkhianati negara sendiri akan
berdosa besar kerana pada hakikatnya golongan tersebut sanggup mengorbankan kedaulatan dan
maruah demi kepentingan diri sendiri bagai “enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-
masing”.Misalnya, semasa Melaka menghadapi serangan portugis pada tahun 1511,terdapat seorang
pembelot bernama Si Kitol yang telah memberiahu pihak portugis tentang strategi peperangan
Melaka.Akibatnya,pihak Portugis berjaya menjajah Melaka.Bayangkanlah sekira rakyat seperti Si Kitol
berada di negara Malaysia,apakah yang akan terjadi?Sudah tentunya anasir-anasir negatif akan
mempengaruhi minda genrasi muda,seterusnya mengundang campur tangan kuasa lain.Oleh yang
demikian,rakyat perlulah taat setia kepada raja dan negara.Antara tindakan yang mencerminkan
ketaatan termasuklah sanggup mempertahankan negara apabila diserang musuh,tidak membocorkan
rahsia kepada pihak luar,berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan dan lain-lain.Jelaslah
bahawa taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi akan dapat menjamin kesejahteraan negara.

Disingkap dari perpspektif lain pula,rakyat juga memainkan peranan untuk menyokong dasar-
dasar yang telah digubal oleh kerajaan.Agenda komprehensif yang telah dirangka oleh kerajaan
bertujuan untuk memacu negara ke arah kemajuan sehingga mencapai misi kudsi wawasan 2020
yang telah di war-warkan oleh bekas perdana menteri,Tun Dr.Mahathir Bin Mohamad pada 28
februari 1991.Antara dasar terkini yang telah digubal termasuklah Program Tranformasi Ekonomi
(ETP) dan Program Tranformasi Kerajaan (GTP).Sekiranya rakyat tidak memberi sokongan
padu,sudah tentunya program-program seperti ini hanya akan menemu jalan
kebuntuan.Malangnya,masih terdapat segelintir rakyat yang gagal mengambil tahu dasar-dasar
kerajaan ataupun bersikap mengutuk keberkasana dasar-dasar tersebut.Sikap seperti ini perlulah
dikikis keran akan mengancam hasrat kerajaan dan membantutkan pembanggunan negara. Bidalan
sering mengatakan bahawa,”bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana bemuafakat”.Rakyat
seharusnya bekerjasama dengan pemimpin unutk memajukan negara.Contohnya,semasa berlakunya
krisis ekonomi,rakyat harus menyahut seruan kerajaan untuk membeli barang buatan
tempatan.Apabila kerajaan melancarkan kempen,rakyat harus melibatkan diri dalam aktiviti pengisian
kempen secara aktif.Sehubungan dengan itu,sokongan rakyat yang padu dan penglibatan rakyat
yang aktif dalam pembangunan negara akan menjamin kesejahteraan negara.

Sebagai akhirulkalam, semua rakyat perlulah menggembleng tenaga tampa prejudis ataupun
sebarang konspirasi demi menjamin kesejahteraan negara.Negara Malaysia tidak akan maju
sekiranya tabiat ‘tidak kisah’ semamin menebal dalam sanubari majoriti rakyat.Setiap rakyat perlulah
sedar bahawa mereka memainkan peranan dan menggalas tanggungjawab untuk menjana
kecemerlangan  negara sehingga bakal bergemerlapan di mata dunia.Kata-kata Perdana Menteri
Malaysia,Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, “kita berfikir,berdiri dan bertindak sebagai satu
bangsa Malaysia.”Oleh itu,kita haruslah bangkit berlandaskan slogan “ rakyat
didahulukan,pencapaian diutamakan” demi melestarikan kesejahteraan Malaysia.”Sebelum tinta
mengakhiri kata,hayatilah serangkap pantun di bawah:

“Sutera bermutu dibuat baju,

Dipakai dara pulang kedesa;

Rakyat bersatu negara maju,

Hidup sejahtera sepanjang masa”

(870 patah perkataan)

CONTOH KARANGAN 3

Usaha Untuk Menangani Kemalangan Jalan Raya

Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa
sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran
masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada
musim perayaan. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan dan mesti ditangani
dengan secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang patut diimplementasikan bagi menyelesaikan
masalah yang merunsingkan dan mengacau-bilaukan minda masyarakat ini?

Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini.
Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap
sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa, "setinggi-tinggi
terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah". Tamsilnya, saya mencadangkan agar pesalah
laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam bulan.
Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani memperlekeh amaran kerajaan lagi.

Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji
pemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan
mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai ongkos untuk mengadakan pelbagai
kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan objektif menyedarkan para
pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.Inisiatif ini mampu
membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku.

Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti
menjalankan tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di
jalan raya. Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan
jalan raya. Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu, polis trafik yang amanah amat
diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan saksama. Sikap
berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik.Implikasinya, polis-polis trafik juga
turut memainkan peranan yang agak penting.

Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab


masing-masing. Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti
mengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan kepada pihak
berkuasa. Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan
dapat dikurangkan.

Kata orang tua-tua, “malang tidak berbau”. Pengguna jalan raya sendiri mesti
memahami maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan
tanda di tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan
para pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan
telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa
memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakan telefon,
bergosip dengan orang lain dan sebagainya.

Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap
orang. Bak kata pepatah, “pandu cermat jiwa selamat”. Pengguna-pengguna jalan raya
mestilahmengimplementasikan kewajipan masing-masing. Dengan ini, barulah keselamatan setiap
pengguna dapat dijamin. Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah dilaksanakan
dengan segera. Ingat, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!”

(473 patah perkataan)

CONTOH KARANGAN 4

Peranan Ibu Bapa Untuk Memupuk Semangat Cinta Akan Negara

Pada era pascaperindustrian dan globalisasi yang serba mencabar akal dan minda, Malaysia
telah menjadi sebuah negara yang sedang membangun di mata dunia selepas kemerdekaan yang
disambut pada tanggal 31 Ogos 1957. Kini, Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara gergasi di pentas antarabangsa. Bertitik tolak daripada itu, semangat cinta akan negara perlu
ada dalam diri setiap masyarakat bagi menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang
bertungkus lumus dalam mempertahankan negara yang berdaulat ini. Oleh itu, keluarga perlu
memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memupuk semangat cinta akan negara dalam diri
anak-anak mereka.

Pada realiti, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu perlu mengambil inisiatif utama
dengan membawa anak-anak mereka ke tempat bersejarah seperti muzium. Di Malaysia, terdapat
sebuah muzium iaitu Muzium Negara yang mempunyai pelbagai khazanah orang pada zaman
dahulu, pakaian istana, keris-keris yang digunakan oleh tokoh terdahulu untuk menentang penjajah
luar. Anak-anak bukan sahaja dapat mengenali tokoh-tokoh terdahulu malah menerapkan semangat
keberanian perwira-perwira negara yang mengamalkan peribahasa biar putih tulang, jangan putih
mata dalam mempertahankan negara suatu ketika dulu. Salah satu tempat bersejarah yang tersohor
ialah Melaka yang lebih dikenali sebagai Negeri Bersejarah. Di Melaka, ibu bapa boleh menunjukkan
tempat atau bangunan yang dibina oleh negara luar yang pernah menjajah negara kita seperti
bangunan Stadhyus. Oleh itu, bolehlah kita akui bahawa semangat cinta akan negara dapat disemai
melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang banyak terdapat di Malaysia.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, langkah yang seterusnya ialah ibu
bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Berdasarkan peribahasa, Bapa Borek, Anak
Rintik, ibu bapa perlu menjadi ikon kepada anak-anak dalam menerapkan semangat cinta akan
negara. Dalam konteks ini, ibu bapa tidak sewajarnya menunjukkan etika yang bertentangan dengan
semangat patriotisme itu sendiri. Kita boleh ambil contoh perlakuan yang pernah menjadi isu suatu
ketika dahulu iaitu seorang warga Malaysia yang mempersendakan lagu Negaraku malah ada yang
berani memijak bendera Jalur Gemilang. Ibu bapa perlu menunjukkan semangat cinta akan negara
melalui kibaran Jalur Gemilang dengan bangga untuk diteladani oleh anak-anak. Secara tidak
langsung, perbuatan ini akan menjadi ikutan kerana mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Dengan cara ini juga, anak-anak akan sedar betapa pentingnya semangat patriotisme ini. Tambahan
pula, ibu bapa boleh bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh tanah air yang berjuang hingga titisan
darah yang terakhir demi mempertahankan negara yang tercinta daripada ancaman penjajah.
Tegasnya, peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dijadikan azimat oleh ibu bapa
untuk melentur anak-anak mereka menjadi seorang yang mempunyai semangat patriotisme sejak
kecil lagi.

Selain itu, pada masa ini ramai ibu bapa yang membimbing anak-anak mereka dalam
menguasai subjek Sejarah. Bagi segelintir pelajar, subjek Sejarah amat sukar dikuasai kerana
banyak fakta yang perlu dihafal dan diingati. Tambahan pula, mereka tidak pernah merasai
keperitan tokoh-tokoh terdahulu yang bermati-matian memperjuangkan tanah air yang bertuah ini.
Oleh itu, ibu bapa tidak boleh memberi tekanan kepada anak-anak dengan memaksa dan memarahi
mereka jika gagal dalam subjek sejarah. Hal ini kerana, anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah
yang perlu mencorakkannya dengan menerapkan semangat cinta akan negara. Bertitik tolak
daripada itu, ibu bapa perlu menyokong anak-anak mereka agar mereka tidak berasa tertekan malah
semangat bersemangat dalam mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, ibu bapa boleh menghantar
anak-anak mereka menghadiri kelas tuisyen untuk menguasai subjek Sejarah demi meningkatkan
prestasi anak dalam subjek tersebut. Rentetan itu, penguasaan dalam subjek ini akan membibitkan
rasa cinta terhadap subjek Sejarah seterusnya melahirkan kecintaan terhadap negara.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkataan di atas, ibu bapa perlu memainkan
peranan dalam memupuk masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Pepohon
pokok tidak akan berliuk lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya oleh itu, ibu bapa
bertanggungjawab memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak. Sebenarnya, anak-
anak merupakan tonggak utama dalam menjayakan visi kudsi Wawasan 2020 pada masa hadapan.
Kita mengakui hakikat bahawa uslub ini perlu dilakukan dan boleh dimulakan dengan langkah-
langkah yang telah disarankan di atas. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat memupuk malah
menguatkan semangat cinta akan tanah air dalam diri mereka. Nescaya, semangat patriotisme yang
telah sebati dalam diri anak-anak akan dapat melahirkan generasi muda yang mantap jati diri.

(670 patah perkataan)

CONTOH KARANGAN 5

Kempen Gaya Hidup Sihat

Kempen gaya hidup sihat telah lama dilaksanakan oleh kerajaan dan kementerian kesihatan
malaysia. Namun demikian masih ramai lagi di antara rakyat malaysia yang mengamalkan gaya hidup
yang tidak sihat. Rakyat di negara kita terdedah denagn pelbagai masalah kesihatan seperti masalah
obesiti, diabetes, darah tinggi , strok dan lain-lain. Penyakit ini akan menyerang mereka yang kureang
peka denagn amalan gaya hidup sihat.. Jika kita lihat senario pada hari ini, banyak berita tentang
obesiti kanak-kanak, diabetes kanak-kanak mahupun dewasa dan sebagainya terpampamg di dada-
dada akhbar. Mengapa hal ini berlaku? Ramai ibu bapa yang kurang prihatin tentang amalan gaya
hidup sihat, mereka membiarkan anak-anak mereka dan mungkin diri mereka sendiri makan tanpa
kawalan dan mengikut kehendak anak-anak. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu boleh
menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung dan sebagainya. Oleh itu, terdapat
pelbagai cara untuk melaksanakan kempen gaya hidup sihat.

Riadah setiap hari merupakan salah satu cara gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana,
badan sihat otak cergas. Jika kita melakukan riadah, badan kita akan mengeluarkan peluh ynag
mengandungi toksik yang merupakan mracun dalam badan kita.kurang senaman dalam kehidupan
seharian kita akan menyebabkan kita berasa lesu dan tidak bermaya, malah otak kita tidak mampu
untuk berfikir dengan kreatif dan kritis. Riadah tidak semestinya kita perlu ke taman atau ke pusat
gimnasium, kita juga boleh beriadah di rumah . Bagi golongan ibu yang tdak bekerja boleh melakukan
riadah ketika melakukan kerja-kerja rumah kerana iadah merupakan latihan yang melibatkan gerak
badan. Bagi golonan yang bekerja, mereka mungkin tiada masa untuk beriadah atau bersenam, jadi
mereka boleh mencari alternatif lain untuk beriadah di tempat kerja. Contohnya, seperti menggunakan
tangga untuk naik dan turun. Aktiviti ini dapat menguatkan jantung kita.oleh itu, riadah amat penting
dalam kehidupan seharian kita.

Seterusnya, kita mesti mengamalkan makanan seimbang untuk menjaga kesihatan diri.
Pemakanan yang seimbang amat penting bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Hal ini demikian
kerana, jika kita makan makanan ynag tidak seimbang, kita boleh menghidap pelbagai jenis penyakit
seperti sembelit, penyakit jantung, diabetes, kadar kolesterol tinggi ynag boleh menyebabkan strok,
obesiti dan sebagainya. Makanan seimbang bereti makanan yang mempnyai semua keperluan untuk
badan mengikut kadar tertentu. Kadar pengambilan makanan juga mesti di ambil kira kerana setiap
peringkat umur memerlukan kadar makanan yang berbeza. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak
mereka mengambil makanan yang seimbang sejak kecil lagi. Ibu bapa juga perlu mengurangkan
tabiat anak-anak ynag suka makan makanan segera seperti kfc, mc donalds dan sebagainya.
Makanan segera seperti ini mempunyai banyak kandungan lemak dan bahan kimia yang boleh
merosakkan tubuh kita. Ibu sebagai suri rumah juga digalakkan memasak untuk keluarga bagi
memeastikan pengambilan makanan seimbang. Jadi, makanan seimbang merupakan elemen
penting dalam kempen gaya hidup sihat.

Selain itu, kita perlu mengelakkan amalan merokok dan minuman keras. Hal ini demikian
kerana, rokok merupakan pembunuh secara senyap dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan
seperti, kanser mulut, kanser paru-paru, kerosakan hati dan sebagainya. Masalah kesihatan ini juga
mungkin dihidapi oleh seseorang terhidu bau asap rokok. Bak kata pepatah, ibarat telur sesangkak,
pecah sebiji, pecah semua. Jika lihat anak- anak muda kini sering terlibat dengan gejala merokok
tanpa mengira usia. Mereka rela menahan lapar untuk menyimpan duit yang dibekalkan oleh ibu bapa
untuk membeli sebatang rokok. Tindakan mereka tidak wajar kerana telah menggunakan kebaikan
ibu bapa untuk membeli benda yang terlarang bagi mereka. Arak atau minnuman keras dilarang
sama sekali dalam agama islam. Arak dikatakan dapat menjejaskan kewarasan akal dan kesihatan
tubuh badan. Arak juga dikatakan ibu segala kejahatan kerana apabila kita telah mengambil arak
fikiran kita tidak berfikir dengan betul dan kita lebih mengikut perasaan dan nafsu sendiri. Banyak kes
kemalangan ynag berlaku disebabkan oleh pemandu dibawah pengaruh alkohol. Oleh itu, kita perlu
menjauhi amalan merokok dan minuman keras.

Tuntasnya,usaha semua pihak amat diperlukan dalam memastikan kempen gaya hidup sihat
ini dapat dijalankan dengan efisien supaya masyarakat malaysia sentiasa berada dalam keadaan
sihat. Kita perlu melakukan riadah yang merupakan terapi untuk tekanan kerja dan otak. Kita perlu
ingat bahawa untuk bekerja kita memerlukan tubuh badan dan fikiran yang cerdas. Pemakanan
seimbang membantu kita untuk kekal bertenaga dan mampu bekerja untuk mencari rezeki. Amalan
merokok perlu dijauhi bagi memastikan kesejahteraan hidup. Mereka yang merokok sebenarnya
sedang membahayakan nyawa anak-anak dan isteri mereka tanpa mereka sedari. Mereka harus
ingat bahawa, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tabiat mereka mungkin akan diikuti oleh
anak-anak mereka kelak. Anak anak mereka merupakan aest negara dan perlu dipelihara. Kempen
ini tidak akan berjaya tanpa pengorbanan kerana tiada kejayaan semanis madu jika tiada
pengorbanan sepahit hempedu.

(740 patah perkataan)


TEMA 12 : KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA

CONTOH KARANGAN 1

Usaha-usaha Untuk Melestarikan Warisan Seni dan Budaya Estika Bangsa.

Kebudayaan warisan bangsa bolehlah ditakrifkan sebagai kebudayaan sesuatu bangsa itu
yang amat dihargai oleh rakyat. Kebudayaan warisan bangsa merujuk budaya yang sudah diamalkan
sejak berkurun lamanya oleh sesuatu bangsa itu. Antara kebudayaan itu meliputi pakaian, makanan
dan juga bahasa yang begitu diagungkan oleh setiap kaum itu. Pihak media massa juga ada
menyiarkan pelbagai ulasan mereka tentang kebudayaan warisan kita yang semakin terhakis
terutama dalam jiwa remaja zaman modern ini. Lantaran itu, pelbagai langkah susulan boleh diambil
untuk memastikan kebudayaan warisan ini terus berkekalan.

Langkah awal sudah pasti melibatkan penggunaan kempen kesedaran yang berkesan oleh
pihak berkuasa. Kempen ini disiarkan melalui media massa dengan menggunakan tokoh budaya
sebagai jurucakap kempen itu bersama-sama informasi yang lengkap tentang kebudayaan kita.
Kaedah ini memastikan remaja memahami dan mengetahui mengenai kebudayaan sendiri dengan
mudah dan menarik pula lalu timbul perasaan menghargainya. Jadi, kempen yang efektif berupaya
untuk memastikan kebudayaan ini terus berkekalan.

Selain itu, pihak berkuasa boleh menubuhkan pelbagai agensi dan institusi latihan yang
berkaitan dengan kebudayaan ini. Peranan agensi ini adalah untuk melancarkan program berkaitan
dengan kebudayaan sepanjang tahun dan institusi ini pula berpeluang melatih remaja tentang aspek
kebudayaan itu dengan baik. Sudah pasti ramai remaja kita akan mahir dalam tarian, seni tukang,
lukisan corak batik dan nyanyian dondang sayang itu. Jelaslah, kewujudan agensi khas dan institusi
latihan menjamin kebudayaan kita ini terus wujud dalam sanubari remaja kita pula.

Bukan sahaja kempen dilancarkan dan agensi serta insitusi ditubuhkan tetapi perubahan
minda masyarakat terhadap kebudayaan juga harus berlaku dengan drastiknya. Masyarakat terutama
ibu bapa sering memandang rendah aktiviti atau kerjaya dalam bidang kebudayaan dengan alasan
tiada prospek masa depan. Jika ibu bapa melihat kebudayaan sesuatu yang baik sudah pasti remaja
lebih rela untuk melibatkan dirinya dalam sebarang aktiviti budaya ini. Sesungguhnya, persepsi
masyarakat yang kelirulah yang menyebabkan kebudayaan kita terus whiling ditelan dek zaman.

Malah, pemberian pelbagai insentif daripada pihak kerajaan boleh memberikan galakan agar
masyarakat menghargai kebudayaan ini. Pemberian insentif itu meliputi pemberian geran kewangan,
biasiswa, kemudahan pinjaman dan sebagainya yang memudahkan pihak tertentu untuk mengikuti
latihan atau menganjurkan program berunsur kebudayaan ini. Jika lebih banyak aktiviti kebudayaan
boleh dianjurkan sudah pasti tahap kefahaman masyarakat tentang kepentingan kebudayaan itu amat
dihargai pula. Oleh itu, insentif yang betul dan banyak serta mudah memberikan satu peluang untuk
kebudayaan ini terus wujud di Malaysia.
Tambahan pula, kebudayaan warisan negara ini boleh diteruskan melalui pengawalan
budaya asing ke negara ini. Maksudnya, semua program televisyen yang berunsur budaya kuning
hendaklah dipantau oleh pihak berkuasa kerana penghakisan kebudayaan warisan negara ini berlaku
disebabkan oleh mudahnya budaya luar meresap ke dalam jiwa remaja. Kesukaran untuk melihat
budaya luar mengurangkan risiko buat remaja untuk mengikuti budaya yang tidak sesuai itu. Maka,
tindakan tegas untuk mengawal kehadiran budaya luar menjadi benteng asas memastikan
kebudayaan warisan kita ini terus wujud untuk beberapa dekad akan datang pula.

Kesimpulannya, semua tindakan yang disuarakan tadi memang praktikal untuk dilaksanakan
di Malaysia. Kerjasama semua pihak terutama remaja itu amat diperlukan agar kebudayaan kita ini
terus berkekalan. Kegagalan untuk mengekalkan kebudayaan sendiri boleh menyebabkan imej
negara dan masyarakat itu sendiri akan musnah dalam sekelip mata sahaja. Bak kata pepatah 'tak
lekang dek panas, tak lapuk dek hujan' yang membuktikan betapa pentingnya kebudayaan sesebuah
bangsa itu dalam kehidupan.

(528 patah perkataan)

CONTOH KARANGAN 2

Kepentingan Budaya Dan Adat Resam Kepada Masyarakat dan Negara.

Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai
kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta
Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik
untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika
dihargai dengan sewajarnya.

Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang
menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya buat
selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan
tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada
pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan
budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.

Antara kepentingannya lagi ialah, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi
satu cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi
muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh
remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu
membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran sanggup
mengekalkan budaya.

Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai murni dan
sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada diri remaja negara ini.
Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan suka
memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan menonjolkan
rasa hormat dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi individu yang terbilang.

Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput
ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit
demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan
mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai
banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan
mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.

Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung
anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan
budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan
kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan
terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.

Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus
dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga
menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya sebagai
satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan
rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri
kita sudah mencapai kemodenan hidup.

(447 patah perkataan)

CONTOH KARANGAN 3

Kepentingan-Kepentingan Mengekalkan Budaya Warisan Kaum.

Di sini lahirnya sebuah cinta

       Yang murni abadi sejati

Di sini tersemai cita-cita

     Bercambah menjadi warisan

Ku ingin kotakan seribu janji

     Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

           Akulah penyambung warisan.

Rangkap pertama dan terakhir lirik lagu Warisan yang dinyanyikan oleh penyayi tersohor negara,
Allahyarham Sudiman bin Haji Arshad telah mempotretkan kita sebagai penyambung warisan negara.
Malaysia merupakan sebuah nagara tercinta dikenali dengan tiga kaum utama iaitu, Melayu, Cina,
India dan etnik-etnik yang kecil bilangannya seperti Kadazandusun, Bidayuh dan Melanau yang
kebanyakannya tinggal di Sabah dan Sarawak. Keadaan ini telah menjadikan Malaysia sebuah
negara yang unik dengan diversitinya dari segi agama, budaya, bangsa, tradisi, adat resam, cara
hidup dan sebagainya. Persoalan yang telah menerjah dan menerawang di gawang minda saya
adalah berapa ramaikah orang yang mengenali dan menghargai budaya warisan kaum mereka?
Tepuk dada tanya selera. Warisan bangsa Malaysia seolah-olah telah dianaktirikan oleh
penduduknya sendiri. Budaya warisan kaum melambangkan identiti negara, amalan budaya pula
melambangkan sifat majmuk masyarakat. Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita telah
mengalir deras warisan daripada nenek moyang kita. Generasi kini pula telah diamanahkan untuk
mengekalkan budaya warisan kaum agar terus subur meredah zaman. Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan malaysia, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz juga menyeru anak-anak belasan tahun agar
menyedari kepentingan mengekalkan budaya warisan kaum tersendiri untuk pengetahuan generasi
seterusnya. Maka, persoalan yang menunjangi fokus perbincangan akan dikupas dan dibugar secara
terperinci sehingga ke arah umbi demi kebaikan kita bersama. Marilah kita lapangkan jiwa dan minda
untuk mengetahui kepentingan melestarikan budaya warisan kaum di Malaysia.

  Umum mengetahui bahawa pengekalan budaya warisan kaum merupakan kesinambungan


tamadun. Tamadun bangsa dilihat pada warisan seni budaya dan harus dikekalkan sebagai identiti
kaum. Contohnya seperi keunikan pakaian pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai bentuk dan cara
pemakaian yang berwarna-warni. Pemuda-pemudi wajib mengetahui asal usul dan tidak melupakan
daratan nenek moyang. Kita wajar mengambil iktibar daripada tarian Portugis yang mengimbas silam
tentang kedatangan orang Portugis yang menjajah tanah air kita. Kejatuhan Sultan Melaka pula
memberi pengajarn kepada kita agar menjadikan budaya sendiri sebagai benteng agar tidak hanyut
dengan budaya Barat dan tidak terikut-ikut. Masyarakat kini berperanan penting dalam membentuk
jati diri bangsa malaysia dengan mengamalkan warisan kaum ini dalam kehidupan seharian.
Misalnya, amalan tersebut boleh dilihat semasa oerayaan agama dan budaya setiap kaum. Perayaan
Tahun Baru Cina mengumpulkan setiap ahli keluarga untuk makan bersama-sama sehari sebelum
perayaan tersebut untuk mengeratkan hubungan antara anggota keluarga. Hari Deepavali pula
mengalu-alukan kedatangan Dewi Lakshmi dengan menghia kolam di remah masyarakat India
masing-masing. Perayaan sebegini disambut dengan meriah dan gembira sekali oleh kaum tersendiri
dan menggambarkan keperibadian utuh mereka. Yang ada pada hari ini, kesemuanya berpunca
daripada yang silam, oleh hal yang demikian, p[emuda-pemudi bertanggungjawab mengenali asal
usul kaum untuk membentuk jati diri yang kukuh. Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan,
jelaslah bahawa budaya warisan kaum penting dikekalkan untuk kesinambungan tamadun pelbagai
kaum.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa senario tersebut dapat juga dikaitkan dengan
kelebihan seterusnya, iaitu memelihara dan memulihara budaya warisan kaum. Pengekalan
monumen, arca dan bangunan bersejarah tinggalan penjajah telah menggarap hati para pelancong.
Ukiran seni yang bertemakan flora dan fauna atau bentuk geometri telah menyerlahkan kecantikan
dan keunikan bangunan usang yang telah wujud berdekad-dekad tahun dahulu. Dalam konteks
memelihara dan memulihara warisan kaum, pengisytiharan yang pertama pernah diadakan di
parlimen dengan mengisytiharkan 50 butiran warisan yang diangkat menjadi Warisan Kebangsaan
pada tahun 2007 bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Senarai tersebut terdiri
daripada butiran yang disebut dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005. Kewujudan daftar berkenaan
membuktikan nagara kita memberikan penekanan terhadap setiap warisan kaum. Agensi
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) iaitu Jabatan
Warisan Negara (JWN) berfungsi secara dinamiknya menggembleng kudrat ke arah memartabatkan
warisan kebudayaan negara. Dari segi pengiktirafan Warisan Antarabangsa, Malaysia berjaya
menyenaraikan dua tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui Bandar Melaka dan Georgetown, Pulau
Pinang. Pelbagai jenis makanan kegemaran rakyat Malaysia juga dapat diketengahkan. Hal ini
demikian kerana setiap kaum mewarisi makanan tradisi secara turun-temurun dan perlu subur
walaupun terdedah kepada makanan barat. Sebanyak 100 makanan tradisional pelbagai kaum turut
tercatat sebagai Masakan Warisan Kebangsaan pada tahun 2009 yang merangkumi nasi dagang, roti
canai, nasi kerabu dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, ternyatalah bahawa mengekalkan
budaya warisan kaum amat vital dalam memelihara dan memulihara budaya warisan kaum.

Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa kepentingan lain yang agak jelas adalah menjana
ekonomi negara. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan kemasukan pelancong asing yang meningkat
dari setahun ke setahun. Hal ini demikian kerana daya tarikan keistimewaan negara yang dapat
memaut hati para pelancong. Sebagai analogonya, persembahan teater tradisional seperti Mak Yung,
Tarian Kuda kepang dan Tarian Gawai mendapat kunjungan para pelancong yang ingin mendekati
corak hidup masyarakat kita. Sebahagian daripada mereka pula tinggal bersama-sama dengan orang
kampung untuk merasai kehidupan dan menghayati kekayaan warisan kaum. Pengamalan ini amat
istimewa bagi merek kerana jauh berbeza dari kehidupan mereka di metropolis yang serba moden.
Tempat-tempat beribadat negara juga membuka mata dan minda para pelancong dengan bangunan
yang berwarna-warni dan berskala besar. Perayaan agama yang disambut dengan meriah sekali
melibatkan para pelancong untuk turut serta. Program Rumah Terbuka yang dilakukan secara
tahunan melalui perayaan utama kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India pula memberi
peluang kepada pelancong asing untuk menyambut perayaan bersama-sama dan merasai keenakan
makanan tempatan setiap kaum. Mereka menzahirkan rasa kagum dengan program tersebut yang
tidak dapat diperoleh di negara lain. Para pelancong juga akan membeli kraftangan tempatan sebagai
cenderamata untuk dibawa pulang. Bertitik tolak daripada itu, mereka membantu mempromosikan
negara kita kepada mata dunia untuk menarik kedatangan pelancong lain. Dengan bertunjangkan
kesahihan fakta. Hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa budaya warisan kaum amat penting
dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

Pada hemat saya, senario tersebut dapat juga dikaitkan dengan kelebihan seterusnya, iaitu
memperkenalkan dan mewariskan budaya kepada generasi akan datang. Warisan kaum yang
diwariskan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi merupakan khazanah yang tidak ternilai.
Sekiranya warisan tersebut pupus, maka generasi yang akan datang hanya mampu melihatnya di
muzium sahaja, bak kata pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”. Masyarakat berperanan
penting dalam memperkenalkan warisan kaum kepada generasi muda sejak dari rebungnya lagi. Ibu
bapa boleh mengajar anak-anak tentang pakaian tradisi, makanan, permainan tradisional, adat
resam, pantang larang supaya mereka mendisiplinkan diri dan mengenali asal usul. Anak-anak harus
memartabatkan warisan yang melambangkan keperibadian mereka. Misalnya, generasi muda dapat
memahami betapa tingginya nilai hati budi dan tahap pemikiran nenek moyang dalam penciptaan
permainan tradisional yang pelbagai seperti congkak, batu seremban, selambut, galah panjang dan
sebagainya. Pakaian tradisional pula menyerlahkan kehalusan seni jahitan yang berwarna-warni.
Pantang larang yang dikemukakan pula menjadi tunjang kehidupan dan pedoman agar mempunyai
jati diri yang teguh dan menangkis anasir jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga.
Generasi muda juga mampu menghayati seni gerak kreatif seperti wayang kulit, zapin dan kompang
kadaro yang dijalankan melalui Rakan Seni Budaya, Semarak Budaya dan Program Kembara
Budaya. Permainan tradisional seperti sepak raga juga telah diketengahkan menjadi salah satu acara
yang dipertandingkan dalam sukan antarabangsa. Melalui pemahaman dan penghayatan keunikan
budaya warisan kaum ini, generasi muda dapat didedahkan dan memikul tanggungjawab dalam
mengekalkan warisan kaum.

Suatu hakikat yang wajar diterima ialah budaya warisan kaum mampu memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat. Setiap kaum mempunyai warisan dan kepercayaan yang amat
berbeza. Hal ini mampu mendatangkan pertelingkahan dan perselisihan faham yang tidak diingini.
Oleh sebab itulah, masyarakat perlulah bersifat prihatin, bertolak ansur dan menghormati antara satu
sama lain agar dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan sejagat. Perpaduan dapat dicapai
semasa perayaan kaum yang membolehkan masyarakat meraikannya bersama-sama, bertukar kuih-
muih dan mengucap selamat antara satu sama lain. Jiran tetangga yang mengunjungi dapat
mengetahui cara hidup, budaya, tradisi dan adat resam semasa perayaan sedang dijalankan dan
sejarah di sebaliknya. Permainan tradisional seperti wau, congkak dan gasing juga mengeratkan
hubungan silaturahim antara masyarakat kerana bersaing dengan sihat. Pihak sekolah juga boleh
mengambil inisiatif dengan mengadakan Hari Warisan yang menghendaki para pelajar untuk
memakai pakaian tradisional sepanjang aktiviti tersebut dijalankan dan jamuan makanan tradisional
disediakan. Persembahan tarian tradisional boleh dilakukan untuk hiburan dan memperkenalkan
tarian kaum masing-masing. Sebelum tiram memuntahkan mutiaranya, moleklah digilap dan
dijaga dengan baik agar dapat sinar dengan cahaya bergemerlapan. Oleh sebab itu, anak-anak
muda yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang mampu memupuk melalui
budaya warisan kaum. Seperti yang kita sedia maklum, sudah terang lagi bersuluh bahawa budaya
warisan kaum penting dalam memupuk semangat patriotik masyarakat.

Sebagai menggulung segala yang dibicarakan, sememangnya diakui bahawa memang


terdapat banyak kepentingan mengekalkan budaya warisan kaum di Malaysia. Sebelum tiram
memuntahkan mutiaranya, moleklah digilap dan dijaga dengan baik agar dapat sinar dengan
cahaya bergemerlapan. (I don't know why I used this peribahasa for 2 times in this essay.) Dengan
berbuat demikian, Malaysia dapat melahirkan benih yang baik dan modal insan yang berguna pada
masa hadapan yang menghargai budaya warisan kaum masing-masing. Tokoh pujangga ada
menyatakan bahawa jika benih yang baik dilantar ke udara menjadi kejora, dibaling ke laut
menjadi pulau dan dicampak ke bumi menjadi penawar. Oleh sebab itu, janganlah kita sesekali
menjadi seperti kacang yang lupakan kulit kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya. Pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam melestarikan budaya
warisan kaum dengan memperoleh simpanan dan memelihara khazanah warisan negara;
mengawasi, memelihara dan memulihara pelbagai jenis warisan; mementaskan seni persembahan;
membangunkan industri perfileman negara; serta merancang, mengendali dan menyelenggara
pameran tetap dan sementara untuk menyebarkan ilmu pengetahuan tentang warisan sejarah,
kebudayaan dan alam semula jadi Negara. Setiap individu juga perlulah bergiat secara proaktif
dengan melibatkan diri dalam aktiviti warisan budaya dan mempromosikan, melatih, membangunkan
dan mengekalkan budaya warisan kaum ini. Justeru, biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon
terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang dengan masyarakat yang berganding
bahu bagai aur dengan tebing dalam mengekalkan budaya warisan kaum kita yang amat istimewa
ini.  

(1600 patah perkataan)

CONTOH KARANGAN 4

Keperluan Mengekalkan Unsur-Unsur Warisan dan Kebudayaan Tradisonal.

Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional


mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian,
makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada
warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.

Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita


melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik
dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia.
Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari
kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing
terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran
kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum.
Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.

Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya
dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka
pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut
merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih
bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai”
dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan
mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Salah satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai, landskap
dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya di Indonesia dan di
Negara Thai. Yang unik ialah budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti
bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi
Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama
kita dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan
mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan

. Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita
mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar
tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian
Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan
tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang
murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat.
Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul
sendiri.

Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan


warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran
untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri.
Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang
mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan
bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat
sepanjang masa.

Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan
makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem
pendidikan juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini
memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita
akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya
dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.

Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia
haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai.
Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap
dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan melalui Pesta Malaysia,
Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan
sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan,
pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga
boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi
Malaysia”.

Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang
berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini
tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur
meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.

(724 patah perkataan)

CONTOH KARANGAN 5

Langkah-Langkah Untuk Mengekalkan Kebudayaan Pelbagai Kaum di Negara Kita.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum.
Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India disamping kaum –kaum
yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan
sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang telah
diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama ada
dari aspek kesenian, bahasa, adat resam,muzik, agama, kepercayaan mahupun undang-undang
mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap kaum. Oleh yang demikian, usaha-usaha perlu
dilakukan oleh semua pihak agar tradisi kebudayaan dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan
masyarakat sekarang ekoran daripada arus pemodenan yang semakin berleluasa.

Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk terus
mengekalkan sesuatu budaya yang diamalkan antaranya ialah dari pihak diri seseorang itu sendiri.
Seseorang individu itu meminkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan sesuatu
kebudayaaan kerana tanpa tindakan daripada individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak akan
berhasil. Seseorang individu dalam setiap kaum itu haruslah mempunyai keinginan yang tinggi untuk
meneruskan budaya yang terdapat dalam bangsa mereka itu sendiri supaya kebudayaan itu dapat
terus dikekalkan, sebagai contohnya anak-anak muda dalam kaum Melayu seharusnya membuka
mata mereka untuk belajar tentang tarian Melayu seperti Tarian Zapin, Tarian Ulik Mayang, Tarian
Joget, Dikir Barat, dan sebaginya. Selain dari segi kesenian, adat resam juga tidak dilupakan kerana
dalam masyarakat Melayu terdapat adat sebelum perkahwinan yang masih diamalkan seperti adat
merisik, meminang dan barkahwin. Walau bagaimanpun, terdapat sesetangah masyarakat melayu
yang telah mengabaikannya ekoran arus pemodenan. Oleh itu, setiap individu haruslah memainkan
peranan untuk terus mengekalkan setiap budaya dalam kaum mereka.

Selain dari diri individu itu sendiri, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk
meneruskan aktiviti kebudayaan dalam semua kaum di Malaysia. Pihak sekolah boleh mewujudkan
persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat dalam sesuatu kaum.
Sekolah memainkan peranan yang agak penting kerana menjadi rumah kedua kepada golongan
kanak-kanak dan remaja selepas rumah mereka dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh
golongan ini di sekolah. Oleh itu, dengan adanya persatuan atau kelab yang berkaitan dengan aktiviti
kebudayaan dan kesenian bagi setiap bangsa, pasti akan dapat menggalakkan pelajar terutamanya
sewaktu mereka masih muda ini untuk terus melibatkan diri dan mewarisi sesuatu aktiviti
kebudayaan. Pihak sekolah bolehlah mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina,
Tarian India, Kelab Mencanting Batik dan sebagainya. Kesemuanya haruslah mengenai budaya
setiap kaum di malaysia. Disamping itu, keadaan ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk
mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan dan kaum sendiri. Oleh itu, pihak sekolah haruslah
memainkan peranan yang sewajarnya supaya dapat menanam sikap cintakan budaya Malaysia
dalam diri para pelajar sejak mereka masih muda lagi.

Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tradisi kaum-
kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia sekurang-
kurangnya sekali dalam setahun untuk memdedahkan kepada rakyat tentang keunikan budaya yang
terdapat di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di peringkat negeri, negara
mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang terdapat di Malaysia
yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian dan sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh
mengadakan rumah terbuka secara besar-basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia
seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai,
dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum
apabila semua kaum disatukan di bawah satu bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan
amat penting dalam usaha untuk mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek sama
ada di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa.

Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen untuk
menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masing-masing sama ada dalam
negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempen-kempen yang diadakan oleh pihak swasta
mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya usaha untuk
mengekalkan budaya yang masih diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen yang
akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam
sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah “Bersama Kita Mengekalkan Budaya Kita” atau
“Budaya Melambangkan Bangsa”. Selain itu, pihak-pihak sasterawan juga boleh menyumbang tenaga
dengan mengadakan majlis pembacaan puisi-puisi yang berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan
India mahupun menulis puisi-puisi yang indah mengenai kepentingan dan keunikan kebudayaan
Malaysia. Semua pihak boleh mendapat kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk
menjayakan lagi kempen-kempen yang akan dijalankan.

Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia
perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat
dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada
dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan
untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah
diamalkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah
diperlukan supaya segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan
menguntungkan semua pihak.

(825 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai