Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA SEPAK

PESTA BOLA MERDEKA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
KENT SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
KE-53 2010

TARIKH : 17- 18 JULAI 2010


TEMPAT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
KENT,
TUARAN,SABAH
ANJURAN : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN
DENGAN KERJASAMA
PELAJAR PPISMP PJ AMBILAN JULAI
2009
PENDAHULUAN

Hari Merdeka merupakan acara rasmi yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun.

Sambutan Hari Merdeka diadakan di seluruh negara dengan tujuan untuk menyambut ulang

tahun kemerdekaan negara sejak 31 Ogos 1957.

Jabatan Pendidikan Jasmani,Institut Perguruan Kampus KENT dengan kerjasama

pelajar kelas PPISMP PJ Ambilan Julai 2009 telah merancang beberapa aktiviti bagi turut

sama memeriahkan sambutan Hari Merdeka khususnya kepada warga IP KENT. Antara

aktiviti yang dirancang adalah kejohanan bola sepak iaitu Piala Merdeka khusus untuk

warga IP KENT. Kejohanan ini yang dijadualkan pada17 Julai hingga 18 Julai 2010 dan

akan berlansung di padang IP Kent.

Acara seumpama ini dilihat mampu meningkatkan rasa tanggungjawab setiap

individu terhadap pentingnya untuk kita bersama – sama memeriahkan sambutan Hari

Merdeka yang diadakan setiap tahun.


OBJEKTIF

Antara objektif Karnival Sukan sempena Hari Merdeka 2010 adalah;

i. Memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan 2010

ii. Memupuk kesedaran terhadap kemerdekaan yang telah diperolehi.

iii. Merapatkan tali silaturrahim warga IP KENT.

iv. Mengamalkan hidup secara sihat dan Cergas.

v. Mencungkil bakat-bakat terpendam dari seluruh warga IP KENT.

MATLAMAT

Antara matlamat Karnival Sukan sempena Hari Merdeka 2010 adalah;

i. Memberi peluang kepada seluruh warga IP KENT untuk bersama-sama melibatkan

diri secara langsung dan tidak langsung terhadap sambutan Hari Merdeka 2010.

ii. Sebagai aktiviti tahunan untuk seluruh warga IP KENT.


MAKLUMAT PERJALANAN PROGRAM

ANJURAN

-Jabatan Pendidikan Jasmani IPG Kampus Kent

-Dengan kerjasama Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani

IPG Kampus Kent dan pelajar PPISMP PJ Ambilan Julai 2009.

KUMPULAN SASARAN

Semua guru pelatih yang menuntut di IPG Kampus Kent:

-PPISMP Ambilan Jun 2010

-PPISMP Ambilan Julai 2009

-PISMP

-KPLI

TARIKH

17 JULAI 2010 – 18 JULAI 2010

ANGGARAN JUMLAH PENYERTAAN

8 – 10 PASUKAN

*(1 PASUKAN=12 PEMAIN)


LOKASI

PADANG,IPG Kampus Kent

TENTATIF KEJOHANAN PIALA MERDEKA INSTITUT PERGURUAN KENT

SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2010

HARI MASA TEMPAT

SABTU 8.00 AM – 11.00 AM PADANG IP KENT

(17 JULAI 2010) 3.00 PM - 6.30 PM

AHAD 8.00 AM – 11.00 AM PADANG IP KENT

(18 JULAI 2010) 3.00 PM – 6.30 PM


AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA KARNIVAL

SUKAN INSTITUT PERGURUAN KENT SEMPENA HARI MERDEKA 2010

PENAUNG : PUAN MARY TERESA KINAJIL

PENASIHAT : EN. ROMLI BIN DARUS

: EN. AMIDY MALAGOB

: EN. EJOSE FLAVIAN SIARUS

BENDAHARI : PN. ASNAILEY SAPARUDDIN


JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI :RICKSON JADI

TIMBALAN PENGERUSI :MUHAMMAD ZAIM B. AZHAR

SETIAUSAHA :MUHAMMAD FIRDAUS ABD RAHANI

PENOLONG SETIAUSAHA :ABDUL QARIM B. MOHAMED

BENDAHARI :MOHD AMIRUL IDWAN B. AZAMAN

AHLI JAWATNKUASA KECIL

URUSETIA :NURNADIAH BINTI YUSOF ( K )

:VICTOR GEORGE

AJK SUKAN & TEKNIKAL :MOHD NAIM B. AZHAR ( K )

:MOHD HAFIZ B. HUSIN

AJK PENGADILAN :MOHD KHAIRUDIN B. KHOLID ( K )

:MOHD FIKRI B. CHE HAMID

AJK HADIAH & CENDERAHATI :MU’AZ MUDRIKAH ALIAS TUDIN ( K )

:ELISHA PAUL

AJK JADUAL PERTANDINGAN :FARHAN B. SAYUATI

:ABDULLAH SYAFIQ B. ARIFFIN

AJK KESELAMATAN & KEBERSIHAN :MUHD SAIFUL B. HARUN ( K )

:MOHD SHAH B. JEMAIN


AJK MAKANAN & MINUMAN :LAWRENCIA LAJIUS ( K )

:AHMAD MAZLAN BIN MALDAM

AJK DOKUMENTASI & PUBLISITI : NOOR BALQIS BINTI MOHD. SAFIAN ( K )

: MOHD. HAFIZUDDIN BIN HASSAN


ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

HAMPER RM 250
1 JOHAN = RM 100
N. JOHAN = RM 70
KETIGA = RM 50
KEEMPAT = RM 30

PINGAT
2
1 PASUKAN = 12 PEMAIN RM 200
12 PEMAIN X 4 PASUKAN = 48 PINGAT
(RM 4 X 48 )

SIJIL PENGHARGAAN RM 10
3
(RM 10)

JUMLAH BESAR RM 460


PENUTUP

Dengan ini,amatlah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat dilaksanakan

dengan sempurna.Dengan menganjurkan program seperti ini ia sedikit sebanyak memberi

pengalaman dan menambahkan pengetahuan kepada kami selaku pelatih dan bakal guru

pendidikan jasmani kelak.Ia dapat menyemarakkan lagi rasa kecintaan terhadap negara kita

yang sekina lama merdeka,disamping memupuk semangat patriotisme.Ini juga dapat

mengeratkan lagi hubungan silaturrahaim antara pelatih serta dapat melahirkan hubungan

sosial yang baik.Disini,kami sukacitanya memohon jasa baik pihak puan supaya memberi

sedikit sebanyak bantuan dan sponsor kapada pihak kami selaku penganjur bagi menjamin

kelancaran serta meringankan beban pihak kami. Komitmen serta kerjasama secara

menyeluruh adalah amat diharapkan agar dapat memastikan kelancaran pelaksanaan

program ini.Segala kerjasama dan komitmen yang diberi didahului dengan ucapan ribuan

terima kasih.Diharap semua cadangan yang disertakan dalam kertas kerja ini mendapat

maklum balas yang positif dari pihak puan.

“Berkidmat Untuk Negara”

1 MALAYSIA,

Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.


Disediakan oleh:

.................................................

(ABDUL QARIM BIN MOHAMED)

Penolong Setiausaha,

Pesta Bola Sepak Piala Merdeka,

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-53,

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,

Tuaran,Sabah.

Disemak Oleh:

..................................................

(EN.EJOSE FLAVIAN SIARUS)

Ketua Jabatan,

Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan,

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,

Tuaran,Sabah.
Disahkan oleh:

.................................................

( EN. AMIDY BIN MALAGOB )

Ketua Jabatan,

Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,

Tuaran, Sabah.

Disokong / Tidak disokong Oleh:

.................................................

(PN. MARY TERESA KINAJIL)

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,

Tuaran,Sabah.

Anda mungkin juga menyukai